Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Islamic & Motivation. Show all posts
Showing posts with label Islamic & Motivation. Show all posts

Empat Janji

Ramadhan 18, 1437H - Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

Assalamualaikum mommies. 
Idea nak menulis tentang topik ini tercetus bila beberapa hari lepas aku sangat desperate nak guna nasal spray. Gatal hidung, gatal mata dek kerana resdung (gila mengemas rumahlah kononnya masa weekend ritu). Tapi masa tu sedang puasa. Daripada kecik lagi memang biasa dengar kan, puasa tak boleh korek hidung. Tak boleh korek telinga. Hurm, kalau setakat korek hidung dengan korek telinga pun dah batal puasa, inikan pulak nak gunakan nasal spray. Dalam tukan ada ubat. Fikir aku lah. Dah tu, larat pulak aku nak tahan gatal sampai berbuka maghrib nanti. Takkan aku nak berbuka time tu jugak dek kerana gatal hidung jek. Ish, sayangnya.
Tapi baru-baru ni ada terbaca dekat FB Dr. Maza, korek hidung dengan korek telinga tak batal puasa. Eh? Mufti cakap tak batal pulak. Pakai eye drop pun tak batal. Habis tu selama ni dari kecik diorang tipu aku ke hape?
Bagi aku, perkara yang membatalkan puasa ni mudah je. Asal je memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan (makan, minum, melakukan hubungan seks), dah batal. Tapi yang jadi 'complicated'nye, dah nama pun memasukkan sesuatu ke dalam rongga, habis korek hidung, korek telinga, gosok gigi jadi batal puasanya (walaupun tak mngenyangkan pun korek hidung tu, hihi). Maka, barulah kita tahu ia tidaklah se'simple' yang kita tahu atau dengar selama ini. Perkara yang tidak membatalkan puasa jauh lebih mengelirukan berbanding yang membatalkan. Ish, ish, ish, nak beribadah jadi susah. Maka tak boleh ambil ringan.
Aku pun google dan jumpa website AKADEMI FEKAH PERUBATAN ni. Ada banyak isu berkaitan Fekah yang dikupas kat sini oleh InsyaAllah, mereka-mereka yang betul-betul layak memberi pencerahan. Maka, barulah aku tahu guna nasal drop tu tak membatalkan puasa rupanya. Banyak jugaklah aku jumpa benda yang mengejutkan (kau dah kenapa nak terkejut bagai?). Contohnya, letak ubat jantung bawah lidah (macam arwah abah selalu guna) tu, tak batalkan puasa. Tampal dan cabut gigi pun tak batal. Injection pun tak batal. Wah, sebab tu lah sangat penting untuk terus belajar dan jangan malu nak tanya kalau tak tahu. Ni kalau tak, sia-sia aku menahan gatal hidung sepanjang hari. Kesian aku. Lagi haru kalau aku siap berbuka hari tu sebab jahil tak tahu yang guna nasal drop ni tak batal puasa.
Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi baca kat website ini ye. Ni aku bagi [LINK] dia. Dan disebabkan aku terlebih rajin, aku tolong copy jugak list PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA ni.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
  1. Eye and ear drops, and ear wash.Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.Penderma atau menerima pemindahan darah.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.Oksigen dan Gas Bius.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
  15. Biopsy of the liver or other organs.Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
A majority of participants added the following:
Majority peserta menambah perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA
  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.

Ok, sekarang tak confuse lagi. Terima kasih doktor-doktor dan ustaz-uztaz juga professor-professor yang tak kedekut ilmu bagi pencerahan. Semoga Allah merahmati kalian.

Ramadhan 17, 1437H - Perbezaan Pendapat

Pic Source
Post sempena hari ini yang viral dan kecoh dengan perbalahan tentang vaksin. Para pengamal perubatan dengan pendapat mereka, Si Imam Muda dengan pendapatnya, dan orang awam pula dengan pendapat mereka masing-masing. Tapi bukan isu vaksin itu sendiri yang aku mahu debatkan, sebaliknya  adab bila berdepan dengan perbezaan pendapat dan adab tatkala berhujah. 
Apabila berdepan dengan isu yang kita sendiri pun tidak pasti dan kurang faham letak duduknya sesuatu perkara, maka lebih baik merujuk pada yang pakar. Bertanya pada mereka yang lebih arif. Mereka-mereka itu sudah pastinya berhujah dengan ilmu dan fakta. Tidak sekadar menegakkan ego masing-masing. Sekadar mahu jadi jaguh debat di laman maya.
Semoga kita semua mendapat hidayah.

Ramadhan 5, 1437H - Bersyukur







Kaya pun bersyukur, miskin tetap bersyukur. Cantik pun bersyukur, buruk pun masih bersyukur. Sihat pun bersyukur, sakit juga bersyukur. Semua dari Allah.

Ramadhan 3, 1437H - Bersedekah

Assalamualaikum.
Hari ke-3 dan topik hari ini: BERSEDEKAH.
Di bulan Ramadhan al-mubarak ni semua perbuatan dan amal baik digandakan pahalanya. Dan salah satu amalan yang amat besar pahalanya adalah bersedekah. Bersedekah tidak sahaja dalam bentuk wang ringgit. Wang ringgit ni oklah untuk mereka-mereka yang mampu. Yang kurang berkemampuan? Sedekahlah sebanyak yang mampu aje, seringgit dua yang terlebih sana ni. Yang langsung tak mampu? Jangan ingat golongan ini tak dapat langsung merebut pahala bersedekah ye. Banyak lagi cara kalau nak bersedekah tanpa melibatkan duit. Antaranya:-

1. BERI SALAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tak sempat keluar peluh pun kan. Inilah semudah-mudah sedekah. Mendoakan kesejahteraan orang lain. Dengan bagi salam tu secara tak langsung kita mendoakan orang tu. Free-free kita doakan dia, kira sedekahlah tu kan. Ex-boss selalu cakap dengan loghat Kedah dia, "ish, kalau tak suka sangat dengan oghang tu pun, tak nak cakap dengan dia, tak boleh nak pandang muka dia, sekughang-kughangnye bagilah salam." Perkara sama yang selalu abah terapkan pada kami, anak-anak dia. "Bagilah salam, bagilah salam. Mulakan setiap bicara dengan salam." Salam ni pengukuh ukhuwah sebenarnya. Kalau orang sedang bersengketa contohnya, bila sebelah pihak bagi salam dan sebelah pihak lagi jawab (jawab salam tu wajib ye) dah terlerai persengketaan tu. Nampak? Mudah je kalau ikut cara Islam.
2. SENYUM
Senyum itu sedekah. Eh, jangan pandang rendah dengan kuasa senyum tau. Dengan senyum, jiwa yang gundah-gulana jadi bahagia. Dengan senyum, hati yang sedang marah boleh jadi reda. Senyum membawa aura posistif yang sangat besar. Bayangkan kita bangun pagi-pagi, nampak suami senyum kat kita. Sampai office, colleagues kita senyum kat kita. Mesti mood jadi ceria dan bersemangat nak memulakan hari tu kan. Ni bila malam tu kita bertengkar dengan suami, pagi esok muka monyok. Muka masam, orang senyum tak balas. Muncung 2 inci. Orang sekeliling yang tengah elok-elok ceria pun jadi mendung. Jangan nak menyebar negative vibes sangat ye! Senyumlah.
3. BUAT KUIH BAGI JIRAN
Kalau nak senang, yang rajin ronda-ronda baazar tu bolehlah beli lebih sikit kuih-muih hantar ke rumah sebelah. Murah jek, RM2 dapat 5 ketul kuih. Cukuplah sepiring. Tapi mesti ramai jugak yang jenis boikot baazar Ramadhan pastu dia jenis yang buat kuih sendiri kat rumah kan. Jimat, pastu boleh makan banyak-banyak. Puas hati. Kot-kot anggaran masa buat tu nampak macam berlebih je ni (yelah, serumah ada 4 orang tapi buat kuih satu talam) bolehlah sedekahkan kat rumah jiran-jiran sebelah tu. Mengeratkan silaturrahim kata orang.
4. BERSEDEKAH DENGAN TENAGA
Yang ini tak perlukan modal duit langsung. Cuma perlu kudrat, masa dan kerajinan sahaja. Orang-orang lelaki yang rajin pergi berjemaah kat surau @ masjid tu kan, macam-macam boleh disumbangkan dengan tenaga korang kat sana. Tolong cuci tandas ke, cuci kolah ke, cabut-cabut rumput ke, sapu karpet ke. Yang perempuan pulak, boleh buat projek cuci kain telekung/sejadah kat surau yang dekat rumah korang tu. Kain telekung kat surau @ masjid kadang-kadang hapak dan warna kuning dan kadang-kadang siap berjeragat lagi. Dia punya bau toksah cerita la. Hah, apa kata korang kutip bawak balik, campak dalam washing machine, jemur, lipat pastu pulangkan balik. Jangan masuk dalam gerobok sendiri pulak ye. Itu harta awam, bukan harta korang ye. Ini sekadar contohlah. Banyak manfaat yang ahli surau akan dapat dek kerana kerajinan korang nih. Saham akhirat ni tau.
5. SEDEKAHKAN BACAAN AYAT SUCI
Akhir sekali mesti ramai yang berlumba-lumba ank khatamkan Quran sepanjang bulan Ramadhan ni kan. [LINK] Berlumba-lumba nak nak cari pahala. tapi janganlah kedekut sangat. Alang-alang dah mengaji, berzikir semua tu niat untuk sedekahkan pahalanya terus. Lagi besar manfaatnya. InsyaAllah, tak berkurang sedikit pun pahala kita bila bersedekah. Amalah yang abah ajar pada kami sejak kecil,
Ya Allah Ya Tuhanku. Setiap huruf yang kami lafazkan, andai ada padanya kebajikan walaupun sebesar zarah maka kami hadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, keluarga nabi, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, para syuhada, wali-waliMU, guru-guru agama, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat al ahya himin hum wal amwat. Dan juga buat kedua ibu bapa kami. Amin.
Ini sebahagian yang sempat aku fikirkan. Ada banyak cara lagi sebenarnya. Tak kiralah apa cara sekalipun, kecil atau besar, pastikan kita bersedekah dengan ikhlas. Menunjuk-nunjuk nanti tak dikira pahala pulak. Nak lagi best, elok-elok cari pahala dapat dosa. Sebab riak!
Pic Source

Jika




Sumber: FB

Perspektif

I am thankful for…..
*      The taxes I pay because it means I am employed.
*      The clothes that fit a little too snug because it means I have enough to eat.
*      My shadow who watches me works because it means I am out in the sunshine.
*      A lawn that has to be mowed, windows that have to be washed and gutters that need fixing because it means I have a home.
*      The spot I find at the far end of the parking lot because it means I am capable of walking.
*      All the complaining I hear about our government because it means we have freedom of speech.
*      The lady next door who sings off key because it means I can hear.
*      The huge piles of laundry and ironing because it means my loved ones are nearby.
*      The alarm that goes off in the early morning hours because it means that I’m alive.
Source: FB.


Solat Dhuha

Assalamualaikum mommies.
Lately, kalau jumpa pape yang best dekat FB, randomly during blogwalking, orang hantar kat Whatsapp, rasa rugi kalau tak share kat sini. Sebab ilmu ni semakin diwakafkan dia semakin bertambah. Lagipun aku rasa cambest, so mesti korang pun rasa cenggitu jugak. Eh, boleh camtu?
Tak apalah kalau kita tak nak baca lagi, tak mau amal, tak mau ambil iktibar, tak mau pandang, tak mau jeling pun sekarang. Mungkin satu hari nanti kita berpaling dan nak kutip semula apa-apa yang tak cukup, kita tau mana nak refer.  Sekurang-kurangnya untuk aku, aku tau mana nak refer.
Bila dah dari macam-macam sumber, kadang-kadang dah tau tau nak credit. Tapi aku rasa tuan asal dia pun takdenye nak charge aku plagiat gambar dia ni, sebab niat asal diorang create this islamic quote, pic, teaching materials pun memang nak educate orang dan nak ia disebar sebanyaknya. Aku kagum dengan korang-korang yang berhabis masa memerah otak nak buat gambar, diagram, video ni semua supaya orang boleh dapat panduan ringkas untuk solat dan berzikir. Untuk korang, semoga korang beroleh rahmat dan pahala.
So, untuk hari ni, aku nak share pasal Solat Dhuha. Inilah amalan yang aku sendiri dah lihat keajaibannya. Seseorang yang aku kenal, tak pernah skip Solat Dhuha setiap hari. Baru-baru ni, beliau dikurniakan anak selepas 14 tahun berkahwin. Dan lepas dapat 1st baby tu, tak lama kemudian wife dia pregnant lagi. Hah, kalau tak percaya lagi tak taulah nak cakap. Kat sini aku share cara mengerjakannya. Ambillah 5 minit dari masa kita. Sujudlah. Semoga kita semua mendapat rahmat. Amin =)

Ya Rabbi, Guide Me.

May Allah Grant Shifaa'


Solat Sunat Taubat.

Assalamualaikum.
Jom tengok ni. Mudahnya nak buat solat sunat taubat. Saje nak share. Kita sama-sama buat, semoga kita sama-sama mendapat keampunanNya. Sumber: FB.
 



 


Family Goals

One sweet day. Inshaa Allah.
Andai kata ada target nak mewujudkan sebuah famili yang macam ni, aku percaya ibu bapalah orang yang bertanggungjawab memulakannya. Tunjukkan contoh. Jujur, sejuk hati aku tengok gambar ni. Famili yang berjemaah, bahan bacaan yang penuh satu rak.
Di usia perkahwinan yang baru menginjak tahun ketiga, satu tempoh yang amat mentah, aku selalu remind diri sendiri. Inilah arah tuju keluarga kecil aku. Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat dalam sebuah keluarga. Sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah. Sebuah rumah yang kita merasa aman dan tenang berada di dalamnya. Sebuah rumah yang bila kita di luar, kita terpanggil untuk pulang. Sebuah rumah yang ahlinya sentiasa solat berjemaah. Sebuah rumah yang rak bukunya penuh dengan bahan bacaan berilmiah. Sebuah rumah yang penghuninya bersahabat dengan Al-Quran. Sebuah rumah yang penghuninya selalu makan bersama, di masa lapangnya bermuzakarah tentang akhirat (dulu selalu muzakarah dengan arwah abah (T_T). Paling penting sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang.
Bukan sebuah rumah yang asyik mengumpul pasu-pasu cantik, bukan asyik mengira berapa besar tv, membandingkan perabot-perabot mewah, berapa buah kereta, berapa gah kabinet dapur dan berapa mahal set bilik tidur.
Bila menetapkan target begini, barulah kita berhenti berlumba-lumba mengumpul material duniawi. Yang mana kalau dikumpul seisi dunia ini pun masih belum dapat memuaskan nafsu diri. Aku percaya, kalau kebaikan yang kita idamkan dan ada usaha ke arah itu, Inshaa Allah, Allah akan tolong dan permudahkan. Ya Allah, permudahkan urusankanku. Bimbinglah aku. Amin.


Mencontohi Rasulullah S.A.W Melayani Isteri.

Assalamualaikum mommies.
Biasanya selalu share knowledge untuk kita-kita aje kan. Huhu. Macam Geng Bas sekolah pulak. This time saya share untuk para suami pulak. So, mommies semua ambil ni tunjuk dekat cik abang masing-masing hokkeh. Gud girl!

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

Rasululllah S.A.W. berpesan, "sampaikan dariku walaupun sepotong ayat".

Negative Vibes

Being 28 years old with two kids, I actually have promised myself not to let my negative energy affect people around me anymore. My first small step is by not sharing any negative vibes in social media which is the main reason why it has been so long since I post anything on my Facebook wall (thinking about how immature those young fellows look like when they keep whining on Facebook; well, at their age, I used to scold my superior in Facebook and it became huge issue in my office.) 
The rule is simple, IF YOU HAVE NOTHING GOOD TO SHARE, DON'T SHARE ANYTHING AT ALL.
But some people, is just too annoying to ignore. it is so frustrating that I publish this post today. It's been so long now I need to pour my heart out. Ever heard of this? People with no life will always try to start drama in yours. Well, I kind of working around with this kind of people (or this kind of person to be exact).
Her bad attitude stressing everyone. Bullying makes her feel superior. Seriously? Why you try so hard to create a stressful surrounding? Can't you just stop complaining, let other people live in peace, calmly do their job and slowly learn from their mistakes. I'm sick of all this finger pointing things. Sick of your negative energy draining people. She'll be mean to you without reason. Not that you are richer, not that you are prettier, not that you have anything that she would want. That's it. She just mean. She just love to be.
Pic Source
When I remember abah, I forgave her. Not because she deserve forgiveness but because I deserve peace. Plus, life is too short to hate and I am way a better person.

#Al-fatihah abah.

5 Waktu

Salam mommies. 

2014 makin tiba ke penghujung. 2015 makin bertambah usia kita. Makin dekat jugak masa kita nak kembali pada Yang Maha Pencipta kan. Sila jangan perasan muda ya. Semalam along aku share dekat family W/app group pasal masalah-masalah yang akan dihadapi kalau tinggal solat 5 waktu. Dia relate dengan perubahan warna alam pada 5 waktu solat tersebut.

Aku rasa menarik, jadi aku nak share.





 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol