Aku rasa....... aku rasa...... Aku rindu nak pakai heels. K Bai.
Showing posts with label Bertunang. Show all posts
Showing posts with label Bertunang. Show all posts
Bertunang - Alahai Photographer 2
MY INBOX
Masuk office pagi Selasa minggu lepas, bukak fb, tgk2 ade message noti. (kantoi pagi2 bukak fb kat office =P).
Ade orang tanya pasal photographer majlis tunang aku. Hah? Pehal pulak ni? Aku bermonolog sendirian. (
Tak habes lagi rupanya kisah abang photographer bertuah aku ni. Kalau korang blur, kena baca cerita photographer ni dulu. Dah baca? Bagus ^________^
'ANGRY' KAKAK
Aku dapat custom album tu 4 Nov. This 'angry' kakak drop a message in my inbox on 6 Nov, Selasa. Korang baca sendiri la. Panjang lebar conversation kitorang. Siap bersambung hari Khamis pulak. Pompuan. Bila dah gossip.
P/s: That's me. Talking to a totally stranger. Macam dah kawan 8 tahun. Ehee ^________^
![]() |
| Click pic for larger image ^_____^ |
As for me, it's a big relief since I got my album safely and satisfied with the outcome (despite of prolonged period to have it in my hand). Ok la kan dari tak dapat langsung. Syukur sangat.
But as for that 'angry' kakak, kesian la dia. Aku buat album tunang aje. Aku pilih pakej yg below RM1k. Tapi carilah kat mana2 pun, pakej photography for wedding takde nye korang jumpa yang below RM1k. Siapa tak marah dah bayar beribu, lambat siap. Bak kata kakak tu, dari kawen sampai nak terberanak dah. Dah siap, boleh salah pulak.
Paling tak menahan, ada gambar aku dengan B dalam album akak tu. Apa kejadahnye? Bila masa pulak kami menempel?
Dan abang photographer boleh dengan rasa tak bersalah bagi macam2 alasan tak logik. Nak edit balik yang salah tu, berapa bulan lagi baru dapat?
PENGAJARAN
Kadang2 benda ni nasib jugak. Bukan tak berhati2. Tapi bila dah photographer ada page fb sendiri, dalam tu pulak dah berpuluh wedding album. Mesti la rasa confident.
Tengok pulak bangsa kita. Takkan la buat camni sesama kita ye dak? Nak nak pulak orang yang beragama. Takkan simply2 nak makan duit haram camtu. Yes, truth is damn hurt. Tapi itulah realiti.
Kalau kita fikir logik, orang yang business in this line, apa faedahnya menipu? Dapat la bawak lari duit orang let say RM2k/customer. Pastu buat camtu dekat 2,3 orang. Setakat dapat 5,6 ribu, lepas tu orang dah tau. Kena pindah randah. Tak boleh bisnes kat tempat yang sama dah.
Big question mark.........WHY?
- FB page got 600++ like. Very big network connection. Good promotional job.
- Very talented photographer. Hasil kerja dia outstanding.
- Very attractive persona. Kalau korang tgk cara dia sembang, dengan handsomenya, dengan muka suci + kain pelekat + songkok macam baru lepas sembahyang, the way he hold the camera then cakap "ni tak jual, camera cari makan", korang takkan expect langsung!
- Lapangan photography yang menjanjikan kesenangan.
- Kerja yg santai + kreativiti = Kaya.
Tengok jela pakej2 wedding, engagement, cukur jambul, konvokesyen. Semua nak professional photographer utk capture special moments tu.
Orang tak kisah berhabis duit asalkan puas hati. Especially momen2 yang takkan berulang lagi. Once in a lifetime. Tapi, orang2 yang tak amanah ni, derang sanggup tabur pasir dalam periuk nasik sendiri. Tak paham aku.
Bagi pengguna macam kita pulak, please, please, please remember!!
1. Jangan bayar habis!
Jangan sekali-kali bayar habis untuk servis macam ni. Make sure bayar half dulu ke. Another half, bila barang dah ada kat tangan. (Thanks so much abang long for remind me. Sayang abang long.) Please take note because this is very important. Confirm2 nasib aku macam kakak ni kalau aku bayar masa event ritu. Sigh.
2. SURVEY, SURVEY & SURVEY
Sentiasa survey pakej2 camni. Biar ambil masa. Takpe. Cari awal2. 6 bulan sebelum event ke. Jangan macam aku. Tengok berapa ramai customer dia ada. Baca komen2 dekat page tu. Amacam rensponse customer, diorang puas hati ke tak. Of course la admin akan delete komen2 yg tak membina kan. Tapi mana tahu kebetulan time orang complain kita sempat terbaca ke. Tanya kawan2 yang dah kawen. Pakej mana yang ok. How's their experience. Harga macam mana. How's the photographer treat them during event day. Kita ni bukan model kengkawan. Kalau photographer macam tunggul, main klik klik aje, tak ajar cara pose, hancur la gambar kita jawabnya. Pastu tanya berapa lama boleh siap album tu. Kalau dah ada 2, 3 pakej yang kita berkenan, bolehla compare and choose our best choice.
3. Simpan Resit
Pesanan 'angry' kakak to me. Sebagai bukti kita dah buat payment. Kalau transaction online, senang boleh print transaction record tu. Macam 'angry' kakak tu, bila dia ugut cakap nak report polis, baru abang tu ada effort nak siapkan album. Mungkin terkocoh-kacah sangat tu yang tempek gamba aku + B dalam album kakak tu. Happada.
4. Contact person.
If possible, dapatkan lebih dari seorang contact person. At least, kalau tak dapat reach yang sorang tu, boleh call yang lain. Biasanya photographer jarang yang lone ranger. Diorang biasanya ada team. Bila sorang, tak menang tangan sebab business camni, customer ramai. Nak pergi photoshoot lagi, pilih gambar lagi, nak edit lagi, buat album lagi.
If possible, dapatkan lebih dari seorang contact person. At least, kalau tak dapat reach yang sorang tu, boleh call yang lain. Biasanya photographer jarang yang lone ranger. Diorang biasanya ada team. Bila sorang, tak menang tangan sebab business camni, customer ramai. Nak pergi photoshoot lagi, pilih gambar lagi, nak edit lagi, buat album lagi.
Last but not least, nak tau gambar mana yang aku berkenan sangat sampai aku pilih photoghrapher ni?
Bukannya rumah aku ada lampu dinding cenggini pun. Sama macam korang. Aku pun tak paham.
Bertunang - Alahai Photographer
FLASHBACK
Aku nak tunang lagi lebih kurang sebulan time tu, so aku survey2 photographer kt dalam fb. Senang sket nak cari area2 Kemaman jek. So aku pun menjejaki kawan2 dalam fren list aku yang dah kawen, tgk album kawen diorang. Nak tgk cantik ke tak. Stalker tak aku neh??
Kalau ikut budget aku, aku nak je suh sape2 amek gamba tunang aku. Tapi masa tu orang2 yang aku kenal yg ada DSLR sendiri, semua belum professional lg + belum familiar dgn custom album.
Aku berkenan dengan 1 photographer ni. Gamba2 dalam fb derang cantik je. So, aku pun contact abang ni.
![]() |
| Click pic for larger image (^_^) |
P/s: Berani mati tak aku ni? 9 Jun tunang. 10 May baru terhegeh-hegeh cari photographer.
Dipendekkan citer, aku nak bertunang dah hari ni. Sebab mini pelamin dah dipasang sehari sebelum, pagi tu aku rilex2 je sebab majlis aku pun lepas Zuhur. Famili bakal mertua pun gerak dari Kuala Krai, so estimate dalam pukul 2 ptg jugak baru sampai Kemaman.
Pukul 12.00 tepat photographer sampai. Dua orang. Both guys. Terkezut tengok aku belum make up lagi. Aku cakap la famili belah lelaki lambat lagi sampai. Tapi dah sampai tak kan nak balik kan. Aku suruh minum2 dulu. Diorang cakap alang2 dah minum, baik amek gambar hantaran dulu.
Derang pun terjah barang2 hantaran.
Dalam pukul 12.30 Kak Leya a.k.a mak andam pun smpai. Photographer tak dibenarkan masuk bilik sebab aku takmau bertudung masa make up. Rimas!
Tengah make up tu Kak Leya bukak cerita.
"Ilah amek R*** ke jadi photographer?" "Ha'ah, nape kak?" "Lah, nape amek dia? Tau tak dia pernah bawak lari duit orang beribu-ribu, pastu album tak siap. Dulu kalau nak tau, dia bukak kedai dekat C*** L******. Tapi sebab banyak tipu duit orang, dia pun tutup kedai dia kat situ." "Lah, ye ke kak? Mana saya tau, saya pun cari kat fb".Bayangkanlah debaran aku tyme tu. Dah la tgh make up. Nak bertunang kejap lagi nih. Tetiba dapat tau pasal benda2 camni. Duit 2nd punya hal. Tapi kalau dia lesap camtu, gambar aku camne?
P/s: Aku bukan tunang 14 kali setahun!
OUTDOOR
Actually, masa aku request nak ada outdoor session tu, aku cuma nak tangkap gambar kat luar rumah je. Yela, luar rumah ada pokok2 bunga hape. Aku duduk balik pokok bunga. B nyorok belakang pasu. Kira outdoor la tu. Sekali photographer tu ajak kami pegi outdoor kat pantai. Murah hati betul.
Rasa over pun ada. Aku tunang je pun. Nak outdoor segala, bukan boleh pegang2 pun. Tapi dek kerana kemurahan hati abang2 photographer tu, kitorang ikut jugak. Dan hasilnya.................................
Ni semua gambar yang 'raw' abang tu bagi kat aku 2, 3 days after event . Belum touch + buat apa2 lagi. Even belum edit, aku dah sangat suka hasilnya. Memang teruja banget nak tunggu custom album tu siap.
Photoshoot tu sangat enjoy sebab:-
- Abang tu sabar gila mengajar aku yang kayu ni posing. Abang tu cakap, B pandai posing. Siot la B.
- Tempat outdoor tu, heavenly beautiful.
- Abang tu amek byk giler gambar. Aku dgn B dah penat, abang tu cakap sikit lagi, sikit lagi. Bukan selalu bertunang dik.
- Photographer sgt professional + sporting habes.
Even orang yg tak biasa bergambar, berposing macam aku pun boleh enjoy the session. Best abang photographer tu.
P/s: Dah memang keje dia camtu.
P/s: Dah memang keje dia camtu.
BAYAR HABIS
Berakhir je sesi photoshoot kami hari tu, abang photographer tu mintak bayar habis balance payment dia. Aku ingat nak bayar je. Masa tu penat + aku sangat happy + bahagia + abang tu sgt99x baik yang tak membenarkan akal logik aku merasa suspicious walaupun aku dah di'warning' Kak Leya awal2 tadi.
Aku baru nak amik wallet dalam kereta, masa abang long (abg ipar aku + along + adik aku semua datang. Derang bikin derang pny photoshoot sendiri) tanya aku.
"Angah nak bayar habis ke?"
"Ha'ah. Nape abang long?"
"Sorry, just nak cakapla. Selalunya benda2 camni, orang akan bayar once hasilnya dah ada dalam tangan. Especially service macam ni. Bukan apa ngah, abg long takut dah bayar habis, lambat dapat album tu nanti. But still, up to you la." Tu dia, speaking bagai abg long aku.
Aku pun dengan konpidennye cakap kat abang tu " abang, as per our deal la k. Saya dah bayar 60%, sekarang saya bayar 20%, another 20% saya bayar bila album siap k. Bila boleh dapat album ni?"
"Hmm, tak pasti. Sebab ramai lagi yang menunggu ni. Ikut turn la".
P/s: ~~Pitam~~
5 BULAN
We still tak dapat album tu.
Tanya kat fb, suruh call admin.
Phone tak angkat.
Message tak reply.
Dahla abang ni tak ada kedai kat mana2.
Dahla abang ni tak ada kedai kat mana2.
5 bulan & we still tak dapat album tu. Putus asa dah kami cari abang photographer.
Until one day masa kami tengah sibuk cari anak kerbau yang dicuri (yg ni stori entri lain ye), ada call dari photographer nak jumpa kat rumah. Nak bagi album.
Dia pun bagi album, B bagi balance duit then abang tu pass album.
Selamba dia cakap tukar no dah. Hello. kot ye pun, awak orang bisnes. Dah tukar no update la customer.
Paling best, dia tak say sorry pun sebab lambat.
Paling best, dia tak say sorry pun sebab lambat.
Tapi takpe. Balik rumah, tgk album tu ramai2.
Alhamdulillah. Hasilnya sangat superb! Dengan tak sampai 1k yang kami bayar, dapat album yang sangat comel. Cover warna putih. Ada gambar B dgn aku kat cover depan + belakang.
Pueh hati.
P/s: So, kami maafkan abang photographer walaupun dia lambat.
P/s: So, kami maafkan abang photographer walaupun dia lambat.
Bertunang - Kasut
Kasut tunang ni, along yang tolong belikan kat KL. Along tanya nak warna apa kasut tunang?
Hijau.
Size? 37.
Brand? Belilah apa-apa.
Tadaa! Tak sia-sia percayakan along. Cantik sangat high heels ni. Sembonia. Along cakap ada less, tapi tak cakap berapa RM. Along belanja.
Bertunang - Cincin Tunang
Memandangkan entri kali ini didedikasikan untuk
cerita tentang cincin tunang aku, dah alang-alang tu biar aku cerita sekali apa
bezanya:-
CINCIN MERISIK VS CINCIN TUNANG VS CINCIN NIKAH
I am not an expert either dan sebelum ni memang tak
pernah ada barang kemas pun. Kecik-kecik dulu adalah. Tapi aku banyak membaca
dan banyaklah tanya dengan orang tua-tua kan. Dan apa yang dapat aku simpulkan
aku share kat sini untuk jadi panduan buat bakal tunangan orang dan bakal
pengantin yang sedang blur-blur nak cari cincin macam aku jugak hari tu.
CINCIN MERISIK
Cincin merisik biasanya yang paling simple antara
ketiga-tiga cincin ni. Cincin emas kosong yang tak ada batu batu, berlian ke,
zamrud, nilam, delima, hatta batu-bata sekalipun. Selalunya orang tua-tua
panggil cincin belah rotan. Metafora bagi family si lelaki untuk bagitau family
sebelah pompuan “kami nak chup anak dara awak’.
Masa aku ritu tak dapat cincin merisik ni sebab family B jauh, 6 jam perjalanan dari Kuala Krai ke Kemaman so tak sampai hati nak suruh diorang datang banyak-banyak kali. Lagipun ma dia cakap masa diorang datang Kemaman jumpa family aku 2 tahun lepas tu dah kira merisik khabar la tu. Kira dah chup siap-siap dah, hehehe. Malu titew.
BAJET: Bawah RM200
CINCIN TUNANG
Cincin tunang pulak adalah cincin yang upgrade
sikit dari cincin merisik tadi. Biasanya ada banyak batu yang kecil-kecil dan
boleh ada ukiran sikit-sikit. Kalau letak di jari tu dia akan nampak lebih
terserlah dan lebih manis daripada cincin merisik.
Cincin ni yang akan disarungkan ke jari si gadis
oleh ibu mertua di hari pertunangan nanti. Kalau rasa nak kena hempuk kepala
dengan bapa si gadis, bolehlah suruh si teruna sarungkan cincin. Hehe.
BAJET: Bawah RM1000
Ini cincin tunang aku dan rupanya bila dah siap
digubah. Tak adalah pulak bajet nak cari cincin di Habib bagai. Mampu berangan
jelah. Tapi yang ni pun dah cukup happy sangat. Huhu.
CINCIN NIKAH
Cincin nikah adalah yang paling grand antara
ketiga-tiga cincin ni. Dan juga paling special sebab suami akan sarungkan lepas
majlis akad nikah nanti. Pilihan kebanyakan pasangan pengantin ialah cincin
berlian berbatu satu. Cincin nikah selalunya mempunyai design lebih simple dari
cincin tunang, tetapi harga lebih mahal pulak sebab berliannya lebih besar.
Tapi kalau kau nak pakai batu sungai sekalipun
takde siapa nak larang, ko punya cincin ko punya pasal la. Lepas tu kalau kena
kecam dengan pak lang dan mak lang, harap bersabarlah ye.
Cincin nikah punya harga tiada limit ye. Kalau kau
nak beli yang berapa puluh ribu riban sekalipun, terpulanglah kepada bajet
masing-masing. Tapi kalau kawin tu nanti guna duit loan tak payah lah beria
sangat nak cincin yang mahal-mahal iye dok. Aku nanti kawin pun nak beli yang
biasa-biasa aje. Bajet tadak.
BAJET: RM1000 ke atas
B, boleh tak belikan saya yang macam ni masa kawen
nanti?
Bertunang - Hantaran Pihak Lelaki dan Perempuan
Ok, ni entri yang paling excited nak karang. Hihi. Pasal Hantaran Pertunangan kedua-dua belah pihak, pihak perempuan dan pihak lelaki. Untuk pengetahuan korang, hantaran kedua-dua belah pihak ni digubah oleh along dan ateh (kakak dan adik aku) sendiri. Hah, banyaklah dapat jimat dari segi upah buat hantaran tu. Cuma keluarkan modal untuk beli bunga, reben, manik-manik hiasan tu je. Par aku pinjam along punya yang dia beli masa dia kahwin ritu. Tengok, dapat jimat lagi. Hihi. Lagi satu, kami tak mahu menyusahkan pihak lelaki bawak hantaran jauh-jauh dari Kelantan ke Terengganu ni. 6 jam kot. Kesian diorang. Nak datang jauh-jauh pun dah cukup penat, nak tatang dulang hantaran lagi.
Itu dari segi gubahan, dari segi barangan pulak biasanya masa tunang orang tak bagi hadiah yang mahal-mahal sangat macam handbag, kasut, gadget-gadget tu semua. Ini cuma adat, yang penting famili nak jumpa empat mata dan bincang pasal detail masa nak kahwin nanti. Biasanya hataran masa tunang orang bagi barang-barang yang simple dan praktikal. Contoh: Tuala & kain pelekat untuk belah lelaki. Benda yang boleh pakai hari-hari. Jadi, kami decide untuk beli barang-barang yang boleh kami guna untuk harian nanti. Takdelah membazir.
Berikut detail tentang hantaran kami:-
Par: Kedua-dua pihak guna par yang sama cuma untuk kelainan, hantaran B kepada aku kami gunakan alas par dan hantaran aku pada B kami biarkan togel camtu. Senang nak bezakan.
Gubahan: DIY (along & ateh)
Tema: Lelaki (biru dan pink) / Perempuan (merah dan biru)
Dulang: Lelaki (7 Dulang) / Perempuan (9 Dulang)
Hantaran Pihak Lelaki:
-Sirih Junjung
-Telekung solat
-Set Perfume
-Kek
-Cincin Tunang
-Baju Kurung Lace &
-Buah-buahan
Hantaran Pihak Perempuan:
-Sirih Junjung
-Tafsir Quran & Buku
-Sejadah
-Baju
-Kain Pelekat
-Kek
-Set Wallet, Tie, Belt & Handkerchief
-Coklat
-Buah-buahan
Simple je kan. Ok, jom tengok hantaran pihak lelaki kepada aku dulu. Bagi melengkapkan tema pink biru ni, memang sengaja bunga untuk hiasan tu kami beli warna pink dan biru. So, tak kisahlah barang-barang tu kalau tak ikut kaler tema pun.
Aku cuba google 'Sirih Junjung'. Kat situ banyaklah explanation pasal adat orang melayu bawak sirih junjung ni masa bertandang. Kononnya orang dulu-dulu diorang kan makan sirih, jadi sambil-sambil bincang nanti bolehlah kunyah sirih. Then, walaupun sekarang orang dah tak makan sirih tapi adat ni diteruskanlah jugak sebagai simbolik.
Lagi satu, adalah penting untuk Sirih Junjung pihak lelaki lebih tinggi gubahannya dari pihak perempuan. Diorang kan berarak datang, Barulah cantik kalau sirih tu tinggi. Wakil yang bawak dulang sirih junjung pulak kena jalan paling depan sekali dalam rombongan keluarga pengantin lelaki. Eh, pengantin ke? Juga sebagai simbol lelaki itu lebih 'dominan' dan sebagai bakal ketua keluarga. Ehem, ehem.
Owh, camtu ek? Terus aku suruh ateh gubahkan sirih yang tinggi ni. Tinggi woo. Setengah meter kot, nak tinggi sangat kan, hahahah.
Telekung pulak kami pintal-pintal camni jek. Kononnya lace tu nak dijadikan bunga tapi nampak macam cendawan kulat jek. Eh? Sengaja pilih yang ada lace pink, ikut tema.
Aku memang sejak dulu peminat perfume Avon 'Far Away' ni. Wangi sangat, bau lembut dan tahan lama.
Kek fondant ni bukan je cantik, tapi sedap jugak. Senang, pilih yang cream fondant kaler pink sebagai tema.
Entahlah apa functionnya seekor burung berwarna silver duduk bertenggek atas sangkar cincin aku. Dahlah die seekor diri macam tu, nampak macam kesunyian jek.
Baju kurung chiffon dengan lace. Terus pakai masa raya. *Wink
Last but not least, buah-buahan.
Habis pasal hantaran pihak lelaki, la ni chek nak ceghita pasal hantaran chek untuk buah hati chek. Chek pilih bunga warna merah, jadi barang-barang hantaran tu sengaja dipilih yang warna biru-biru gitu sebab temanya merah + biru kan. Tapi kami tak pakai bunga warna biru, nanti nampak sama sangat dengan hantaran pihak lelaki. Tamao, tamao.
Kek ni sangat besar dan berat. 2kg kot berat dia. Aku pilih kek besar ni sebab B ramai adik-beradik yang kecik-kecik lagi. Budak-budak kan suka makan kek. Nanti kalau bagi kek yang kecik tu takut tak cukup pulak makan ramai-ramai. Hamek aku beli yang gedabak terus.
Untuk kategori pakaian: tadi B bagi baju kurung lace a.k.a baju raya untuk aku. Aku balas T-Shirt Polo untuk B. Ni pun boleh jek pakai nak gi jalan-jalan time raya.

Untuk kategori Islamik: B bagi telekung solat untuk aku dan aku balas dengan sejadah, tafsir Quran dan buku karangan Pahroi Muhammad Juoi: Cinta Kerana Allah. Warnanya sengaja pilih yang biru. Buku tu aku bagi sebab B suka membaca, lagipun tajuknya macam sweet-sweet je kan.
Set ke pejabat ni untuk B pakai bila nak pergi interview kerja nanti. Hahahah, aci camtu?
Untuk hantran pihak lelaki tadi kami dah guna bakul, jadi untuk pihak perempuan kami guna balang kaca ni. Senang tak payah gubah-gubah lagi. Balang tu dah sedia bulat dan cantik. Tinggal campak je buah dalam tu. Kreatif tak kitorang? Ngee~~

Kain pelekat. Tak payah ulang dah rasanya, pun warna biru jugak.
Aku ni tak pandai sangat pasal perfume lelaki ni. So, aku beli je brand Wild & Country dari Avon ni. Ni perfume favorite abah aku. Dari dulu tak pernah tukar. Memang sangat wangi. Amacam korang fikir, bila lelaki kesayangan korang berbau sama macam ayah korang?
Ini sirih junjung kami. Ternyata lebih rendah dari pihak lelaki punya =)
This one was my most favorite item. Coklat lolly ni tempah dari wife colleague tempat kerja aku. Untuk 30 biji lolly rose chocolate ni RM50. Sangat puas hati dan sangat comel gubahan dia. Boleh tengok FB: Tie Homemade Choc. B cakap coklat ni dah habis dalam kereta bebudak serbu lepas balik dari majlis pertunangan kami. Tak sempat bawak balik rumah pun. Budak-budak dengan coklat memang tak dapat dipisahkan. Nak nak pulak coklat yang cute macam ni.
Walaupun dah diberitahu lebih awal kami dah siapkan hantaran kedua-dua belah pihak, ma buat surprise dengan bawak jugak extra 3 dulang hantaran lagi untuk aku. 7 + 3 = total dah jadi 10 dulang hantaran untuk aku, lagi banyak dari lelaki. Adoi. Aku cakaplah dekat ma kan Kak Ngah dah prepare semua, kenapa ma bawak lagi? Ma sege (segan) la k.ngoh date sini dok bawok gapo-gapo. Kiranya ma bawak jugak hantaran dari Kelantan ni untuk courtesy. Sweet kan bakal mertua aku?
Kalau nampak dalam gambar ni, yang warna gold tu hantaran dari Kelantan. Ma cakap adat orang Kelantan kena bagi benda yang manis-manis kalau bertunang. Ma bagi, buah-buahan, nasi manis (wajik) dan susu pekat manis. Memang kena kencing manislah bakal pengantin nih nanti, huhuhu.
Bertunang - Make up
Seperti yang dijanjikan, nak cerita perincian pasal majlis bertunang aku. Bertunangnya dah lama, hihi. 9hb Jun hari tu, tapi masa tu aku belum ada blog lagi. So tak ada medium nak bercerita pasal hari bahagia aku tu. Aku cuma lambakkan beratus-ratus keping gambar kat FB aku dengan tak malunya.
Ok, first entri pasal tunang ni aku nak cerita pasal make up. My make up, baju tunang dan pelamin adalah pakej dari bidal D'Teratak Qaseh Aleeya. Lokasi: Dekat tingkat atas Hai Peng Kopitiam. Aku gunakan khidmat kak Leya ni, pasal ateh ritu pun dah guna dengan Kak Leya ni. Dia ok. Dia bagi kitorang pakej murah sangat. Baju + makeup + mini pelamin = RM350.00. Hah, tak terkezut engkau? Murah giler kan. Kos itu penting, jadi Kak Leya telah menjadi orang kepercayaan untuk mencantikkan aku pada hari tu.
Sesi touch up. Masa ni aku belum tengok lagi hasil akhir dia. Kiranya aku serahkan je nasib aku bulat-bulat kat Kak Leya ni. Kalau cantik, cantiklah. Kalau tak? Hohohoh.
Betul-betulkan tudung sikit.
Gambar-gambar dalam bilik ni memang hasil dari kamera-kamera persendirian kami je. Kebanyakannya abang long yang tolong snap guna DSLR dia. Masa ni photographer dah sampai tapi diorang tak dibenarkan masuk bilik sebab masa makeup tu aku tak pakai tudung lagi.
Tadaa!!! Ni hasil dia. Jujurnya, waktu pandang cermin aku sangat-sangat terkejut. Sebab muka dah macam patung porcelain dan memang dah tak ada rupa aku langsung dah tau. Bedaknya sangat tebal sampai putih melepak camtu. Aku siap terjerit lagi "Alamak Kak Leya, saya nampak macam hantu!" Kak Leya cakap 'haish, ada pulak cakap camtu". Aku ni macam mengidamkan mekaup stail neutral yang still tak hilangkan wajah sebenar aku. Yelah, siapa tak nak nampak sempurna, flawless kan tapi kalau dah sampai tak ada rupa asal ko langsung, tak guna jugak.
Tapi Kak Leya cepat-cepat pujuk aku. Makeup pengantin untuk tunang dan kawen ni dia cakap tujuannya adalah nak nampak cantik dalam gmabar. Dia panggil studio makeup. Nanti kalau lebih kurang, kat luar memang cantik tapi warnanya nanti tak naik dalam gambar. Aku pun pasrah jelah, serahkan pada yang pakar. Dia lagi banyak pengalaman.
Tapi ada betulnya jugak cakap Kak Leya tu. Bila aku tengok gambar-gambar dari photographer (dia bagi soft copy sebaik selesai majlis), tak adalah nampak pelik sangat muka aku macam gambar kat atas ni. And towards end of the day, bila makeup tu dah makin cair dan sebati dengan kulit muka nampak makin cantik dan macam manusia normal dah, tak nampak macam patung cendana sangat. Hihi.
Buat sesi photoshoot sendiri dulu sebelum ke pelamin dan sesi photoshoot sebenar dengan photographer nanti.
Entah siapalah yang ajar aku suruh pose camni nih. Macam-macam. Overall aku suka je dengan makeup Kak Leya ni. Sebab masa bergambar atas pelamin nampak ok jek.
Oklah, next entri: Hantaran.
Dunia Baru
Assalamualaikum & Selamat pagi Rabu....
Tunangan Orang
Dalam post sebelom ni saya ada mention yg saya ni tunangan org....I'll write about my engagement day dlm post laen...Pada saat post ni saya tulis pun, ada lebih kurang 4 bulan lebih-lebih sket je sebelum hari bahagia saya....Baru dua hari lepas saya & B mengadap abah utk tetapkan tarikh =)
Disebabkan saya yang sedang dlm mood bahagia skrg ni, rs teruja nk share persiapan wedding sy....Sbb kita pompuan & pompuan memang tak dapat lari dari cuba merealisasikan mcm2 impian perkahwinan. Kadang2, plan kita boleh jd sgt2 xrealistik dgn bajet yg ada =) So, saya slalu ingatkan B supaya tenangkan saya bila saya pny mood nk wedding ala2 Scha & Awal datang (bajet sgt aku neh)....
Kurang Pengalaman
Dalam keluarga kami, cuma pernah kenduri sekali aje. Oktober 2011, majlis perkahwinan along. Saya pn xtolong byk sbb sibuk dgn kerja + tuition centre yg bru sebulan saya setup masa tu. Jadi, saya mmg org plg last korang patut refer pasal hal2 nikah kawen nih....Mereka2 ni la yg jadi mangsa rujukan saya
- Abah (orang tua ni mmg bese jd mangsa saya=))
- Along (after confinement, she'll be back to puncak alam...so xleh tolong byk)
- Ateh (Event Manager during along's wedding day)
- Kak Xora cute (heheh, bodek dulu)
- Gaya penulisan yg simple...senang paham.
- She started about 1 year b4 her wedding kalo xsilap....so, mmg byk sgt info kt sana....hantaran, deko, nikah, resepsi, paperwork 4 budget, theme etc etc.....
- Slalu remind saya jgn syok sendiri...senang ckp, ukur majlis dgn bajet sendiri...sob, sob...
- Byk info for DIY. yg ni saya plg suka...masa bertunang ritu pun byk DIY tp bukan saya buat la...Ateh + Along yg buat....
Perancangan
Berpandukan guidelines yg ada tu (source from Blog Dia Terima Nikahnya) saya akan fokus pada lima perkara besar ni secara berperingkat :-
- Date
- Budget
- Tetamu
- Vendors
- Kertas Kerja
Decision for # 3 & #4 akan bg main effect to total wedding cost. Contoh:-
- Wedding A : 2000pax
- 1000pcs kad + 2000pcs goodies + 2000pax (catering cost)
- Wedding B :1500pax
- 750pcs kad + 1500pcs goodies + 1500pax (catering cost)
- Vendor A : RM1.50/pcs (kad kawen glamor ala artis)
- RM1.50 x 1000pax
- = RM 1500.00
- Vendor B : RM1.00/pcs (kad kawen bese yg sempoi)
- RM1.00 x 1000pax
- = RM 1000.00
Camtu la lebih kurang calculation mudahnya. Nk kira byk2 pun korg mesti lg terer Math kn ...ouchh....For my wedding, saya akan update progress nye di sini InsyaAllah....
Mengharap yang Terbaik
Apa sekalipun kita hny merancang dan kita kena selalu ingat yg takdir Allah mendahului segalanya..Tp kita tetap boleh berusaha & berdoa untuk yang terbaik. Above all, bukan perincian majlis yang menjamin kebahagiaan, tapi rahmat Allah + redha & restu keluarga + keluhuran cinta pasangan....
Kalau boleh, saya nak mcm abah & mama....28 tahun hidup bersama tapi masih sempoi, bercinta, usik-mengusik & bahagia....telagah sekali-sekala tu biasa, xdapat lari....
Sebelom blah, saya nk tempek gambo yg sgt tacing masa wedding along ritu....Skrg da jd ibu org pun....Tp body maintain cun je, hampeh kau!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































