Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts
Showing posts with label Baiti Jannati. Show all posts

Rumah Yang Kosong

Dah lebih empat bulan tinggal di rumah ni. Dan dah lebih tiga bulan abah tinggalkan kami. Rumah ni masih kosong. Sama macam mula-mula masuk dulu (sebab tu takde gambar). Cuma riuh-rendah dengan penghuninya saja. Dengan suara budak-budak kecik, suara nenek, suara ateh bebelkan Izzah. Bila abah pergi, mood nak renovate rumah pun dah pergi sekali. Tambah pulak bajet kami terbatas. Kita takde orang derma 2.6B nak renovate rumah cecantik.
Harapnya nanti akan murah rezeki nak hias rumah bagi cantik-cantik. Siapkan halaman yang luas tu, bagi selesa Adam nak main, berlari. Jatuh pun tak luka sana-sini. Semoga murah rezeki anak-anak. 

#Al-fatihah Abah

Deposit TNB dan SATU

Assalamualaikum mommies.
Tadi keluar dengan B bayar deposit api dan air rumah kami. Apa yang perlu dibuat ialah, kami kena submit form Change of Tenancy dari pemaju rumah kami. Maksudnya, kalau sebelum ni bil utilities atas nama pemaju, sekarang kena tukar kepada owner baru rumah, in my case nama B lah. Apa hal pulak bil api air nak kena taruk nama aku, bukan aku pun yang nak bayar. Hihihi.

Change of Tenancy Form.
Deposit air ok lagilah, just RM135 dan urusan kami dekat SATU (Syarikat Air Terengganu Kemaman) pun Alhamdulillah, tak rumit. Form nya cuma perlu diisi dekat kaunter pembayaran (form pun simple aje), bayar, dapat resit, dah selesai. Tak renyah macam dekat TNB. Diorang mintak copy S&P, copy IC pemaju, dan macam-macam mintak lagilah. Dua tiga kali jugak ulang-alik dari office pemaju ke pejabat TNB sebab nak completekan dokumen. B cakap, “macam-macam mana pun perkara ini perlu diselesaikan hari ni jugak. Apa nak jadi, jadilah” (yang tu aku tambah). Ecece, bajet pahlawan la tu B. Dah lah macam tu, deposit api kitorang kena bayar RM1200 sebab untuk rumah banglo, api dia 3-phase pegawai tu cakap. 3-phase ke, 10-phase ke, yang penting korang dah songlap duit laki aku banyak. Huh! Ni baru deposit api air, belum barang-barang rumah lagi. Hadoi, botaklah kepala B macam ni.

Muka boring di pejabat TNB.
P/s: Seorang kawan yang ambil course Sains Fizikal dekat Matrikulasi pernah cakap kat aku, dak Bio tak tau pape pasal Fizik. Sebab tu korang panggil elektrik tu api. T_T

Alhamdulillah, satu perkara lagi dah selesai hari ini. Malamnya pulak aku merengek dekat abah dan B nak makan Yong Tau Fu, tapi nak makan yang ada telur puyuh. Ya Allah,memang teringin sangat-sangat. Sebab semua orang dah rimas dengan aku, maka malam tu kami keluar 3 buah kereta semata-mata nak carikan aku Yong Tau Fu yang ada telur puyuh. Along satu family, ateh dengan abang teh, aku dengan B dan anak-anak dengan kereta abah. Habis satu Kemaman kami round. Ada tempat yang dah habis, ada tempat pulak yong tau fu ada lagi tapi tak ada telur puyuh. Abah tanya, "tak ada telur puyuh tak boleh ke ngah?" "Tak boleh aa..... Nak telur puyuh jugak..... Sedihlah macam ni, nangis kang, haa.."

Nak makan yang ada telur puyuh camni. Pic source

Cari punya cari, akhirnya jumpa budak-budak muda jual yong tau fu dengan gerai bergerak dekat tepi sungai. Apalagi, borong banyak-banyak sebab nak makan sampai puas. Telur puyuh pun beli banyak-banyak. Hah, nak sangat kan. Next, cari tempat makan pulak. Kami plan tak nak balik makan kat rumah, nak makan dekat luar. So, persoalannya sekarang ialah nak makan kat mana?Mula-mula kami pergi Dataran Kuala Kemaman sebab kat situ ada space yang luas untuk makan, pastu tepi laut, pastu ada spotlight pulak. Tapi sesampainya kami dekat sana, spotlight tu tak menyala. Maka dengan kecewanya kenalah cari tempat lain pulak. Lastly kami decide nak makan dekat Monica Bay. Makan dekat bawah tiang lampu, duduk bersila atas jalan tar, tapi sebab satu family complete ada bersama, malam ni dah jadi malam yang akan dikenang selamanya. Credit to baby dalam perut ni, sebab dia yang nak makan telur puyuh tu sebenarnya. Huhu.

Perancangan Allah yang Terbaik

Alhamdulillah, kami dapat diskaun 3% pembelian rumah. B yang pergi ambil cheque ni tadi. Tanya dia dapat berapa? Seribu enam ratus dia cakap. Aku ni main percaya je. Patu dia hulur cheque kat aku sambil senyum-senyum. Hampeh B. 
Bolehlah beli barangan rumah nanti.

Masuk Rumah - Check Kerosakan

Assalamualaikum mommies.

Tadi petang kami masuk rumah. Nak check takut-takut ada kerosakan. Kalau ada kerosakan (rumah ni dah siap lebih 3 tahun), boleh inform kat developer dan diorang akan datang baiki. Nak buat kerja-kerja QC macam ni haruslah bawak abah sekali. 

Pintu depan
Ruang tamu 1
Master Bedroom
Ruang tamu 1 & 2
Ruang Tamu 2
Halaman rumah sebelah kiri
Belakang rumah

Nenek & Adam



Adam tak pedulik orang pun. Dia sibuk dengan kuih dia jek.



Tidak seperti aku dan mama yang excited nak fikir beli perabot dan hiasan dalaman, B dan abah ter'over' excited dengan halaman rumah. Nak bubuh rumput carpetlah, pokok apa nak tanamlah, kat mana nak tanam. Tu abah tengah surveylah tu, mana dia nak tanam pokok ceri dia. Huhu. Abah, abah.


Car porch
Halaman rumah sebelah kanan.



B dah ambil gambar dan tampal sticky note dekat tempat-tempat yang ada kerosakan. Next, nak call developer suruh diorang hantar orang baiki.

Ambil Kunci Rumah, Adam Demam Campak & 6th Check Up

Assalamualaikum mommies,
4th day cuti. Macam mana nak cakap ye. Hari ni aku panggil hari yang masam-masam manis. Macam cerita P.Ramlee. Ada bitter sweet and was a very hectic day. Penuh betul schedule rini. Planning aku weekend ni memang mintak cuti semalam dan hari ni so campur Sabtu Ahad dapat straight cuti empat hari. Macam aku cakap, ada banyak hal nak kena settle tapi kena hold sebab Adam tak sihat. Kesian Adam. 
Nak tak nak, today is last day cuti jadi kena settlekan semua hari ni.

1) BABY CHECK UP
Hari Ahad aku dah postpone checkup ke hari ni. Jadi pagi-pagi lagi dah tercongok dekat Klinik Kerajaan ni. Sepatutnya hari ni dah tak check HB sebab baru check masa 18hb ritu. Baru nak lega, sekali ada kencing kotor pulak. Alamak aih, benci betul bila ada problem camni sebab kena refer doktor pulak kat Klinik Geliga.


Dah alang-alang kena check dekat lab kuman jenis apa ada dalam urin aku, akak misi suruhlah bagi sample darah terus kat lab. Check HB aku. Hamekaw, dari 9.6 drop lagi jadi 9.1. Parah, parah. Aku pun tak tau nak makan apa lagi dah. Dr. Rhema suruh aku stop makan pil coklat yang klinik bagi tu. Dia suruh makan Iberet Folic Acid pulak. Tengok camne.



2) AMBIL KUNCI RUMAH
Next agenda, pergi ambil kunci rumah kami dekat pejabat Budibunda dekat Jalan Air Putih. Alhamdulillah. Another step closer nak masuk rumah baru kami. Thank you Allah. On the way pergi pejabat Budibunda ni, mama kol aku cakap adam nangis tak berhenti. Adam demam makin kuat. Mama cakap abah siap bebel aku dengan B sebab bawak Adam pergi pantai semalam. Anak tu dahla tengah tak sihat. Apa marah aku pulak? Marahlah B, dia yang sibuk sangat nak pergi semalam. Huh. Aku ni cuma bini yang taat setia aje.


3) CHENTA HATI DI PUNCAK ALAM
Along hantar gambar bebudak ni dekat Puncak Alam. Diorang baik-baik aje adanya. Windu anak-anak mommy (Hape kejadahnye ntah ajar anak-anak sedara panggil mommy, padahal anak sendiri panggil mama je pun).


4) PAMOGA, VCO & NEW PENDRIVE
Next lagi, ajak B pergi Center Point beli Pamoga for my HB yang dah drop giler-giler nih. Kat rumah punya dah habis. Dah berapa hari tak minum. Selain tu, aku beli VCO brand Catalyst ni dengan same reason mula-mula beli Pamoga dulu. Baca kat FB, ramai sangat orang cakap bagus. Bila bersalin tu koyak tak banyak. Aku pun bila dengar camtu memanglah teruja. Masa Adam dulu aku jahit sikit aje, tapi Adam cuma 2.8kg. Biasanya anak seterusnya akan lebih besar dari anak sulung. Takut jugak kalau koyak banyak. Sekarang pun dah nak masuk 8 bulan. Sepatutnya kena makan start 7 bulan. Lagi awal, lagi bagus. Catalyst VCO ni ada 2 jenis, jenis air dan kapsul. Aku pilih yang jenis kapsul, senang sikit nak telan.


Sebelum balik tu sempat lagi ajak B singgah kedai komputer beli pendrive baru. Pendrive lama aku tak tau letak mana. Senang je reason kita orang pompuan kalau nak beli barang baru kan.  

5) C-CREAM & SUPPLIMENT
Lagi-lagi next, kami singgah Farmasi Harmoni nak beli Iberet yang Dr. Rhema suggest tadi. Pastu beli Loratadine, resdung aku macam boleh tahan jugak teruknya sepanjang pregnancy ni. Aku dah refer Dr.Wee, dia cakap ada ubat yang elok tapi kena tunggu lepas aku bersalin. Elok je lepas aku bersalin, tak pergi-pergi dah klinik dia. Tak tahan gatal sebenarnya, duk bertahan degan ubat-ubat antihistamine camni je lah.

Warna pun dah merah macam darah. Tapi tak tahu lagi boleh tak memekatkan darah aku ni.
Tak lupa jugak, bekalan C-CREAM untuk anak dan bakal anak. Huhu. Krim ni memang a superb solution kalau anak-anak melecet kulit dekat area punggung dan celah kangkang ni. Sapu sekali je, petang nanti yang merah tu dah kembali ke warna kulit asal. Bekas besar camni cuma RM16. Aku beli 2 bekas besar, 1 nak bagi kat along. Kalau kena cara simpannya, boleh tahan sampai 3 tahun krim ni.


6) MUHAMMAD HANIF ZUFAR
Hari ni Zufar dah boleh balik rumah. Yay!! Dah dua hari kena tahan kat hospital. Tak sabar nak tengok ateh basuh berak baby, bangun tengah-tengah malam bancuh susu. Kihkihkih.

 



7) ADAM KENA DEMAM CAMPAK
Akhir sekali, nilah benda yang paling tak best hari ni. Yang lain semua dah settle. Esok boleh pergi kerja tak yah serabut otak. Cuma yang satu ni jek. Balik rumah tengok Adam kat rumah nenek tak bermaya sangat. Mama cakap Adam nangis sampai tak keluar suara, meracau masa tengah tidur, pastu tak nak pandang orang langsung. Malam ni baru kami perasan badan Adam keluar bintik-bintik merah. Rupa-rupanya Adam kena demam campak. Patutlah badan panas sangat, nangis sampai meracau. Alahai Adam -_-

Terjebak - Simply Siti

Assalamualaikum mommies.
Semalam ada cerita aku dah start shopping barang-barang baby kan. Sebenarnya aku ambil kesempatan shopping barang baby sebab kebetulan aku pergi Kuantan. Dan aku pergi Kuantan sebab aku settlekan urusan membayar lawyer fees untuk rumah kami. Hari tu aku ada buat permohonan keluarkan duit KWSP akaun II untuk bayar lawyer fees. At last, aku guna duit bonus aku buat bayar lawyer fees, duit KWSP tu aku buat pelaburan. Miahahahaha.
Maka dengan itu, settlelah satu lagi step dalam episod pembelian rumah kami. Bila dah settle, hati pun dah senang, haruslah ajak B pergi shopping. Dah alang-alang sampai Kuantan kan. Selain dari beli barang-barang Adam, aku pun ada beli sikit barang untuk aku sendiri. This time nak try produk Simply Siti pulak. Sebelum ni pernah pakai face cleanser dia aje. Best. Muka terasa lembut je lepas pakai. Dia 2 in 1. Boleh guna sebagai cleanser dan boleh guna sebagai masker jugak. Mana tau kot-kot lepas ni muka jadi cam orang Korea pulak. Verangan much?

Terjebak dengan produk Simply Siti lah pulak.

Celak dan sharpener baru. Yay!!

Free gift. Shopping kat guardian lebih dari berapa hengget ntah baru dapat ni. Bagi kat B.

Simply Siti liquid foundation dan compact powder. Kaler gold gitu.

B selalunya kalau jalan-jalan dia mesti excited nak beli toys untuk Adam. Lori lah, ape lah. Kadang-kadang kita pun naik heran anaknya nak main ke bapaknya? Dah kalau untuk anaknya yang bapaknya bersungguh sangat tu dah kenapa?

That day kitorang belikan Cathy The Caterpillar untuk Adam. Colourful. Bulat-bulat. Tapi bila bawak balik macam tak seronok je benda alah tu. Adam nampak macam lagi excited nak kunyah Si Cathy daripada nak main-main dengan dia.

Makanan ke ni mama?

Adam suka Cathy mama!!

Nom, nom, nom.

KWSP Akaun II - Lawyer Fees

Hi mommies.

Ingat lagi sebelum ni pernah post kami perlukan hard cash dalam jumlah yang agak besar sebab nak bayar Lawyer Fees. Payment tu pulak kena settle segera kalau tak ada charge apa entah RM 500. "Amboi, amboi, kalau bab nak mintak duit tu laju aje korang kan."

Disebabkan oleh time restriction, aku dengan B tak dapat tunggu sampai aku dapat bonus untuk bayar peguam. Suka tak suka, we have to go with third option which is guna my EPF money akaun II. Tahukah korang kita boleh utilize duit EPF kita untuk tujuan beli rumah atau apa-apa yang berkaitan rumah la. Jangan pulak bagitau diorang korang nak guna duit tu buat beli perabot rumah, bayar muka kereta baru, pergi melancong. Takde sape nak layan ko dik.

Untuk penerangan lebih lanjut pasal macam mana nak keluarkan duit EPF ni, boleh klik LINK ni. Sirius weh, kalau korang datang pejabat KWSP tu dengan dokumen-dokumen yang dah lengkap, urusan ni akan makan masa tak sampai 10 minit pun. Antara dokumen-dokumen yang perlu:-

1) Copy IC

2) Borang Pengeluaran


3) Copy S&P


Kalau korang nak duit tu dikreditkan terus ke akaun, jangan lupa untuk provide no. akaun dari akaun bank yang masih aktif. Pegawai tu cakap, duit akan masuk akaun kita lepas 3 hari bekerja. Senang je kan. Dalam hujan renyai-renyai waktu lunch hour tadi, B amik aku kat tempat kerja, fotokopi dokumen-dokumen berkenaan, submit, pastu dah boleh balik dah. Form dia pun mudah nak fill in, urusan pun mudah, cepat, pendek kata serba-serbi senanglah. Aku rasa KWSP la jabatan gomen yang paling senang nak berurusan. Langsung tak banyak karenah.

Oklah, sampai sini dulu. Nak pukul 5 dah. Nak sambung kerja sikit lagi before balik. Nanti, bila duit dah masuk, aku dah setel bayar lawyer, aku update lagi k. Bye.

Kunci Rumah VS Lawyer Fees


Morning mommies. Assalamualaikum.
Pagi ni B dapat kol dari ejen developer rumah kami. 
Good news: kami akan dapat kunci rumah kami minggu depan. Yay!! (Harap-harap sempatlah masuk rumah sebelum banjir). Ceh, macam dah konfem-konfem jek tahun ni banjir. Ok, tak nak banjir, tak nak banjir.
Bad news: We have to pay lawyer fees for our house by next week or else kami akan kena penalti RM500. Dah bayar nanti baru dapat kunci. WHAT??
Punyalah lama kami tunggu bilalah nak dapat kunci rumah ni. Ni dah masuk bulan Disember, maknanya dah setahun proses documentation jual-beli dan pindah milik rumah ni. Tapi, bila akhirnya dah rasmi jadi milik kami, Alhamdulillah sangat manis perasaannya. Puii, berangan je ko kan. Kunci pun belum kat tangan lagi.
Pasal lawyer fees pulak kami ada beberapa option:-
1) My year end bonus akan masuk another 2 weeks, tapi tak sempat pulak sebab kena bayar selewatnya minggu depan. 
2) Hard cash yang kami simpan untuk bayar lawyer fees tu kami dah laburkan la pulak =( Bukan apa, dah lama sangat macam rugi je biarkan duit tu terperuk kat situ lama-lama jadi baik dilaburkan. Yang ni akan dapat earliest mid of January, so not an option.
3) My EPF akaun dua. Perlu seminggu untuk proses. Hurm, rasa macam sayang je nak guna duit EPF, lagi rela guna duit bonus rasanya. Tapi nak wat camne, kita bukannya berduit sangat ada banyak saving.
By the way, lawyer fees kami (RM14K) + total charges - law firm discount - 1% deposit money = RM8000.00++.
Gulp.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol