Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Deko-deko. Show all posts
Showing posts with label Deko-deko. Show all posts

Kerusi Buai

Ternampak gambar ni dalam Ig. Tak taulah adakah possible untuk direalisasikan. Tapi kalaulah dapat alangkah indahnya. B, buatkan ni untuk saya satu. Plishhh.

DIY Meja Budak

Assalamualaikum mommies.
Hari tu, adik aku jumpa supplier pallet. Sempat jugaklah berniaga pallet. Sekarang pallet takde stok. Tapi ada lebihan sikit-sikit yang tak sempat jual tu abang teh nak buatkan meja kayu untuk Faris. Yang bestnye baru jek cakap nak buat, esoknya dah siap sebijik meja budak. Maknanya abang teh cuma ambil masa sehari je buat meja ni dan hasilnya comel sangat. Kira cepatlah kan sebab hand made. Bukan ada mesin potong kayu ke apa. Guna gergaji hokkeh. Pastu diketamnya pellet tu kasik licin. Kalau tak abih kena selumbar tangan budak nanti.
 Halus kerja tangannya. Faris pun suka sangat. Niat asalnya nak buat meja jepun. Maknanya boleh duduk bersila je bila nak baca buku ke, apa ke. Tapi meja ni agak tinggi bila Faris duduk kat bawah. So, kena guna bangku atau alas bantal. Tapi bagus jugak buat tinggi sikit, boleh guna sampai besar.
Ada yang berminat nak order?Thihihi. Tapi dah tak ada sample, meja ni along dah angkut bawak balik Dengkil.

5S Di Office


Sejak balik dari bercuti panjang, memang meja ofis aku tak terurus langsung. Stress rindukan anak kat rumah, nak adapt balik dengan rutin berkerja (lama cuti jadi lemau), nak catch up balik apa yang dah tinggal selama 3 bulan, and recently, aku kena berpindah tempat pulak. Demm.

Maka, aku hangkutlah segala tok nenek, khazanah-khazanah dari meja lama ke tempat baru. Ala, meja sebelah je pun. Tapi, kesan daripada perpindahan aku ke tempat baru yakni meja sebelah aku a.k.a meja kerja baru aku ialah, tempat aku menjadi kucar-kacir begini.

Nak berkerja pun takde mood. Efficiency menurun. K, alasan semata.

Keyboard rosak.

Timbunan kertas.

Sudut berkerja pandangan belakang.

Sudut berkerja pandangan serong.

Sudut berkerja pandangan hadapan. Hard file tak susun.

Label printer dengan roti untuk breakfast sekali dengan glue. Gandingan tidak sesuai.

Stationery. Gulp >_<



Dan.....kerja yang bertimbun.


Ish, ish, ish... Macam nilah keadaan aku semenjak pertengahan Ogos yang lalu. Tapi ko mana boleh bagi alasan tak siapkan kerja sebab nak kemas tempat kerja. Nak tak nak terpaksa juga berkerja dalam keadaan serabut ni.

Tapi, sampai bila ko mampu bertahan duduk berkerja di tempat yang persis sarang tikus ni? Sesuatu perlu dilakukan!! Ecece.. So, as soon as aku ada masa terluang sket, sikit-sikit aku kemas tempat aku. Nak buat sekaligus tak boleh, sebab aku tiap-tiap hari banyak kerja sekarang. Assistant aku dah diserap masuk account dept secara kekal, so aku back to normal. bertungkus-lumus setiap hari.

Maka hasilnya.........Tada.....

Dah buang kertas-kertas lama yang tak guna tu.

Pening nak susun sebab bukan semua benda tak guna. Yang kotak-kotak tu sebenarnya mug cenderahati yang ada cop Hoerbiger. Ekslusif tau. Bukan boleh beli kat kedai. Drawer tu pun, tiga-tiga aku kosongkan, buang mana-mana yang tak patut.

Stationery section.
Bekas plastik bulat bertutup tu sebenarnya bekas kuih. Mana-mana barang kecil-kecil yang aku tak sempat nak sisihkan semua masuk situ. Klip kertas, pin, paku softboard, getah gelang pun masuk situ. At least tak semak kat tempat lain.

Susun ala kadar.
Aku susun segala jenis cop, puncher, big stapler kat sebelah label printer tu. Tak taulah brape hari akan kekal berkedudukan macam ni. Takpelah. Yang penting, semua barang yang guna daily ada tempat masing-masing. Tak sepah.


My phone. Label hijau tu no phone HQ kat Singapore.

My work space. Lapang sangat sekarang.

My beautiful boy. Sumber inspirasi. Gambar ni jugak la yang buat tak sabar nak balik petang-petang.

Motivational quote. Benda-benda camni penting sebab kadang-kadang kita akan jumpa orang yang macam nohorom kat office. Err, bukan kadang-kadang, tiap-tiap hari. Pfttt.

File-file dah susun ikut kategori supaya senang nak cari bila nak guna.
And last but not least................


Kerja yang tetap bertimbun but no hal. Meja dah kemas, hati senang, produktiviti bertambah. Huhu.

Dear Adam: Sometimes Mama Can Be Creative Too

Hi Adam...

Whenever you read mama's blog and read those entries yang mama cakap mama stay up malam-malam sebab nak bangun susukan Adam, sambil kemas-kemas dalam bilik kan. To tell you the truth, kadang-kadang mama tak mengemas pun. Mama buat projek lain. 
Contohnya, projek susun barang-barang Adam yang kecil-kecil ni.

Kotak gift mama Nora dah transform jadi kotak simpanan.
Well, mama bukan orang yang well organised so selalu mixup Adam punya mittens, booties, bonett, saputangan. Susun-susun, pastu Dua tiga hari sepah balik. Bila dapat gift kotak yang ada partition camni, terus dapat ilham nak susun barang Adam dalam ni.

Baru-baru ni, masa kita balik kampung mama pergi kedai bundle barang baby. Mama beli kotak Ikea nih. Dapat RM30 je. Suke sangat =》


Mama letak barang-barang Adam yang belum guna dan jarang guna dalam tu. Semua sumbat sekali setempat je.


Haa, camne Adam? Kira bolehlah ye untuk mama yang tak pandai mengemas ni. Asal kat luar tak nampak sepah, asal abah tak marah dekat mama sebab sepah sudaa..

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol