Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Santai Sabtu

Assalamualaikum.
Hi, lama tak bersiaran. Weekend baru ni, attend cousin punya engagement. Alhamdulillah, majlisnya small, sweet & simple. 3S.
Yang penting, matlamat utama nak memperkenalkan dua keluarga bakal mempelai tu tercapai. Akak doakan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya hingga ke Jannah ye Aifa.
Sedikit tentang majlis:-
  1. Pertemuan antara keluarga sebelah Terengganu dan pihak lelaki dari Kedah. Haru jadinya. Macam ayam dengan itik nak communicate. Mujurlah pihak kami ada yang berkahwin dengan orang Kedah. Siap guna 'translator' lagi you.
  2. Cousin kami ni is the only daughter of the family dan ibunya dah meninggal. Jadi dalam ceria tu terasa sangat sayunya.
  3. Bapa pihak perempuan tak berhenti2 menangis. Sayu mengenangkan anak dara satu-satunya disunting orang. Sayu teringatkan arwah isteri juga agaknya.
  4. Cousin aku ni bertunang di rumah kakak iparnya. So, this is my first time pergi rumah tu. Boleh pulak selang 3 buah rumah je dengan rumah boss aku. Hihi.
  5. Aku sempat makan jugak selepas huru-hara make sure budak 4 ketul ni makan sampai kenyang. Kredit to nenek yang gigih ulang alik amikkan nasi & air.
  6. Sementara family pengantin berbincang, aku duk berselfie dengan budak2 ni sebab nak distract diorang dari buat bising dalam majlis orang. Malu woo.
  7. Aku serik nak gi majlis tunang/kahwin dengan budak2 ni. Arghhh!!!!
Haih, bilalah abah nak bawak Adam pergi gunting rambut ni. Serabai dah.
My ex-classmate yang akhirnya get married to one of my cousin. So, sekarang kami bersaudara.

Selamat bertunang dik.

Yang paling depan sahaja masih available.


Nenek pun tak lepaskan peluang.

Mama X Luqman
Mama X Aisya
Aisya X Arissa


Capture by my Oppo Reno
Mama X Elyas (baru bangun tidur)





Sekian dulu entri bergambar dari aku untuk kali ini. Sekali sekala post entri. Hah, hamekaw!!

Selamat Jalan Cikgu Naimah

Assalamualaikum semua.
Minta jasa baik sedekahkan Al-Fatihah buat cikgu Add Math saya. Cikgu Wan Naimah - meninggal dunia akibat kanser.
Sejak habis Form 5 tak ada rezeki dah nak jumpa cikgu. Seorang cikgu yang amat dedikasi dan sangat komited. Sudahlah mengajar subjek yang susah, cikgu sabar melayan karenah kami. Maafkan segala khilaf kami cikgu. Kita sembang panjang bila kita jumpa lagi nanti T_T
Al-Fatihah

Hidup

Hidup ini,
yang tidak ketahuan penghujungnya...
esok, lusa, entahkan sesaat lagi.
Maka hiduplah.
Jangan hidup tapi sepertinya mati.
Basi.

Terkadang mengah menjengah,
serasa ingin berundur,
bukan lari sekadar melepas lelah.
Payah.

Satu hari nanti,
aku pergi.
Baru kau tahu, segala omongan bukan senda.
Semua tawa bukan biasa.
Setiap canda ada makna.
Rasa.

Hari ini kau cuaikan aku.
Esok lusa jangan kau cari.
Kerna aku tekad pergi dahulu.
Mencari abadi.

A tribute to abah. In loving memories.

Group Whatsapp Paling Aktif

Assalamualaikum mommies.
Siapa yang macam aku? Ada banyak group Whatsapp. Bukan admin pun. Tapi bila dah join tu mesti payah nak left. Biarlah sekadar jadi silent reader je pun. Seronok jugak baca. Tapi dalam banyak-banyak group, group ni yang aku palig excited kalau nampak ada notification new message.

SISTA

Ada 3 orang je dalam ni (group la sangat kan). Aku, along dan ateh. Along a.k.a bawang besar (perlu banyak dalam masakan), aku a.k.a bawang putih (sikit pun dah menyengat, ngehngeh), Ateh a.k.a bawang kecik (kalau takde masakan tak jadi). Izzah belum boleh join the league lagi. Bawah umur, kami pun tak mau la upgrade dia menjadi bawang lagi hihihi. Mungkin kalau dah besar sikit nanti adik boleh join sebagai bawang Holland ke, bawang goreng pun ok jugak. Tak pun daun bawang. >_<
Topik dalam ni biasanya our daily routine aje. Cerita mak-mak orang. Cerita suka duka menjadi bini orang aside from tanggungjawab kami yang lainnya. Aku akan update baju apa pakai pergi office, apa aku makan masa kua lunch, along perihal labwork PHD dia yang tak habis-habis tu, muka pucat-pcat tak sempat pakai make up, ateh update lauk apa masak hari ni. Update cerita anak-anak, cerita pergi pasar, cerita makin hari makin gemok. Benda-benda camtulah.


Since sekarang yang paling jauh cuma along aje (sejam perjalanan) memang macam-macamlah projek kitorang. Buat makan-makan, celebrate birthday anak, kadang-kadang takde projek pape pun, saje-saje datang lepak. Biasanya on weekend kalau tak kami pergi Bukit Rangin rumah along, along yang balik Kemaman jenguk mama dan adaik-adik. Sekarang ni fasa yang paling best, dah kahwin tapi masih selalu dapat berjumpa. Izzah jelah yang jauh nun di MRSM Kuala Krai sana. Takpe, kejayaan perlukan pengorbanan.

Bila aku di office, ateh update aktiviti anak-anak kat rumah. Main apa, makan apa. Lauk apa dia masak untuk nenek (biasanya nenek menu lain, anak menu lain). Bergaduh ke tak. Ada yang kepala benjol, ada yang kena gigit.








Kitorang sebenarnya teringin sangat nak buat aktiviti famili macam dulu pergi Cameron Highlands ramai-ramai, buat Family Day ke, buat aktiviti kat pantai, pergi jalan-jalan Kuantan tengok wayang, main bowling ke. Tapi dengan anak-anak yang semua masih kecil ni macam hampir mustahil. Bayangkanlah, cucu mama ada 9 orang tapi yang paling sulung baru 6 tahun.
Muhammad Ammar Faris - 6 tahun
Muhammad Adam Falahuddin & Muhammad Ummar Rifqi - 4 tahun
Puteri Nuraisya Humaira & Nur Sufi Amani - 3 tahun
Tengku Arissa Fathiah - 2 tahun
Muhammad Luqman & Tengku Ahmad Harith Azhar - 1 tahun
Muhammad Elyas - 4 bulan 
Memang idok le teman nak bawak bebudak ni pergi jalan-jalan kalau gini gaya punya ramai. Nasib baik kami ada ramai pari-pari. Kalau sebelah abang Man ada ramai adik-adik dia yang perempuan tolong tengokkan budak. Sebelah B pun ada ramai adik-adik boleh tolong jagakan. Tapi kalau kami-kami aje, baik tak usah. Since sekarang tak ada siapa dah planning nak tambah ahli keluarga baru, next 2 years bolehla kami planning nak jalan-jalan makan angin. Tak sabar tunggu anak-anak besar sikit.
Tapi kalau lagi 2 tahun ada yang mengandung lagi, tak dapek den nak nolong eh.

My First Ariani

It's true. 
I never have an Ariani or Fareeda before. Nealofar ada sehelai. Itupun B suruh beli sebab nak ambik hati kawan dia yang baru bukak Butik Nealofar dekat Kuantan City Mall. Baru pakai sekali masa Raya Haji. Aku beli beberapa hari sebelum Elyas lahir. Sempat lagi dalam sarat-sarat tu merayau shopping barang baby dekat KCM. 
Aku memang limitkan harga tudung aku tak lebih RM30 sehelai. Huhu. Bapaknye kedekut kan. Sebab tu dalam almari aku tak ada Ariani, Fareeda, Nealofar, Radiusite, Sugarscarf dan benda alah apa lagi namanya. 
Tapi baru ni along datang rumah. Dia bagi sehelai Ariani, baru pakai sekali masa raya katanya. Dah tak nak, dia bagi aku. Cantik warna + lembut je kainnya. Aku pakai hari ni pergi kerja. 
Ok tak aku pakai Ariani?
P/s: Aku tak pakai jenama-jenama di atas bukan sebab boikot ke, sabotaj ke apa, sebab mahal je. Sebab nak jimat. Takde nak memburukkan produk siapa-siapa. Rezeki masing-masing kan.

Alah Membeli

Assalamualaikum mommies.
Lately aku selalu eyeing dua Ig ni. Ukregemurah dan Ukclarksales. Diorang selalu up gambar kasut Clark cantik-cantik yang harga dia affordable. Mana tak meleleh ayaq liuq kan. Harga mampu milik sebab tengah sale kan, tapi size tu macam limited sket la. Nasib baik aku punya kaki ni standard size jek, tak besar sangat tak kecik sangat. Senanglah nak cari kasut.
Cerita pasal kasut ni kan, those who knows me memang tau sangat-sangat yang aku ni bukan jenis yang pentingkan brand punya orang. Adik-beradik aku pun camtu. Dari kecik dah terbiasa susah dan serba-serbi sederhana. Dari zaman kurang mampu dulu, sampailah zaman dah mampu sikit-sikit ni tak ada benda yang berubah. Kalau nampak barang-barang cantik, murah, nampak 'kena' kat badan sendiri terus rembat je walaupun bukan barang branded. Takde hal punya.
Dulu kecik-kecik pakai sandal Bata tu jek. Dah kerja ni lagi tak boleh blah pulak, bukan nak beli kasut mahal-mahal pun semua kasut beli online jek yang 30, 40 ringgit sepasang sebab nak ada banyak kasut buat gilir-gilir pakai pegi office.
Dr.Cardin pun aku suka. Selesa. Harga biasanya dalam RM100 je sepasang. Tapi boleh tahan lama.
Pic Source
Bak kata pepatah alah membeli menang memakai, bila menang membeli memang tak menanglah memakainya. Hehe. Kasut mur-mur gitulah, 3 bulan pakai cabut tapak, tanggal tumit, jahitan terbukak. Terus buang je, beli baru lagi. Macam lampin pakai buang pulak. Tapi aku tak kisah sangat pun bila kasut rosak. What to expect, dah memang ko beli barang murah kan.
Start follow Ig yang jual kasut-kasut Clark ni dan kebetulan pulak aku memang frequently duk membeli kasut (dah nama pun kerja Procurement Dept. thihihi), aku pun terfikir jugak if I spend RM50 for a pair of shoes then boleh pakai 3-4 bulan je. Why not aku spend RM300++ untuk kasut yang boleh pakai 3-4 tahun? Tak ke lagi jimat tu? Tapi kalo beli sampai 4 pasang lainlah pulak calculation nya ye. Heheh. Lagipun berbaloi kot kalau beli kasut mahal sebab kasut tu kita pakai. Kaki kita jugak yang selesa. Penting untuk image jugak, sebab aku selalu kena meeting dengan vendor. Lainlah kalau handbag, handbag takpelah kalau nak beli yang murah pun. Handbag kita tak sarung kat badan. Ni tak. Handbag beli mahal-mahal pastu usung bag laptop tu jugak ke hulu ke hilir. Demikianlah bijaknya aku mencari alasan bila nafsu bershopping aku datang. Brilliant!!
Tapi kasut yang aku berkenan ni memang murah betul. Biasa after less pun tak dapat harga bawah RM300 tau. Kasut ni baru RM250 include tax dan postage from UK. Dahlah cantik giler design. Ni aku share gambar si dia yang aku nak sangat tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa. Cantik kan. Rasa macam dah nekad ni. Tapi tak taulah ada rezeki ke tak. Sekali takde size ke, dah habis ke taknak lah meraung pulak nanti. In case berjodoh aku dan kasut ni, nanti aku update semula ye. 

Lebih Baik Dari Semalam

Assalamualaikum mommies.

Semalam my cousin meninggal dunia selepas 12 hari koma. She's only 19 years old. I went through her Ig photos. Ada terlalu banyak peringatan tentang kematian walaupun usia masih remaja. Insaf sangat. Because of her, aku takmau post entri-entri sedih. Entri ni mesti jadi entri bermanfaat. 
 Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalamnya. Rugilah orang yang hari ini sama seperti semalamnya dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalamnya.                                                                                                                                                                                                                                                                       Saidina Ali R.A                                              
Bagaimanakah menjadi lebih baik setiap hari. Kadang-kadang mudah melafazkan tapi payah benar merealisasikan. Tambahan seorang ibu yang punyai rutin macam aku. Pagi pergi kerja, petang balik rumah settlekan urusan anak-anak, masak, buat kerja rumah setakat yang sempat, tidur. Esoknya dah pergi kerja semula.
If I try to improvise my routine, lama-lama aku akan rasa makin terbeban. Makin banyak yang perlu dibereskan, bertambah penat dan semakin keraplah anak-anak kena marah. Opps! So, I always thought positively of the term 'Improve'. It's not necessarily to add another good things in our routine. Semalam bersenam 5 minit, hari ni 15 minit, esok satu jam. Lama-lama pengsan. Tapi kalau mampu apa salahnya kan. After all, kita bukan cuba menjadi lebih baik dari orang lain, tapi cuba menjadi lebih baik dari diri kita pada hari semalam.
Bagi aku, salah satu cara mudah ialah dengan menambah ilmu. Walaupun sekadar satu ilmu baru. Walaupun sekadar satu pengetahuan yang kecil tapi kita sudah menjadi lebih bijak @ lebih berpengetahuan dari semalam. Kira improve la tu kan. Contahnya:
v  Google translate 1 new English word.
v  Belajar dengan mak mertua masak lauk favourite suami.
v  Suruh hubby ajar cara check condition kereta.
v  Cari doa lembutkan hati, jangan selalu marah anak.
v  Tengok cara senior kat office entertain supplier.
v  Search kat tenet cara legakan selsema anak.
v  Cuba hafal sebaris dua ayat Quran otw balik kerja.
v  Tengok cara boss handle end user masa meeting.
v  Baca petua-petua dan ilmu tentang parenting.
v  Tengok cara orang advertise & promote business dekat FB & Ig.
v  Tanya orang-orang tua cara menambat hati suami. Hehe.
v  Mintak pendapat along & ateh macam mana nak deco rumah cantik-cantik, cara
simpan makanan basah, handle financial well,  manage family.

Setiap satunya menjadikan aku 'lebih tahu' dari semalam. Menyedari kurangnya aku dalam serba-serbi menjadikan aku manusia yang lebih merendah diri. Dan apabila kita mampu merendahkan diri, maka terserlahlah adab dan kesantunan. Sesungguhnya adab itu lebih utama dari ilmu.
Beramal.
Beramallah dengan sekecil-kecil amal. Nak tahu bagaimana amal itu memberi kesan pada diri? Lihatlah perubahan pada akhlak. Kalau akhlak bertambah baik, bermanfaatlah ilmu tersebut untuk diamalkan. Ini yang arwah abah dan Pak ude selalu bagitau. Lagipun belajar ni takkan pernah habis. Maka sentiasa ada banyak ruang untuk jadi lebih baik dari semalam. Semoga kesudahan kita menjadi baik. Sekurang-kurangnya dapat macam adik sepupu aku. Bila tiada, orang berkata hanya yang baik-baik.

Al-fatihah buat Engku Nurhanis Ayuni Bt Engku Kori


Tolonglah!


My Last Day

Assalamualaikum mommies.
Today is my last day in Hoerbiger. Next week akan mula kerja kat tempat baru. Sekejap je dah 6 setengah tahun. Mula-mula join dulu, April 2010. Masa tu baru 23 tahun, anak dara lagi. Sekarang dah 29 tahun, anak pun dah nak masuk 3 orang. 
Thank you so much Hoerbiger. Saya menjadi dewasa di sini dan belajar banyak perkara di sini. To me, aside from knowledge, my biggest achievement is my friends. I got to know a lot of good people and it's good to know that somewhere out there, there are people who cares about you, who always wants the best for you even though you are not their own family. It is amazing how we can love each other this much. So, goodbye Hoerbiger. I wish all my friends the best for their future endeavor. Doakan saya juga.

My Nuffnang

Assalamualaikum mommies.
Untuk pengetahuan korang, aku baru jek berjinak-jinak dengan Nuffnang ni. Baru je daftar 24hb 5 baru ni. Hihihi, dah lama berblogging. Tapi tak pernah tau boleh dapat duit dengan blogging.
Seronok kan. Padahal aku menulis suka-suka jek. Cerita pun ntah hape-hape. Tapi boleh masuk income pulak. Biarlah sikit-sikit pun. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Mula-mula tu agak merangkak jugak nak letak template iklan-iklan ni. Nasib baik dekat website Nuffnang ni [LINK] dia ajar step by step macam mana nak buat. Kategori iklan pulak ada dua. 1. CPC(cost per click) 2. CPUV(cost per unique visit)
Aku baru dapat CPC je, belum layak lagi untuk CPUV tu. Untuk dapatkan CPUV tu kena dapat unique visistor lebih dari 100/hari. Yelah bukan ramai sangat pun yang baca blog aku ni. Blog personal.
Tengok CPUV aku. RM0. Kesian, kesian, kesian, Ipin cakap.
Hari ni aku taknak lah lagi buat tutorial cara masukkan iklan bagai. Bagi yang belum tahu, korang godek-godeklah dulu dekat link yang aku bagi tadi ye. Aku nak ajar pun tak pandai sangat. Lagipun bukan itu tujuan utama entri ni. Yang aku nak cerita ialah pasal aku punya earning. Macam aku cakap tadi, aku daftar sebagai ahli Nuffnang pada 24hb May. Esoknya tu, aku check akaun aku ada duit. Korang tau berapa? 

RM0.50. 

Wah, inilah 50sen yang paling manis dalam hidup aku. Orang dapat Buffered Earning riban-riban, aku dapat 50sen rasa macam nak melompat kegirangan. Ahaks. Abih semua orang aku bagitau. Dulu-dulu kalau orang tua bagi duit raya 50sen muka kelat jek. Nak singgit. Nak duit kertas. Tapi this time, entahlah. Nak kata excited dapat duit, tak kot. Sebab duit bukan my major reason for blogging. Tapi perasaan excited tu susah nak cerita. Mungkin sebab tak sangka hobi yang sekadar hobi ni boleh mendatangkan 'hasil' jugak. Dan hasil tu lah yang memberikan kepuasan sebenarnya.
Semalam baru 15hbJun. Maknanya tak sampai sebulan pun aku letak iklan tu, nak tahu berapa dah CPC aku kumpul? Tadaaa.......
Banyak kan? Hiks. >_<
Banyak sangat. *Tangan di dada mata ke atas. Tapi ok lah kan sebagai permulaan. Sape nak bagi ko RM2.75 free free kan? Banyak lagi yang aku kena belajar pasal blog ads ni sebenarnya. Macam mana nak dapatkan CPUV. Macam mana nak tingkatkan traffic blog. Macam mana bagi blog ni jadi lebih menarik dan infomatif. Hehehe. Tetiba concern pasal infomatif ke idak. Sebelum ni duk obses ceghita kat oghang pasal diri sendiri dengan budak cinonet berdua tu.
Jadi, di kesempatan ni saya memohon pembaca budiman yang ada melintas dekat-dekat sini, tolong ye klik klik iklan dekat atas, kanan dan bawah page ni. Plish, plish, plish!! Dapat 0.25sen untuk setiap klik tau. Tak sabar nak tunggu minggu depan pulak. Kaching! Kaching!
 Ok, chiow.

Update: Hari ni, 24hb June lepas sebulan aku daftar kat nuffnang, CPC collection aku dah cecah RM4.75. Best2. Kalau setahun dah berapa? RM57. Banyak tu, heheh.

Mereka Kejam

Pic Source
Macam nilah perasaan aku hari ni. Mendung macam dalam gambar tu. Something happen in office today. Something big. So, it is a gloomy day for us in our office.
Mereka ria, mereka gembira. Mungkin lupa, Allah itu ada.

Indahnya Jika Punyai Sekeping Hati Yang Bersih



Terlanjur bercerita Kisah Pusara itu hari, teringat aku dengan lagi satu kisah. Kisah aku dan along jugak. Ini kisah kami berdua (cakap macam ipin cakap). Masa tu kami sekolah tepi laut. Along tingkatan 4, aku tingkatan 2. Sama-sama pakai baju biru, sama-sama pengawas.
Satu hari, kami balik sekolah. Kami berdua ni naik bas. Bas sekolah ni, korang pun boleh bayangkan macam mana keadaannya kan. Bersesak-sesak, berhimpit-himpit dan korang janganlah harap nak dapat tempat duduk. Mesti kena berdiri punya. Masa aku naik bas tu, dah ada ramai orang berdiri so aku expect semua tempat dah penuh. Tapi tak sebenarnya. Ada 1 tempat masih kosong. Tapi aku tak tergerak langsung nak duduk dekat situ sebab secara logiknya, lagi ramai yang naik bas lebih dulu daripada aku. Tapi diorang pun tak duduk situ. Jadi macam pelik kalau tetiba aku duduk situ. Sebelah tempat yang kosong tu ada orang. Dia duduk kat tepi tingkap.
Nak jadi cerita, kak long aku naik. Dia nampak tempat kosong tu. Aku pulak kebetulan berdiri betul-betul kat tempat kosng tu, tapi aku tak duduk. Sebagai kakak, biasalah. Dia bagi isyarat mata kat aku suruh duduk. Terus aku geleng kepala. Tak sempat berfikir pun. Muka along macam blur. Dia tak cakap, tapi aku faham riak muka dia. Dia macam pandang aku hairan, dah ada tempat kosong kenapa tak nak duduk? Masa tu along buat seusatu yang tak pernah tersangka di benak fikiran aku dia akan buat. Dengan muka selamba, along lurutkan bag galas dia dan duduk di tempat kosong tu.
Tempat yang semua orang yang berdiri dalam bas tu refuse untuk duduk....
Termasuk aku.
Tempat tu tak kotor. Seat tak rosak. Tak ada masalah pun dengan tempat tu. Korang nak tau kenapa? Sebabnya budak yang duduk dekat sebelah tu. Seorang budak perempuan. Dia budak kelainan upaya. Physically, badan dia macam oversized dari budak-budak yang normal. Dia sangat tinggi dan besar. Dan dia macam terencat sikit, suka bercakap bukan-bukan (jangan tanya macam mana dia boleh sekolah kat situ, aku tak tau). Tapi that's it. Dia terencat, tapi tak membahayakan orang dan tak kacau orang. Dia buat hal dia je.
Back to our story. Bila along aku duduk dekat situ, budak-budak lelaki mula senyum sumbing. Diorang senyum sinis (orang Ganu cakap menganjing) dan ada sorang girl ni, dia classmate along. Aku ingat lagi dia cakap "Baya, kawan mu ke ni?" Sambil tunjuk kat budak tu. Along senyum je. Matanya polos. Dia tak malu. Tak rasa segan. Maka, selamatlah along aku duduk di 'tempat istimewa' tu sampai ke rumah. Tempat yang berpuluh-puluh crowds yang sedang berdiri tu refuse untuk duduk. Kerana budak terencat yang duduk disebelahnya. Termasuk aku.
Sesaat itu aku kenal siapa diri aku.
Aku malu kalau duduk di sebelah budak terencat itu. Tapi along tak. Dia tak rasa malu.

 
It's been more than 15 years since then. Sehingga hari ni aku masih belum dapat clarify dengan diri sendiri satu soalan yang selalu datang menghantui.
Kenapa aku tak duduk kat tempat tu masa along offer seat kosong tu pada aku? Malukah? Jijikkah? Malu pada manusia, tapi tak malukah pada Allah? Menghina ciptaannya. Tak malukah dengan diri sendiri? Pernahkah sejak dari kecil dididik menghina sesiapa? Terpalit hinakah kalau duduk di sebelah orang yang kurang akalnya? Paling sedih, waktu tu umur aku baru 14 tahun. Sudah sekotor itukah hati aku? Macam mana sekarang waktu umur sudah menjejak 29 tahun? Jauh di sudut hati aku berdoa semoga akal aku yang dangkal waktu tu cuma menurut apa yang dibuat oleh orang ramai kebanyakannya. Bukan kerana kalbu yang penuh noda, terdorong untuk mengeji dan menghina. Pantas teringat pesan arwah abah. Tidak sempurna iman hamba, selagi masih mengeji anjing dan babi. Inikan pulak sesama manusia. Allahurabbi. Semoga Allah lindungi hati kami.


Abang long, please please please treat her well. She deserve it and you are the luckiest person to have her by ur side.
 
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol