Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Santai Sabtu

Assalamualaikum.
Hi, lama tak bersiaran. Weekend baru ni, attend cousin punya engagement. Alhamdulillah, majlisnya small, sweet & simple. 3S.
Yang penting, matlamat utama nak memperkenalkan dua keluarga bakal mempelai tu tercapai. Akak doakan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya hingga ke Jannah ye Aifa.
Sedikit tentang majlis:-
  1. Pertemuan antara keluarga sebelah Terengganu dan pihak lelaki dari Kedah. Haru jadinya. Macam ayam dengan itik nak communicate. Mujurlah pihak kami ada yang berkahwin dengan orang Kedah. Siap guna 'translator' lagi you.
  2. Cousin kami ni is the only daughter of the family dan ibunya dah meninggal. Jadi dalam ceria tu terasa sangat sayunya.
  3. Bapa pihak perempuan tak berhenti2 menangis. Sayu mengenangkan anak dara satu-satunya disunting orang. Sayu teringatkan arwah isteri juga agaknya.
  4. Cousin aku ni bertunang di rumah kakak iparnya. So, this is my first time pergi rumah tu. Boleh pulak selang 3 buah rumah je dengan rumah boss aku. Hihi.
  5. Aku sempat makan jugak selepas huru-hara make sure budak 4 ketul ni makan sampai kenyang. Kredit to nenek yang gigih ulang alik amikkan nasi & air.
  6. Sementara family pengantin berbincang, aku duk berselfie dengan budak2 ni sebab nak distract diorang dari buat bising dalam majlis orang. Malu woo.
  7. Aku serik nak gi majlis tunang/kahwin dengan budak2 ni. Arghhh!!!!
Haih, bilalah abah nak bawak Adam pergi gunting rambut ni. Serabai dah.
My ex-classmate yang akhirnya get married to one of my cousin. So, sekarang kami bersaudara.

Selamat bertunang dik.

Yang paling depan sahaja masih available.


Nenek pun tak lepaskan peluang.

Mama X Luqman
Mama X Aisya
Aisya X Arissa


Capture by my Oppo Reno
Mama X Elyas (baru bangun tidur)





Sekian dulu entri bergambar dari aku untuk kali ini. Sekali sekala post entri. Hah, hamekaw!!

Group Whatsapp Paling Aktif

Assalamualaikum mommies.
Siapa yang macam aku? Ada banyak group Whatsapp. Bukan admin pun. Tapi bila dah join tu mesti payah nak left. Biarlah sekadar jadi silent reader je pun. Seronok jugak baca. Tapi dalam banyak-banyak group, group ni yang aku palig excited kalau nampak ada notification new message.

SISTA

Ada 3 orang je dalam ni (group la sangat kan). Aku, along dan ateh. Along a.k.a bawang besar (perlu banyak dalam masakan), aku a.k.a bawang putih (sikit pun dah menyengat, ngehngeh), Ateh a.k.a bawang kecik (kalau takde masakan tak jadi). Izzah belum boleh join the league lagi. Bawah umur, kami pun tak mau la upgrade dia menjadi bawang lagi hihihi. Mungkin kalau dah besar sikit nanti adik boleh join sebagai bawang Holland ke, bawang goreng pun ok jugak. Tak pun daun bawang. >_<
Topik dalam ni biasanya our daily routine aje. Cerita mak-mak orang. Cerita suka duka menjadi bini orang aside from tanggungjawab kami yang lainnya. Aku akan update baju apa pakai pergi office, apa aku makan masa kua lunch, along perihal labwork PHD dia yang tak habis-habis tu, muka pucat-pcat tak sempat pakai make up, ateh update lauk apa masak hari ni. Update cerita anak-anak, cerita pergi pasar, cerita makin hari makin gemok. Benda-benda camtulah.


Since sekarang yang paling jauh cuma along aje (sejam perjalanan) memang macam-macamlah projek kitorang. Buat makan-makan, celebrate birthday anak, kadang-kadang takde projek pape pun, saje-saje datang lepak. Biasanya on weekend kalau tak kami pergi Bukit Rangin rumah along, along yang balik Kemaman jenguk mama dan adaik-adik. Sekarang ni fasa yang paling best, dah kahwin tapi masih selalu dapat berjumpa. Izzah jelah yang jauh nun di MRSM Kuala Krai sana. Takpe, kejayaan perlukan pengorbanan.

Bila aku di office, ateh update aktiviti anak-anak kat rumah. Main apa, makan apa. Lauk apa dia masak untuk nenek (biasanya nenek menu lain, anak menu lain). Bergaduh ke tak. Ada yang kepala benjol, ada yang kena gigit.








Kitorang sebenarnya teringin sangat nak buat aktiviti famili macam dulu pergi Cameron Highlands ramai-ramai, buat Family Day ke, buat aktiviti kat pantai, pergi jalan-jalan Kuantan tengok wayang, main bowling ke. Tapi dengan anak-anak yang semua masih kecil ni macam hampir mustahil. Bayangkanlah, cucu mama ada 9 orang tapi yang paling sulung baru 6 tahun.
Muhammad Ammar Faris - 6 tahun
Muhammad Adam Falahuddin & Muhammad Ummar Rifqi - 4 tahun
Puteri Nuraisya Humaira & Nur Sufi Amani - 3 tahun
Tengku Arissa Fathiah - 2 tahun
Muhammad Luqman & Tengku Ahmad Harith Azhar - 1 tahun
Muhammad Elyas - 4 bulan 
Memang idok le teman nak bawak bebudak ni pergi jalan-jalan kalau gini gaya punya ramai. Nasib baik kami ada ramai pari-pari. Kalau sebelah abang Man ada ramai adik-adik dia yang perempuan tolong tengokkan budak. Sebelah B pun ada ramai adik-adik boleh tolong jagakan. Tapi kalau kami-kami aje, baik tak usah. Since sekarang tak ada siapa dah planning nak tambah ahli keluarga baru, next 2 years bolehla kami planning nak jalan-jalan makan angin. Tak sabar tunggu anak-anak besar sikit.
Tapi kalau lagi 2 tahun ada yang mengandung lagi, tak dapek den nak nolong eh.

Happy 6th Birthday Ammar Faris

Waaa. Cucu sulung aki & nenek dah besar. Dah masuk sekolah pun. Cakap banyak, in fact terlalu banyak  sampai pening kepala mommy dengar dan dah pandai keluar arahan kat adik-adik. Tapi kadang-kadang bila Adam dan Ummar bergabung, abang long Faris kena buli jugak. Macam nilah kami bila berkumpul. Anak-anak 9 orang semuanya. 
Riuh-rendah.
Gambar-gambar ni waktu siang tadi. Kami sambut birthday Faris kat rumah ibu (along). Along baru je pindah. Sekarang dah tak tinggal di Dengkil lagi, dah pindah ke Bukit Rangin, Kuantan. Sebab tu sekarang makin banyak events keluarga. Sebab kami dah makin dekat. Sukalah nenek, aki, tokwan boleh jumpa cucu-cucu selalu. 



 Anak-anak behave, Alhamdulillah. Arissa je nakal sikit sebab dia selalu ingat kalau ada kek hari jadi tu mesti untuk celebrate hari jadi dia. Missunderstanding. Kecoh anak-anak berebut pisau potong kek. Huhu. Nasib baik jugak ada ramai pari-pari a.k.a adik-adik abang long tolong handle keadaan dari tak terkawal.
 Mommy with princess Sufi Amani. Yang ni sorang je mommy sempat tangkap. Yang lain hyperactive betul semuanya. Dia ada stranger's anxiety sikit. Ada ramai orang je, automatik dia tukar mode 'mute'. Tak bunyi langsung suaranya. Selalu banyak sangat bebel ibu dia cakap. Cantik kan Sufi Nani. Sebijik macam ibu.
 Deko simple-simple. Ada ramai budak kecik camni takleh la nak beria hias rumah. Kecah jadinya nanti. Tu pun dah tak terkira belon diorang pecahkan.
Yang halus-halus ni team nenek. Huhu. Tiada dalam gambar di atas tadi ialah 3 baby.
Muhammad Luqman (baju Oren)
Tengku Ahmad Harith Azhar (atas riba nenek)
Muhammad Elyas (tido dlm bilik)
Overall, sangatlah seronok dapat berkumpul. Malam baru balik. Semua ada. Mak ayah dan adik-adik abg long. Ma abang teh. atuk. Ude sekeluarga. Cuma terkilan sebab tak sempat amik gambar makanan atas meja. Banyak sangat makanan tadi tapi sebab dukung Elyas tak sempat nak snap. 
Menu : Nasi minyak gulai ayam, puding buah, puding jagung, kek gula hangus, agar-agar santan, creampuff kastard, creampuff coklat, brownies, donat, popia satar, mee goreng udang.
Tu dia menu. Penuh satu meja. Sekarang korang faham kenapa aku stress sangat tak sempat amik gambar kan. Pffttt.

#alfatihahabah

Anak Engineer Katanya

Assalamualaikum mommy.
Baru-baru ni aku ada main kutu playground ni. Dah lama dah dapat barangnya tapi lepas menyemak dalam rumah (playground tu agak besar dan makan ruang di rumah kami yang tak berapa nak besar ni) B bukak semula dan simpan dalam stor. Baru beberapa hari lepas aku suruh B pasang balik dan letak je kat luar rumah. 
Ikutkan memanglah sayang benda tu berhujan, berpanas kat halaman rumah. Tak lama lagi reput macam tu je. Tapi daripada simpan dan anak tak dapat main langsung, lagilah tak berbaloi aku rasa. Biarlah anak main samapai hancur, puas hati aku belu.  RM400 kot playground ni. RM80 sebulan, 5 bulan aku main kutu. RM80 sebulan tu boleh dapat dua batang lipstik Revlon tahu?
Alkisah masa abahnya pasang playground ni petang kelmarin budak-budak ni duk ada sekali menyibuk. Bila diorang dah tau nat plastik tu boleh dipusing-pusing, habis dilerainya playground tu. Lepas tu bila nak pasang semula dah tak pandai.


Budak-budak ni kalau kita biarkan diorang bermain (tidak asyik diberi gadjet), barulah nampak betapa bijak dan tinggi imaginasi diorang. 
Dah penat buat sepah di luar rumah, diorang sepahkan dalam rumah pulak. Kusyen merah tu tak pernah nak terletak elok atas kerusi. Biasanya diorang susun lurus macam jambatan pastu meniti atas tu. Konon-konon macam ada air kat bawah. Adamlah yang selalunya jadi buaya. Kadang-kadang susun tinggi-tinggi sampikan diorang pun tak sampai nak panjat.
Kasut pun semua dikeluarkan dari rak. Pastu pakai high heels mama dalam rumah. Nak marah tak sampai hati pulak. Jawabnya kena mop satu rumah la nanti dah kau pakai kasut dalam rumah anak oiii.

Time ni pulak semua menempel dekat aku volunteer nak jaga adik Elyas. Tapi muka sorang-sorang tak boleh dipercayai langsung. Hampeh. Yang kecik kepala botak tu pantang lepa mesti nak cucuk mata adik.


Oklah. Sebab mama tak bagi kitorang tolong mama jaga baby, jom kita keluarkan Tupperware kuih raya mama daripada almari (sebab mama lupa kunci) pastu susun tinggi-tinggi jadi KLCC. Pastu bila menara terbalik, adik pun nangis sebab bising. Anak, korang memang superb!




Mama dah marah kitorang tadi sebab main Tupperware kesayangan dia. Kedekut betul. Next activity, masuk bawah kerusi meja makan sambil curah bedak adik sampai habis satu botol. Nanti bila mama tengok baru tau menyesal sebab tak bagi kita main Tupperware dia.


Akhirnya tertidur keletihan. Korang ingat habis sampai kat situ je cerita aku dan budak-budak ni? Bila Adam dan Aisya dah tidur dan aku pun baru nak letak kepala, nak berehat, keluarlah satu makhluk halus tak berapa halus ni. Ini Luqman datang melawat aku dengan baby. Sejak ada adik baby ni, Luqman tidur  dalam bilik dengan nenek. Tapi budak botak ni pukul 3 pagi belum tentu lagi nak tidur. Merayau je kerjanya.



Comelnya abang Luqman. Tidurlah sayang, mama penat.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol