Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Dapur Mommy. Show all posts
Showing posts with label Dapur Mommy. Show all posts

Asam Pedas Ikan Merah

Selamat hari cuti mommies! Cuti-cuti ni jom masak special sikit kasi laki gosok perut. Definisi 'special' bagi orang tak pandai masak macam aku ialah bila kita ada beli ikan yang upgarade sikit dari selar dan selayang, masak selain daripada celur-celur sayur dan cicah budu dan ada lebih dari sejenis lauk. Hihi.
Hari ni aku nak try masak Asam Pedas Johor. Selalunya asam pedas aku versi Terengganu punya. Takde menumis, cuma rebus je ala-ala singgang jugak. Sebab tu ada orang Terengganu panggil asam pedas tu singgang pedas. Ok, back to the point. Ini kali pertama aku masak asam pedas Johor. Resepi pun cilok internet (jujur jek) jadi tak sure original Johor ke tidak resepi ni. Nanti kalau terjumpa balik blog masakan tu aku akan creditkan ke empunya resepi. Resepi ni bagi aku adalah guideline sahaja. Terpulang pada kita untuk ‘improvise’ mengikut selera dan citarasa masing-masing. Tidak ada salahnya dengan resepi itu. Aku pilih versi yang ini pun sebab dalam banyak-banyak resepi asam pedas ini yang paling simple.
Ini kali pertama aku jadi rasanya belum sempurna. Kena buat beberapa kali lagi untuk bagi expert. Tapi takde complaint dari mama dan B dah ok dah pada aku. =) Ok jom tengok resepi.

Bahan A (Blend)
·        Setengah genggam cili kering

Bahan B (Blend)
·        5 ulas bawang putih
·       3 ulas bawang merah
·        2cm halia
·        2cm kunyit

p/s: tak ada gambar sebab tiba-tiba nenek dah ambil pergi blend semua. Niatnya nak menolong. Dah susun elok-elok tak sempat snap. Wuwuuuu.

Bahan-Bahan lain
·        3 potong ikan merah
·        Bunga kantan - belah dua
·        Serai - dititik
·        Segenggam daun kesum
·        5 @ 6 batang bendi
·        Sebiji tomato - belah empat
·        Sedikit asam jawa
·        Air
·        Garam, gula dan perasa


Cara Penyediaan
1. Tumis cili kering sampai pecah minyak (Tips: Rebus dulu cili kering, blend, dan tumis sangat lama).
2. Masukkah bahan blend B dan tumis lagi sampai naik bau.
3. Masukkan air asam jawa (Tip: bancuh pekat-pekat dan tapis biji)
4. Masukkan bunga kantan, serai, bendi & daun kesum. Tambah sedikit air.
5. Apabila mendidih, masukkan bahan perasa.
6. Akhir sekali barulah masukkan ikan dan tomato (Tips: selepas masukkan ikan, jangan kacau lagi kuahnya takut ikan dan tomato hancur).

Macam yang aku cakap tadi, ini kali pertama aku masak lauk ni. Aku sendiri belum berpuas hati. Kena buat beberapa kali lagi dan cuba improvise sana-sini but overall ok lah, ada rasa asam pedas. Huhu. Yang menjadikan asam pedas ni menarik ialah bahan-bahan tambahan kat dalam macam tomato, bendi, bunga kantan, serai & daun kesum. Membangkitkan bau dan rasa masakan.
Nenek rajin tolong gorengkan telur dadar. Ada dua lauk cukuplah untuk kami bertiga. Tak baik membazir.
P/s: Ikan merah cari di pasar pagi semalam. Rm26/kg =)

Next week nak try Siakap Tiga rasa pulak.

Ikan Singgang, Kangkung Celur

Selamat Hari Malaysia!
Hari ni Public Holiday. Hari ni hujan.
Cuti + hujan = Lapar
Fikir-fikir nak masak apa cuti-cuti ni, teringat dalam peti ada Ikan Aya @ Ikan Tongkol. Singgang jelah. Singgang ni, walaupun lauknya simple dan paling mudah yang teramat dalam dunia ni nak membuatnya, tapi kalau cukup aksesori dan ulam-ulamannya tu MasyaAllah. Dua pinggan berdesup hilang macam tu jek. Hahah. 
Aku tak tau resepi singgang mommies semua macam mana tapi aku punya nanti aku share. Lain orang lain cara menyinggang tau. Ada yang letak halia, serai. Ni resepi mama & arwah abah aku. Takde halia, takde serai. Rasa tak original. Mak mertua aku pulak kalau singgang warnanya tak kuning. Orang Kelantan singgang tak letak kunyit dan lebihkan lengkuas. Rasa pun lain.
Jom layan resepi di bawah:-

Bahan-Bahan
·        5 potong ikan tongkol
·        5 biji cili padi
·        3 biji bawang putih – belah dua
·        3 biji bawang merah – hiris nipis
·        2 keping asam keping
·        2 inci kunyit hidup - hiris nipis
·        2 inci lengkuas – hiris nipis
·        Air
·        Garam

Cara Penyediaan
1. Mula-mula bubuh air dalam periuk agak-agak sampai boleh tenggelamkan ikan. Masukkan ikan dan lepas je semua bahan tadi.
2. Bila air mula mendidih, masukkan asam keping.
3. Tutup dan biarkan hingga ikan masak. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kalau nak warna lebih kuning, boleh tabur sedikit kunyit debu tapi jangan banyak nanti rasa pelik.
5. Hidangkan bersama nasi panas-panas dan ulam.

Ikan singgang ni boleh jadi lebih special bergantung pada side dish dan ulam-ulamannya. Boleh masukkan bendi dalam singgang kalau suka. Aku suka tapi masa ni tak ada bendi dalam peti so tak letak. Ulam pulak memang sesuai kalau makan dengan pucuk ubi celur atau timun yang kecik-kecik tu. Aku suka kangkung celur cicah dengan sambal belacan. B lebih prefer budu dia yang tak pernah tinggal tu. Kali ni singgang kami special sangat sebab ada petai & kerdas sekali. Wow, meriah!
P/s: Ada banyak bahan sebab semalam baru pergi pasar cari bekalan seminggu =)

Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua

Assalamualaikum mommy semua.
Hari ni nak share resepi paling mudah tapi makan bertambah-tambah. Hahah. Macam pantun kau.
Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua.
Kenapa ala mak mertua? Sebab ni resepi mak mertua aku. Aku suka sangat tapi daging masak kicap versi aku rasa lain so aku tanya macam mana ma masak. Lagipun B selalu request nak daging masak macam ni. Kerana sayang, ikutkan sajelah.

Bahan-Bahan

·        300g daging
·        3 biji bawang merah – mayang halus
·        1 ulas bawang putih - hiris nipis
·         3biji cili padi – belah dua
·        Garam
·        Kunyit serbuk
·         Kicap manis

Cara Penyediaan

1. Rebus daging sampai empuk. Aku nak senang rebus je dalam kuali yang nak guna untuk menggoreng nanti. Korang yang ada pressure cooker tu cepatlah sikit empuknya. 
2. Masa tengah rebus tu tabur kunyit dan garam dalam air rebusan tu, biar dia meresap dalam daging.
3. Bila daging dah empuk, buang lebihan air rebusan sampai tinggal sedikit (dalam 2 sudu makan). Masukkan minyak masak dan biarkan panas.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan balik-balikkan sehingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan kicap banyak-banyak sampai hitam.
P/s: Resepi ni tak perlu masukkan garam lagi sebab dah masukkan mula-mula dalam air rebusan tadi dan tak perlu tambah gula sebab kicap dah manis.


Haa. Perasaan yang sangat best bila tengok suami happy makan kan. B cakap bolehlah, 90% rasa macam ma dia punya daging kicap. 10% lagi tu beza air tangan la kot. 2 pinggan kau, tak boleh blah laki aku ni.
P/s: Esok dah kerja. Haih.

Udang Sanggul

Assalamualaikum readers.
Hari ni dapur mommy berasap lagi. Tapi bukan resepi mommy la. Resepi ateh. Adik aku yang sorang ni, bila nak makan pape, nak masak pape, cepat betul menjadinya. Pergi beli barang jap, tup tup dah siap. Tinggal nak ngap je. Sama jugak hari ni. Dia nak try buat udang sanggul ni. Aku fikir, sikit punya renyah nak buat ni. Makan memanglah sedap. 
Ini adalah tester yang ateh buat untuk aku rasa. Ok ke tak, ada nak adjust mana-mana lagi resepinya. Dia nak buat frozen dan jual. Since, dia nak berniaga tak dapatlah aku share resepinya dengan korang. Tapi don't worry. Taip je 'udang sanggul' kat mana-mana enjin carian korang. Tadaaa.... Dah dapat resepinya. Berlambak je ada, antara nak tak nak, malas ke rajin jek.

So, korang search la dulu resepi tu ye. Kami nak minum petang jap.

Sotong Masak Merah

Assalamualaikum mommies.
Masak apa korang hari ni? Hari ni aku masuk office half day sebelah petang. Sebab pagi tadi pergi Klinik Kesihatan cucuk Luqman. So, sempatlah lunch di rumah hari ni. 
Macam biasa, dalam peti ada sotong maka lauk sotonglah kita hari ni. Ehee. Masak je apa yang ada. Aku panggil 'Sotong Masak Merah' dan bukan sambal sotong macam yang selalu kita cari kat pakcik Google tu kan, sebab selalunya kami masak memang akan berkuah sikit dan bukan pekat macam sambal nasi lemak tu (kami = mama dan semua adik-beradik aku). Kami memang sengaja buat kuahnya banyak. Kat sini aku share jelah resepi mudah, campak-campak cara kami ye
Bahan-Bahan
·        500g sotong - dibersihkan
·        2 sudu cili giling
·        3 biji bawang putih – dikisar
·        10 biji bawang merah – dikisar
·        sedikit air asam jawa
·        1 biji bawang besar - potong bulat
·        Air
·        Garam & gula

Cara Penyediaan
1. Tumis cili dan bawang kisar dengan api perlahan sehingga cili benar-benar garing.  
2. Apabila garing, masukkan air asam jawa. Jangan banyak! Kalau terlebih masam payah nak adjust rasanya. Kami kalau masak merah memang akan guna asam jawa, asam keping guna bila singgang je =)
3. Masukkan sotong yang telah ditos. Tambah air tapi tak perlu banyak sangat sebab nanti sotong akan keluar air. Tutup dan biarkan sotong masak.
4. Tambah sedikit garam & gula secukup rasa.
5. Akhir sekali taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Tutup api apabila bawang layu. Siap.

Cadangan ulam yang sesuai untuk hidangan ini ialah kacang botor. Perghhh. Cerita tak guna. Oklah mommies, nanti kalau aku rajin nak masak aku share lagi.

Makaroni With Prego Pasta Sauce

Assalamualaikum mommies.
Sebagai weekend housewife, hujung-hujung minggu ni kenalah masak ye. No excuse. Walaupun mak bapaknye puasa tapi kanak-kanak riang berdua tu tak puasa. Kebetulan semalam along pun ada di rumah, so ada tambahan 3 orang budak lagi kat rumah. Jadi kenalah fikirkan sesuatu untuk diorang makan. 
Tengok-tengok kat dapur, ada lagi makaroni lebihan yang tak abis guna hari tu. Tengok lagi sos Prego pun ada dua botol. Hurm, dah tau apa nak buat. So, hari ni aku nak buat:-

MACCARONY WITH PREGO PASTA SAUCE
@
Makaroni dengan Sos Pasta Prego

Senang jek membuatnye. Bak kata Chef Rizz, semudah ABC. Hiks.

Bahan-bahannya:-
BAHAN A
Makaroni/Pasta/Spaghetti
Sos Pasta Prego (Tradisional)
Minyak masak
Brokoli
Bahan perasa (garam, gula,etc)

BAHAN B
Bawang merah sebijik dimayang
Bawang putih 1 ulas ketuk & cincang

Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni sampai kembang. Tos dan asingkan.
Bila nampak dah masak elok, terus matikan api. Jangan lama-lama sangat, nanti lembik.
Toskan. Tak payah banyak sangat, bebudak ni bukan makan banyak pun.

Nampak tak, ada dua pilihan? Satu tradisi, satu lagi Carbonara. Hari ni aku nak buat yang merah punya sebab yang Carbonara ritu dah try. Adam dan Aisya suka. Ini first trial untuk original flavour.
2. Panaskan minyak dan tumis BAHAN 2.
3. Bila dah naik bau, masukkan sos prego dua sudu. Tambah perasa sesuka hati.
*Aku guna 2 sudu sebab makaroni sikit je. Kalau suka banyak kuah, korang boleh tambah lagi.
**Sos Prego ni rasanya masam-masam sikit. Kalau nak bagi anak suka, ubahlah ikut citarasa masing-masing. Sebab tu aku tambah garam sikit, gula sikit. Kalau tak nak takpe.
Merah menyala oh jantungku, berdegup pantas kernamu. Oppss!
Masak dalam seminit je. Lepas tu dah boleh tutup api. Sementara tu,
4. Celur brokoli, tos dan asingkan.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Untuk babyboy, bowl pun gambar kereta.
Letakkan makaroni yang dah siap rebus tadi. Bubuh kuah dekat atas. Lepas tu potong-potong brokoli tadi for both, a) mendapatkan khasiat sayur-sayuran b) garnishing.
Tadaaa!!!Striking tol kaler dia.
Anak-anak suka sangat. Buktinya ni gambar Aisya. Comot mulut makan makaroni. Abang Adam macam takut-takut sikit tengok warna merah. Dia pilih-pilih makaroni yang tak kena kuah je. Hadoih.
Nampaknya kena masak Carbonara jugak untuk budak-budak ni.
Ni yang hari tu aku buat. Makaroni Carbonara.
Nota kaki: 1. Makaroni boleh digantikan dengan spaghetti @ pasta. 
2. Kalau suka boleh tambah isi ayam ke, nugget @ sosej potong kecik2. Terpulang.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol