Adam's First Hair Cut

Ok, ini Part II sambungan untuk cerita Our weekend. Selepas puas bermain petangnya, malam tu kami buat projek potong rambut Adam. Bagi parents lain mungkin perkara biasa aje tapi bagi kami sangat excited sebab ini first time kami nak potong rambut Adam selepas cukur jambul dulu. Rambut Adam memang jenis halus yang lambat giler nak tumbuh. Bayangkanlah, sejak umur 2 bulan sampai 2 tahun baru panjang ni je rambut dia.
Mula-mula bimabang jugak takut dia menangis ke, mengamuk ke, tapi Alhamdulillah everything went smoothly. Ayah Long dan abah Adam ialah dia punya 'partner in crime' yang menjayakan projek ni.
Dah sapukan bedak, bungkus badan dia dengan kain pelekat buruk.
Walaupun tak menangis, tapi tengoklah berapa panjang dia punya muncung. Boleh ukur dengan pembaris.

Aku tau dia sangat takut sebenarnya. Obvious dia tak selesa, dan macam blur kenapa nak kena bungkus camni. Tapi sebab dia lagi takut kat ayah long dia sebab tu la tak berani nak menangis. Lagi satu sebab abahnya ada dekat. Masam je muka masa kena potong rambut, tapi diam je tak menangis langsung.
Ni Adam keesokan harinya masa kami bawak dinner kat luar. Nampak hensem dan selesa dengan rambut baru dia. Hihi.
 
Tengok tu. Hensem anak mama. Hihi. Tetiba rasa rindu kat jambul ni. Eh.
Macam nilah bila dah jadi mak orang. Bila anak rambut panjang, rasa rimas. Serabut tengok. Hari-hari tanya B bila nak potong rambut anak, nak potong kat mana, abang rasa dia nangis tak kalau potong rambut?, nak potong fashion apa.
Sekali bila dah potong, mama rindu rambut Adam yang halus tu. Rindu nak selak jambul kat depan tu dengan jari mama, rindu nak tengok Adam gentel-gentel rambut sampai tertidur, rindu bila naik kereta rambut tu nanti terbang-terbang kena muka mama. Haish. Siapa yang dah jadi mama tu fahamlah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol