Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd Pregnancy. Show all posts

Ampunkan Saya Awak

Esok hari yang menggentarkan. 
Kena menyerah diri kat Al-Farabi sebab esok dah sampai due. Means today is last day for final preparation. Wah, macam nak exam dah ni. Tapi yang sebenarnya esok adalah hari yang jauh lebih mendebarkan daripada nak hadap exam paper dalam exam hall. Pehh. Kenangan setahun lepas masa lahirkan Adam pun masih terkenang-kenang lagi. Sakit pun masih boleh ingat lagi. Rasa macam baru semalam duduk dalam labour room. Esok dah nak masuk labour room lagi.

Cerita pasal Adam, Adam tak ada dengan aku malam ni. Petang tadi mama dan abah bawak Adam balik Pekan. Esok baru jumpa lagi. Oh, Adam. Rindu bau masam susu dia. Diorang nak datang Al-Farabi straight dari Pekan esok. Memang lagi dekat pun. 

@ Kemas bilik 
@ Prepare bedding set 
@ Breastfeeding set 
@ Bag pergi hospital (mama) 
@ Bag pergi hospital (baby) 

Alhamdulillah, semua dah prepare. Barang-barang baby semua dah prepare dan bag nak ke hospital pun dah siap kemas semua. Sekarang tinggal nak tenangkan diri, bersedia mental dan spiritual dan yang paling penting sekali.............mintak maaf dengan semua orang. Semoga dipermudahkan semuanya. 

Dalam ramai-ramai yang nak kena mintak maaf ni, yang paling penting mestilah sang suami. Nervous pulak nak mintak maaf dengan dak sorang ni. Malam ni dinner dengan B dekat Ar-Rezqi House. Last time makan chicken chop fevret sebab lepas ni dah nak kena pantang makan. Alhamdulillah, lega rasanya dah mintak maaf dengan rusuk kiri aku nih and the conversation will not being exposed here. Biarlah rahsia antara kami, huhu.

Rasa macam satu beban besar dah dibuang dari bahu lepas mintak maaf dengan B. Esok nak berjuang pulak.
Ampunkan saya, awak. Saya banyak dosa dengan awak. T_T

Shopping Barang Adam & Baby (Breastpump) - Part 6

Assalamualaikum mommies.

Dulu pernah post entri pasal Breastpump Idaman Hati ni. Akhirnya, setelah survey bermacam-macam Brand, baca testimoni, meneliti kehendak, keperluan dan selaraskan dengan kemampuan, aku decide untuk go on dengan AUTUMNZ: PASSION DOUBLE/MANUAL ELECTRIC BREASTPUMP ni. 

Sebelum ni pernah cerita kat korang aku shopping barang-barang baby dekat LITTLEWHIZ ni kan. Dalam entri kali ni aku nak cerita kenapa aku order breastpump ni dengan LITTLEWHIZ lagi sekali.

1. Reliable service. Last time, servis diorang aku memang puas hati sangat-sangat. Lepas sehari aku order barang-barang Adam dan proceed with payment, ada customer service call dan inform ada barang yang aku beli tu pilihan warna yang aku nak dah habis. Boleh tak diorang ganti dengan barang yang sama tapi warna lain. Aku suruh proceed je. No hal punya.

2. Early delivery. Customer service tu inform barang aku akan sampai hari Isnin, 23 March. Tengok-tengok, 22 March, hari Ahad lori bebudak courier dah tercongok depan rumah. Seronoklah aku godek-godek barang yang sampai sebab hari Ahad aku cuti. Means delivery diorang awal sehari dari yang dijanjikan.

3. Affordable price. Sebelum beli apa-apa barang pun, of course la kita akan survey-survey dulu harga dia sampai kita puas hati kan. Nak-nak sekarang berlambak-lambak FB, IG dan WEBSITE barangan baby yang jual barang yang sama. So, senang sangat kita nak compare price. Dekat LITTLEWHIZ, kalau kita beli barang dengan value more than RM200, delivery adalah free.

Dekat bawah ni aku tunjuk beberapa comparison yang aku buat dengan website lain. Cuma LITTLEWHIZ aje yang boleh offer RM419 (NP RM616) dan kita akan dapat:-

a) Double electric (convertible to manual) breastpump.
b) Posh cooler bag
c) Reusable ice pack (3pcs)
d) Storage Bottles (8pcs)


Dekat BabyLove Shop pakej ni RM438 (kebanyakan website aku tengok memang harga ni) dan dia cuma ada 6 pcs storage bottles. Even Lazada pun tak dapat compete.

Cuma ada 6 storage bottles.

Lazada pulak cuma ada 4 storage bottles.
Now that I already satisfied after considering all other options, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
.
.
.
.
Masa bershopping!!!


Sempat aku selit order teats Adam (yang selalu berkerak tu) 4 bijik. Murah giler kot. Biasa 1 pack RM26.90. Nasib baik masih mampu bersabar dan bertenang. Kalau tak nak je aku order 10 pack. Pastu aku beli set sikat dan berus rambut baby Tommee Tippee. Sebab comel. Daa.
Lepas dah masukkan everything yang kita nak dalam shopping cart, bolehlah terus proceed dengan payment.

Kalau nak check balik order kita tadi, bolehlah pergi click button Track My Order tu, boleh tengok semua details kat situ. Ni kira pembelian aku yang terakhir sebelum GST implement la ni. Hihihi. Tak klaka kot. Right now, I have less than 3 weeks untuk buat persiapan. Itupun kalau aku bersalin ikut due date. Kalau ikut My List, yang masih belum settle:-

1. Beli Set Berpantang.
2. Booking Confinement Lady.
3. Beli Bedding Set (Adam dah ada, tapi nak beli bantal & quilt baru untuk adik).

Wow, almost settle dah ni ^_^


Shopping Barang Adam & Baby (Tommee Tippee Feeding Bottles) - Part 5

Assalamualaikum mommies. 

Bila cerita pasal shopping, terujanya tu agak keterlaluan sikit kan, kan, kan. Tolonglah cakap yang korang pun macam gitu jugak bukan aku sensorang jek.
Macam yang korang sedia maklum, aku tengah menunggu cahayamata kedua aku, Inshaa Allah jika tiada aral, seorang puteri. Jadinya, excited sangat-sangat nak barang-barang baby warna pink. Dulu masa Adam tak merasa nak warna-warna pink.

Dah lama aku ushar Tommee Tippee Starter Kit warna pink ni. Comelnyeee.


Tapi mungkin dah tak ada rezeki aku, kedai baby (yang tak seberapa di Kemaman ni), FB dan website yang aku survey-survey tak ada stock untuk starter kit ni. Dulu, masa ada stock, aku pulak belum confirm gender baby. Entah lelaki entah perempuan. Nak beli biru atau nak beli pink. Sekarang bila dah confirm, stock tak ada pulak.

Finally, FB Tommee Tippee FSO ada upload Newborn Gift Set ni. Comel kan. ^_^ Ikut pengalaman aku, rugi je beli botol susu 5 oz banyak-banyak. Adam lepas 2 bulan, susu 5 oz dah tak cukup dah. Baik beli banyak botol 9 oz (which I already bought masa Expo Mid Valley ritu). Hasil dari pertimbangan yang dikaburi rasa extra teruja nak botol susu pink, aku grab la set ni satu. Nak tunggu orang bagi lambat sangat. Aku pun hadiahkan satu kat diri sendiri. Hehe. Macam aku pulak yang nak guna. 


Sebenarnya, 3 orang doktor dah scan dan cakap aku bakal dapat babygirl. Tapi, ketentuan Allah S.W.T pasti mengatasi segala ilmu dan teknologi yang dimiliki manusia. Andaikata baby aku ni ditakdirkan babyboy, maka redho jelah dia hisap botol susu pink ni. Kihkihkih.

Nama Indah Buat Puteriku

Assalamualaikum mommies.

Pening cari nama anak kan. Kalau ikutkan, semua mak bapak nak nama yang elok, makna yang baik, sedap disebut. Tak ada mak ayah nak nama yang tak elok untuk anak dia. Cuma silapnya, nanti dah bagi nama cantik-cantik, lepas tu lain pulak nama panggilan dia. Boy, abang, adik, kakak, baby, gemok, eh ada ke orang panggil anak dia gemok?

Our experience with Adam, aku memang nak suruh B kasi nama anak kalau anak lelaki. Kalau anak perempuan barulah aku nak bagi suggestion. Tapi B ni kan, dia rileks je aku tengok.
Masa 6 bulan, aku tanya "abang, nama anak dah ada lom?" Belom.
Masuk 7 bulan, " abang dah cari nama anak?" Belom.
Masuk je 8 bulan, I was having panic attack. Aku macam rushing giler cari nama anak sebab abahnye rileks semacam jek. Dan dapatlah beberapa nama yang aku berkenan. I came out with...
Muhammad Falahuddin Naufal.
Muhammad Faqihuddin Rasyad.
Muhammad Salahuddin Ayyad.
Aku simpan elok-elok, tulis dalam diari sekali dengan makna dia sambil tunggu masa sesuai nak propose kat B.

Satu hari tu, masa aku dah sampai bulan, kira tunggu masa nak bersalin je ni. Dalam kereta (tak ingat dah pergi mana masa tu) tetiba B cakap
Yang, anak kita abang nak bagi nama ADAM. Ayang tambahlah nama yang ayang suka, tapi abang nak nama ADAM.
Wah, wah. Nampak tak aura seorang yang mempunyai kuasa veto di situ? Sebab aku memang dah berkenan sangat-sangat dengan nama Falahuddin Naufal tu, aku amiklah jugak nama Falahuddin tu letak belakang nama Adam maka jadilah Adam Falahuddin. Masa nak daftar nama tu, pesan siap-siap kat B, "abang jangan lupa taruk Muhammad dekat depan nama anak ye."

Baru-baru ni B reveal yang masa aku tengah pregnantkan Adam, B tengah hafal beberapa verse dari Al-Quran dan dalam verse yang dihafal tu ada mentioned Adam. Jadi dia nak sangat-sangat nama Adam tu untuk baby kami. So Adam, that's how abah and mama dapat nama Adam tau. Dah baca ni, jangan tanya-tanya lagi dah. Hehe.

As for our second child, our babygirl Inshaa Allah, ada miracle happen. Sama macam Adam, I came out with several name but I when the time comes, masa nak cakap kat B tu ada satu nama asyik berlegar-legar dalam kepala ni. Tak ada kena-mengena langsung dengan nama-nama yang aku cari before this. *****. Simple. One word. Indah.

Yang bestnye, elok masa aku nak bagitau B tu, B cakap
Abang, kalau nama perempuan abang suka nama *****.
I was like, "Abang!! Ayang pun nak nama tu." Wah, kali ni tak ada percanggahan langsung. Teruja sangat bila B pun terfikirkan nama yang sama. Sekarang cuma tinggal nak fikir nama apa nak tambah kat belakang nama yang kami pilih tu. Yang manis-manis.

Moga insan yang bakal lahir nanti semanis namanya.

Kuantan With Family

Assalamualaikum mommies.
Termenung 2 minit nak fikirkan tajuk entri je. Last-last, itu ajelah yang termampu. Ini kisah kami this weekend. Plan awalnya nak pergi Kuantan melawat isteri kawan kerja B, Sarol yang baru deliver baby. Alang-alang nak cari hadiah, bolehlah pusing-pusing Bandar Kuantan shopping dan jalan-jalan. Tapi macam-macam hal pulak jadi hari ni.

ADAM: DOWNGRADE SUSU
Masih ingat lagi kurang dari seminggu lepas, saya cerita Adam dah mula minum Friso Gold Step 3. Badan dia nampak bambam sangat 2,3 hari lepas minum tu. Muka pun nampak bulat. Ingatkan dia serasi dengan susu tu sampailah kelmarin, Adam poopoo keras sikit. Semalam tak berak langsung. Pagi ni, hah siap dia meraung masa nak buang air. Tuhan je tahu pedih hati ni tengok anak kesayangan dalam kesakitan macam tu. Menangis panggil "mama, mama" sambil peluk saya sambil menahan kesakitan. Najis Adam keras macam batu, punggung sampai berdarah-darah nak berak. Hancur luluh hati saya masa tu.
Bila Adam dah nampak ok sikit, kami bawak dia ke klinik. Doktor bagi Biscodyl suruh masukkan dalam punggung. Doktor suggest downgrade semula susu Adam ke susu yang dia minum sebelum ni. Nampaknya perut Adam tak dapat cerna susu tu dengan baik. Sebab tu jadi sembelit. Biasanya, susu yang banyak bahan tambahan macam Selenium, DHA untuk otak, bla bla bla molekul dia besar dan susah diserap oleh baby. Kronologi dia macam ni:-
1. Lagi lama najis tu berada dalam usus, makin banyak air diserap keluar oleh usus.
2. Makin banyak air diserap keluar, makin keras najis.
3. Makin keras najis, makin susah nak keluar.
So, kesimpulannya ialah the simpler the formula milk structure, the better. Ini doktor yang cakap ea, bukan aku. Bila dah tau punca masalah, maka kami memerlukan action plan. 1st; balik rumah dan sumbat Biscodyl masuk punggung Adam. Akhirnya semua najis yang dah beberapa hari mengeras tu keluar. Terus tertidur anak mama. Sayu hati tengok anak tertidur macam tu. Tapi takpelah, the worst dah berlalu. 2nd; Beli balik Frisolac yang macam Adam minum sebelum ni. Yang warna biru. 5 tin Friso Gold Step 3 yang dah terbeli tu kena bagi sedekah kat oranglah nampaknya.

Kena minum yang ni balik semula.
AL-FARABI
We are heading to Kuantan, jadi ajak abang singgah Al-Farabi terus buat booking untuk nak bersalin nanti. Tapi tak dapat jumpa doktor sebab today takde klinik. Kena set an appointment dulu. Next appointment: 11.03.2015.

MEGAMALL
Paw abah gula-gula besar.
"Abah, nak turun! Nak turn!"
Dah dapat upah pun masam jugak.
This time, kami decide untuk shopping hadiah baby Sarol dekat Megamall Kuantan. Kami sangat jarang datang Megamall sebenarnya. Sini boring sikit. Tapi boring-boring pun sempat lagi sambar hamper kaler pink untuk anak Sarol. Anak dia babygirl, tu yang excited sangat nak ber'pink' segala tu. East Coast Mall lagi baru, macam lagi syiok nak jalan-jalan, watch movie dan window shopping. Lagipun, sana ada Daiso. Hihi. Nak tau kenapa kami datang Megamall?

AYAM PENYET
Haa, ni lah sebab dia. Sebab B dah kemaruk dengan Ayam Penyet. Sebenarnya dekat ECM pun ada Ayam Penyet tapi kiosk dekat Megamall ni lagi luas dan selesa. Lah B, dah kalahkan orang pompuan pulak dia cerewet pasal tempat makan.



Le' Menu


Ok, mama dengan abah duduk diam-diam. Biar Adam tolong orderkan.
Air dah sampai. Mocha dan mangga blended.
Add caption

Bagi adik rasa dulu bah!!

Abah, kenapa tak bagi rasa? Kan adik yang order air ni tadi?

Mana makanan saya?

Makanan dah sampai.
Dia pulak yang bersungguh-sungguh makan.












Dey, tolong jangan cakap saya gemuk ek!!

MELAWAT BABY
Before balik Kemaman, kami pergi Perumahan Indera Mahkota melawat baby baru lahir. Safiyya namanya. Comel, tapi segan nak amik gambar. Nanti takut mak ayah dia cakap kau dah kenapa bersungguh sangat amik gambar anak aku. Lagipun kan ada mak ayah yang jenis 'pantang' ambil gambar baby baru lahir kan. So, tak berani lah.

Eh, bangunlah sayang. Kita nak pergi rumah Uncle Sarol ni.
AMMAR & UMMAR SAKIT LAGI
Rasanya baru lagi aku update pasal Ammar & Ummar kena chickenpox kan. Tadi along hantar whatsapp anak-anak warded pulak. This time sebab cirit-birit dan muntah berpanjangan. Badan dah kurang air, terpaksa warded sebab nak masukkan air, blood test dan pemantauan rapi.






Ya Allah, rahmatilah keluarga ini. Berilah ketabahan kepada kedua ibu dan bapa anak-anak syurga ini semasa menjaga anak-anak yang sakit dan menahan kepiluan hati melihat anak-anak yang sedang tidak sihat dan lemah. Penyakit ini dari Allah. Baik buruk, ianya tetap dari Allah. Allah yang menguji hambaNya, dan Dia jugak yang memberi ketabahan untuk kita menanggungnya.
Sekian dulu berita hari ni. Semoga esok, hari yang mendatang akan lebih barakah dan ceria. Bye mommies.

Test Dose Inferon

Assalamualaikum mommies.
Semalam kan Dr. Izza suruh aku mulakan suntikan Inferon untuk naikkan Hb aku ni. Aku bajet hari ni ialah suntikan pertama. Rupanya hari ni cuma test dose. Maksudnya, test dose + 7 kali suntikan, total semua ada 8 kali aku kena cucuk. Adoi, akettt, akettt....
Staff nurse cakap test dose ni sebab nak trigger sama ada aku ada alergik terhadap ubat ni. Kuantiti ubat yang dia suntik tu pun sikit aje nak compare amaun sebenar. Tak silap aku lebih kurang 2cc (aku pun tak paham pebende cc tu). Lepas ni nurse cakap kalau aku tak alergic dan tak react badly terhadap suntikan tu, aku akan kena suntik 4cc setiap kali sebanyak 7 kali.
Maka aku pun dicucuklah dengan jayanya. Dan memang sakit giler. Perit rasa macam kena sengat tebuan, kalau korang pernah kena sengat tebuan korang pahamlah rasaya.
Pehh. Macam mana nak hadap full dose pulak ni? 7 kali pulak tu. Dem!!

Drop Lagi, Lagi & Lagi - 8th Check Up

Assalamualaikum mommies.

Nak tengok tak result consultation dengan doktor hari ni? 


Tadaaaa!!!
Hamekaw. Sampai penuh satu muka surat doktor punya comment & recommendation. Memang banyak benar masalahnya with my 2nd pregnancy ni. But main problemnya ialah HB tu lah. Drop from 9.3 - 8.9 within 16 days dan sepanjang tempoh ni aku tiap-tiap hari consume Iberet. Iberet ni consider multivitamin yang dah agak tinggi kandungan zat besi dia. So, korang boleh bayangkan sendiri betapa kroniknya masalah Hb aku nih. Iron tablet tak jalan, Obimin tak jalan, usaha terakhir aku iaitu Iberet pun tak jalan. That’s it. Doktor Izza cakap, kalau kes macam aku ni maknanya makanlah segala jenis ubat apapun Hb tu memang takkan naik balik. Dia cakap makin besar baby, darah aku pun akan makin mencair. Dan untuk avoid tumpah darah during labor, doctor suggest untuk aku ambil suntikan Inferon selama 7 hari berturut-turut.
Aku ni bukanlah jenis yang takut jarum, tapi dari cerita-cerita orang yang dah pernah kena suntikan ni, diorang cakap memang sangat sakit (T_T). Apalah nasib aku ni. Aku rasa aku tak adalah memilih makan sangat. Nasi memang aku makan banyak (sepanjang mengandung ni memamg aku kuat makan), sayur pun aku makan, makanan laut aku bantai jek sebab aku takde alergik makanan laut (resdung tu adalah, tapi demi makan aku abaikan jek). So, apa masalahnye ek?
Sekarang ni, nak fikir pun dah terlambat. Doktor pun dah suruh cucuk Inferon. Hadap jelah ek. Takut memang takut, tapi demi baby harung jugalah. Haih.
Baby, please please please stay strong. Survive. Baby kena kuat semangat, sihat, dan keluar jumpa mama. The rest, leave it to me. I’ll fight my hardest and always pray to Allah. May Allah ease our journey sayang. Amin.


Deposit TNB dan SATU

Assalamualaikum mommies.
Tadi keluar dengan B bayar deposit api dan air rumah kami. Apa yang perlu dibuat ialah, kami kena submit form Change of Tenancy dari pemaju rumah kami. Maksudnya, kalau sebelum ni bil utilities atas nama pemaju, sekarang kena tukar kepada owner baru rumah, in my case nama B lah. Apa hal pulak bil api air nak kena taruk nama aku, bukan aku pun yang nak bayar. Hihihi.

Change of Tenancy Form.
Deposit air ok lagilah, just RM135 dan urusan kami dekat SATU (Syarikat Air Terengganu Kemaman) pun Alhamdulillah, tak rumit. Form nya cuma perlu diisi dekat kaunter pembayaran (form pun simple aje), bayar, dapat resit, dah selesai. Tak renyah macam dekat TNB. Diorang mintak copy S&P, copy IC pemaju, dan macam-macam mintak lagilah. Dua tiga kali jugak ulang-alik dari office pemaju ke pejabat TNB sebab nak completekan dokumen. B cakap, “macam-macam mana pun perkara ini perlu diselesaikan hari ni jugak. Apa nak jadi, jadilah” (yang tu aku tambah). Ecece, bajet pahlawan la tu B. Dah lah macam tu, deposit api kitorang kena bayar RM1200 sebab untuk rumah banglo, api dia 3-phase pegawai tu cakap. 3-phase ke, 10-phase ke, yang penting korang dah songlap duit laki aku banyak. Huh! Ni baru deposit api air, belum barang-barang rumah lagi. Hadoi, botaklah kepala B macam ni.

Muka boring di pejabat TNB.
P/s: Seorang kawan yang ambil course Sains Fizikal dekat Matrikulasi pernah cakap kat aku, dak Bio tak tau pape pasal Fizik. Sebab tu korang panggil elektrik tu api. T_T

Alhamdulillah, satu perkara lagi dah selesai hari ini. Malamnya pulak aku merengek dekat abah dan B nak makan Yong Tau Fu, tapi nak makan yang ada telur puyuh. Ya Allah,memang teringin sangat-sangat. Sebab semua orang dah rimas dengan aku, maka malam tu kami keluar 3 buah kereta semata-mata nak carikan aku Yong Tau Fu yang ada telur puyuh. Along satu family, ateh dengan abang teh, aku dengan B dan anak-anak dengan kereta abah. Habis satu Kemaman kami round. Ada tempat yang dah habis, ada tempat pulak yong tau fu ada lagi tapi tak ada telur puyuh. Abah tanya, "tak ada telur puyuh tak boleh ke ngah?" "Tak boleh aa..... Nak telur puyuh jugak..... Sedihlah macam ni, nangis kang, haa.."

Nak makan yang ada telur puyuh camni. Pic source

Cari punya cari, akhirnya jumpa budak-budak muda jual yong tau fu dengan gerai bergerak dekat tepi sungai. Apalagi, borong banyak-banyak sebab nak makan sampai puas. Telur puyuh pun beli banyak-banyak. Hah, nak sangat kan. Next, cari tempat makan pulak. Kami plan tak nak balik makan kat rumah, nak makan dekat luar. So, persoalannya sekarang ialah nak makan kat mana?Mula-mula kami pergi Dataran Kuala Kemaman sebab kat situ ada space yang luas untuk makan, pastu tepi laut, pastu ada spotlight pulak. Tapi sesampainya kami dekat sana, spotlight tu tak menyala. Maka dengan kecewanya kenalah cari tempat lain pulak. Lastly kami decide nak makan dekat Monica Bay. Makan dekat bawah tiang lampu, duduk bersila atas jalan tar, tapi sebab satu family complete ada bersama, malam ni dah jadi malam yang akan dikenang selamanya. Credit to baby dalam perut ni, sebab dia yang nak makan telur puyuh tu sebenarnya. Huhu.

Off To Pekan

Assalamualaikum mommies.
Masih dalam mood cuti Chinese New Year. Hari ni kami balik Pekan, ambil stock udang putih, Amboih, semenjak abah ada Storm ni dah tak main ambik udang takat 50-100Kg dah, ambil banyak-banyak terus kasi padan dengan minyak dan tenaga turun ke Pekan. Siapakah yang mengaut keuntungan dari bisnes ini? siapa? Mestilah Adam serta ibu bapanya. Tak memasal dapat ikut balik kampung. Huhu. Enjoice!!

"Perjalanan jauh tak ku rasa. La la la....."
Tauke dan bininya a.k.a Taugeh.
7 months preggy mommy.
"Mama, lepaslah adik. Adik nak main dengan abah."
"Ish, duduk elok-eloklah Adam. Nak amik gambar ni."
"Tamao!"
"Macam tu lah sayang."






Wokeyh, jom balik! Kita nak kena jual udang pulak nih.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol