![]() |
| Bila kau cuba selfie sementara tunggu no. giliran kat KFC dan laki kau ada kat belakang. Deng!! |
Showing posts with label Jom Cari Tempat Makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Cari Tempat Makan. Show all posts
Cik Ely Yong Tau Fu
Assalamualaikum mommies.
Those yang selalu lalu dekat area Sungai Ular tu mesti perasan satu kedai tepi jalan yang selalu ramai orang.
Ni dia. Kedai Cik Ely Yong Tau Fu.
Not bad la Yong Tau Fu kat sini. Banyak pilihan dan korang boleh pilih nak Sup atau Sos. Saranan akum ambillah sup, sebab bila korang ambil sup automatik korang akan dapat sos jugak. aku pernah ada pengalaman request sos sahaja tapi dapat yang sejum. Terus mati selera. Kalau amibil sup, konfem sampai panas-panas. Sedap.
Tadaa. Banyak macam ni baru RM9 je tau. Sedap dan berbaloi-baloi. Termenung kami nak habiskan semua ni.
KFC Potato Loaded Bowl
Assalamualaikum.
Mommies yang berkerja tu selalu lapar tak petang-petang? Kalau kat rumah
senanglah. Selongkar je dapur tu cari kuih breakfast pagi tadi yang tak habis.
Tak pun goreng je cucur sebijik dua, ngap!! Terus settle. Di office ni aku
selalu lapar. Ibu menyusu kan memang selalu je lapar (alasan :-/) tapi memang
itulah kebenarannya. Selera makan tu memang mencanak-canak sangat sekarang. Kalau
takleh tahan sangat masuk pantry bancuh Milo.
Solution paling mudah
ialah standby roti kat office. Tapi tak boleh beli banyak-banyak. Dua, tiga
hari dah expired pulak. Kacang? Dah makan tu tak boleh nak berhentilah pulak.
Tapi kacang, asam masin dan jajan ni buat hilang mengantuk tu bolehlah. Lapar
tetap lapar jugak.
Kadang-kadang B ajak
keluar lunch sesame (macam hari ni). Kadang-kadang juga berjaya pujuk dia
belanja KFC. My favourite all time. Ko dah kenapa kan dah tua-tua pun minat KFC? Nak buat macam mana, daripada kecil sampai dah beranak 4 memang peminat
tegar KFC. Aku kalau berpeluang je pergi KFC, zap! Tanpa fikir panjang (sebab
dah hafal apa nak makan, kui,kui…)
Makan sini. Snack Plate 2, ayam spicy, air…hurm…Milo 1, Sjora 1, add on Cheezy Wedges large 1, Vanilla Pudding yang Gula Melaka. Eh, tukar-tukar. Nak Mango. Eh, Gula Melaka lah. Pastu, nak Potato Loaded Bowl 1. Ok, itu je.
B pandang aku semacam
mintak penjelasan. Walaupun sepatah kata tak keluar dari mulut kesayangan aku
tu tapi aku paham maksudnya: Sape nak habiskan banyak-banyak ni cik adik yang
kuat melantak oiii? Biasanya aku akan act normal dan buat muka tak bersalah je.
Snack Plate dan side
dish yang lain-lain tu biasanya selamat masuk perut time tu jugak. Yang
heavennya tentang makan kat KFC ni ialaha aku boleh bawak balik office Potato
Loade Bowl tu. Nyam, nyam, sedapanya makan kat office petang-petang time tengah
lapar. B selalu membebel. Nape sayang suka sangat makan KFC ni. Makan ayam je,
nasi tak makan. Tak seimbang tau. Aku cakap seimbanglah ni, ada ayam (protein),
kentang & roti (carb), ada sayur-sayur. Aku memang selagi boleh menjawab,
tetap menjawab. Salah pun nak menang jugak. Yelah kalau tak buat kepala sengal dengan laki, dengan siapa lagi ye dak?
So petang ni,
settlelah masalah kebuluran aku ni.
| Sedapnya.... |
| Spesis pelahap kalau jumpa makanan. Pukul 12 lunch, pukul 3 dah hadap benda alah ni pulak. |
Ok, nak gi timbang berat kat klinik jap.
Ulam-ulaman Baik Untuk Kesihatan.
Assalamualaikum.
Start semalam, Khamis 24hb Sep, restoran kami mula beroperasi pagi dan tengahari. Pagi tu belum ada pelanggan lagi. Yelah kami pun terlambat buat promotion dekat page FB, plus orang belum tau lagi kedai ni nak bukak pagi dan tengahari jugak. Kalau malam tu dah ramai yang tahu.
Takpelah. Nanti 2, 3 hari lagi orang akan aware jugak. Yang aku nak cerita sekarang ni pasal lauk pauk tengahari. Kami menyediakan lauk-pauk selera kampung. Belum ada menu special lagi macam nasi kukus ke, nasi ayam ke. Cuma da lauk-lauk kampung. Tapi yang aku nak update ni pasal ulam-ulaman.
ULAM
Yes, aku memang hantu ulam. Bila aku pergi restoran yang ada sediakan macam-macam pilihan ulam, tambah pulak dengan budu, sambal belacan, tempoyak. Pehh. memang aku akan ulang-ulang datang kedai tu. Dari situ lahirnya impian kalau aku dah bukak kedai makan sendiri aku nak letak segala jenis ulam-ulam yang best-best.
Dan hasilnya......Tadaaaa.....
Ni lah ulam-ulaman yang ada kat kedai kami. Daun dalad, pucuk jambu, pucuk putat, kacang botor, petai, timun dan ulam raja. kan datang nak tambah banyak lagi. Pucuk ubi, nangka celur, terung bakar, daun pegaga. Lagi, any suggestion?
Chicken Chop Teratak Abah
Bismillah. Produk western Teratak Abah yang first. CHICKEN CHOP TERATAK ABAH. Masih dalam fasa penambahbaikan lagi but we feel good for this very first step. Thank you to adik debab aku Tengku Nur Iffah & cousin aku Tengku Nur Haqimah sebab jadikan impian angah satu realiti. Angah dah rasa dan angah suka. Hope, pelanggan Teratak Abah pun suka. Datanglah rasa dan komen. Kami open pada sebarang cadangan untuk improve hidangan ni.
Impian Abah, Impian Kami.
Assalamualaikum mommies.
Sekian lama menyepikan diri. Inilah projek kami adik-beradik. Sebuah kedai makan. Impian arwah abah sekian lama kini jadi impian kami jugak. Sengaja kami letak nama abah untuk kedai kami. Lebih nostalgik dan kami nak buat diri kami sendiri rasa kedai ni macam rumah kedua kami. Jadi walau penat macam mana pun, tetap seronok. Di sini, kami bersatu lagi. Abah, mama, aku suami, adik-adik dan anak-anak.
Doakan yang baik-baik ye.
Al-fatihah Abah.
Subscribe to:
Posts (Atom)









