![]() |
| Bila kau cuba selfie sementara tunggu no. giliran kat KFC dan laki kau ada kat belakang. Deng!! |
Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts
Safe and Sound
I remember tears streaming down your face
When I said, I'll never let you go
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, Don't leave me here alone
But all that's dead and gone and passed tonight
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
Don't you dare look out your window darling
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold onto this lullaby
Even when the music's gone
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
When I said, I'll never let you go
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, Don't leave me here alone
But all that's dead and gone and passed tonight
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
Don't you dare look out your window darling
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold onto this lullaby
Even when the music's gone
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound
KFC Potato Loaded Bowl
Assalamualaikum.
Mommies yang berkerja tu selalu lapar tak petang-petang? Kalau kat rumah
senanglah. Selongkar je dapur tu cari kuih breakfast pagi tadi yang tak habis.
Tak pun goreng je cucur sebijik dua, ngap!! Terus settle. Di office ni aku
selalu lapar. Ibu menyusu kan memang selalu je lapar (alasan :-/) tapi memang
itulah kebenarannya. Selera makan tu memang mencanak-canak sangat sekarang. Kalau
takleh tahan sangat masuk pantry bancuh Milo.
Solution paling mudah
ialah standby roti kat office. Tapi tak boleh beli banyak-banyak. Dua, tiga
hari dah expired pulak. Kacang? Dah makan tu tak boleh nak berhentilah pulak.
Tapi kacang, asam masin dan jajan ni buat hilang mengantuk tu bolehlah. Lapar
tetap lapar jugak.
Kadang-kadang B ajak
keluar lunch sesame (macam hari ni). Kadang-kadang juga berjaya pujuk dia
belanja KFC. My favourite all time. Ko dah kenapa kan dah tua-tua pun minat KFC? Nak buat macam mana, daripada kecil sampai dah beranak 4 memang peminat
tegar KFC. Aku kalau berpeluang je pergi KFC, zap! Tanpa fikir panjang (sebab
dah hafal apa nak makan, kui,kui…)
Makan sini. Snack Plate 2, ayam spicy, air…hurm…Milo 1, Sjora 1, add on Cheezy Wedges large 1, Vanilla Pudding yang Gula Melaka. Eh, tukar-tukar. Nak Mango. Eh, Gula Melaka lah. Pastu, nak Potato Loaded Bowl 1. Ok, itu je.
B pandang aku semacam
mintak penjelasan. Walaupun sepatah kata tak keluar dari mulut kesayangan aku
tu tapi aku paham maksudnya: Sape nak habiskan banyak-banyak ni cik adik yang
kuat melantak oiii? Biasanya aku akan act normal dan buat muka tak bersalah je.
Snack Plate dan side
dish yang lain-lain tu biasanya selamat masuk perut time tu jugak. Yang
heavennya tentang makan kat KFC ni ialaha aku boleh bawak balik office Potato
Loade Bowl tu. Nyam, nyam, sedapanya makan kat office petang-petang time tengah
lapar. B selalu membebel. Nape sayang suka sangat makan KFC ni. Makan ayam je,
nasi tak makan. Tak seimbang tau. Aku cakap seimbanglah ni, ada ayam (protein),
kentang & roti (carb), ada sayur-sayur. Aku memang selagi boleh menjawab,
tetap menjawab. Salah pun nak menang jugak. Yelah kalau tak buat kepala sengal dengan laki, dengan siapa lagi ye dak?
So petang ni,
settlelah masalah kebuluran aku ni.
| Sedapnya.... |
| Spesis pelahap kalau jumpa makanan. Pukul 12 lunch, pukul 3 dah hadap benda alah ni pulak. |
Ok, nak gi timbang berat kat klinik jap.
Rutin Baru Kami
Assalamualaikum mommies.
FYI, aku dah start masuk office semula 28 Ogos lepas dan sekarang dah almost 3 minggu kot. Aku baru je habis cuti bersalin 3 bulan. Lamanya tinggal office ritu sampai rasa bimbang dah tak ingat nak buat kerja. Huhu. Sorang anak = 3 bulan cuti. 4 orang anak maknanya in total cukup-cukup setahun aku makan gaji buta. Dah rezeki, nak buat camne ye dak? Aku terima jelah seadanya.
Orang kata, anak tu rezeki. Sebenarnya, bukan sahaja anak itu rezeki, tapi anak itu sendiri datang dengan rezeki. Awal bulan 8 ritu, B dah mula kerja normal hour (9 to 5 office hour) tak lagi kerja ikut shift 12 jam sebab he got promoted. Alhamduillah.
Makanya kalau sebelum ni kami pergi kerja asing-asing, sekarang dah boleh pergi sama-sama. Bayangkanlah betapa excited aku nak pergi kerja tiap-tiap hari sekarang =)
Orang kata, anak tu rezeki. Sebenarnya, bukan sahaja anak itu rezeki, tapi anak itu sendiri datang dengan rezeki. Awal bulan 8 ritu, B dah mula kerja normal hour (9 to 5 office hour) tak lagi kerja ikut shift 12 jam sebab he got promoted. Alhamduillah.
Makanya kalau sebelum ni kami pergi kerja asing-asing, sekarang dah boleh pergi sama-sama. Bayangkanlah betapa excited aku nak pergi kerja tiap-tiap hari sekarang =)
Ni aku payung gambar kami 1st day pergi kerja sama-sama. Pada yang tak tau, kami ni kerja kilang dekat Gebeng, Kuantan. Kilang pulak sebelah-sebelah aje. B kat BASF, aku Lynas. Since dia ada meeting pagi kol 8.30, dia prefer sampai tempat keje sebelum kol 8. Automatik aku pun kena pergi kerja awal. Bagus jugaklah untuk jaga performance. Sebelum ni office kalau hour kol 9, kol 9 jugaklah aku sampai. Aku tak suka datang awal sangat sebab biasanya datang awal pun balik lambat jugak.
Lagi satu, pagi-pagi tu aku akan cuba bereskan sebanyak mungkin kerja rumah yang aku sempat buat dari pukul 6 sampai pukul 8. Pastu baru start bersiap pergi kerja. Bukan apa, taknaklah bebankan mak aku kan. Dah lah dia baik hati sudi jagakan anak-anak aku. Kadang-kadang bila nak keluar tu, time tu jugaklah ada anak yang terjaga pastu mengamuk nak ikut. Mommy semua yang berkerja tu fahamlah kan.
Lagi satu, pagi-pagi tu aku akan cuba bereskan sebanyak mungkin kerja rumah yang aku sempat buat dari pukul 6 sampai pukul 8. Pastu baru start bersiap pergi kerja. Bukan apa, taknaklah bebankan mak aku kan. Dah lah dia baik hati sudi jagakan anak-anak aku. Kadang-kadang bila nak keluar tu, time tu jugaklah ada anak yang terjaga pastu mengamuk nak ikut. Mommy semua yang berkerja tu fahamlah kan.
Perjalanan dari Kemaman ke Gebeng lebih kurang 40 minit jugak. Pergi balik dah sejam lebih. Bayangkanlah berapa banyak tenaga aku dapat jimat. Jimat tenaga lagi, jimat duit minyak 300 lebih sebulan, siap dapat datang kerja awal lagi. Haa. Duduk di sebelah driver juga menciptakan banyak peluang untuk touch up make up dan selfie banyak-banyak dalam kereta. Huhu.
Kadang-kadang dia jemput aku. Kami lunch date berdua. Cewah, macam zaman bercinta sangat. Zaman bercinta pun tak sweet macam ni tau.
Di atas bumi ini ku berpijak.
Pada jiwa yang tenang di hariku,
Tak pernah ada duka yang terlintas,
Ku bahagia.
Di atas bumi ini ku berpijak.
Pada jiwa yang tenang di hariku,
Tak pernah ada duka yang terlintas,
Ku bahagia.
Di lobby office. Tunggu suami jemput pulang. Hehe.
Berdua denganmu,
pasti lebih baik,
aku yakin itu,
bila sendiri,
hati bagai langit,
berselimut kabus.
Berdua denganmu,
pasti lebih baik,
aku yakin itu,
bila sendiri,
hati bagai langit,
berselimut kabus.
Since sekarang aku sekadar jadi penumpang B bila on the way pergi kerja, energy yang dijimatkan waktu pagi aku convert kepada aura positif supaya lebih produktif di tempat kerja. Energy yang dijimatkan waktu petang aku guna untuk masak yang sedap-sedap untuk makan malam kami. Huhu. Tengok gambar kat atas ni. Ada nampak mommy happy?
Alah Bisa Tegal Biasa
Cuti sudah habis bro!
Perasaan bercampur baur pagi ni. Sayu pandang muka baby kena tinggal pagi-pagi hari. Excited first time pergi kerja berdua dengan B. Hari bermula tenang. Gerak keluar awal pagi, ada orang tolong drive, jalan clear tak banyak kereta. Hati bunga-bunga tengok suami kat sebelah. Tak pernah naik kereta dengan dia pakai coverall semua. Selalu laki I selekeh dengan T-shirt + jeans je ^_^
Tiba-tiba teringat baby Elyas. Haih, layu lagi.
Ni bukan kali pertama aku kena lalui perasaan sedih nak tinggalkan baby macam ni. Dah 4 kali. Bila tiba-tiba datang rasa rindu dan teringat nak cium dia, nak bau wangi mulut dia, nak pandang mata jernih tu, datang rasa sebak macam nak pecah dada. Pendek kata sebab dah banyak kali aku dah kebal dengan perasaan macam ni.
Aku nekad for this time aku akan move on dari segala kekurangan yang lalu dan buat yang terbaik. My last pregnancy with Elyas terlalu menduga. I'm physically unfit (sebab pregnancy gap terlalu rapat) dan performance kerja pun menurun especially during my last trimester. Tapi Elyas terlalu 'worth it' untuk dibandingkan dengan semua kesakitan yang aku rasa. So, that's it. This is the last time I'm gonna talk about it. This is my paradigm shift dan aku harap perjuangan aku membantu suami, mencari rezeki untuk bagi kehidupan selesa untuk anak-anak aku ada nilainya di sisi Allah S.W.T
Bismillah.
P/s: Aku kena buat 'Return To Work' procedure hari ni. Elyas punya pasal, during lunch hour aku drive 35km balik rumah, susukan dia, drive balik office semula. Dahlah aku sesat tak jumpa cari Klinik Syed Badaruddin tadi. Anjakan Paradigma la sangat =P
Hobi Si Suami
Semalam di ofis tiba-tiba dapat kol.
Sayang, hari ni balik awal ye. Ada hal penting.
Beria lah kita ni pun cuba siapkan kerja cepat-cepat sebab nak balik awal. Dalam kepala dah duk fikir macam-macam. Rupa-rupanya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah dia hal yang penting sangat tu. Nak ajak pergi nursery rupanya. Jiran aku baru bukak nursery. Maknanya memang sangat dekat la dengan rumah, masih dalam kawasan kejiranan yang sama. Dah berapa minggu dia cakap nak datang tengok bunga dengan pasu-pasu kat sini.
Ya, B memang suka pokok bunga. In fast, sangat suka. Sama macam mak dia. Aku pulak, sebaliknya. Even arwah abah dulu minat jugak bertanam, tapi lebih kepada benda-benda yang mendatangkan hasil dan boleh dimakan la. Kalau pokok hiasan ni, dulu masa di Felda Lepar Hilir 1 kami ada banyak pokok puding kat depan rumah. Aku ni lebih kepada mama aku agaknya. Suka makan (ok, lari topik)
Walaupun B suka bunga, tapi ada jenis-jenis bunga jugak yang dia obses sangat. Biasanya dia suka beli bunga kertas yang campur-campur kaler dan ros jepun. Kadang-kadang jenis pokok hiasan yang daun dia pelik-pelik pun suka jugak. Aku lagi suka tengok orkid. Suka tengok je hokkeh, jaga tak suka tak suka.
Serius memilih nampak!! B sedang memikirkan cara lebih pantas menghabiskan bonus tahunan dia.
Terlalu banyak yang B consider nak beli. Tapi at last adalah beberapa pokok bertuah yang menjadi pilihan hati. Next entri aku tunjuk k. Kasi seprais sket =)
Selfie Anak & Abah
My hubby, adalah sejenis makhluk yang sangat payah nak diajak bergambar. Sama macam arwah abah dulu. Kalau orang nak snap gambar dia mesti dia taknak pandang kamera, tapi tak pulak dia marah kalau orang nak ambil gambar dia. Jenis pemalu gitu. B pulak jenis yang suka buat muka pelik-pelik kalau aku ajak bergambar. Kerut kening la, kembangkan hidung la.
Itu kalau dengan aku. Kalau dengan Adam. Pehh, siap berpuluh-puluh keping shot, siap bermacam-macam gaya dan bermacam-macam memek muka lagi. Sama-sam pakai baju The Red Warrior yang tak menahan tu. Yang Adam tu layankan jelah abah dia. Pandai pulak ko senyum ye nak. Kalau tak, asyik masam je mukanya selalu.
Sakit hati betul aku tengok hero berdua ni.
Echah!!! Jom kita selfie dua orang jom!
Tema Raya.
Assalamualaikum mommies.
Aku hairan sebenarnya. Semenjak belum start puasa lagi ramai betul orang duk tanya aku
Tema warna apa raya tahun ni?
Mak aih. Aku kecik-kecik dulu takde bertema bagai. Mama beli baju raya mesti pattern sama jek aku dengan along. Kaler je lain-lain. Aku biru, dia merah. Aku hijau dia kuning. Hah, tema kebendanye camtuh? Tapi mungkinlah kan, mungkinlah sebab aku ni dah ada famili sendiri, famili kecil aku dengan dua orang anak aku ni, so orang duk terfikir mestilah aku dengan B nak pakai baju sama-sama dengan anak-anak kami gamoknye. Aku ni, first time beraya berdua dengan B tahun 2013 dulu, dia kerja malam raya. Baju melayu yang aku beli tu memanglah dia pakai, tapi terbongkang je tidur sepanjang hari. Aku raya dengan keluarga aku jelah. macam zaman-zaman single. Masa tu tema purple.
| Hamekaw...Tido dengan kain samping tu. |
| B penat sangat kerja semalam, so aku raya je dengan adik-adik dan sepupu sepapat. |
Tahun kedua barulah beraya bersama suami. Tapi malam raya pertama tu B kena kerja jugak. Cuma nasib je malam raya tak kerja, kalau tak mesti dia tidur macam tahun lepas jugak. Tahun ni special sebab tahun pertama beraya dengan Adam. Tahun 2014 tema pink. tapi tak jumpa baju pink untuk Adam, aku pakaikan dia jubah yang comel sangat. Kopiah pun ada tapi dia tak nak pakai.
Ni jelah momen-momen kami beraya sama-sama. Tak puas beraya. Tengahari tu B dah kena rest sebab petang tu dah nak kena masuk kerja. T_T
![]() |
| Comel tak jubah Adam? |
Tahun lepas tahun pertama aku beraya dengan keluarga mertua. Akhirnya merasa jugak beraya jauh dari keluarga. Sedih woo. Bukan tu je, 2015 juga tahun pertama kami beraya dengan Aisya. Yezza, memang keje aku tiap-tiap tahun asyik beranak jek. Dan juga tahun terakhir aku sepatutnya beraya dengan arwah abah. Sebab abah meninggal 9 Syawal. [Al-Fatihah] Tapi sebab tahun tu bukan turn raya kat kampung aku, maka redha je. Jauh di sudut hati, memang terasa sebak sangat kalau teringat. Tak apelah dah takdir macam tu. Tak ada rezeki aku nak raya dengan abah kali terakhir.
Tahun lepas, memang raya agak dull dan tak bergambar sangat pun. Aisya pun asyik tidur sepanjang hari. Gambar famili satu pun takde. Ateh cakap kat Kemaman pun raya kurang meriah. Cuma menziarah saudara-mara yang sakit. Tak meriah macam tahun-tahun sudah. Mungkin petanda arwah abah nak tinggalkan kami.
Itu jelah cerita raya aku semenjak tiga tahun jadi isteri orang ni. Tahun ni tak tahu lagi macam mana. Sambutan kami sederhana sahaja. Maklumlah kali pertama beraya tanpa abah. Takut nak fikir. Aku dah beli sikit-sikit baju raya, tapi anak-anak punya je. Aku punya macam tak ada mood lagi. Tak ada masalah kot, baju dewasa standard size cam aku berlambak yang dah siap. Lagi nak dekat raya nanti lagi banyak diskaun.
Tema raya pulak, cadang-cadangnya nak buat kaler camni.
![]() |
| Pic source |
Suka warna ni sebab nampak fresh dan ceria. Kalau tak dapat baby blue camni, mint green pun ok gak.
Cantik kan?
Cantik kan?
B Punya Safety Training
Assalamualaikum mommies.
Petang nanti kami dah nak gerak ke Dengkil. Dari sana akan konvoi dengan along ke Melaka. Tapi sempat lagi pagi ni B kena pergi Kuantan sebab kena attend company punya Safety Training. Plan asal dia ajak aku tu sebab nak suruh bawak Adam sekali. B cakap Adam mesti seronok main kat taman permainan. Aisya pulak tak boleh nak bawak sebab kalau dua-dua ada nanti aku pulak yang tak terkawal. Training tu dibuat dekat tepi tasik mana entah, dekat Kuantan. Memang cantik tempat ni. Khas untuk orang beriadah. Ada jogging track dan taman permainan untuk anak-anak. Tapi sayangnya, kami gerak awal pagi. Adam pun belum bangun lagi. Walaupun anak tak pergi, mak tetap nak pergi jugak. Heheh. Yang tu tak bleh nak kata apa la.
Cantik betul view.
Itu dia, baru nampak persertanya. Laju pulak laki aku ni berlari. Sempat lagi cakap kat dia masa dia lalu depan aku, 'slow-slow je bang, nanti penat." Hah, aci macam tu?
Dari tempat aku duduk ni, boleh nampak B punya training kat seberang sana. Nampaklah dari jauh B lari ulang alik, dan ada trainer yang ditugaskan untuk set masa dia. Aku tak pernah tau pun hubby aku boleh buat push up sebanyak dan secepat tu. Sebab tak pernah buat depan aku. Masa dalam kereta baru B cerita, dulu-dulu masa join kadet askar ke hape entah tapi pasukan beruniformlah dekat MRSM PC, push up 100 kali tu mainan jek. Aku cabar B buat seratus kali tapi letak Aisya atas belakang, terus B surrender. Hehehe. Nak cakap anak aku gemuk la tu.
Tengok tu, kalau bagitau dekat dia nak snap gambar mesti buat muka pelik-pelik.
Hah, kembangkan hidung pulak. Penat berlari katanya.
Barulah dapat gambar yang elok. Jambul tu yang buat kita jatuh hati dulu tu. Ouch!
Ok, kena balik cepat, barang tak packing lagi. Pukul 3 dah nak gerak. Agagagagga =/
Dua Jenis Manusia
Kahkahkah. So true kan.
Me, type nombor 1. Kadang-kadang kalau terlampau letih dek aktiviti malam hari (seperti membancuh susu anak, anak bangun main tengah malam, teman anak tengok tv pukul 3.30 pagi dan sebagainya. Hihi, jangan salah faham ye) pernah jugak lepas terjaga tu terlena balik. Tapi bukan makin segar, makin penat lagi adalah.
Mengikut kajian (sorry, dah lupa baca kat mana), adalah sangat tidak disarankan oleh pakar untuk take a nap selepas bangun pagi. Sebabnya, sebaik saja kita lena buat kali kedua, we already in a new sleep cycle which we will not be able to finish. Sebab optimum duration untuk tidur ialah 8 jam kan dan kalau adult tu mungkin kurang sikit. Tapi kita mungkin sempat lelap 5-10 minit je. Sebab tu lah akan rasa sangat penat. Lebih kurang camtulah ikut kefahaman aku. Jadi, celik je mata tu, lekas-lekaslah pergi mandi ea. Jangan tidur balik!
Laki aku, dia type no. 2. Hehehheh. B, jangan marah sayang! I lebiu.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























