Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wanita Itu Madrasah

I'm melting looking at this picture. Nak jadi madrasah yang terbaik untuk anak-anak kesayangan mama. InshaaAllah.

Selamat Jalan Sahabat

Al-Fatihah buat Siti Norhashimah Hashim.

Perspektif

I am thankful for…..
*      The taxes I pay because it means I am employed.
*      The clothes that fit a little too snug because it means I have enough to eat.
*      My shadow who watches me works because it means I am out in the sunshine.
*      A lawn that has to be mowed, windows that have to be washed and gutters that need fixing because it means I have a home.
*      The spot I find at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking.
*      All the complaining I hear about our government because it means we have freedom of speech.
*      The lady next door who sings off key because it means I can hear.
*      The huge piles of laundry and ironing because it means my loved ones are nearby.
*      The alarm that goes off in the early morning hours because it means that I’m alive.
Source: FB.


Solat Dhuha

Assalamualaikum mommies.
Lately, kalau jumpa pape yang best dekat FB, randomly during blogwalking, orang hantar kat Whatsapp, rasa rugi kalau tak share kat sini. Sebab ilmu ni semakin diwakafkan dia semakin bertambah. Lagipun aku rasa cambest, so mesti korang pun rasa cenggitu jugak. Eh, boleh camtu?
Tak apalah kalau kita tak nak baca lagi, tak mau amal, tak mau ambil iktibar, tak mau pandang, tak mau jeling pun sekarang. Mungkin satu hari nanti kita berpaling dan nak kutip semula apa-apa yang tak cukup, kita tau mana nak refer.  Sekurang-kurangnya untuk aku, aku tau mana nak refer.
Bila dah dari macam-macam sumber, kadang-kadang dah tau tau nak credit. Tapi aku rasa tuan asal dia pun takdenye nak charge aku plagiat gambar dia ni, sebab niat asal diorang create this islamic quote, pic, teaching materials pun memang nak educate orang dan nak ia disebar sebanyaknya. Aku kagum dengan korang-korang yang berhabis masa memerah otak nak buat gambar, diagram, video ni semua supaya orang boleh dapat panduan ringkas untuk solat dan berzikir. Untuk korang, semoga korang beroleh rahmat dan pahala.
So, untuk hari ni, aku nak share pasal Solat Dhuha. Inilah amalan yang aku sendiri dah lihat keajaibannya. Seseorang yang aku kenal, tak pernah skip Solat Dhuha setiap hari. Baru-baru ni, beliau dikurniakan anak selepas 14 tahun berkahwin. Dan lepas dapat 1st baby tu, tak lama kemudian wife dia pregnant lagi. Hah, kalau tak percaya lagi tak taulah nak cakap. Kat sini aku share cara mengerjakannya. Ambillah 5 minit dari masa kita. Sujudlah. Semoga kita semua mendapat rahmat. Amin =)

Ya Rabbi, Guide Me.

Sepetang Bersama My Precious.

Assalamualaikum mommies.
Selepas lelah seharian berkerja, I'll always make sure the rest of my time adalah milik famili, especially anak-anak. Kesian diorang ni. Dah sepanjang hari tunggu mamanya balik. Biasanya kalau hubby off day, petang selepas balik dari office mesti akan bawak anak-anak bersiar-siar. Kadang-kadang ke pantai, kadang-kadang playground dan kadang-kadang cukup sekadar pusing-pusing bersiar-siar dengan kereta je. 
 Petang semalam, kami ke Monica Bay (again! Buat kesekian kalinya. Huhuhu).
 
Tengok muka abang Adam comot macam kucing. Baru bangun tido.

My fav one. Bukan senang nak capture abang Adam tengah senyum tau.

Aisya. Muka dia dah lagi circle dari abang dia.

Eh eh. Macam pakat-pakat pulak tiga-tiga pakai oren. Dah la tak ajak mama sama tema T_T

Abang Adam dah kenape pulak muka jadi camtu?

Tengok adik ceria sentiasa.

Masa ni Aisya palingkan kepala sebab dia nampak kucing.
That night, semua ada kat rumah. B, abg teh. Atuk pun ada datang. Bukan senang nak kebetulan diorang ada kat rumah sama-sama camni. Abang teh bawak ateh, mama, Izzah and baby jalan-jalan Mesra Mall. Tapi aku tak ikut, B penat. Hari ni pun B balik awal sebab training. Kalau tak, hari-hari kerja sebab plant tengah shutdown. Korang yang ada suami kerja chemical plant, pastu kerja shift pulak akan fahamlah. 


So, this is how we reward ourselves. Sedap. Thanks abang teh and ateh, belanja kami. Next gaji, boleh blanje lagi. Eh, eh, eh.

 

Secret Recipe Punya Cerita

Alkisah semalam Sang Suami mendapat gaji. Maka Sang Isteri pun mulalah merengek ajak makan di luar. Sebulan sekali katanya (banyaklah aku punya sekali). Sang Suami cakap 'ok yang'. Lepas tu Sang Isteri buat drama lain pulak. Sayang tak pernah pun makan dekat Secret Recipe. Nak makan dekat Secret Recipe boleh? Sang Suami cakap 'ok boleh'. Tapi nanti sayang kena teman abang cari nasik jugak. Abang tak kenyang makan benda mengarut-mengarut neh.
Aku punya hepi toksah cerita la (Eh, kantoi dah akula Sang Isteri tadi). Kalau diingat-ingat balik dah macam beruk dapat bunga pulak, padahal makan Secret Recipe je pun. Excited la aku ni, kata first time. Maka berangkatlah kami 4 beranak ke tempat kejadian. Sampai pun dah dekat pukul 9. Nak siapkan bebudak dua orang ni bapak nye lama. Nak dipakaikan sedondon pulak kaler purple.
Macam nilah anak-anak kami di tempat kejadian. Dua-dua tak mau duduk diam. Aisya sebelum makanan sampai dah renung makanan orang meja sebelah. Bila dah sampai makanan, dia mengamuk nak makan makaroni yang tengah berasap tu. Nak!!! Nak!!! Sementara tunggu aku tiupkan bagi sejuk, habis kaki tangan nak panjat atas meja.
Adam pulak mood swing semalam. Sekejap je ok, beberapa minit lepas tu dah masuk bawah meja, pastu kepala terhantuk sana-sini. Dia boring agaknye tak boleh jalan-jalan. 
Lain kali, kalau dah sampai macam ni baik makan kat rumah jelah. Hohohoh.
Dah masuk kereta, B singgah 7E bawak Adam. Masa ni B decide yang dia dah terlalu penat nak pergi cari nasik macam yang kami janji mula-mula tadi. Rasa bersalah pulak. Bila B dengan Adam masuk kereta, nampak B belikan Adam mainan dengan air Yakult. Yakult itu telah disebat Aisya dengan jayanya.
Malam ni Aisya dah makan Cheese Macaroni, cream yang topping Mocha Coffee mama. Pastu dalam kereta mintak air masak, tapi tak kenyang lagi paw abang Adam punya Yakult. Tak cukup lagi, dah sampai rumah baham lagi Yoghurt 1 bekas. Last sekali topup susu sebotol barulah lena. Aku punyalah bimbang takut sakit perut makan macam-macam. Dia rileks je.
Akhirnya tido jugak. Bukan salah korang. Budak-budak memang banyak ragamnya. Mama dengan abah yang kena banyak belajar lagi nak layan karenah anak-anak. We might not the best, but we'll always learn to be better everyday. Sayang anak mama.
Aku tak sempat langsung nak amik gambar makanan kami, dahtu camne nak buat review ni? Huhu. Memang luarbiasa la kalau dapat amik gamba sambil makan dengan bebudak ni kan. Aku google jer gamba nih (nak jgk buat review tuh).
Aku makan Cheese Macaroni with Prawn & Maushroom. Memang sedap tak terkata. Kena dengan selera aku. Aisya pun suka, banyak dia makan. Tapi portion dia terlalu besar. Tak mampu habiskan sorang. Kalau share ok kot.
Abang makan Grilled Mushroom Chicken. Aku yang orderkan menu ni sebab ada nasik. Awal-awal tadi dia nak makan nasik kan. Aku rasa abang punya ayam sikit dan dia punya lagi best. Abang cakap tak sedap (maybe sebab dia kurang suka ayam). Rasa macam nak mintak tukar jek, tapi tak sampai hati sebab tau dia mesti tak suka benda lah makaroni yang pelik-pelik nih. So, mampu tengok jelah. Next time nak order ni pulak. Opps, ada lagi ke next time?

Berilah Kekuatan Buat Suamiku

Assalamualaikum mommies,
Pakat-pakat doa untuk suami kita ya =)
 

Adam's First Hair Cut

Ok, ini Part II sambungan untuk cerita Our weekend. Selepas puas bermain petangnya, malam tu kami buat projek potong rambut Adam. Bagi parents lain mungkin perkara biasa aje tapi bagi kami sangat excited sebab ini first time kami nak potong rambut Adam selepas cukur jambul dulu. Rambut Adam memang jenis halus yang lambat giler nak tumbuh. Bayangkanlah, sejak umur 2 bulan sampai 2 tahun baru panjang ni je rambut dia.
Mula-mula bimabang jugak takut dia menangis ke, mengamuk ke, tapi Alhamdulillah everything went smoothly. Ayah Long dan abah Adam ialah dia punya 'partner in crime' yang menjayakan projek ni.
Dah sapukan bedak, bungkus badan dia dengan kain pelekat buruk.
Walaupun tak menangis, tapi tengoklah berapa panjang dia punya muncung. Boleh ukur dengan pembaris.

Aku tau dia sangat takut sebenarnya. Obvious dia tak selesa, dan macam blur kenapa nak kena bungkus camni. Tapi sebab dia lagi takut kat ayah long dia sebab tu la tak berani nak menangis. Lagi satu sebab abahnya ada dekat. Masam je muka masa kena potong rambut, tapi diam je tak menangis langsung.
Ni Adam keesokan harinya masa kami bawak dinner kat luar. Nampak hensem dan selesa dengan rambut baru dia. Hihi.
 
Tengok tu. Hensem anak mama. Hihi. Tetiba rasa rindu kat jambul ni. Eh.
Macam nilah bila dah jadi mak orang. Bila anak rambut panjang, rasa rimas. Serabut tengok. Hari-hari tanya B bila nak potong rambut anak, nak potong kat mana, abang rasa dia nangis tak kalau potong rambut?, nak potong fashion apa.
Sekali bila dah potong, mama rindu rambut Adam yang halus tu. Rindu nak selak jambul kat depan tu dengan jari mama, rindu nak tengok Adam gentel-gentel rambut sampai tertidur, rindu bila naik kereta rambut tu nanti terbang-terbang kena muka mama. Haish. Siapa yang dah jadi mama tu fahamlah.

Our Weekend

Last weekend memang happening sangat. Famili B datang singgah lepas balik dari kenduri kat Kedah, mak mertua ateh datang melawat cucu dia, pelawat setia rumah aku, Atuk a.k.a Onyang kesayangan Aisya memang ada datang selang sehari. Along sekeluarga pun ada balik jugak minggu ni, bawak balik stok cadar baru. Memang riuh rendah jadinya bila ramai-ramai camni. Pastu semalam bila semua dah balik rasa sunyi jek rumah.
Ni gambar petang semalam. Lepak-lepak kat halaman rumah.
Puteri Nuraisya Humaira. Saya kak long kawasan tau.


Nur Sufi Amani.
 
Tengku Nur Arissa Fathiah.
 Petang ni Ammar Faris takde. Tak nak ikut ibu dengan abahnya. Nak duduk rumah main dengan aki dengan tokwan dia. Biasanya Faris lagi rapat dengan Adam. Dia lembut sikit, ada gaya abang-abang. Ummar lone ranger sikit, sebab dia garang. Adam takut dengan Ummar, padahal diorang adik beradik sesusuan. Petang ni, bila Faris takde barulah nampak Adam dengan Ummar main sama-sama. 

Temankan abah potong rumput.





Mommy!! mengumpat rifqy ye??

Tengok, siap boleh bergambar berdua lagi.
Itu cerita Adam dengan Ummar. Aisya pulak bukan main nakal lagi. Nakal + kuat makan. Semua benda orang makan pun nak mintak. Nak!!!Nak!!!.

Biasanya tak suka ada benda atas kepala. Headband tak pernah nak lekat. Ni selamba je bila letak kopiah B atas kepala. Siap buat muka nakal lagi.

Ni duk kacau onyang dia. Duk main chak chak denga onyang.

Belum habis lagi cerita weekend kami. Nantikan part II. Hihi.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol