Secret Recipe Punya Cerita

Alkisah semalam Sang Suami mendapat gaji. Maka Sang Isteri pun mulalah merengek ajak makan di luar. Sebulan sekali katanya (banyaklah aku punya sekali). Sang Suami cakap 'ok yang'. Lepas tu Sang Isteri buat drama lain pulak. Sayang tak pernah pun makan dekat Secret Recipe. Nak makan dekat Secret Recipe boleh? Sang Suami cakap 'ok boleh'. Tapi nanti sayang kena teman abang cari nasik jugak. Abang tak kenyang makan benda mengarut-mengarut neh.
Aku punya hepi toksah cerita la (Eh, kantoi dah akula Sang Isteri tadi). Kalau diingat-ingat balik dah macam beruk dapat bunga pulak, padahal makan Secret Recipe je pun. Excited la aku ni, kata first time. Maka berangkatlah kami 4 beranak ke tempat kejadian. Sampai pun dah dekat pukul 9. Nak siapkan bebudak dua orang ni bapak nye lama. Nak dipakaikan sedondon pulak kaler purple.
Macam nilah anak-anak kami di tempat kejadian. Dua-dua tak mau duduk diam. Aisya sebelum makanan sampai dah renung makanan orang meja sebelah. Bila dah sampai makanan, dia mengamuk nak makan makaroni yang tengah berasap tu. Nak!!! Nak!!! Sementara tunggu aku tiupkan bagi sejuk, habis kaki tangan nak panjat atas meja.
Adam pulak mood swing semalam. Sekejap je ok, beberapa minit lepas tu dah masuk bawah meja, pastu kepala terhantuk sana-sini. Dia boring agaknye tak boleh jalan-jalan. 
Lain kali, kalau dah sampai macam ni baik makan kat rumah jelah. Hohohoh.
Dah masuk kereta, B singgah 7E bawak Adam. Masa ni B decide yang dia dah terlalu penat nak pergi cari nasik macam yang kami janji mula-mula tadi. Rasa bersalah pulak. Bila B dengan Adam masuk kereta, nampak B belikan Adam mainan dengan air Yakult. Yakult itu telah disebat Aisya dengan jayanya.
Malam ni Aisya dah makan Cheese Macaroni, cream yang topping Mocha Coffee mama. Pastu dalam kereta mintak air masak, tapi tak kenyang lagi paw abang Adam punya Yakult. Tak cukup lagi, dah sampai rumah baham lagi Yoghurt 1 bekas. Last sekali topup susu sebotol barulah lena. Aku punyalah bimbang takut sakit perut makan macam-macam. Dia rileks je.
Akhirnya tido jugak. Bukan salah korang. Budak-budak memang banyak ragamnya. Mama dengan abah yang kena banyak belajar lagi nak layan karenah anak-anak. We might not the best, but we'll always learn to be better everyday. Sayang anak mama.
Aku tak sempat langsung nak amik gambar makanan kami, dahtu camne nak buat review ni? Huhu. Memang luarbiasa la kalau dapat amik gamba sambil makan dengan bebudak ni kan. Aku google jer gamba nih (nak jgk buat review tuh).
Aku makan Cheese Macaroni with Prawn & Maushroom. Memang sedap tak terkata. Kena dengan selera aku. Aisya pun suka, banyak dia makan. Tapi portion dia terlalu besar. Tak mampu habiskan sorang. Kalau share ok kot.
Abang makan Grilled Mushroom Chicken. Aku yang orderkan menu ni sebab ada nasik. Awal-awal tadi dia nak makan nasik kan. Aku rasa abang punya ayam sikit dan dia punya lagi best. Abang cakap tak sedap (maybe sebab dia kurang suka ayam). Rasa macam nak mintak tukar jek, tapi tak sampai hati sebab tau dia mesti tak suka benda lah makaroni yang pelik-pelik nih. So, mampu tengok jelah. Next time nak order ni pulak. Opps, ada lagi ke next time?

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol