Salam Jumaat semua. Selasa lepas, aku apply emergency leave. Settle pasal loan dan rumah. B la punya pasal, cakap last minute giler. Lepas tu kami ke Kuantan. Nak shopping raya. Macam biasalah kalau ke Kuantan, takde tempat lain la mesti pergi ECM. Hukhuk T_T
Kami cuma nak beli beberapa pasang lagi baju raya untuk Adam. Ni raya pertama Adam, so biarlah Adam yang merasa nikmat raya (Adam dah pandai beraya ke??). Untuk kami, kami ulang pakai baju lama aje. B cakap kalau boleh tahun ni kena sambut raya dengan sederhana plus kena banyakkan muhasabah diri. Tak sampai hati nak raya berlebih-lebihan masa saudara kita kat Gaza sana semua duk asyik dibedil T_T Pastu tak cukup MH370 yang belum jumpa tu, MH17 pulak kena tembak jatuh kat Ukraine.
Nak tolong banyak pun tak mampu, kami cuma mampu bersederhana sambut raya sebagai tanda kami pun turut bersimpati. So tahun ni, Adam je dapat baju baru. Suke tak Adam? Sebelum beli baju raya temankan mama masuk Daiso dulu k. Ada barang nak beli.

Tengok, sikit punya hepi Adam masuk Daiso. |
Sambar bekas ais ni untuk buat puri Adam. Adam kan dah nak belajar makan =) Sangat bagus bekas ni. Saiz kiub yang sesuai dan ada penutup. |
Terbeliak mata Adam tengok lollipop yang colourful =) |
Hajat di hati nak belikan Adam baju melayu saiz '0' kat Gene Martino, sekali saiz 0 tu pun terlalu besar untuk dia. Takpelah, ubah plan. Aku nak pakaikan Adam 'kurta' dengan kopiah masa pagi raya. Mesti comelkan.
Baju T-Shirt, Overall, Jeans, Kemaja, Stokin semua beli kat kedai Anakku akhirnya. Comel-comel jugak dan dapat diskaun kalau beli sepasang.
Aku tak haplod gambar baju Adam yang kami shopping sebab
nanti tak seprais. Tengok dalam entri raya nantilah ye.
Tengah-tengah jalan Adam merengek nak susu. Kenalah penuhkan tangki dia dulu sebelum sambung jalan. |
B tanya kau nak berbuka kat mana. Rasa malas nak berbuka dekat ECM sebab by the time kami siap shopping, tempat makan mesti dah penuh di'book' jadi aku suggest kat B kami cari je apa-apa yang ringan untuk alas perut, dan berbuka kat restoran aje on the way balik nanti. Lagipun dah maghrib, aku nak cepat sampai rumah mandikan Adam.
Sekali dah syok jalan tengok-tengok dah nak masuk waktu
berbuka. Sementara B pergi bayar parking, aku tunggu dalam kereta sebab nak bagi Adam minum susu (untuk kali
kedua). B datang balik bawak air 2 tin dengan pop corn TGV Cinema. Haha,
berbuka popcorn pun jadilah. Sebelum tu aku ada beli coklat macademia kat
Famous Amos punya booth. Makanlah kami popcorn dengan coklat buat berbuka dalam
kereta.
Kami singgah makan dekat tempat feveret kami, Restoran Moonera dekat Cendor. Mujurlah Adam tak buat perangai (sebab perut dah kenyang) dia duduk diam aje dalam stroller.
Menu: Nasi Goreng Kampung, Sotong Goreng Kunyit, Tomyam Campur, Air Buah.
Kenyang sangat, puas hati. Alhamdulillah.
Macam tulah sikit sebanyak cerita shopping raya kami. Banyak preparation untuk Adam aje. Kami kena save banyak duit sebab lepas raya nak pergi Cameron Highlands. Eh, camtu pulak?
P/s: One sweet day aku nak buat jugak-jugak review pasal Restoran Mooneera ni. Best sangat.
No comments:
Post a Comment