Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts
Showing posts with label My Breastfeeding Journey. Show all posts

Warna Najis Bayi

Assalamualaikum mommies.
Kalau dah namanya ibu tu kan, daripada nama baby, makanan baby, pakaian baby, pe'el baby sampai ke perihal u'uk baby pun nak share. Memanglah nampak macam ko dah apehal pasal taik pun nak cerita kan. Tapi ini sangat penting ya ibu-ibu.
Dulu, masa Luqman kena radang usus akibat jangkitan kuman, kami kesan daripada darah dalam diapers bila dia poopoo. Tak ada simptom lain pun. Masa tu baby 5 bulan. Tak menangis, tak demam, cuma macam meneran kurang selesa masa tengah berak. Tak ada simptom lain. Mujurlah kami cepat ke hospital. Doktor cakap kalau lambat boleh menyebabkan sepsis dan kematian. Nauzubillah. Mujurlah Allah masih mahu pinjamkan Luqman pada kami.
Jadi sesiapa yang rasa hal taik ni benda remeh-temeh, sila berubah fikiran sekarang.
Bulan lepas, lebih kurang seminggu sebelum masuk kerja Elyas pulak kena cirit-birit. Sebagai ibu anak empat, aku taklah gelabah tak tentu pasal kan sebab dah biasa. Tapi aku monitor la keadaan dia kalau getting worse to aku akan cepat-cepat bawak ke klinik. Tapi sebab Elyas menyusu macam biasa, pastu dia punya cirit-birit macam on off itu yang asyik bertangguh. Bila kita dah ready nak bawak gi klinik, dia berak ok. Kita ingatkan dah baik dan tak jadi ke klinik. Then, esok jadi balik.
Lagi satu, aku terkejut tengok poop dia kaler hijau terang. Aku pun terus snap gambar, send kat group sista (group aku, along & ateh). Tak sampai hati pulak nak taruk gambarnya kat sini. Hehe. Along rileks je cakap
normal je ni angah. Angah kena menyusu dua-dua belah.
Aku ingat kalau keadaan tu berpanjangan aku nak bawak baby pergi klinik. Tapi sebelum tu aku take initiative google dulu pasal najis warna hijau ni. Banyak jugaklah aku jumpa info berguna. Untuk nak senang faham, korang boleh refer gambar ni. 

Pic Source
Daripada website2 related to baby and parenting yang aku baca, aku dapat tau najis baby warna hijau ni selalu berlaku kalau ibu tu susunya meriah. Baby dah kenyang dan berhenti menyusu sebelum ibu dapat kosongkan breast. 
Kejadian Allah yang Maha Kuasa ni terlalu menakjubkan. Susu awal @ foremilk yang baby minum masa mula-mula menyusu lebih cair teksturnya untuk menghilangkan dahaga dia. Susu akhir @ hindmilk yang baby dapat bila breast hampir kosong pulak lebih berlemak, tinggi kalori dan pekat supaya baby rasa kenyang. Subhanallah.
Kalau ibu menyusu dan mengosongkan payudara, najis baby akan berwana kuning yang elok. Baby yang tak dapat hindmilk (susu akhir yang pekat) pulak, najisnya akan berwana hijau cerah. Jadi petuanya, bila menyusu tu make sure breast betul-betul kosong sebelum beralih ke breast yang sebelah lagi.
Which means, apa yang orang-orang tua selalu bagitau aku selama ni salahla, dan pemahaman aku tentang bf pun belum complete lagi. Sebab orang tua-tua kan selalu suruh bf gilir-gilir kedua-dua belah. Kalau asyik gilir-gilir camtu, payahlah baby nak dapatkan hindmilk.
Mitos: Sebelah breast susu cair untuk hilangkan dahaga, sebelah breast lagi susu pekat untuk baby kenyang. 
Fakta: Foremilk (susu awal) lebih cair untuk hilangkan dahaga, hindmilk (susu akhir) lebih pekat untuk mengenyangkan
Haa. Sekarang dah fahamkan? Aku harap ibu-ibu yang nampak najis anak tu warna hijau janganlah bimbang sangat. Cuba cara yang aku cakap tu. Bila aku try, memang menjadi. Slowly, baby poopoo warna kuning semula. Harap korang fahamlah penerangan aku tu. Tak reti dah nak terangkan cara lagi simple. Huhu. 
Ok, goodnite mommies. Harap ini membantu. Nak tengok Legends of the Blue Sea jap, pastu nak tido.

Kajian Pengambilan Penggalak Susu - Thesis PHD

Assalamualaiku mommies.
My sister perlukan sampel susu ibu dari ibu-ibu yang menyusukan baby secara eksklusif dengan susu ibu sahaja untuk projek PHD dia. Yang terlibat boleh dapat pemeriksaan alergi percuma dan ada freegift ya. Yang berminat boleh directly call my sister.
Minta tolong ya mommies. Moga kajian yang dijalankan itu dapat memberi manfaat pada ibu-ibu yang menyusukan bayi macam kita ni.

Shopping Barang Adam & Baby (Breastpump) - Part 6

Assalamualaikum mommies.

Dulu pernah post entri pasal Breastpump Idaman Hati ni. Akhirnya, setelah survey bermacam-macam Brand, baca testimoni, meneliti kehendak, keperluan dan selaraskan dengan kemampuan, aku decide untuk go on dengan AUTUMNZ: PASSION DOUBLE/MANUAL ELECTRIC BREASTPUMP ni. 

Sebelum ni pernah cerita kat korang aku shopping barang-barang baby dekat LITTLEWHIZ ni kan. Dalam entri kali ni aku nak cerita kenapa aku order breastpump ni dengan LITTLEWHIZ lagi sekali.

1. Reliable service. Last time, servis diorang aku memang puas hati sangat-sangat. Lepas sehari aku order barang-barang Adam dan proceed with payment, ada customer service call dan inform ada barang yang aku beli tu pilihan warna yang aku nak dah habis. Boleh tak diorang ganti dengan barang yang sama tapi warna lain. Aku suruh proceed je. No hal punya.

2. Early delivery. Customer service tu inform barang aku akan sampai hari Isnin, 23 March. Tengok-tengok, 22 March, hari Ahad lori bebudak courier dah tercongok depan rumah. Seronoklah aku godek-godek barang yang sampai sebab hari Ahad aku cuti. Means delivery diorang awal sehari dari yang dijanjikan.

3. Affordable price. Sebelum beli apa-apa barang pun, of course la kita akan survey-survey dulu harga dia sampai kita puas hati kan. Nak-nak sekarang berlambak-lambak FB, IG dan WEBSITE barangan baby yang jual barang yang sama. So, senang sangat kita nak compare price. Dekat LITTLEWHIZ, kalau kita beli barang dengan value more than RM200, delivery adalah free.

Dekat bawah ni aku tunjuk beberapa comparison yang aku buat dengan website lain. Cuma LITTLEWHIZ aje yang boleh offer RM419 (NP RM616) dan kita akan dapat:-

a) Double electric (convertible to manual) breastpump.
b) Posh cooler bag
c) Reusable ice pack (3pcs)
d) Storage Bottles (8pcs)


Dekat BabyLove Shop pakej ni RM438 (kebanyakan website aku tengok memang harga ni) dan dia cuma ada 6 pcs storage bottles. Even Lazada pun tak dapat compete.

Cuma ada 6 storage bottles.

Lazada pulak cuma ada 4 storage bottles.
Now that I already satisfied after considering all other options, tibalah masa yang dinanti-nantikan.
.
.
.
.
Masa bershopping!!!


Sempat aku selit order teats Adam (yang selalu berkerak tu) 4 bijik. Murah giler kot. Biasa 1 pack RM26.90. Nasib baik masih mampu bersabar dan bertenang. Kalau tak nak je aku order 10 pack. Pastu aku beli set sikat dan berus rambut baby Tommee Tippee. Sebab comel. Daa.
Lepas dah masukkan everything yang kita nak dalam shopping cart, bolehlah terus proceed dengan payment.

Kalau nak check balik order kita tadi, bolehlah pergi click button Track My Order tu, boleh tengok semua details kat situ. Ni kira pembelian aku yang terakhir sebelum GST implement la ni. Hihihi. Tak klaka kot. Right now, I have less than 3 weeks untuk buat persiapan. Itupun kalau aku bersalin ikut due date. Kalau ikut My List, yang masih belum settle:-

1. Beli Set Berpantang.
2. Booking Confinement Lady.
3. Beli Bedding Set (Adam dah ada, tapi nak beli bantal & quilt baru untuk adik).

Wow, almost settle dah ni ^_^


Shopping Barang Adam & Baby (Tommee Tippee Feeding Bottles) - Part 5

Assalamualaikum mommies. 

Bila cerita pasal shopping, terujanya tu agak keterlaluan sikit kan, kan, kan. Tolonglah cakap yang korang pun macam gitu jugak bukan aku sensorang jek.
Macam yang korang sedia maklum, aku tengah menunggu cahayamata kedua aku, Inshaa Allah jika tiada aral, seorang puteri. Jadinya, excited sangat-sangat nak barang-barang baby warna pink. Dulu masa Adam tak merasa nak warna-warna pink.

Dah lama aku ushar Tommee Tippee Starter Kit warna pink ni. Comelnyeee.


Tapi mungkin dah tak ada rezeki aku, kedai baby (yang tak seberapa di Kemaman ni), FB dan website yang aku survey-survey tak ada stock untuk starter kit ni. Dulu, masa ada stock, aku pulak belum confirm gender baby. Entah lelaki entah perempuan. Nak beli biru atau nak beli pink. Sekarang bila dah confirm, stock tak ada pulak.

Finally, FB Tommee Tippee FSO ada upload Newborn Gift Set ni. Comel kan. ^_^ Ikut pengalaman aku, rugi je beli botol susu 5 oz banyak-banyak. Adam lepas 2 bulan, susu 5 oz dah tak cukup dah. Baik beli banyak botol 9 oz (which I already bought masa Expo Mid Valley ritu). Hasil dari pertimbangan yang dikaburi rasa extra teruja nak botol susu pink, aku grab la set ni satu. Nak tunggu orang bagi lambat sangat. Aku pun hadiahkan satu kat diri sendiri. Hehe. Macam aku pulak yang nak guna. 


Sebenarnya, 3 orang doktor dah scan dan cakap aku bakal dapat babygirl. Tapi, ketentuan Allah S.W.T pasti mengatasi segala ilmu dan teknologi yang dimiliki manusia. Andaikata baby aku ni ditakdirkan babyboy, maka redho jelah dia hisap botol susu pink ni. Kihkihkih.

Breastpump Idaman Hati

Salam mommies =)

2nd time pregnant ni memang dah nekad sangat-sangat nak memiliki 1 set breastpump. Dari experience aku sendiri, breastpump ni sangat penting sebenarnya untuk memastikan kelangsungan proses nak breastfeed baby ni. Ini pun salah satu punca kegagalan masa lampau aku masa nak breastfeed Adam dulu (selain kurang support dan kurang kegigihan dari diri aku sendiri la). 

Kenapa AKU rasa breastpump ni sangat penting kalau nak BF? Ni kalau aku lah, korang aku tak tau.

1. Start berpantang sampailah dah masuk kerja adalah fasa yang sangat meletihkan bagi seorang ibu. Kita perlu satu method memerah yang tak perlukan banyak tenaga, tak perlu nak tunduk-tunduk sampai tegang urat tengkuk (ni kalau press guna tangan), boleh pump sambil santai-santai, rileks-rileks sambil duk depan tb dan makan keropok. Paham?

2. A newborn nak minum every 1-2 hrs. So, kalau rasa penat sangat, nak rest, orang lain boleh tolong feed baby.

3. Bila time stock berlebihan sampai lencun baju, boleh pump and freeze susu tu. Breast tak bengkak. Tak membazir sebab buang susu. Anytime kita tak sihat ke, tak larat nak bangun, on medication ke, takdelah sampai baby kena minum FM.

4. Boleh buat power pumping tengah-tengah malam bila supply dah kurang. Takdelah penat sangat nak memerah.

5. Boleh suruh abah dia susukan baby jugak (for bonding purpose).

6. Kalau nipple ada sore, boleh suruh baby minum guna bottle dulu dan kita boleh teruskan pump susu. Kalau tak, supply akan drop.

7. Bila nak pump at workplace, kenalah pump as quick as possible. Sebab dalam sehari mungkin lebih dari sekali kena perah. Nanti kalau ambil masa terlalu lama, ada jek malaun-malaun yang gatal jadikan isu pulak. 
Ko hengat aku ni lembu nak perah-perah sesuka hati?

Itu antara beberapa perkara yang aku sempat fikir la. From my point of view sebagai career woman. Tapi, walaupun penting ada jugak beberapa masalah nak memiliki bresat pump yang ideal ni. Ikutkan hati, memanglah nak 1. brand yang elok, 2. double pump, 3. elektrik punya tapi jenis macam ni sangatlah mahal. Yang murah rasa cam tak puas hati pulak. Masa Adam dulu, aku sempat full BF sampai Adam 5 bulan tapi aku takde breast pump pun. Perah guna tangan jek. Bayangkan masa supply kurang. Hadehh, azab sangat.

Ikutkan hati memanglah nak sangat-sangat own breast pump yang menjadi idaman kalbu ibu-ibu di seluruh dunia nih. Pandai-pandai aku jek, huhu.

Tadaaa.....

MEDELA FREESTYLE
NP RM 2,299. Biasanya after diskaun paling-paling pun akan dapat RM1,499. Mak aih, sampai beribu benda alah camni.
Dari review pengguna, diorang cakap Medela pump ni mahal sebab motor pump dia kecil sangat. Besar tapak tangan je, memang betul-betul portable la. Bila pump, tak ada bunyi bising, breast shield dia pun sangat lembut dan tak sakit. Bestnyerrr.
Pic source.

Ok fine. Breast pump adalah keperluan. Tapi Medela Freestyle adalah kehendak ye.

Baru-baru ni aku survey blog kawan aku, WAWA'Z DONUT. Dia buat promotion breast pum brand Autumnz dengan Eve Love. Aku pernah pakai Autumnz, along aku punya. Ok jugak. Best. Along aku beli full set RM 600. Aku berkenan kat satu offer ni. Murah giler RM 438. Dalam tu ada:-

-Autumnz Passion Double Electric Breastpump (Convertible to manual pump)
-Cooler Bag
-Ice Pack
-Milk Storage bottle
-Milk Storage plastic

Pendek kata pakej ni ada semua yang aku nak dengan harga mampu milik jugak la. 1/3 je dari harga Medela tadi. Nak kebetulan pulak year end bonus dah dekat ni. Tak payahla nak merengek dengan cik abang nak beli benda-benda personal camni =) Sambil-sambil tu boleh tolong-tolong bisnes kawan jugak kan. hikhik.

Sebelum decide nak beli ni, nak survey-survey lagi kot-kot ada lagi offer yang lebih berbaloi-baloi.

P/s: Takde ke sesape nak sedekah Medela FreeStyle yang dah tak guna ke, nak letgo 2nd hand punya murah-murah ke. Lai, lai... 

HB Dah Naik - 4th Check up


Assalamualaikum momies.
Tadi pagi dah pergi klinik untuk 4th check up. Dah 2 minggu since 3rd check up. Ingat lagi tak 3, 4 hari lepas entri aku sebelum ni yang aku cerita aku minum Jus Pamoga. Aku pun ada janji, kalau ada perkembangan yang baik, aku akan share.
Berat, naik 44-45kg.
Hb, naik 10.5 - 11.4.
Alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif walaupun aku dah stop ambil iron tablet yang warna coklat tu. Sebenarnya, start je minum Jus Pamoga tu aku terus stop ambil Iron tablet tu. Nak uji keberkesanan dia la. Hasilnya, nampak tak kat ruangan yang tulis HB tu, Hb aku dah mula naik. Kalau tak nampak, double click gambar ye, hikhik.


Baru rasa happy sikit HB naik. Sekali urine test pulak sangkut. Ada kencing kotor sikit. Tapi yang ni no hal la, memang salah aku. Aku tak minum air putih langsung. Lepas ni balik minum air putih banyak-banyak je, pastu rebus barli. Konfem clear.


Semalam kan aku ada post, nak beli botol susu untuk adik Adam, kenalah tau babyboy ke babygirl. Setel je result lab dekat KK Kuala Kemaman a.k.a KK hazabedah, aku ajak B pergi Klinik Rabiah scan baby. Doktor konfemkan sekali lagi cyst tu memang dah tak ada. Baby ok, cuma saiz kecil sikit dan uri kat bawah (tapi doktor cakap nanti akan pusing balik). 
Sadly, tak nampak babyboy ke babygirl. Hukhuk. Camne nak beli botol TT yang kaler-kaler tu?


Nampaknya beli botol ni je lah. Sama macam abang Adam.

Pic source
20 weeks. Baby, nape kepit kaki sayang?


Minggu ni Meconium (black substance) dah terbentuk dalam perut baby. Hasil dari baby yang duk menelan air ketuban dia. Benda ni nanti bila baby first 'poopoo' orang tua-tua panggil 'tahi gagak'.
Kulit baby pulak diselaputi lapisan putih (vernix caseosa) yang melidungi kulit dia akibat lama sangat 'berenang' dalam amniotic fluid.
By the way, minggu ni dah 20 minggu kan. Aku dah dapat rasa baby bergerak-gerak dalam my belly. Agak aktif di waktu petang. Macam Adam dulu jugak. Macam agak lambat sebab dah 20 weeks tapi normallah, mungkin sebelum ni kecik lagi kot.
Pape pun, yeehaa HB dah naik! Makanan sunnah telah menukarkan ini:-

pic source
kepada ini:-

pic source

Botol Tommee Tippee Adam & Baby


Pic source
Assalamualaikum mommies. 
Ada sesiapa yang sempat ke Mid Valley Tommee Tippee Expo bulan lepas? Dia buat Sabtu & Ahad. 22-23 Nov kalau tak salah. Dalam group Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu kat FB offer botol susu Tommee Tippee 50z dan 9oz jadi viral giler. Yelah, botol 5oz RM10.90, botol 9oz macam gambar kat atas ni RM14.00 je. Mak aih, murah sangat neh.


Adam guna botol 5oz tu start newborn sampai umur 3 bulan. Pastu 5oz mana cukup dah. Terpaksa pakai botol 9oz pulak. Jadi, di kesempatan ada offer botol murah ni kenalah beli banyak-banyak sikit. Untuk Adam dan jugak bakal adiknya ^_^
Dalam group FB tu, ada ramai juga ibu-ibu yang baik hati nak tolong belikan botol ni dengan upah murah je (tapi kena hati-hati ye, takut kena tipu). Yelah, takkan nak turun KL semata-mata nak beli botol susu je ye dak? Macam ada sorang hamba Allah ni, upah dia cuma RM5 untuk berapa banyak botol pun yang dibeli. Alhamdulillah, semoga Allah S.W.T permudahkan urusan beliau seperti mana dia permudahkan urusan ibu-ibu yang lain.


25 Nov tu, Siti Hajar whatsapp aku, dia cakap botol 5oz dia tak dapat beli. Dua-dua hari dia pergi pun botol tu dah habis. Yelah, murah kot. Mesti ramai yang nak beli. Mesti ramai jugak yang beli untuk berniaga. Macam aku, takde maknanya nak berniaga, memang aku cadang nak simpan untuk Adam & adik dia. 
Ingat tak dulu aku pernah beli set TOMMEE TIPPEE CLOSURE TO NATURE COMPLETE STARTER KIT ni. Dia ada banyak botol dalam tu, tapi aku pergi bantai pakai semua sekaligus, instead of pakai dua biji untuk 6 bulan, dan seterusnya. So, sekarang Adam dah tak ada botol baru (botol banyak, tapi semua dah pakai almost 6 bulan) dan mamanya pun dah gatal tangan nak beli botol baru. Faham tak kronologi ceritanya? Haa.
Tapi macam yang aku cakap, botol 5oz dah habis so tak dapat beli. Botol 9oz pulak aku dapat 9 biji je. Kurang satu. Oklah, dari tak dapat langsung. Aku jimat banyak tau. Sepatutnya total harga dekat RM300 tapi semua ni aku dapat tak sampai RM150 sekali upah Hajar + pos. Berbaloi-baloi kan. 
Siti Hajar ni baik tau. Mula-mula berdebar jugak tunggu dia bank in semula duit balance untuk botol yang tak dapat tu. Bila dia pulangkan balik, Alhamdulillah. Lega rasa hati. Mujurlah jumpa peniaga online yang jujur camni.


Tadaa. Masa 26hb tu botol ni dah sampai rumah aku. Cumanya semua ni came with slow flow teats. Nampaknya kena belikan Adam teats baru.
Next mission, nak belikan botol Tommee Tippee 5oz untuk adik Adam. Kebetulan petang tadi, seller sama yang aku beli Complete Starter Kit dulu post gambar ni kat Fb dia. Terus teruja nak beli.


Hah, siap tempek gambar dengan no. fon sekali. Takpelah, tolong promo. Comel kan botol ni. Meluap-luap keinginan nak beli botol ni even dah tau decorated bottle no harga dia lagi mahal dari yang plain white tu. Terus pm seller. Dia cakap boleh beli single, dua @ triple. Lagilah best. Boleh padan-padankan dengan budget. Hihi, aku cakap kat seller tu esok jugak aku transfer duit. Hihi, seronoknya aku. Tengah seronok-seronok, ter'scroll' Fb dia sampai kat gambar kat bawah ni.


Alamak! Aku belum tau lagi baby aku ni babyboy ke babygirl. Dah tu, nak beli blue ke pink?
Takpe, esok aku kena pergi checkup baby. B tak kerja. Esok jugak aku ajak B pergi scan baby.
MESTI!

Jurnal Ramadhan

Pic source

I've tried my best untuk jadikan jadual kat atas ni sebagai guideline untuk ibu berkerjaya yang breastfeeding macam aku ni (pandai-pandailah sesuaikan masa untuk bulan Ramadhan ni, for e.g my day will starts on 4.30am untuk sahur dan spend sikit masa untuk berbuka pada waktu Maghrib).

Masalahnya dengan aku, masa Adam start refuse botol, aku kena balik rumah masa lunch hour, susukan dia.  Sebab tu aku balik tengahari walaupun bulan puasa. Nasib baik tempat kerja dekat je. Plus, Adam takde jadual menyusu. Dia ikut suka perut dia jek. Me, so worried -_-

At last, I came up with this schedule of mine. Yang kat atas ni sebagai guideline, tapi aku sesuaikan dengan lifestyle aku, Adam punya keperluan dan jugak bulan Ramadhan. So, aku dapat extra time masa lepas sahur and mine, much simpler ^_^
P/s: korang jangan goblok sangat tanya solat, ngaji, terawih, qiamulail tak masuk dalam schedule ke bulan-bulan puasa ni?
Sila take note, yang ni jadual BREASTFEED ye. Segala jenis solat wajib, solat sunat, zikir ko nak aku masuk dalam ni, aku jugak yang dapat dosa sebab riak. Heh.


Notakaki:
-start from 7.30pm hingga 12.00/1.00am minum air masak1gelas/hour
-2x ESP, malam sekali dan masa sahur sekali
-Kurma, take everyday bila-bila masa je (bukan masa tengah puasa ler, of course lol)

#Pray 4 GAZA #Pray 4 MH370 #Pray 4 MH17

My First Step: Day 1


Kalau tak kerana MH17 terhempas malam semalam, actually it's quite a positive day. Masa aku balik rumah tengahari tu, memang rasa down giler bila mama bagitau Adam dah tak mau hisap botol langsung. 
Rasa gelap kejap dunia aku. Sampai nangis-nangis depan mama bila fikir tak boleh dah nak susukan Adam. Mesti rindu.

Sepanjang hari di ofis rasa camtu. Balik kerja petang tu B ajak pergi baazar Ramadhan. Nak bawak adam sekali tapi dia tidur dah. 
........Tidur dengan botol susu kat sebelah dan mata bengkak. Haih........ 

Keluar dengan B petang semalam berjaya menceriakan balik hari aku. Power tak penangan laki aku? Jalan-jalan beli kuih kat baazar je pun. Tapi seronok. After manage to pull myself together, aku kuatkan semangat dan try fikir positif. Takpe, Adam bukan tak dapat minum susu badan lagi, just pump/perah je lah buat stok.

Yezzaa, stok!

Sesi pertama aku: pukul 7.50, after berbuka. Dapat 5 oz.
Sesi kedua: pukul 1.00 pagi, b4 tido. Dapat 4 oz.
Sesi last: pukul 5.00 pagi, lepas sahur. Dapat 3 oz.

Botol TT paling kanan tu yang mula-mula, pastu botol TT yang tengah.
Botol Autumnz pulak aku perah lepas sahur tadi.
Jadilah. Hasil usaha aku di hari pertama. Harap cukup untuk hari ni so Adam tak payah minum FM at all. Aku pernah baca dari satu blog ni, dia kata mula-mula aim untuk sehari punya stok, lepas tu seminggu, sebulan, dua bulan, seterusnya. Semangat. Semangat.

Aku dapat sebanyak ni pun setelah Adam tak menyusu dari aku whole day (sikit je kan susu aku, patutlah Adam macam asyik tak kenyang (-_-) pastu aku minum banyak air lah. ESP Shaklee pun aku ambil jugak. Tapi kalau dah semalam baru ambil, takkanlah semalam terus nampak hasilnya. 

Aku rasa aku selesa dengan schedule memerah macam semalam tu, especially untuk di'apply'sepanjang Ramadhan ni. Aku harap dapat terus istiqomah memerah untuk Adam. Harap hari ni boleh dapat lagi banyak sebab semalam dan masa sahur tadi dah ambil ESP. 
Penambahbaikan untuk hari ni pulak ialah: aku plan nak minum segelas air tiap-tiap sejam.
Kita tengok hari ni pulak macam mana hasilnya.

#Pray 4 GAZA #Pray 4 MH370 #Pray 4 MH17

Lemau


Entri paling tak best sepanjang 3 tahun berblogging. Paling lesu. Paling lemau.
Adam start refuse botol balik.
Dan kali ni lebih kronik dari dulu. Which make me come to decision, no more direct breastfeed.

Me, hati sungguh hancur.

Mata bengkak dek banyaknya menangis lapar (masa aku blk tghari td) T_T


Ilmu Baru Untuk Aku


Masa tengah check news feed kat FB, aku terjumpa dua entri ni dan rasa ianya sangat berguna. Ada antara fakta yang diberitahu, aku tak pernah tahu langsung. Contohnya pasal saiz perut baby tu. Ya Allah, terharu sangat baca. Patutlah dulu aku masa dalam pantang sampai pernah menangis kenapalah baby ni menyusu sepanjang masa. Sangat penat.




Aku sangat suka pengisian dan cara Ummi ni menulis. Semua yang dia cakap, memang aku alami sendiri. Baby menyusu sepanjang masa macam tak kenyang-kenyang, baby sentiasa nak didakap, bimbang susu tak cukup pekat & tak mengenyangkan, bimbang susu tak cukup untuk baby. Sebab tu lah pandangan pakar sanagt penting. Aku ada share benda ni kat FB, tapi takut  one day tak jumpa cari dah. So, better share kat sini. Harap bermanfaat untuk all mommies and mommy to be jugak. 

Happy Breastfeeding ^_^

Misi Menyimpan Stok


Botol Tommee Tippee dah jadi EBM container aje. Mujur ada bottle lids tu, senang nak simpan.
Since Adam sekarang dah jadi budak baik (sebelum ni pun baik, tapi sekarang super baik sebab boleh minum both EBM and BF hehe), aku lebih bersemangat buat stok EBM. Progres Misi Menyimpan Stok aku sekarang ni, EBM yang aku perah @ pump cuma cukup untuk Adam minum je. Tak ada stok langsung. Yelah, sekali perah dapat 5oz maksimum. 4-6 jam sekali baru boleh pump. Dengan umur Adam sekarang, dia minum 15-18 oz/day. So EBM tu, lepas pump immediate dia minum. Tak sempat simpan langsung. Berlumba-lumba pump susu. Agak memenatkan la.
Next agenda: Cari milkbooster.

Teringin sangat nak buat stok banyak-banyak camni untuk Adam. Pic source: mama aliaa

Nikmat Menyusukan



Sebelum ni aku ada inform yang aku dah tak bf Adam. Masih bagi breast milk, cuma diperah (EBM) dan Adam minum guna botol, no more direct feed. Keadaan ni berterusan selama beberapa hari jugak. Masa di kampung pun (weekend lepas kami balik kampung) aku sibuk memerah susu. Nampak la perubahan pada Adam. Nampak makin tembam dia. Sebelum ni badan dia susut banyak sebab selama 2 minggu aku masuk kerja ni, dia tunggu aku balik lunch baru menyusu. Bayangkanlah betapa lapar budak tu.

Adam kat umah onyang. Tembam kan =)
Sekarang Alhamdulillah. Tengok Adam makin sihat, rasa bersemangat nak perah EBM dan rasa makin seronok bagi Adam minum dengan botol sebab boleh tau berapa oz dia dah minum hari tu. Ada jugak kebaikannya bagi minum pakai botol ni. Ikut pengalaman aku yang tak seberapa ni, bagi botol ni bagus sebab:-

- nak bagi EBM pun boleh, nak bagi formula pun boleh
- ibu akan rasa lebih bebas :-
*baby tak melekat dengan kita lama-lama (kurang lenguh-lenguh badan)
*orang lain pun boleh tolong susukan baby (suami, nenek, etc. etc.)
* no schedule restriction (tak ada masalah bagi working mom)
* baby boleh ada bonding dengan orang lain jugak selain ibu.
- senang nak tau berapa banyak baby dah minum for that day.
- bottle feeding is easier bila ibu dan baby berada di tempat awam (tak payah susah-susah nak selak-selak baju).

Yang tak bagusnya pulak:-

- Bottle feeding mahal woo. Tengoklah korang pakai brand apa. Kalau Tommee Tippee, Avent, NUK, MAM, Dr. Brown, agak rabak la. Macam Adam ritu dia nak puting Avent aje. Antara yang perlu dibeli:-
*botol
*teats
* brushes
*FM
*steriliser & warmer (optional)
* storage container
*breast pump
*insulated bottle bag
- penyediaan mengambil masa (kalau FM kena bancuh, kalau EBM kena panaskan dulu)
- kena pump@perah EBM dulu
- FM takde antibodi macam breast milk (if ur baby minum FM instead of EBM)
- baby susah nak digest FM
- payah nak travel (nak packing botol, air panas, FM, macam-macam la)
- space consuming

Begitulah kisahnya. Stended la, semua benda pun ada pro and cons nye kan. Ye dak? 

Adam & Aiman. Adam 3 bulan, Aiman 4 bulan tapi sama besar dah.
Hari ni, aku ada very very very good news. Semalam, lepas baik kerja aku try-try je bf Adam (bukan depan nenek dan aki for sure). Yelah, dah berapa hari Adam tak bf. Lepas bf, next meal try bagi botol pulak. Dia minum selamba jek, macam takde apa-apa. Alhamdulillah. Hepiiii sangat, tak tau nak cakap camne. This means, right now Adam officially can drink both, direct from me and from bottle too. Aku nak sangat terus bf Adam without him refusing his bottle, tamao hilang nikmat menyusukan dia tu. Nikmat memeluk dia, pandang mata dia time tengah menyusu. Tapi, bila Adam refuse botol, hazabnye Tuhan saja yang tau. Susah hati semua orang. Macam ni baru best. Malam-malam boleh bf Adam, cuddle dengan dia kalau sejuk, tapi siang Adam boleh keep on minum guna botol, tak mengamuk dan tak susahkan aki dengan nenek. Syukur sangat Ya Allah.

No More Direct Feed


Semalam, umur Adam 3 bulan 2 hari. I went home for lunch. Mama cakap Adam mengamuk tamao isap botol almost 1 jam lebih. Abah marah-marah bimbang Adam lapar, even worse takut perut kembung. So, semalam kami decide no more direct feed for Adam. By hook or by crook, tetap kena bagi botol tak kiralah macam mana dia mengamuk pun.

Tuhan je tau pedih hati ni. Rasa nak menangis sama bila Adam menangis. Ada rasa nak culik Adam, nyuruk-nyuruk susukan dia jangan bagi nenek dengan aki nampak. Tapi diorang pun sangat kesiankan Adam sebenarnya. Meraung-raung nak susu bila aku kerja. Tak ada cara lain lagi.Since aku tamao Adam minum FM, kenalah lebih gigih memerah EBM pasni. Oh Adam, whatever I do semuanya mama fikir demi kebaikan Adam.

Hari ni, masa colleague (Kak Ida) datang rumah melawat Adam during lunch hour, mama tengok Adam minum dari botol elok je. Takde refuse refuse cam sebelum ni. Plus Adam nakal-nakal, happy, in good mood, senyum dan gelak main dengan Kak Ida. So, I guess we made the right decision. Maybe this is the best for you. Mama gonna miss our intimate time spent together.
Damn much.

Anak mama tido lena lepas menyusu.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol