Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Berpantang Hari Ke 14 - IV Mist

Assalamualaikum mommies.
Sejak umur 25 tahun aku mula menderita dek kerana resdung. Barulah faham perasaan orang yang sanggup berhabis duit demi nak merawat penyakit ni. Aku kurang menunjukkan reaksi ada makanan. Tapi kalau HABUK, ya Allah cerita pun tak guna. Mata bengkak dan berair, hidung dan lelangit gatal, keluar air, rasa mencucuk-cucuk macam ada jarum. 
Kalau cerita pasal ubat, sebut je antihistamine jenis apa yang aku tak pernah makan. 
Piriton. 
Cetrizine. 
Zyrtex. 
Aku pulak jenis kalau ubat alergik ni tak kira jenis apa pun memang akan mengantuk. Walaupun doktor cakap dia bagi yang tak mengantuk. Bahaya la kan. Aku dah la kerja jauh, nak drive tapi mengantuk. Tak makan nanti tak tahan gatal. Kalau aku pergi klinik, doktor tengok mata bengkak teruk memang senang-senang je dapat mc. Tapi kitalah pulak yang rasa tak best kalau asyik mc. Segan kat kawan sekerja. Asyik diorang je yang kena cover kerja kita. 
Lagi satu aku jenis yang tak suka makan ubat-ubatan masa sedang mengandung. Tak mau ada bahan kimia masuk dalam badan (pendapat peribadi je, bukan doktor pun). Kadang-kadang sakit pun tahan jelah. Tapi kalau tak tahan telan jugak, dengan rasa bersalah sangat kat baby. =(
Tapi sejak few months ago, sepupu aku perkenalkan satu produk ni. IV MIST nama dia. Dah lama dengar pasal produk ni, tapi tak pernah cuba.
Pic source
Harga RM28 sebotol. Aku tau harga ejen jauh lebih murah, beli 10 botol dah dapat jadi ejen. Tapi aku beli runcit-runcit. Bila habis baru beli lagi sebab sambil-sambil membeli aku support bisnes cousin aku tu jugak. Biarlah dia cari duit belanje sikit-sikit =) Aku selalunya akan beli 2 botol sebab Izzah lebih kurang aku je penyakitnya. Terlalu sensitif dengan habuk. Anytime je boleh demam bila terkena habuk (demam sebab selsema teruk, suhu badan pun naik tiba-tiba). Tambah dengan sakit kepalanya lagi.
Aku happy sangat dengan IV Mist ni sebab sekarang aku tak payah makan ubat selsema langsung. Diulangi: TAK MAKAN UBAT LANGSUNG. Bila terasa je macam nak datang simptom-simptom resdung tu, aku spray sikit IV Mist ni kat tapak tangan, pastu sedut kuat-kuat. Bagi bau dia menusuk masuk hidung. Macam magic sangat, terus rasa clear je hidung yang tersumbat tadi.
Ni aku punya. Lavender. Aku memang suka yang warna ungu je. Cousin aku cakap takde beza semua bau sama. Tapi entahlah, aku bau macam lain. Huhu. Ungu paling sedap baunya. Amboi, dulu masa resdung teruk aku rasa macam deria bau pun hampir-hampir tak fuction. Ini bukan cerita rekaan ye. Memang deria bau aku macam dah nak rosak. Orang cakap bau busuk, bau wangi aku selambe dekk je tak bau pape. Begitulah dahsyatnye penyakit aku dulu.
Sekarang Alhamdulillah. Bila dah jarang sakit, hidung tak tersumbat, jarang-jarang selsema dan demam, tak ada dah gatal mata, tekak, hidung, telinga dengan sakit kepalanya lagi. Ya Allah, memang rasa hidup makin berkualiti. Dan penawarnya tak mahal pun. Sekarang aku sedang berpantang. Dah 14 hari. Aku boleh menyusukan baby tanpa rasa bimbang pun dia affected dek ubat-ubatan yang aku makan. Sebab aku tak makan ubat. Huhu.
Benarlah, kalau tak sakit,mana nak mensyukuri nikmat sihat. Kan?

Senarai Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

Pic source
Assalamualaikum mommies.
Comel tak gamba ni? Cilok kat dreamstime. Hehe. Banyak-banyak entri dalam blog ni, entri ni yang paling paling 'ter'paling excited nak tulis. Dulu masa pregnankan Adam lagi memang teringin sangat nak tulis satu entri pasal barang baby ni. Tapi rasanya masa sekarang lebih sesuai sebab dengan experience waktu first time dulu, aku lebih clear apa yang patut dibeli  dan apa yang tidak rather than grab all the things in the list sebab ko terover excited. Hah, engkau!
List ni adalah compilation daripada beberapa blog ibu-ibu yang lain cthnya, IRENE NADIA, RABIA SENSEI, FIZALOVALOVA so boleh dikatakan list ni 97.8628% complete. Kihkihkih. Kepada first timer, bolehlah refer list ni. Yang dah experienced mungkin cuma perlu sebahagian daripada ni sahaja sebab ada barang yang dah pernah beli before this.
Aku ubahsuai sikit list ni dengan bahagikan ikut kegunaan seperti:
1. CLOTHINGS
2. CHANGNG & DIAPERING
3. BATHING & GROOMING
4. NURSERING & BEDDING
5. FEEDING & BREASTFEEDING
6. TRAVELLING
7. KEPERLUAN BERPANTANG
8. EXTRA 
PLANNING: Bila buat camni, lebih senang nak plan masa bila nak beli dan atur budget. Mana yang dulu, didahulukan. Contoh, awal-awal ni kita boleh beli barang-barang changing & diapering / bathing & grooming dulu dan later on bila dah confirm jantina baby baru start beli baju (senang pilih warna dan design). Barang keperluan berpantang pulak boleh beli bila dah hampir waktu due nanti. Tapi surveylah dulu awal-awal yang mana bagus + affordable.
BUDGET: Pastu, bila ada budget lebih, contoh bulan 12 dapat bonus, boleh beli lebih sikit barang dan fokus pada barang yang lebih mahal. Cth; breastpump & stroller.
Jangan lupa state our budget dan compare dengan actual price bila da beli. Barulah tak lari budget.
Reminder: Mahal tak semestinya berkualiti. Rajin-rajin survey & bertanya!
CHECKLIST: Bila dah selesai, tandakan DONE pada checklist ni. Aku dah banyak tanda √ sebab mostly dah beli untuk Adam dulu dan masih boleh pakai. Tapi ada jugak barang yang still kena beli baru walaupun Adam dah ada sebab tak boleh share for hygienic reason. Cth: Nasal aspirator.
REMARKS: Remarks memudahkan untuk kita jot down brand apa yang kita nak, detailskuantiti yang nak dibeli, nak beli di mana samaada butik bayi/ beli online.
Pengalaman sangat membantu. Cth: Sarung tangan cuma akan pakai sampai umur baby 40 hari je, tapi socks akan pakai sampai umur baby 6-8 months. So, tak perlu banyak pasang set mittens & booties. Tapi kena beli banyak-banyak stokin baby.

Aku buat list ni guna Excel Sheet. Pic kat bawah ni adalah checklist & budget aku. So sesiapa yang nak blank Excel list macam yang aku punya ni boleh tinggalkan email address ye. Nanti aku emailkan =)
Sharing is sexy yaw!

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.
Kalau ikut listing camni, nanti takdelah kelam-kabut buat preparation untuk sambut kelahiran orang baru. Budget pun terancang rapi. Takdelah jadi macam masa aku dengan Adam dulu, semua benda shopping sekaligus. Dush, dush!! Ok, mommies. Happy planning & happy shopping ^_^

Air Masak @ Air Kosong @ Air Putih

Umur Adam baru mencecah 5 bulan. Maksudnya aku baru lagi melalui pengalaman berpantang. Ibu yang menyusukan anak selalu dahaga betul tak? Tapi orang tua selalu larang minum air banyak-banyak masa pantang. Takut perut buncit katanya. Tapi bayangkanlah kalau baru lepas beranak dan tak boleh minum banyak air. Mesti tak dapat produce cukup susu untuk baby. Lepas tu kalau sembelit macam mana? Ngeri aku fikir.
Pic Source
Kita kena minum banyak air. Tak kiralah baru lepas bersalin ke tak. Ni aku refer LINK ini untuk info kenapa kita perlu minum banyak air. Keep reading guys. This is important.

1. Sebagai pelincir untuk sendi

Rawan yang terdapat dalam sendi dan cakera tulang belakang mengandungi kira-kira 80 peratus air. Dehidrasi jangka panjang dapat mengurangkan kejutan yang menyebabkan kesakitan sendi.

2. Pembentukan air liur dan lendir

Air liur membantu kita mencerna makanan kita dan memastikan mulut, hidung, dan mata sentiasalembap. Ini menghalang geseran dan kerosakan. Minum air juga memastikan mulut bersih. Jika banyak minum air (bukan minuman manis) ia juga boleh mengurangkan kerosakan gigi.

3. Menghantar oksigen ke seluruh badan

Darah terdiri daripada 90 peratus air, dan membawa oksigen ke bahagian yang berlainan badan.

4. Meningkatkan kesihatan kulit dan kecantikan

Jika terdehidrasi, kulit boleh menjadi lebih terdedah kepada gangguan kulit dan kedutan awal.

5. Memainkan fungsi otak, saraf tunjang, dan tisu sensitif yang lain

Dehidrasi boleh menjejaskan struktur dan fungsi otak. Ia juga terlibat dalam pengeluaran hormon dan neurotransmitter. Dehidrasi yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah pemikiran.

6. Ia mengawal suhu badan

Air yang disimpan di lapisan tengah kulit meresap ke permukaan kulit sebagai peluh apabila badan terasa panas. Apabila meruap, ia menyejukkan badan.

Sesetengah saintis mencadangkan bahawa apabila terdapat hanya sedikit air di dalam badan, penyimpanan haba meningkat dan kurang toleransi terhadap haba.

7. Melancarkan sistem pencernaan

Usus besar memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Dehidrasi boleh mengakibatkan masalah pencernaan, sembelit, dan perut terlalu berasid. Ini meningkatkan risiko pedih ulu hati dan ulser perut.

8. Menyingkirkan bahan buangan

Air diperlukan dalam proses peluh dan penyingkiran air kencing dan najis.

9. Membantu mengekalkan tekanan darah

Kekurangan air boleh menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah.

10. Rongga pernafasan memerlukannya

Apabila dehidrasi, saluran pernafasan dikecutkan oleh badan dalam usaha untuk mengurangkan kehilangan air. Ini boleh menyebabkan asma dan alahan lebih teruk.

11. Mineral dan nutrien boleh diproses

Mineral & nutrien larut dalam air, yang memungkinkannya untuk mencapai bahagian yang berlainan badan.

12. Menghalang kerosakan buah pinggang

Ginjal mengatur cecair dalam badan. Air yang tidak mencukupi dapat menyebabkan batu karang dalam ginjal dan masalah lain.

13. Meningkatkan prestasi semasa senaman

Dehidrasi semasa senaman boleh menghalang prestasi. Sesetengah saintis mencadangkan agar minum lebih banyak air supaya dapat meningkatkan prestasi semasa aktiviti berat.

Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan ini, tetapi satu kajian mendapati bahawa dehidrasi mengurangkan prestasi dalam aktiviti yang berlangsung lebih dari 30 minit.

14. Mengurangkan berat badan

Air (bukan minuman manis) juga boleh membantu mengurangkan berat badan. "Preloading" dengan air sebelum makan dapat membantu mencegah makan berlebihan dengan mewujudkan rasa kenyang.

Throwback - Merdekanya Seorang Mama


Tajuk macam tak boleh blah kan. Hahah. Entah kenapa terkenang-kenang memori lama. Jadi sebelum memori tu hilang, biar aku buat post 'trowbek' ni banyak-banyak kat sini. Blog aku, sukati akulah. Wakaka. Aku tercari-cari post ni dalam blog aku neh. Tapi tak jumpa. Pelik jugak. Pastu barulah ingat, aku mana ada post entri pasal aku merdeka pantang patploh hari ni. Aku post kat FB je. Sepanjang berpantang aku memang fokus kat Adam jek (over excited) 24/7. Memang aku stop kejap berblogging. Aku start balik bila umur Adam dah 30 hari ++ camtu. Sebab tu takde langsung cerita aku berpantang dalam ni.

Dugaan berpantang ni, MasyaAllah. Hanya Allah dan orang-orang yang dah melalui je yang memahami. Penat, sakit, mengantuk, busuk, just name it. Ko dah lah baru bersalin, sakit luka dijahit, sakit dalam perut, sakit pinggang  pun belum habis lagi, umur anak dua tiga hari, start bengkak susu. Pastu umur anak seminggu, start migrain pulak sebab tak cukup tidur. Dah lah satu badan berbau susu masam.

My Lil Space. Buku Dr. Aidh Al-Qarni tu untuk keep me on track (since masa tu takleh ngaji), tak sedih, tak stress, tak putus asa untuk memberi yang terbaik untuk baby.

Our Lil Space.
Badan belum betul-betul sihat, stress nak jaga kesihatan lagi (nak cepat-cepat sihat sebab nak jaga sendiri baby), nak jaga kebersihan, nak jaga baby, dengan orang sekeliling yang asik duk ulang baby lapar ni, baby lapar ye? As if korang biarkan anak korang kebulur aje. Walhal budak tu baru kita letak 5 minit lepas, dan dah 30 minit menyusu sebelum tu. Huhu. Kenangan sungguh.

Paling best masa pantang, kalo bab makan ni aku bukan pantang sangat pun. Ayam, sotong, semua aku bedal. Abah cakap suruh ajar makan je sikit-sikit dulu, bukan suh bedal sampai kenyang. Hihi. Mana aku tau. Tapi Alhamdulillah takde gatal-gatal ke, sakit ke, hape ke. Mujurlah.

Aku bantai makan ni masa dalam pantang. Haih, nafsu, nafsu.

Mujurlah disebalik semua tu, terdapat seorang bapak yang gigih menjaga bayinya. Hahah. Steadylah B.

 


Despite of segala kesulitan tu, akhirnya tamat juga tempoh berpantang. Terima kasih yang tak dapat nak bayar dekat mama sebab tolong jaga angah sepanjang berpantang. Sabar dengan kerenah itu ini angah. Kejap kejap nak milo, kejap kejap nak milo. Hehe.

Happy 40th Day Adam ^_^

Happy 40th Day Abah ^_^
Ada orang tua mengusik, dia cakap "suami ni, kalau orang tanya umur anak dah berapa hari memang dia tak ingat. Cuba tanya dah berapa hari isteri ko pantang? Mesti dia ingat." Kihkihkih

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol