Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Working Life. Show all posts
Showing posts with label Working Life. Show all posts

Ex-Hoerbigerian Bertemu Kembali

 Hoerbiger will always has a special place in my heart. Our small office in Jakar, Kemaman dan sahabat berkongsi suka duka. Especialy these two ladies. Mereka dah macam kakak aku sendiri. Hari ni kami lunch date di KFC Balok. Kak Ja with family sebab dia ambil cuti alang-alang esok Public Holiday. Chandra and me, keluar lunch je tapi dah terlajak sikit sebab ralit sangat bersembang. Last kami bertiga jumpa  masa housewarming party di rumah Chandra early last year kalau tak silap. Masa tu baby Chandra kecil lagi. Sekarang dah 2 tahun. Cepatnya masa berlalu kan. 
Here we are. Sekarang Kak Ja berkerja di KL, aku dan Chandra di Gebeng. Harap ada banyak lagi chances untuk jumpa macam ni. Rindu sangat kat korang ^_^
 Kak Ja yang maintain kecomelan dia as usual. Dari dulu tak pernah barefaced. Sangat jaga penampilan. Sentiasa kemas and put on some make up.

 Sementara tunggu diorang sampai tadi sempat jugak aku berselfie. Huhu. Since pakai Mary Kay skin care beberapa bulan ni kulit makin smooth. Bila kulit sihat, selalu ada mood nak make up. Ok, terkeluar topik pulak.
This is what you call "lighting on point" =)

Be Strong Lynas

Assalamualaikum mommies.

Seperti dijanjikan, aku nak share sikit outcome (personal opinion) semasa Public Hearing berkaitan Lynas semalam. Aku stay sampai tengahari jadi aku dapat dengar sampai selesai pembentangan dari semua pihak.
Kami bermula dengan pembentangan dari Agensi Kerajaan seperti MIDA, MITI, DOE, DOSH, AELB, Health Ministry dan pakar-pakar penyelidik dari Universiti tempatan. Seterusnya pembentangan dari pihak Lynas dan akhir sekali dari NGO seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan Himpunan Hijau. Apabila legal bodies memberi kenyataan yang memihak Lynas kami teruja sangat dan bertepuk tangan sampai kena tegur dek salah seoorang Review Committee.
To summarize the yesterday events:-
         1)     Semua agensi kerajaan sebulat suara menyatakan Lynas mematuhi semua ‘rules & regulation’ yang ditetapkan. Malahan telah memberi lebih lagi dari yang diminta.
        2)     Pihak Lynas akan akur terhadap segala syarat dan peraturan sekiranya kerajaan bertindak memperketatkan lagi undang-undang atau mewujudkan akta-akta baru berkaitan sisa radioaktif.
           3)     90% pakar-pakar penyelidik menyatakan perkara yang positif tentang operasi Lynas.
        4)     Pihak NGO tidak dapat mengutarakan sebarang fakta yang tepat selain tohmahan dan tuduhan termasuk mempertikaikan integriti badan-badan kerajaan yang terlibat memantau operasi Lynas. YB Wong Tuck dengan angkuh bertanya pada Pengarah AELB adakan beliau menerima dana dari Lynas untuk memihak kepada Lynas dalam isu ini. Kesimpulannya, aku rasa tak kira apa apa sekalipun ‘fact & figures’, kebenaran dan finding yang kita hidangkan pada pihak sebelah sana, mereka tetap akan memekakkan telinga untuk mendengar dan meneruskan dengan misi jahat untuk mendesak kerajaan menutup Lynas.
       5)     Pihak sebelah sana beria-ia memuat provokasi dengan tujuan mencetuskan kemarahan dan akhirnya menimbulkan kekecohan. Mujurlah pihak pengurusan sentiasa mengingatkan kami supaya bertenang dan menunjukkan sikap bertamadun dan jangan mengendahkan provokasi mereka. Kedengaran kata-kata seperti “Balik Australia” dan “Stop Lynas”.
        6)     Review Committee yang dipilih menunjukkan kredibiliti yang tinggi selain tidak menunjukkan sikap memihak kepada mana-mana pihak.

I can stop but thinking, walaupun sekiranya keputusan review Committee nanti menyebelahi kami, pihak sebelah sana tetap tidak menerima dengan hati terbuka akan keputusan ini. Malah mungkin ada yang kena tuduh makan rasuah pula. Adakah bagi YB Wong Tuck semua individu di dalam legal bodies tidak berintegriti dan mempunyai moral yang begitu rendah?

Rakyat Malaysia yang bijaksana, ambil masa beberapa minit untuk bertanya soalan ini kepada diri anda:-
1)     Terdapat lebih kurang 7 industri yang mempunyai hazard yang sama dengan Lynas, tetapi kenapa hanya Lynas yang dijadikan isu?
  2)     Mengapa membandingkan operasi Lynas dengan Bukit Merah yang mana kadar radiasinya adalah 44 kali lebih tinggi berbanding Lynas? Adakah ini perbandingan yang wajar?
     3)     Mengapa pihak sebelah sana tidak mencadangkan kepada kerajaan untuk penambahbaikan dari segi akta berkaitan radioaktif agar bukan sahaja dapat menambahbaik operasi Lynas tapi juga industri di Malaysia secara keseluruhan?

I’ve been here more than 2 years now dan dapat melihat pihak Lynas sentiasa terbuka dengan lawatan dari pihak luar. Tidak ada apa-apa yang perlu disorokkan, malah sedaya-upaya cuba menghebahkan 'the truth' tentang operasi Lynas. Kami tidak pernah bersikap tutup pintu terutamanya dalam soal penyelidikan berkaitan radiasi. Jelaslah bahawa pihak sebelah sanalah sebenarnya berniat jahat dan membuat tuduhan secara membuta-tuli. Jika tidak, takkanlah sampai sanggup mempergunakan warga tua, memakaikan pakaian tema Himpunan Hijau dan bila ada di kalangan kami yang nakal bertanya pada pakcik dan makcik "kenapa makcik datang sini?" Jawapan yang kami terima:-
Kami datang nak pergi jalan-jalan kat Teluk Cempedak
We can do nothing more but to wait for the Review Committee to submit their findings to cabinet and wait for the results. But trust me, this kind of people like YB Fuziah Salleh and YB Wong Tuck, they will never stop. Please remind me why we vote for this kind of people again?

Hadiah Dari Officemate

Assalamualaikum mommies.
Nak dijadikan cerita petang tadi teammates aku buat kejutan dengan bagi present dan kad ucapan tahniah melahirkan baby baru. Mana tak terkejutnya, baby dah 4 bulan lebih kot. Huhu. Ada lagi hadiah yang pending rupanya.
Jujurnya, aku memang tak expect langsung. Pandai diorang sembunyikan. Asalnya diorang collect duit untuk beli hadiah untuk Haidil (junior kami) sebab Sabtu lepas dia konvo. Rupa-rupanya di samping collect dana untuk present Haidil, ada present untuk baby Elyas juga. Alhamdulillah.
Ni hah. Macam mana tak terkejut, besar hampernya. Tanjat boboi.

Project NEXT la, sembelih kambing la. Kad ucapan yang semacam encouragement untuk tambah baby baru pulak. Huhu.



Baby Elyas says thank you so much to the handsome Abang Haidil, the georgeous Aunty Siew Fong, the sexy Aunty Ailing, the cutest Aunty Mariam & the most macho Grandpa Haji Azni >_<
Thank you guys. You all sweet sangat.

Some Facts on Lynas Malaysia

Salam mommies.
Yesterday, The Star had published some facts about Lynas and I would like to share it with all of you.




We have to open our eyes, open our heart to seek the real truth. Don't let it be blinded by those who loves to speculate without facts. Don't let ourselves being fooled by politicians who desperately to fulfill their pre-election manifestos.

We Are Lynas & Proud!

#DevelopMalaysia #SaveLynas

Assalamualaikum mommies.
Petang tadi telah berlangsung 'rally' secara aman di kalangan pekerja-pekerja Lynas, kontraktor, para pembekal dan orang awam. Sebelah paginya telah diadakan sesi mengacau bubur Assyura di Kg. Cengal Lempung bersama orang kampung sekitarnya. Aku tak turut serta aktiviti sesi pagi sebab nak turut serta untuk aktiviti sesi petang.
Di sini beberapa gambar sewaktu kejadian. Terharu, ramai jugak supporters walaupun ini dikira isu hangat dalam negara sekarang. Sama-sama mempertahankan hak, kebenaran dan periuk nasi kami.







Overall, the event was a success. We want our voice to be heard. We want a fair review without prejudice. That's all.

Team Aku

Hi mommies.
Do you love what you're doing right now? 
I do. 
I love being a mother more than anything else but I also love my job. Especially within this great organisation with a great team. I believe that I can be a good mother and still chasing my dream. Be successful. This is my team. Procurement Team of Finance Dept. Lead by Haji Azni Raes Mohd Lazim, a true leader who leads by example.
We're having a photoshoot today for our Department Group Photo. Missing in pictures, Kak Mariam who went to China for vendor's meeting.
#kamiwargakuantan #lynasissafe    





Alah Bisa Tegal Biasa

Cuti sudah habis bro!
Perasaan bercampur baur pagi ni. Sayu pandang muka baby kena tinggal pagi-pagi hari. Excited first time pergi kerja berdua dengan B. Hari bermula tenang. Gerak keluar awal pagi, ada orang tolong drive, jalan clear tak banyak kereta. Hati bunga-bunga tengok suami kat sebelah. Tak pernah naik kereta dengan dia pakai coverall semua. Selalu laki I selekeh dengan T-shirt + jeans je ^_^
Tiba-tiba teringat baby Elyas. Haih, layu lagi.
Ni bukan kali pertama aku kena lalui perasaan sedih nak tinggalkan baby macam ni. Dah 4 kali. Bila tiba-tiba datang rasa rindu dan teringat nak cium dia, nak bau wangi mulut dia, nak pandang mata jernih tu, datang rasa sebak macam nak pecah dada. Pendek kata sebab dah banyak kali aku dah kebal dengan perasaan macam ni.
Aku nekad for this time aku akan move on dari segala kekurangan yang lalu dan buat yang terbaik. My last pregnancy with Elyas terlalu menduga. I'm physically unfit (sebab pregnancy gap terlalu rapat) dan performance kerja pun menurun especially during my last trimester. Tapi Elyas terlalu 'worth it' untuk dibandingkan dengan semua kesakitan yang aku rasa. So, that's it. This is the last time I'm gonna talk about it. This is my paradigm shift dan aku harap perjuangan aku membantu suami, mencari rezeki untuk bagi kehidupan selesa untuk anak-anak aku ada nilainya di sisi Allah S.W.T
Bismillah.
P/s: Aku kena buat 'Return To Work' procedure hari ni. Elyas punya pasal, during lunch hour aku drive 35km balik rumah, susukan dia, drive balik office semula. Dahlah aku sesat tak jumpa cari Klinik Syed Badaruddin tadi. Anjakan Paradigma la sangat =P

Orang Kelainan Upaya

Assalamualaikum mommies.
This is reserved parking spot for me at Lynas =) Satu perkara yang aku sangat perasan tentang Lynas sejak 2 tahun bekerja di sini ialah my welfare is well taken care of. Tengok ni, baru tambah 4 parking spot untuk orang kelainan upaya. Yelah, orang mengandung pun kira kelainan upaya jugak kan. Mana larat nak jalan jauh-jauh dengan perut boyot dan kaki sembab ni. Spot ni lebih kurang 10 meter je dari pintu masuk office. Lega tak payah dah menapak jauh-jauh nak pergi kat kereta. Aku doakan Allah permudahkan urusan mereka yang mempermudahkan urusan kami, orang kelainan upaya ni.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol