Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Zikir Dan Doa. Show all posts
Showing posts with label Zikir Dan Doa. Show all posts

Doa Apabila Marah

Assalamualaikum mommies.
Kami (read:aku dan along) masa kecil memang kuat bergaduh. Langsung tak boleh ditinggalkan berdua, nak bercakaran saje. Padahal masa tu kami berdua aje yang ada pun. Bila main sama-sama baiknya 5 minit je, ada je benda yang nak direbutkan, ada je yang duk start usik-usik dulu ke, sorok barang ke, ketuk kepala, tarik rambut, siap 'wrestling' lagi atas katil tahu. Haa, begitulah dahsyatnya kami dulu-dulu. Bila masa tengah berbaik tu baik sangatlah pulak.
Arwah abah selalu nasihatkan kami. 
Waktu bersama ni sangat sekejap. Tanpa kamu sedar, kamu mula berjauhan. Mula-mula berpisah masa masuk asrama, lepas tu masuk universiti, kemudian kena berjauhan sebab kerja dan akhirnya kahwin dak bawak haluan masing-masing. Kamu akan ikut suami kamu masing-masing, tinggal dengan keluarga kamu. Along dengan adik tak boleh duduk dengan abah lagi. Masa yang dah pergi, kita tak boleh panggil kembali. Masa tu macam mana along dengan adik rindu satu sama lain, nak main sama-sama, nak tinggal bersama kamu takkan dapat lagi. Sebab tu masa bersama kena hargai.
 Macam tu lah cara abah. Walaupun kami budak lagi tapi nasihat dia memang 'hardcore'. Tembus ke jantung terus. Lagi satu abah ajar kami doa menghilangkan rasa marah ni. Kami hafal dan amalkan. Abah pesan, bila rasa marah terus baca. Baca dan baca lagi sampai hilang rasa marah tu. Aku dah lupa berkesan ke tak doa ni masa aku kecik dulu, hihihi. Yelah, budak-budak tau baca je, bukan menghayati pun. Seingat aku, aku mula rapat dengan along start sekolah menengah. Memang sangat close, simpan rahsia masing-masing dan sanggup berkorban apa saja demi satu sama lain. Masa along masuk matrikulasi, bila along balik bermalam (aku dah Form 4 masa tu), kami tidur sambil pegang tangan T_T
Aku google ayat ni tadi dan jumpa. Aku share di sini semoga bermanfaat untuk korang.
Pic Source
Zaman kami mula berbaik, aku dah kurang amalkan doa ni sebab tak ada benda nak dimarahkan sangat. Hehe. Aku bukan budak nakal, jarang kena marah dengan mama abah. Di sekolah kawan-kawan ok, cikgu ok. Di universiti dan tempat kerja pun 95% ok. Jarang datang perasaan nak marah. 
Tapi semenjak dua menjak dah beranak empat ni, aku dah pandai baran. KEPENATAN punca utama. Habis semua orang kena marah. Anak-anak, mama, laki, adik, pendek kata semua orang yang ada dalam rumah tu. Last sekali, aku akan marah kat diri sendiri. Dah kenapalah kau lepaskan marah dekat orang yang tak ada kena-mengena tu.
Anak-anak bukannya faham.
Suami penat berkerja juga.
Mama pun penat tolong jaga rumah dan anak.
Adik pulak cuma balik sekali-sekala.
Masa dalam kecelaruan inilah teringat balik kat doa yang abah ajar ni. Dua tiga hari ni dah rasa banyak beza pada diri sendiri. Masa anak sedang tantrum pun aku bacakan. Tiup kat ubun-ubun. Semoga ada keberkatan walau sedikit.
P/s: Di zaman semua benda nak viral, keyboard warrior dan segala macam kecanggihan aplikasi dan media sosial ni, semua orang duk gigih provok satu sama lain. Sampai habis ustaz dan ulama pun kena maki kena carut sekali. Eloklah korang amal doa ni bagi sejuk sikit hati tu.

Al-Kahfi (Ayat 1-10)

Salam Awal Muharam
Waktu abah meninggal dunia, antara perkara yang paling aku terkilan ialah masih belum hafal 10 ayat  dari Surah Al-Kahfi. Masa hayatnya antara soalan yang paling sering ditanya ialah:-
Angah dah hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi?
Dan setiap kali itu juga aku jawab, BELUM. Pengajaran yang mahal buat aku. Janganlah selalu bertangguh-tangguh atas perkara kebaikan. Memang aku ada niat nak hafal, dah bila sudah hafal aku teringin nak baca depan abah, biar abah dengar. Sekarang dah terlambat untuk bagi abah dengar, tapi belum terlambat untuk hafal dan amalkan. Aku tak nak sempat aku mati dulu, itu baru betul dah ‘terlambat’ langsung. Aku degil betul dulu. Almost semua orang dalam family dah hafal kecuali aku.
Fadhilat paling besar 10 ayat ini yang sering disebut-sebut ialah untuk menghindari fitnah Dajjal. Dajjal yang sebenar itu di mana, bagaimana, dan bila keluarnya aku tak tahu. Kena bertanya pada yang lebih arif. Tapi dunia hari ini bunga-bunga fitnah dan ‘dajjal-dajjal junior’ itu memang sudah banyak bertebaran di mana-mana.
Aku gunakan peluang bercuti 3 bulan (cuti melahirkan Elyas) untuk menghafal. Sebaik sahaja suci, aku mulakan hafalan. Dan sekarang di tempat kerja, aku ulang baca sebanyak-banyaknya untuk melancarkan bacaan.
Kebelakangan ini syarikat aku berkerja Lynas Malaysia pula terkena tempias fitnah ‘dajjal-dajjal kecil’ ini. Mereka cuba menafikan periuk nasi kami demi kepentingan politik mereka. Seperti yang semua sedia maklum, satu jawatankuasa telah dilantik bagi menyiasat operasi kilang Lynas dan orang yang mengetuai jawatankuasa ini ialah orang yang sekian lama bersikap anti-lynas. Ayat ini senjata aku. Perjuangan kecil aku demi 600 pekerja yang mencari sesuap nasi di sini. Allah lebih tahu. Semoga akhirnya kemenangan berpihak pada kami. Amin.
Pic Source

Ramadhan 2, 1437H - Mari Berselawat

Assalamualaikum.
Soalan favorite arwah abah masa dia masih ada.
Hari ni berapa kali dah berselawat?
 Lepas tu bagi ayat sentap. "Jangan tipu, hari ni sekali pun tak kan." Ouch! Abah selalu suruh kami selawat ke atas nabi junjungan, sekurang-kurangnya 100 kali pagi dan 100 kali petang. Selalu remind kami dari masa ke semasa. Kalau dapat lagi banyak lagi bagus. Sebenarnya kalau dah terbiasa tu, tak adalah lama sangat  nak buat 100x tu. Sambil-sambil drive pergi kerja pun dapat.
Marilah berselawat, nanti-nanti di akhirat tak adalah terkedu sangat nak mintak syafaat. Kita mulakan pada bulan yang mulia ini, dan istiqomah di bulan-bulan yang seterusnya.
Pic Source

Solat Dhuha

Assalamualaikum mommies.
Lately, kalau jumpa pape yang best dekat FB, randomly during blogwalking, orang hantar kat Whatsapp, rasa rugi kalau tak share kat sini. Sebab ilmu ni semakin diwakafkan dia semakin bertambah. Lagipun aku rasa cambest, so mesti korang pun rasa cenggitu jugak. Eh, boleh camtu?
Tak apalah kalau kita tak nak baca lagi, tak mau amal, tak mau ambil iktibar, tak mau pandang, tak mau jeling pun sekarang. Mungkin satu hari nanti kita berpaling dan nak kutip semula apa-apa yang tak cukup, kita tau mana nak refer.  Sekurang-kurangnya untuk aku, aku tau mana nak refer.
Bila dah dari macam-macam sumber, kadang-kadang dah tau tau nak credit. Tapi aku rasa tuan asal dia pun takdenye nak charge aku plagiat gambar dia ni, sebab niat asal diorang create this islamic quote, pic, teaching materials pun memang nak educate orang dan nak ia disebar sebanyaknya. Aku kagum dengan korang-korang yang berhabis masa memerah otak nak buat gambar, diagram, video ni semua supaya orang boleh dapat panduan ringkas untuk solat dan berzikir. Untuk korang, semoga korang beroleh rahmat dan pahala.
So, untuk hari ni, aku nak share pasal Solat Dhuha. Inilah amalan yang aku sendiri dah lihat keajaibannya. Seseorang yang aku kenal, tak pernah skip Solat Dhuha setiap hari. Baru-baru ni, beliau dikurniakan anak selepas 14 tahun berkahwin. Dan lepas dapat 1st baby tu, tak lama kemudian wife dia pregnant lagi. Hah, kalau tak percaya lagi tak taulah nak cakap. Kat sini aku share cara mengerjakannya. Ambillah 5 minit dari masa kita. Sujudlah. Semoga kita semua mendapat rahmat. Amin =)

Ya Rabbi, Guide Me.

Doa Nabi Ibrahim

Assalamualaikum.
Hari ni genap 7 bulan abah tinggalkan kami. Terasa cepatnya masa berlalu dah lebih setengah tahun abah tak ada dengan kami. Terasa lambatnya masa berlalu sebab masih kuat rasa sebal dan pedih di dalam hati. Dulu, kami selalu rasa kuat sebab abah ada. Bayangkan, masa putus cinta (bagi sesetengah ayah, mungkin hal macam ni remeh temeh) saya menangis di riba abah. Mengadu dengan abah tanpa segan silu, abahlah BFF saya masa tu. Orang tua yang banyak saya abaikan semasa sedang hangat bercinta itulah yang banyak mengajar doa-doa untuk pulihkan semangat saya, kurangkan hiba di hati saya.
Itulah abah. Memang banyak doa-doa yang arwah ajar pada kami. Kadang-kadang sampai tak sempat nak amalkan. Salah satunya adalah doa di bawah ini:- 
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma ya dayyanu waya qowwiyal ardhi waya karimu antakhfadhona
man anzalna bil haqqi
Ya Rahmanu Ya Rahimu Ya Mannanu Ya Hannanu
Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Rabbal Alamin
Ini ialah Doa Nabi Ibrahim. Pernah cuba cari di internet, tapi yang banyak keluar ialah doa bila terkena api @ benda-benda yang panas. Tak jumpa pula doa yang ini. Abah jenis orangnya, kalau ajarkan kami sesuatu ilmu yang baru dia takkan cerita fadhilat doa tersebut. Begitu dan begini. Tapi kami selalu bertanya. Maka kata abah, kalau kamu tahu fadhilatnya, maka kamu beramal kerana berkehendakkan laba, tidak ikhlas. Mahukan pulangan. Beramallah dahulu anakku, rasakan nikmat ilmu dan amal. Mendapat pulangan atau tidak, hanya Allah yang menentukan. Semua milikNya. Beramallah dahulu anakku. Cuma untuk doa ini, rasa macam teringat abah pernah beritahu untuk dibukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak tersangka-sangka. Di beri jalan keluar ketika dalam kesulitan. Diringankan ketika sedang menanggung beban.
Saya hafal doa ini (kebanyakkan doa yang abah ajar memang saya ingat) tapi tidak dijadikan amalan harian. Saya tidak amal doa ini sampailah satu masa ketika abah tak ada lagi. Saya banyak diuji dengan kesulitan selepas abah tiada. Mungkin dulu ada dua orang yang selalu berdoa untuk saya, Abah dan mama. Tapi sekarang cuma tinggal seorang. Along pun selalu cakap, mungkin along susah sebab tak ada lagi doa abah untuk along. Mungkin. Apa yang jadi bila kita hilang tempat mengadu ialah, kita cuba bantu diri sendiri. Saya cuba tidak mengadu pada mama, tidak mengadu pada suami. Saya terlalu sayangkan mereka, saya tak mahu mereka susah hati. Jadi, apa saya perlu buat? DOA. Saya cuba recall doa-doa yang abah pernah ajar saya. Dan satu-persatu keajaiban doa mula terjadi pada saya.
Selepas abah tiada, mula-mula sekali saya diuji dengan kereta. Saya memang terpaksa jugak-jugak beli kereta sebab lepas kemalangan, kereta yang lama total loss. Kereta yang saya nak beli ni kereta idaman arwah abah. Dia nak sangat-sangat anak dia pakai kereta import. Saya cakap kereta ni mahal walaupun 2nd hand, maintenence pun mahal. Abah cakap tak apa, maintenence biar abah jaga. Rosak sikit-sikit, abah baiki. Sebab tu walaupun abah dah tak ada, aku teruskan niat ambil kereta ni. Tapi aku tak tahu kereta ni ada tunggakan dengan bank 4 bulan. Dipendekkan cerita, aku dahulukan duit poket sendiri untuk owner settlekan tunggakan dengan bank supaya bank dapat release geran kereta. Barulah kami boleh proceed dengan full settlement oleh usecar, permohonan loan, etc, etc. Proses membeli kereta memang berjalan lancar, tapi bulan tu saya sangat sengkek. Berdebar-debar membilang hari untuk next gaji sebab bimbang anak-anak keputusan susu. Satu tin susu nak dekat RM90. Duit di tangan hampir kering langsung. Berat mulut ini nak mengadu pada si suami, bimbang menyusahkan dia. Bimbang menggusarkan hatinya. Saya buntu tapi redha diuji begini. Rasa sangat bersendirian dan hanya ada Allah tempat mengadu Saya tawakal dan baca Doa Nabi Ibrahim ini sebanyak-banyaknya. Sebanyak yang boleh. Mudah-mudahan Allah bantu saya. Tengahari itu di office, saya mula gatal tangan kanan. Sebelah petangnya usecar whatsapp saya. "Duit awak ada balance RM900++...Petang ni datang office ambil cheque." 
Abah, sakitnya menanggung rindu ini.
Second time lebih kurang camtu jugak ceritanya. Musim-musim ekonomi tengah down ni, bayar loan takbleh lambat langsung. Biasanya elok aje bayar 25hb, tak pernah call pun. Tapi sekarang 15hb bank dah kol. Nak confirmkan payment. Dah siapa pulak ada duit nak bayar bank tengah-tengah bulan camni. Last salary dah bayar, takkan sebulan sampai dua kali nak kena bayar. Tetiba pulak cakap payment due 20hb so kira dah tertunggak sebulan. Kalau tak nak dia asyik kol ugut-ugut nak freeze akaun kena bayar extra sebulan. Pulak dah. Masa ni aku cuba-cuba nasib whatsapp En. Suami, mana tahu takut dia ada simpan duit lebih-lebih kat mana-mana. Tawakal je sebab selalunya time kerja telefon takde dengan dia (En. Suami kerja dalam chemical plant). Tup tup, abang reply. "Sayang ambil bag galas abang dalam kereta, ada sampul raya dalam tu ada duit sikit abang simpan." Wah, macam tu je dah settle masalah saya yang merunsingkan hati sangat-sangat tadi.
Di satu masa yang lain masa saya tengah nak setup business. Saya mintak suami dahulukan duit modal. Suami baik hati sumabangkan duit simpanan dia dan tambah lagi dengan duit untuk bayar installment rumah. Saya janji akan bayar balik secepat mungkin. Tapi biasalah bisnes ada naik turunnya. Saya tak dapat bayar balik secepat yang saya janjikan. Maka installment rumah pun tertunggak sebulan. Macam biasalah bank pun kol office suami tiap-tiap hari. Bayangkan betapa resahnya hati saya. Bimbang kalau-kalau perancangan tak menjadi saya menyusahkan suami. Saya baca lagi doa ni sebanyak-banyak yang boleh. Setiap kali rasa runsing, setiap kali doa ini terlintas di fikiran saya setiap kali itulah saya akan baca. Hujung bulan saya periksa duit gaji. Ada berlebih dari yang sepatutnya. Saya tanya finance person. "Kak, kenapa ada duit lebih dalam akaun saya?" Kakak tu cakap, "Ilah, boss decide untuk bagi jugak bonus dekat kita semua tahun ni walaupun tak sebanyak seperti biasanya." Allahurabbi, menitis air mata saya. Tahun ini kami memang sepatutnya tak akan dapat apa-apa bonus sebab keadaan eonomi. Bisnes pun tak berapa cantik tahun lepas. Jadi perkiraan tentang bonus memang tak ada langsung dalam kepala saya. Alhamdulillah, dengan income extra ni saya dapat settlekan hutang saya dengan suami. Dan bagi sedikit masa dan ruang untuk perniagaan saya berkembang.
Sahabat, perkongsian ini bukanlah supaya kalian membaca doa ini dan mengharap duit turun dari langit. Saya bersyukur dengan pertolongan yang Allah beri beri pada saya. Kebetulan, beberapa kisah kesulitan saya semua berkaitan masalah kewangan. Ajaibnya, duit saya saya peroleh semuanya dari sumber yang tak pernah saya sangka-sangka. Ini menguatkan keyakinan saya dengan amalan ini Allah S.W.T akan memberi petunjuk dan jalan keluar atas kesulitan kita. Dengan ini, akan mengukuhkan lagi pergantungan kita padaNya. Wallahualam.
Akhir sekali pesanan ikhlas saya, selagi ibu dan ayah masih ada, pohonlah doa mereka untuk kita. Mintalah apa saja. Minta didoakan agar murah rezeki, hidup dirahmati, istiqomah dengan amalan. Selain Rasulullah S.A.W, inilah sahaja insan yang mencintai kita lebih dari diri sendiri, lebih dari dunia dan segala isinya. Dan doa seorang hamba yang tidak mengharap balasan untuk diri sendiri, doa apakah yang lebih tulus dari ini? Mintalah dengan mereka. Doakan saya ibu. Doakan saya ayah. Dulu aku selalu mintak dengan abah, "abah, abah doakan angah ye." Abah akan jawab "Abah selalu doakan kamu semua. Malah, pagi-pagi bila angah pergi kerja, hilang sahaja dari pandangan mata, abah akan cakap Ya Allah, sekarang aku tak dapat lagi melindungi anakku, maka aku serahkan anakku dalam pemeliharaanMu Ya Allah" T_T Abah saya tiada lagi hari ini. Ilmu yang abah tinggalkan saya manfaatkan untuk diri dan sebagai saham untuk abah di alam sana. Semoga kalian juga beroleh manfaat darinya, InsyaAllah.

Wordless Wednesday

#Al-Fatihah Abah

Al-Humazah (Pengumpat) 104:1-9


104:1 Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pengumpat, pencela.
104:2 Yang mengumpul-ngumpulkan harta dan menghitung-hitungnya.
104:3 Dia menyangka bahawa hartanya itulah yang akan memeliharanya.
104:4 Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia akan dihumbankan ke dalam Huthomah.
104:5 Dan sudahkan engkau tahu, apakah Huthamah itu?
104:6 (Itulah) Api neraka yang dinyalakan.
104:7 Yang menjulang ke atas segala hati itu.
104:8 Sesungguhnya neraka itu, atas mereka akan dikunci erat.
104:9 Dengan palang-palang yang panjang melintang.

#Al-Fatihah Abah

Doa Untuk Ibu dan Ayah

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik kami sewaktu kecil.

Ya Allah, sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah, ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus-menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah, berikanlah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah, berilah mereka bahagian ganjaran dan ketaatan yang Engkau hadiahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepadaMu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan jangan tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka dari salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah, lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah, janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah, jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaanMu, tempat menetapnya rahmatMu dan tempat para waliMu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan.

Amin amin amin Ya Rabbal Alamin

#Alfatihah Abah.

Yang Ringan Di Bibir, Tetapi Berat Di Timbangan

Assalamualaikum mommies.
Nak share something yang abah pernah bagitahu. Abah cakap "angah tau zikir apa yang paling ringan di bibir, tapi berat pada timbangan?"
"apa bah?"

Pic source

Penawar Segala Penyakit

Satu masa, abah pernah kena penyakit buasir yang sangat teruk. Sekali masuk tandas sampai berjam-jam. Kalau buang air akan keluar banyak darah, kata dia. Allahu rabbi. Kesian abah. Dulu masa- muda-muda abah memang suka makan pedas. Sebab tu sekarang dia selalu remind kami kalau nampak makan berulam cili padi tu;
Jangan makan pedas sangat. Nanti rosak perut.
Bila  abah start kena sakit jantung, kena makan macam-macam ubat dari hospital sakit buasir dia makin teruk. Aku nak cakap pun tak pasti, tapi ini dari pemerhatian sendiri. Sebab gigi dia pun semua mereput dan patah tinggal tunggul (gigi abah cantik dan putih sangat dulu). Nak cakap pun tak kena sebab kita tak arif. Nanti kalau aku cakap buasir dia effect dari ubat-ubatan yang dia makan dalam jangka masa panjang tu semua, nanti habis Pharmacist satu Malaysia ni pakat duk hamun aku. Huhu. Jadi senang cakap, aku tak tahu punca sebenar. Selamat. 
Baru-baru ni aku perasan abah macam kurang sebut-sebut atau mengaduh sakit. Terus aku tanya, buasir abah dah baik ek? Abah macam dah tak sakit je? Dulu selalu sakit. Abah pun bukak cerita. Ada satu malam tu masa semua tengah tidur, punggung abah rasa sakit nauzubillah, sampai menitik air mata. Rasa macam duduk atas bara api dia punya sakit tu. Abah dah habis ikhtiar, dah habis jampi. Tak tau nak buat macam mana lagi. Last-last abah pergi dapur ambil segelas air masak. Abah bacakan surah Al-Fatihah 40 kali pada air tu, tiupkan. Lepas tu abah minum sendiri. Alhamdulillah, lega rasa sakit tu. Sampai sekarang tak sakit lagi. Bukannya penyakit tu baik terus, tapi ok lah tak sakit teruk macam dulu.
Aku share kat sini pengalaman sebenar yang dialami abah aku. Korang kalau sakit tu, pergilah hospital sebab aku pun kalau sakit akan pergi hospital mintak consultation dengan doktor yang lebih arif tentang penyakit. Tapi, kalau keyakinan korang tinggi, dan korang pun spesis anti doktor/hospital macam abah aku, bolehlah cuba cara ni ya. Alquran itu kan senjata orang mukmin ^_^
Pic Source: Pinterest

Nuzul Quran - Pray 4 GAZA


You can't have a blog but not write about GAZA right? But what's there to write? Kerana tak ada kata-kata atau air mata dapat menyaingi penderitaan saudara-saudara kita di sana. Allahu Rabbi. Hari ini Nuzul Quran, jatuhnya pulak pada bulan Ramadhan yang mulia. Tapi bagi saudara kita di sana, tak ada bezanya. Baru semalam mereka punya keluarga, hari ini sebatang kara. Baru sebentar tadi mereka punya ibu bapa, tapi sekarang, sudah menjadi yatim. T_T

Di bawah ni adalah timeline tentang konflik di Gaza yang aku download dari FB Aman Palestin.
Click for larger picture.





Tidurlah Wahai Syuhada

Tidurlah para syuhada,
Moga kali ini tidurmu lena,
Tiada diganggu tentera hina,
Tidur diulit bidadari syurga.

Selamat jalan ayah, selamat jalan ibu,
Pergilah abang, kakak dan adik-adikku,
belum sempat mengenal dunia  duhai anakku,
Ilahi menjemput lebih dahulu.

Kami tak lupa pada janji,
Yahudi binasa kedua kali,
tidak kan bangkit sekali lagi,
Padamu kumohon duhai Ilahi.



And We conveyed to the Children of Israel in the Scripture that, "You will surely cause corruption on the earth twice, and you will surely reach [a degree of] great haughtiness.


So when the [time of] promise came for the first of them, We sent against you servants of Ours - those of great military might, and they probed [even] into the homes, and it was a promise fulfilled.


Then We gave back to you a return victory over them. And We reinforced you with wealth and sons and made you more numerous in manpower


[And said], "If you do good, you do good for yourselves; and if you do evil, [you do it] to yourselves." Then when the final promise came, [We sent your enemies] to sadden your faces and to enter the temple in Jerusalem, as they entered it the first time, and to destroy what they had taken over with [total] destruction.


[Then Allah said], "It is expected, [if you repent], that your Lord will have mercy upon you. But if you return [to sin], We will return [to punishment]. And We have made Hell, for the disbelievers, a prison-bed."

#Pray 4 GAZA

Zikir 7 Hari


Salam Jumaat sahabati. 
Di hari Jumaat ni, aku nak share benda yang simple tapi bermanfaat. Enjoy reading ^_^

Pic source

Abah pernah cakap, ilmu yang sedikit dengan amal yang konsisten a.k.a istiqomah adalah jauh lebih baik daripada ilmu yang banyak dengan sedikit amal. Kadang-kadang adalah lebih baik kita belajar ilmu yang mudah-mudah, zikir yang simple, doa yang pendek sebab lebih mudah untuk kita beramal dan amal tu melekat dengan diri kita.

Kadang-kadang (it happens to me), kita tau doa yang panjang-panjang, zikir yang hebat-hebat amalan para wali tapi dek kerana nipisnya iman kita ni, bila doa atau zikir tu agak panjang selalunya kita
 jadi malas nak beramal. Jadi, Imam Al-Ghazali sarankan kita beramal dengan zikir kat bawah ni. 1 zikir untuk 1 hari. Mudah

Pic Source

Gambar kat bawah ni, panduan untuk kita berzikir tanpa tasbih. Guna jari aje. Kecik-kecik dulu, abah pernah ajar aku camne nak berzikir guna ruas-ruas jari. Ini kalau korang rajin nak kira lah berapa kali nak bertasbih, bertahmid, bertakbir. Aku biasanya aku malas nak kira pun. Perhitungan yang sebenar hanyalah di sisi Allah. Siapalah kita nak menghitung-hitung amal kita yang sikit ni, ye dak?

Pic source: orang hantor whatsapp kat aku..huhu..

Senangkan nak beramal? Kalau gambar-gambar kat atas ni masih tak dapat memotivasikan hati kita untuk mengingat Allah, jom pakat-pakat rasa malu kat pokok, pasir, batu, haiwan-haiwan dan udara di sekeliling kita yang setiap saat berzikir mengingatiNya.
Jom buat. Senang je.

Pic Source

Permudahkanlah Ya Allah!


Baru bulan lepas post satu entri pasal nak bebas dari hutang. Fresh lagi entri ni. Saat kami diuji dengan kesihatan Adam (nanti aku cerita pasal Adam) tiba-tiba datang rezeki bergolek ke kaki. Teringat abah berulang kali pesan, 
Bacalah doa ni angah. Allah akan tolong kamu langsaikan hutang-hutang kamu. Allah tak hantar duit sampai ke bawah bantal. Tapi percayalah dengan keajaiban. Allah akan tolong kamu keluar dari kesempitan. Sesungguhnya, pengamal Doa Nabi Ibrahim ni adalah orang yang kaya. Kaya jiwa.
Doa Nabi Ibrahim ada banyak. Antara yang famous ialah doa yang dibaca ketika Nabi Ibrahim dibakar Raja Namrud. Tapi doa yang abah ajar ialah doa di bawah ni:-

  
 Untuk tujuan menghindari fitnah dan berlapang dada: baca 5x
Untuk tujuan melepaskan diri dari hutang: baca 40x
Kalau dapat selepas solat lagi bagus. Abah suruh istiqamah baca tiap-tiap hari. Tapi aku baru dapat buat sekali aje, baca sebanyak 40x. MasyaAllah, hasilnya luar biasa. Ada pintu yang terbuka. Ada jalan keluar, InsyaAllah.

Yang lebih best lagi, masa aku utarakan usul aku pada B, dia terus setuju. Bukan saja support, malah nak turut join sekali. Besar hikmahnya ayat-ayat suci. Teringat kata seorang sahabat,
Kita kejar dunia, dunia akan tinggalkan kita. Kita kejar akhirat, dunia slow-slow follow dari belakang.

Detik Kelahiran Adam - Part II


Detik Kelahiran Adam - Part I

Aku tersedar bila B datang tepuk-tepuk muka. "Abang dah solat?" B angguk. "Abang doa untuk sayang?" B angguk lagi. B pegang tangan aku. Masa tu ubat tahan sakit tu mula bagi kesan. Bila ada contaction aku terjaga, bila sakit tu hilang aku terlelap semula. Cahaya pun samar-samar aje. Contraction dah makin kuat. Selang 10 minit sekali. 

Sepanjang masa itu, mulut aku terkumat-kamit baca doa Nabi Yunus. Minta Allah bagi keringanan. 
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. 
Tiada Tuhan selain engkau Ya Allah. Aku termasuk golongan orang yang menzalimi diriku sendiri.
Begitulah berulang-ulang sampai sakit tu makin kuat. Selang masa pun makin cepat. Dari 10 minit, kemudian 5 minit, 3 minit, 2 minit, 1 minit, 30 saat.......
Sakitnya mula tak terkata. Bibir rasa terketar-ketar. Ayat yang tadinya aku baca di mulut, tak mampu aku lafaz lagi. Tapi aku masih baca. Berulang-ulang. Dalam hati.

Setiap kali sakit tu datang, aku cuma mampu ucap Allahuakbar dan genggam tangan B kuat-kuat. Aku bersyukur lelaki yang dicintai ada di sisi di saat-saat nyawa seperti hampir terlepas dari jasad. Aku panggil B, "abang, abang..." B genggam tangan aku. Dia tunduk, dahinya diletak atas tangan aku yang dia genggam. Mulutnya terkumat-kamit tapi aku tak dapat dengar ayat yang dia baca.

Sakit tu makin kuat. Rasa macam nak meraung. Aku suruh B panggil bidan. Cakap kat bidan tu aku dah tak tahan. Bidan datang, periksa jalan sekali lagi. Baru 3cm. "Awak jangan teran dulu ye, jalan baru bukak 3cm. Nanti kepala baby awak bengkak." Confuse sangat masa tu. Bidan cakap jangan teran, tapi aku rasa macam baby ni nak keluar sangat-sangat dah. Aku bagitau bidan tu. "Sakit sangat ni, sakit sangat". Mungkin bidan tu nampak muka aku dah macam nak menangis (masa tu aku tak tau, mungkin muka aku dah biru, takpun dah tukar hijau agaknya), bidan tu cakap "cuba awak mengiring. Biasa kalau mengiring jalan cepat bukak."

B tolong cuba iringkan badan aku. Aku ingatkan, bila mengiring sakit tu akan lega sikit. Sekali, bila gerak je aku rasa macam pinggang aku dipatah-patahkan. Masa tu aku macam ada terjerit sikit (sebab tak tahan sakit) pastu aku rebahkan badan semula. Aku dah nangis masa tu "tak boleh mengiring...sakit.."

Time tu entah macam mana ateh boleh tetiba ada kat labour room. Ateh panggil aku, "angah, mama dengan abah semua dah sampai. Mama tak boleh masuk sebab Izzah nak mama teman dia". Aku angguk. Masa tu takde fikir dah segan ke, apa ke, aku duk fokus menahan sakit je.

Dalam keadaan aku tengah keluh kesah tu, tiba-tiba aku dengar suara baby menangis dari labour room sebelah. Masa tu dalam pukul 3 petang. Kuat sangat suara baby tu. Aku cepat-cepat Istighfar. Aku kena kuatkan semangat aku. Aku nak tengok baby aku. Dalam menahan tu, sakit tu makin lama makin kuat. Makin lama makin kuat. Macam tulah keadaannya sampai bidan periksa bukaan rahim sekali lagi dan kali ni dah 5cm. Masa ni Dr. Ayu sampai. Doktor baru je settle operate kat labour room sebelah. Ibu baby yang menangis tadi. Doktor cakap "good job dear, we're half way through".

Bila dengar doktor cakap macam tu, aku makin down. Aku rasa macam nak habis nyawa dah ni. Baru separuh jalan? lambat lagilah baby nak keluar nampaknya. Tapi rupanya tak lama lepas tu bidan periksa sekali lagi dah bukak 7cm. Ateh siap tanya lagi, kalau 10 cm dah boleh kan. Nurse tu cakap, "secara teorinya, bolehlah". Aku cakap "nurse, saya nak kencing". "Awak memang tengah kencinglah ni. Saya masukkan tiub untuk keluarkan air kencing tu. Kalau pundi kencing kosong nanti kepala baby senang turun". Lah, macam mana sendiri kencing pun boleh tak sedar ni. Malu, malu.

Tak lama lepas tu, bidan periksa sekali lagi dan dia cakap "ok, dah boleh ni. Kita belajar meneran dulu ye. Tarik nafas dalam-dalam, lepas tu teran sekali, panjang-panjang, lama. Jangan putus nafas." Dia suruh aku duduk dalam labour position, B angkat bahu aku dan pangku kepala. Bidan panggilkan doktor. Dr. Ayu tanya, "bolehke adik ada sekali ni?" Aku diam. Dr. Ayu kata "sakit sangatlah tu. Sampai tak boleh cakap dah."

Mula-mula aku meneran tu, aku asyik tercungap-cungap. Jadi kepala baby tu macam masuk balik (ateh cerita kat aku). Aku teran lagi, teran lagi, doktor cakap bagus-bagus dah 1/4 keluar ni. "Awak pandai teran, sekejap je baby dah nak keluar ni". Tengah-tengah bersalin tu aku rasa dahaga yang teramat sangat. Aku bagitau B "abang, nak air". B suakan botol air selusuh ke mulut aku. Lepas minum, sambung balik. Bila tak tahan sangat aku macam nak terjerit, geleng-geleng kepala, B pujuk "sayang, sekejap lagi kita nak jumpa Adam. Sayang nak tengok Adam kan."

Aku genggam tangan B sekuat hati, kerahkan segala kudrat yang ada, dengan nafas yang hampir sampai di hujung-hujung aku, aku teran habis daya, paling kuat, paling lama. Dan kepala baby pun keluar.
"Ok, kepala dah keluar. Teran sekali lagi, lama-lama, panjang-panjang, kita nak keluarkan badan dia". Aku teran sekali lagi, kali ni tak sesakit masa kepala baby nak keluar tadi. Senang aje badan baby tu keluar.

Alhamdulillah.

Aku tak kena episiotomi. Luka pun tak banyak.
Aku meneran lebih kurang 15 minit baby dah keluar.
Berkat kalimatullah.

Masa doktor sedang keluarkan uri, jahit luka, baby dah dibawak keluar untuk dibersihkan. Ateh dengan B ikut baby keluar. Sekejap ateh datang semula tunjuk gambar ni.

Subhanallah, anak aku.

Lepas selesai semuanya, aku ucap terima kasih dekat Dr. Ayu dan bidan yang tolong aku. Rasa lega sangat. Sekelip mata semua sakit yang tak tertahan tadi, hilang. Dua orang nurse datang, alihkan badan aku atas bed lain, tolak aku keluar labour room. Masa tu ada sorang lagi nurse datang letakkan baby yang dah siap bedung atas lengan aku. Diorang hantar kami ke wad. Baby kena culik masuk bilik kaca dulu. Aku masuk bilik aku yang dah penuh dengan sedara-mara. Huhu. Meriah sungguh. Abah, mama, Izzah, atuk, aunty, ude sekeluarga, pokdi sekeluarga, ateh dan abang teh. Wah, macam hari raya pulak.


Baby dibawak keluar dari Labour Room.

Mulut baby dibersihkan.

Bersihkan badan baby.

Timbang berat baby.

Pakaikan pampers.

Pakaikan baju.

B azan dan qamatkan baby.

Pertama kali dakap anak kami.

B tahnikkan baby.

Malam tu kami minta nurse hantar baby ke bilik. Sedara-mara nak tengok =)

With me.

Breakfast pagi esoknya.

Pagi-pagi lagi dah culik baby dari bilik kaca.

Aunty Chandra datang melawat.

Sebelum bawa baby balik.

Ahli keluarga baru kami.

With Umie.

Esok harinya. Di rumah.

Buah hati kami.

P/s: Momen-momen ini, adalah yang terindah bagi saya. Saat paling getir, tapi paling bahagia. Kenangan ini sangat berharga dan istimewa sebab itulah saya mengambil masa sangat lama dengan entri ini. 
Terima kasih semua yang datang melawat. Adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan aku dan B, dan semua. Terima kasih abah dan mama, inspirasiku. Terima kasih B, sumber kekuatanku. Terima kasih semua yang datang meraikan lahirnya Anugerah Terindah kami. Terima kasih.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol