Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tell Me How I Die (2016)


Assalamualaikum mommies.
Hari ni keadaan macam terkawal sikit dekat rumah. Maybe sebab adik ada balik, jadi tak adalah macam selalu aku dengan mama tak menang tangan melayan budak-budak ni. Lagipun sekarang budak-budak kuat tidur siang. Musim hujan kan. Sejuklah tu, hehe.
Bila my babies dah tidur, mamanya boringlah pulak. Godek-godek pc B manalah tahu dia ada download cerita baru. Rupa-rupanya memang ada banyak movie B download yang aku belum tengok lagi. Aku jumpa satu, tajuk macam best. TELL ME HOW I DIE. Aku kan suka thriller movie, terus aku pilih movie ni untuk layan di hari minggu yang damai neh. Gitew. Siang-siang camni oklah tengok sorang-sorang. Kalau malam tu takut jugak.
Best jugak cerita ni. Kisah sekumpulan remaja yang sanggup menjadi subjek untuk experiment trial dengan bayaran sebanyak 2000USD. Kalau zaman masih student, kira banyaklah tu. Rupa-rupanya mereka jadi subjek kajian untuk test satu dadah yang boleh enhance memori manusia. Kalau siri ujian tu berjaya, dadah tu akan digunakan untuk menyembuhkan penyakit Alzheimer.
Tapi rupa-rupanya ada side effect pulak ubat tu. Selain enhance memori, ia menyebabkan remaja-remaja tersebut dapat melihat apa yang terjadi di masa akan datang. Ala-ala macam déjà vu gitu. Mula-mula mereka nampak peristiwa tu berlaku dan beberapa minit kemudian, ia betul-betul berlaku. Macam best ye dak? Diorang mula buat planning jahat nak curi-curi keluar pergi kasino, mesti boleh menang besar bila kau dah boleh predict the outcomes sebelum ia terjadi kan. Yang tak bestnya ialah, salah seorang remaja iaitu heroin cerita ni, Anna mula ternampak bayangan pembunuhan mereka semua. Mula dari situ semua menjadi panik dan buat rancangan nak lari dari fasiliti tersebut. Oh, lupa nak bagitau, awal-awal tadi sebelum kajian dimulakan telefon dan kunci kereta diorang dah diserahkan kepada pihak pengurusan.
It turns out to be that orang yang pedajal dan datang nak membunuh budak-budak tak bersalah ni ialah salah satu peserta kajian batch terdahulu. Tapi dia dah ter’overdose’ maka dia dapat menjangka perkara yang agak jauh terkedepan. Sebab tu macam mana teliti budak-budak ni plan untuk selamatkan diri, pembunuh tu tetap tahu apa yang diorang akan buat, mana diorang akan lari, tempat diorang bersembunyi dan akan buru mereka sampai dapat. Haa, saspens tak cerita ni?
      1.     Pelakon semua cantik & handsome. Pembunuh pun handsome kau. Sado. Huhu.
          2.     Seronok jugak cerita mangsa kajian sains ni kan. Walaupun tak sehebat Maze Runner tapi oklah bagi aku. Sedikit sebanyak menyedarkan kita untuk setiap kemajuan bidang perubatan, pengetahuan baru dalam penyelidikan, penemuan ubat-ubatan baru yang dapat memulihkan penyakit-penyakit kronik ada ‘harga’ yang perlu dibayar.
       3.     Tak boring. Instead of bunuh sorang-sorang macam dalam cerita 7ujuh, pembunuh dia bunuh ramai-ramai sekaligus sampai tinggal 5 orang yang terakhir je. Taklah kita boring nak tunggu sorang-sorang mati. Hihi. Cara mati pun macam-macam dan tak disangka-sangka.
           4.     Kalau korang fikir, dah kita nampak beforehand macam mana cara kita dibunuh, sepatutnya mudahlah nak elakkan. Itu yang best tu. Sebenarnya bila mereka tahu cara mereka terbunuh, itu yang influence behaviour diorang yang seterusnya membawa kepada cara kematian tu. Faham tak? Contohnya, satu watak ni dia tahu dia akan mati kena tikam. Dia pun pegang sebilah pisau untuk pertahan kandiri. Tapi akhirnya mati tertikam pisau yang dia simpan tadi tu. Haa. Camtulah lebih kurang.
Yang tak bestnya pulak:

1.     Young actors. Lakonan pun so, so aje (selain dari watak Anna & Den).

2.     Cinematografi yang ‘dull’. Rasa macam tengok cerita lama aje. Kelam, suram.

 3.     Watak lain selain 5 watak utama tadi seolah tempelan sahaja. Tidak signifikan. Terlalu stereotaip dengan dialog yang membosankan. Malah watak Dr. Jerrems (saintis) pun seolah-olah taka da ekspresi. Dalam semua keadaan sama aje reaksi dia. Sekali tengok tak ubah macam Kirsten Stewart dalam Twilight.

       4.     Bermain dengan masa, terlalu banyak scene yang disangkakan berlaku tetapi cuma bayangan dalam minda karakter sahaja. Apabila berulang terlalu kerap lama-kelamaan rasa macam tertipu pulak. Terlalu berlebihan.

Cerita ini ok saja kalau korang jenis macam aku. Sememangnya meminati genre seperti ini dan masih boleh enjoy movie horror berbajet rendah seperti Paranormal Activity, The Boy, Lights Out dan yang sewaktu dengannya. Aku bagi 2 bintang untuk movie ni.

RATE: ⭐⭐


B beria cakap kami dah tengok cerita ni. Mana ada tengok lagi. Walaupun aku takde amik apa-apa ‘memory enhancement drug’ tapi ingatan aku bagus tau. Bukan macam dia tu, anak-anak umur berapa pun tak ingat. Alasan, “banyak sangat anak” (fap! Tepuk dahi).

7ujuh

 Assalamualaikum mommies.
Jangan terkejut pulak tengok gambar mommy besar gedabak kat sini. Ni gambar pagi tadi waktu pergi Lynas Public Hearing. Awalnya venue ditetapkan ialah di Bukit Gambang Resort City tapi kemudiannya ditukar ke Sri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota. Nanti kita cerita panjang lebar pasal Public Hearing ni ye sebab ni entri movie review, hihi. Nak dijadikan cerita, hubby kebetulan bercuti jadi angkutlah dia sekali menemankan (padahal nak suruh jadi drebar je, oppss).
BASF di German, Lynas di Australia. Di Gebeng Kuantan bertemu jua. 
Nampak tak excited laki kita tu. Support solidarity for Lynas. Event tu habis dalam pukul 1 lebih juga. Memandangkan kami ni payah benar nak ada ruang keluar berdua, jarang-jarang sekali bila ada peluang macam ni memang takkan dilepaskan. Habis je event terus gerak ke Kuantan.
Lunch + Date.
Lepas siap makan, masa tu awal lagi baru pukul 4 lebih so survey-survey movie best yang NOW SHOWING. Aku yang excited lebih nak tengok movie sebab dekat Kuantan City Mall ada big screen. Kami tak pernah masuk lagi. Cerita yang kami nak tengok semua ditayangkan malam. Cuma ada The Grinch (citer katun) dan cerita Melayu 7UJUH. Bolehlah, kata nak support industri filem Melayu gitew.
Tengok dari poster tu nampak macam boleh tahan best kot cerita ni. Pelakon pun ramai jugak yang kenal; Marsha, Pekin, Cristina Suzanne, Aeril Zafril, Faizal Hussin dan ramai lagilah yang ada nama. Yang tak kenal pun ada jugak. Ni sisnopsis cerita ni ye. Copy paste from Wikipedia sebab malas nak taip (sejenis blogger pemalas).
Pada tahun 70an, tujuh rakan sedang dalam cuti semester telah bercuti di sebuah banglo mewah yang terletak di pedalaman, yang mana ia dijaga oleh ketua kampung dan anak perempuannya Suri. Mereka telah mengadakan parti dan meminta Suri untuk tinggal membantu mereka membersihkan rumah tetapi parti itu bertukar menjadi liar dan Suri telah dirogol. Dia kemudian telah membunuh diri dan menyumpah mereka yang dia akan menghantui mereka. Mereka pada mula tidak hairan, namun apabila mereka terperangkap di rumah itu dan seorang demi seorang mati, mereka perlu mencari jalan untuk melarikan diri dari sumpahan itu. 
Sumber: google

MOVIE REVIEW

Spoiler alert!!
Jujurnya, bila aku keluar dari panggung, 70 peratus perasaan aku macam Wow! Dah lama tak rasa puas macam ni bila tengok cerita hantu. Last cerita hantu yang aku rasa yang mampu mengagumkan aku ialah Jangan Pandang Belakang dan Khurafat aje. 30 peratus lagi aku rasa filem ni boleh dicantikkan lagi kalau beberapa aspek diambil berat. Jujurnya banyak yang boleh dipuji dalam cerita ini. Mekap dan efek digital superb. Nampak real bila Suri (Marsha) bertukar jadi hantu dan waktu Tina (Siti Saleha) kerasukan sampai mati.
Lakonan Wan Hanafi Su, as usual tidak sesekali mengecewakan. Superb dalam selamba. Memang nampak macam betul-betul Tok Batin dari kampung orang asli. Kita dapat rasa kemarahan dan sedihnya dia bila Suri hilang, dan dapat lihat dendam yang meluap-luap tapi takdelah sampai kena mata terbeliak, mengamuk tepuk-tepuk dada bagai macam sinetron Indon tu. Pandangan mata pun dah cukup untuk menzahirkan perasaan dendam Tok Batin pada budak-budak bertujuh ni.
Marsha should be given credit for her superb acting in this movie. Awalnya bila watak  Suri dibawa oleh Marsha aku fikir ia akan menjadi ulangan watak dia dalam cerita Laga. Tayang muka yang cantik, watak menggoda dan berkemban sampai habis cerita. Tapi tidak. Suri adalah anak Orang Asli yang naif dan manis. Malah aku sangat kagum dengan pembawaan Suri oleh Marsha. She’s amazing. Almost as good as Umie Aida in Dukun. Scene ketika dia bersumpah 7 jiwa tidak akan selamat, memang terasa meremang bulu roma. Sayangnya scene ini dirosakkan dengan penghayatan yang tak seberapa dari budak bertujuh tadi, kecuali Sam (Johan As’ari) yang betul-betul nampak terkejut dan bingung kenapa Suri membunuh diri. Cuma entah kenapa dialek percakapan Marsha tak macam orang Asli tapi macam orang Sabah. Mungkin kena berguru lagi dengan Wan Hanafi Su. Dialek orang asli dia sangat meyakinkan. Agak canggung di situ. Ayah cakap macam Orang Asli, anak macam orang Sabah.
Beberapa part yang tak berapa sedap kat mata aku (baca: untuk penambahbaikan) ialah klise. Selepas 7ujuh watak disumpah Suri, kita terus boleh agak jalan cerita seterusnya. Konfem! Seorang demi seorang akan mati. Sampailah habis ketujuh-tujuhnya. Pelakon yang paling tak femes, itulah orangnya yang akan mati dulu, hihi. Standard filem Melayu. Nasib baiklah cara matinya cukup mendebarkan, boleh tahan kejam jugak. Tapi tak bolehlah nak kejam sangat macam filem Saw tu, nanti tak lepas untuk tayangan pulak kan.
Filem ini berlatar masa tahun 70an. Mula-mula aku tengok apa ke pelik sangat fesyen theyolls ni? Tapi bila diorang start mention Led Zeppelin, artis-artis tahun 70an tu barulah faham, owh ok ini bukan cerita zaman sekarang. Tapi perlukah watak lelaki pakai wig yang menyemakkan tu. Sampai habis cerita aku rasa terganggu dengan wig diorang. Dah buruk bebenor rupa sensorang. Kelakar pun ada. Kalau Shaheizy Sam boleh menguruskan badan secara drastik demi Pinjamkan Hatiku, tak boleh ke pelakon ni semua simpan rambut panjang 2, 3 bulan demi 7ujuh ni. At least nampak real sikit.
Setiap watak ada kesalahan masing-masing yang dilakukan terhadap Suri. Sebab tulah Suri berdendam dan seterusnya menuntut nyawa mereka. When the story plot get boring (sebab kau dah tau lepas ni diorang semua akan mati), part saspens yang tinggal cumalah untuk tahu apa kesalahan yang setiap watak dah buat pada Suri. Terutamanya Yasmin (Cristina Suzanne) yang merupakan watak yang agak terkemudian mati. Agak kecewa bila dosa mereka di’reveal’, alahai kecik je pun kesalahannya tapi kena bayar dengan nyawa. Aku harap penulis lebih kreatif dan dapat fikir penganiayaan yang berbeza setiap watak lakukan terhadap Suri. Contohnya Ilyas (Aeril) dan Emma (Dee Dee Nash) sama-sama tahu apa terjadi pada Suri tapi bertindak merahsiakan. Tapi diorang tak buat apa-apa pada Suri. Macam tak adil bila diorang mati teruk giler. Tina, Sam, Mus & Ray. Yes, they get wat they deserve. Yasmin pula, bila dia mengaku kesalahan dia mencabar Tina untuk menggoda Suri, kita akan rasa alahai itu saja ke kesalahan dia. Lebih kepada kesilapan dan terlepas cakap sahaja. Jadi, bila scene dia mati instead of rasa puas aku rasa kesian pulak.
Beberapa perkara kecil lain yang aku rasa pengarah/penulis/production team terlepas pandang ialah:-
      1.     Apa rasional watak Inspektor Azmi yang sekadar datang menyoal kemudian balik. Datang lagi kemudian balik. Walaupun jelas ada sesuatu yang tak kena dengan budak bertujuh itu tapi dia nampak tak curiga langsung. Sudahlah mereka suspek utama. Mereka yang paling akhir melihat Suri. Last part, barulah Inspektor datang membantu Yasmin tapi watak itu tak memerlukan kaliber sehebat Faizal pun untuk merealisasikannya.
        2.     Lepas sekali cubaan keluar dari kawasan itu gagal, mereka bertujuh tak terfikir pun untuk follow Inspektor keluar dari situ. Macam mana Inspektor datang ke banglo tu? Ada laluan lain ke? Clearly Inspektor bebas datang dan pergi tanpa halangan.
3.     Apa mereka buat dengan mayat Ema? Lepas nampak kawan mati semua pakat keluar bilik. Turunkanlah mayat tu kot iye pun. Kawan kau kot tu. Korang budak kolej bukan budak sekolah rendah.
          4.     Dah ada kawan mati secara misteri pun ada lagi selera nak tidur. Siap tidur sorang-sorang lagi tu.
5.     LGBT. Mungkin sebab ni tayangan filem ni tertangguh sampai 5 tahun. Eloklah ditayangkan sekarang, sebab isu ni tengah hot kan. Ya, kami faham Tina tu lesbian, tapi sepanjang masa duk approach si Yasmin macam sepanjang masa desperate. Annoying tau.
          6.     Tak ada karekter yang cukup kuat dan meyakinkan. Tak ada sesiapa yang cukup courageous untuk buat perkara yang betul. Main ikut-ikut kawan je. Perkara sebesar rogol pun boleh nak cover. Alasan, simple je. Takut party tu stop, semua orang balik.
          7.     Jangan tanya soal moral. Cerita ni tak ada sentuh soal agama, tak ada orang solat, sebut nama Tuhan pun tak, botol arak bersepah-sepah, parti liar, rogol, homoseks. PG13 pun cerita ni. So the only moral lesson is “buat jahat dibalas jahat”. So padanlah dengan muka diorang. 
     Overall, boleh je nak pergi tengok cerita ni dengan kawan-kawan. Dengan anak kecik atau remaja macam kurang sesuai kot. Kalau nak tengok cerita hantu dan rasa takut, tengok jelah. Abaikan je kekurangan sikit-sikit tu. Kita bagi 3 bintang ^_^

RATE: ⭐⭐⭐


Wind Chill

Pic Source
Tadi AXN main cerita ni. Wind Chill. Tengok info cambest jek. B yang ajak aku tengok.
Sayang, best ni. Citer hantu. Jom tengok.
Citer thrill ni memang makanan kami laki bini la. Tak tau apsal minat sangat citer thriller padahal dua-dua bukan jenis berani sangat pun. Sekadar minat tengok jek +_+ Citer ni aku tertarik nak tengok sebab:-
1. Rasa macam pernah tengok cerita ni dengan arwah abah before. Tapi tak ingat details. So kenalah repeat.
2. Emily Blunt (tapi citer ni citer 10 tahun dulu, Emily Blunt muda lagi masa ni. Cantik sangat.)
Ini Emily Blunt. Pic source
Disebabkan anak-anak dah tidur dan aku pulak yang tak boleh tidur, nak share lah sikit sinopsis cerita ni. 
Mengisahkan seorang ‘Girl’ ni yang belajar kat universiti nak balik kampung time cuti Krismas tapi takde transport dan tiket pun semua dah habis. Biro Perhubungan Luar Pelajar diorang jenis tak buat kerja mungkin. Korang jangan ingat time raya puasa dan kat Malaysia je masalah macam ni melanda tau. So Girl ni tengok-tengoklah dekat campus punya ride share board dan decide untuk tumpang satu ‘Guy’ ni yang sama laluan dengan rumah dia.
Haih, sapelah yang aku nak tumpang neh.
Bila mereka berdua memulakan perjalanan bersama barulah nampak perbezaan karakter dua watak utama ni. Girl ni seorang yang dingin, tak banyak cakap dan anti-sosial walaupun luarannya dia memang cantik giler. Guy pulak lebih caring dan peramah (awek cantik kot yang tumpang kereta dia). Dalam setengah jam pertama cerita boleh nampak Girl sangat berwaspada sebab dia tak kenal pun siapa yang dia tumpang. Dahlah dengan lelaki, Cuma mereka berdua pulak tu. 
Kalau dah cantik macam ni, tahan je kete sape2 kat tepi jalan. Konfem brenti punyalah.
Semakin menguatkan syak wasangka apabila mereka sampai ke satu stesen minyak Girl terdengar pulak Guy tanya arah pada pekerja kat situ padahal dia bagitau awal-awal tadi dia dah biasa dengan jalan kat situ. Mereka decide untuk keluar dari lebuh raya utama dan memilih jalan yang lebih sunyi dan tak selalu dilalui, ‘Route 606’. Guy cakap itu short cut dan tak kira macam mana Girl merayu Guy tetap nak lalu situ. 
Aduh, dah ajak awek tumpang tapi lupa lak nak kemas kereta. Kacau, kacau!
Satu kemalangan kecil mengubah keseluruhan jalan cerita. Kereta mereka terperangkap dalam salji tebal, tingkap kereta (rosak) tak dapat ditutup rapat menyebabkan angin dingin masuk ke dalam kereta, laluan yang sunyi dan hari sudah semakin lewat. Nak dijadikan cerita tangki minyak pulak bocor jadi diorang tak dapat gunakan 'heater' maka kesejukanlan diorang. 
Bayangkan kalau korang ialah Girl. Terperangkap dalam situasi macam tu dah cukup teruk, ditambah pula bersama dengan orang yang tak dikenali. Berdua. Lelaki pulak tu. Seiring perkembangan cerita, kita akan jadi semakin curiga dengan Guy. Tambahan bila Girl dapat tahu rumah Guy sebenarnya cuma 10 minit dari kampus. Jadi, siapakah Guy? Apa tujuan dia menumpangkan Girl dalam perjalanan lebih 6 jam? Bagaimana dia tahu Girl perlu ride untuk pulang? Itu belum lagi masuk part kelibat yang mereka nampak berkeliaran di sekeliling mereka tapi berlalu pergi macam tu je dan tak endahkan diorang. 
Guy & Girl
Bagi aku walaupun Critics untuk cerita ni kurang bagus dan Box Office ‘rate’nya tak kebabom tapi ceritanya sangat mendebarkan dan penulis cukup pandai mencuit rasa ingin tahu kita untuk terus stay hingga ke hujung cerita. Apa yang aku suka ialah bagaimana relationship Girl dan Guy berkembang dalam masa beberapa jam saja mereka bersama dalam kereta tu, how they develop their trust towards each other, dan juga flashback scene untuk reveal apa sebenarnya yang terjadi kepada kelibat-kelibat yang mereka nampak. Siapa sebenanya mereka dan apa kejadian yang pernah berlaku di ‘Route 606’ itu dulu. Cewah, banyak pulak persoalan. Oh ya, watak-watak dalam cerita ni semuanya tidak dinamakan. Sebab itu aku panggil diorang Girl & Guy.
Overall bagi aku cerita ni best (yang membuatkan aku ada mood nak menulis) Cuma ending part sahaja kurang best. Macam cerita Titanic pun ada. Kalau korang berpeluang tengok, mana tau Astro ulang lagi siaran aku recommend korang untuk tengok. Best. Kalau ending dia sebaliknya, aku bagi 4 bintang untuk cerita ni. Ya, aku perempuan. Aku emotional.

RATE: ⭐⭐⭐

P/s: Emily Blunt got special place in my heart. I’ve start to notice her small role in Devil Wears Prada and start to admire her act in The Adjustment Bureau alongside Matt Damon. But I impressed most by her character in The Edge of Tomorrow and start to become her fan. Looking forward for her many more to come, I believe she’ll be as good as Meryl Streep. I do.

Captain Philips

Assalamualaikum. 
Mommies semua buat apa cuti-cuti ni? Aku cam biasa, mereput je kat rumah. Since last week dah berpenat hantar adik balik Kelantan (siap balik hari lagi, ko mampu Jah?), maka minggu ni aku nak bersenang-senang di rumah. Layan bebudak. Tido dan tengok TV.
Semalam HBO main citer Captain Philips. Tengok je info HBO ada main citer ni, aku sangatlah teruja nak tengok. Aku tau pasal cerita ni masa tengok Anugerah Oscar yang ke berapa entah, yang Ellen jadi host tu, masa tu citer ni tercalon untuk banyak kategori. Macam best jek. Lagi satu sebab aku nak sangat tengok citer ni ialah, B dan aku memang kipas susah mati Tom Hanks dan Leonardo Dicaprio. Sebab kalau cerita yang ada diorang, memang jarang sangat tak best.
Ok, let's get back to the movie. Ehee. Cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar 'Captain Philips' dan kru kapal kargo dia MV Maersk Alabama dalam perjalanan nak hantar bantuan makanan ke Mombasa, Kenya. Dalam perjalanan tu diorang di'hijack' oleh 4 orang lanun Somalia yang cuma naik bot kecil aje. Satu perkara tentang movie yang 'based on true event' ni, kita tak boleh la nak komplen banyak tentang plot ceritanya. Dah memang dia kena ikut kisah sebenar yang berlaku kan. Kalau tak best, takdelah pulak kisah tu nak difilemkan. Heheh. Cuma terpulang pada pengarah sendiri macam mana nak nampakkan kejadian tu macam betul-betul cemas dan mendebarkan di layar perak.
Dalam movie ni, banyak parts yang kita rasa Captain Philips buat keputusan yang bijak dan stay calm walaupun keadaan dah cemas giler. Ciri-ciri seorang true leader. Bila nampak 4 orang lanun tu dah panjat naik kapal dengan rifle semua, dia rileks je communicate guna radio dengan anak-anak kapal suruh menyorok dalam bilik enjin dan jangan keluar walau apa pun. Bila lanun tu dah naik dan tangkap Kapten, dia offer 30ribu USD dalam peti besi dan suruh diorang balik cara elok. Korang rasa diorang nak 30ribu tu? Takde nye der. Diorang nak 10juta USD dengan cara jadikan anak-anak kapal ni orang tawanan dan mintak duit tebusan dari company Insurans (gila tamak punya penyamun). Tapi 30ribu tu pun diorang amik jugak. Hampeh.
Selepas beberapa kekalutan berlaku atas kapal (hasil kelicikan Kapten mengenakan lanun-lanun tu), akhirnya lanun-lanun ni sepakat nak lari dari kapal dengan menggunakan bot penyelamat yang ada atas kapal tu. Tapi sempat lagi orang kanan lanun tu hempuk kepala Kapten dan bawak Kapten sekali sambil-sambil nak lari tu. Menyempat aje kan.
Maka terselamatlah kru kapal dan tinggallah Kapten dan 4 orang lanun dalam bot tu menuju perairan Somalia. Terharu sangat tengok Kapten sanggup bahayakan diri demi taknak merisikokan nyawa kru kapal yang lain. Ha, sampai kat sini baru cerita ni start mendebarkan. Aku tak nak spoil keseronokan cerita ni so tak mau cerita sampai habis. Korang kena tengok sendiri macam mana Kapten Philips deal dengan situasi hidup mati dalam bot tu. Paling best ialah perancangan yang smart Kapten kapal pemusnah US Navy dan US SEAL nak selamatkan Philips. Memang berdebar gila tengok, dan kalau tersilap langkah atau terlambat sesaat, terbanglah nyawa Kapten Philips ni. Terpaksa jugalah bagitau korang yang Kapten ni dapat diselamatkan akhirnya. Kalau dia mati, orang tak buatlah pulak movie ni kan. Huhu. Pada yang minat 'True Story' movie macam aku, cerita ni highly recommended. Peminat Tom Hanks pun kena tengok. Memang ada muka dia je dari awal cerita sampai habis. Dah tajuk cerita pun nama watak dia.
Captain Philips yang sebenar.

RATE: ⭐⭐⭐⭐

P/s: Those yang asyik tanya kenapa aku duk review movie-movie lama. Haiyoo, aku bukan pengkritik movie professional, asal ada movie baru keluar je kena review dan kritik. Korang bacalah Rotten Tomatoes tu. Aku cuma review movie-movie yang aku dah tonton sahaja. Yelah, kalau tak tengok nak review canner kan? Hehe. Maksud aku, bila aku dah tengok movie tu aku akan share kat sini cerita tu best ke tak best from my POV walaupun hakikatnya orang lain dah berkurun tengok cerita tu.
Sebab tu lah aku bagi review citer Captain Philips ni di saat demam MUNAFIK 2 dan HANTU KAK LIMAH sedang melanda. 40Juta kot. Ko rasa aku ada masa tengok wayang? Pfftttt.

Buang

Assalamualaikum mommies.
Awal masak? Hehe. Rilek, rilek. Lambat lagi berbukanya. Pelan-pelan kayuh. Sambil, sambil korang fikir dan decide nak masak apa tu, cuba tengok gambar 'tokoh' yang sangat ikonik ini.
Pic Source
Mesti ramai yang kenal kan. Pada adik-adik yang tak kenal siapa ni. Inilah Buang. Sang pengkhianat bangsa yang jadi tali barut Jepun zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Watak 'Buang' dilakonkan oleh Allahyarham Salleh Kamil (gambar) sebagai petualang bangsa dalam salah satu movie P Ramlee yang sangat famous amos, Sarjan Hassan. Watak ni adalah watak antagonis yang sangat ikonik kerana lakonan superb arwah Salleh Kamil (Al-Fatihah) memang sangat menjadi. Kiranya kalau tengok movie ni korang akan rasa menyampah dan meluat giler dengan Si Buang ni.
Watak ni pada akhirnya dibunuh Sang Hero ehem, ehem iaitu siapa lagi, mestilah P Ramlee a.k.a Sarjan Hassan. Seperti biasa, cerita-cerita P Ramlee mesti digarap sarat dengan pengajaran. Hayati kata-kata Sarjan Hassan sejurus berjaya bunuh Si Buang ni.
Pic Source
Ini scene masa Buang kena bunuh. Puas giler tengok akhirnya orang jahat mati. Orang baik menang. Dah macam cerita Tamil pulak. Hahahah (gelak rakus).
Kisah Sarjan Hassan sudah tamat. Jepun pun dah kalah dan balik ke negara asal. Tanah Melayu dah bertukar jadi Malaysia. Masalahnya hari ini, aku tengok masih berlambak lagi tinggalan keturunan Si Buang di zaman serba moden nih. Penjajah dah balik, Malaysia dah merdeka (kononnya) tapi 'cucu-cicit' Si Buang ni masih gigih meneruskan agenda macam biasa.
Demi duit yang sedikit mereka sanggup menikam belakang. Demi pangkat, harta dan kedudukan sanggup bangsa sendiri dipijak-pijak. Menabur fitnah, menabur pasir dalam periuk kawan, selamba. Yang penting aku happy, aku berjaya menjatuhkan orang lain tak kisahlah kalau terpaksa jadi barua pun. Biar aku senang sensorang jek. Keji kan?
Menipu, mengampu dan mengadu domba makanan ruji dah. Tak kisah keluarga kenyang dek duit haram. Tak takut balasan tuhan langsung.
Kerana segelintir 'Buang' ini, rosak bangsa punah negara. Pada bulan Ramadhan yang padanya ada 1000 keberkatan ni, marilah kita menadah tangan untuk setiap 'Buang' yang lahir, akan turut lahir seorang 'Hassan' juga untuk menewaskan dan menghapuskannya. Jangan kasi membiak keturunan Buang ni. Amin.

Cabaran Baru Mama

Assalamualaikum mommies.
Weekend baru ni B ajak pergi kenduri kahwin kawan satu tempat kerja dengan dia. Dekat Felda Rasau, Ketengah Jaya. Agak jauh jugakla, lebih kurang 1 jam dari rumah. Tapi alkisah yang nak cerita ni bukan pasal orang kahwin. Orang yang nak kahwin tu dah selemat dimempelaikan, hikhik. Alhamdulillah, selamat berbahagia hendaknya kepada pasangan pengantin. Seronok tengok pasangan muda kahwin, buat majlis yang sederhana tapi meriah, pengantin sempat layan tetamu dan kawan-kawan yang datang (takdelah sibuk bergambor aje), lauk pun sedap. Senang hati dan tumpang gembira nengoknya. Yang  nak dibebelkan hari ni ialah perihal dua ketul handbag aku ni.
Adam & Aisya.
Sebelum ni aku memang jarang nak keluar berempat dengan B dan anak-anak sahaja. Memang kalau tak bawak nenek sekali, biasanya Aisya kami tinggalkan di rumah aje. Kesian nak angkut ke sana sini, plus Adam memang perlu full attention sebab bila terlepas aje, dia akan berlari ikut suka hati macam terlepas kandang. First time kami travel berempat, masa balik raya bulan 7 ritu dan adalah beberapa kali lepas tu kot. Tapi memang jarang. Kalau bawak Aisya, mesti dengan syarat nenek ada sekali kalau tak memang kami bertiga sahaja.
 
 
Hari Ahad lepas, (walaupun Adam dah setahun 10 bulan, Aisya dah 9 bulan) I still find out myself struggling to handle both kids. Sigh. Cabarannya dengan Adam ni ialah payah nau nak suruh duduk diam-diam. Nak duduk properly dalam carseat jauh sekali. Sekejap nak duduk depan, sekejap nak pergi dekat abah sibuk nak drive, sekejap nak join mama dengan adik kat belakang, sekejap panjat nak pergi seat paling belakang. Pendek kata, habis satu kereta dijelajahnya. Risau sangat takut babahnya emergency brake ke, hape ke. Kalau tak bawak Aisya, memang aku riba Adam dekat belakang. Nak duduk depan pun dah tak selamat dan tak menyenangkan. Habis button radio, air-cond dia tekan tekan. Bayangkanlah betapa 'chaos'nya. Dalam kereta sekejap sejuk sekejap panas. Lagu sekejap kuat sekejap pelan. Tarik gear, tarik stereng, tarik tangan B tengah drive. Ya Rabbi, pening kepala. Sebab dia buas sangat, sekeping pun takde gambar abang Adam dalam kereta. Padan muka!
Si Aisya pulak, meragam tak nak duduk diam-diam. Nak cari apa yang boleh dikutip dalam kereta, boleh dikunyah. Tak nak pakai headband. Akhirnya, naik penat dan tertidur. Tak dapatlah amik gambar dengan headband comel =(
 

Mujurlah bebudak 2 ketul ni tak buat perangai di majlis orang. Masa kami sampai Aisya tidur lagi. Bangun je terus suapkan dia nasik. Perut kenyang takdelah nak meragam lagi. Masa balik pulak, kami singgah Mesra Mall. Heavenlah Adam dapat explore satu mall. Semua kedai dia nak masuk. Berlari, jatuh, tak dapat nak control dah. Alih-alih aku suruh dia duduk dalam stroller Aisya, Aisya aku dukung. Tu yang panjang muncung tu.


 
I guest we did a good job today. Walaupun banyak kali jugak Adam terjatuh. Nak buat camner, nak dukung takmo. So, as a reward malam tu ajak B keluar sekali lagi. Kali kedua pergi Mesra Mall hari yang sama. Huhu. Nak pergi Kuantan jauh sangat, takut penat esok nak kerja. WE had our dinner there and midnight movie. Malam tu tengok The Boy.
 
 
Best jugak ceritanya. Tak stereotype and banyak adegan terkejut-terkejut. Rasanya jauh lagi horror dari Insidious Chapter III.
P/s: Teringat-ingat nasi kandar kat food court Mesra Mall. Terkena guna-guna ke aku?
#AlfatihahAki #Cucucucudahbesar

Pride and Prejudice

Berapa ribu kali pun tgk cerita ni, aku tetap akan tengok lagi tiap kali kua TV. Sangat excited nak menulis pasal cerita favourite aku ni. Famili aku pun camni, semua anak pompuan. Tapi takdelah lawa2 camni. Berangan je la. Nak2 pulak heroin dia anak no. 2...Ehem ehem.
Lydia, Kitty, Elizabeth, Jane, Mary
Aku memamg obses genre2 camni. Entahla, life orang dulu2 nampak sangat cool. Scenery yang cantik. Tapi yang paling best konflik & isu yang cuba diketengahkan writer tu la. Orang yang ada anak perempuan ramai je yang akan memahami. Orang tua2 dulu pun pernah cakap kan, bela lembu sekandang lagi senang dari jaga anak dara sorang. Abah aku bukan takat satu kandang, empat kandang ha. =P
Movie ini diadaptasi dari novel karangan Jane Austen (tajuk sama) pada tahun 1813. Dengan latar masa kehidupan di England pada abad ke-19. Mengisahkan Mr. Bennet yang mempunyai 5 orang anak perempuan; Jane, Elizabeth, Mary, Kitty & Lydia. Mrs. Bennet (isteri Mr.Bennet) bersungguh-sungguh mencari calon suami dari golongan kaya untuk anak-anak perempuannya bagi memastikan survival mereka sekeluarga jika suaminya meninggal dunia. Harta Mr. Bennet tidak dapat diwariskan pada anak-anak perempuan mereka sebaliknya diwarisi oleh Collin, sepupu Mr. Bennet.
Pendidikan untuk kaum wanita pada zaman ini tidak penting, cinta juga tidak penting. Yang penting ialah mencari suami berada yang boleh memberi jaminan kewangan di masa depan. Hidup di zaman yang sangat memandang hina pada golongan berbeza darjat dan wanita berstatus ‘andartu’, bayangkan tekanan yang dihadapi Mrs. Bennet untuk memastikan kelima-lima anak perempuannya dilamar lelaki baik-baik dan paling penting, dari keluarga berada.
Elizabeth menongkah arus apabila beliau bertegas mencari cinta dan menolak lamaran Collin (sepupu keluarga) yang mewarisi harta ayahnya. Konflik bermula apabila seorang pemuda hartawan yang sangat kacak, Charles Bingley berpindah ke estet berdekatan dan hadir ke majlis tari-menari bersama sahabat karibnya Fitzwilliam Darcy. Bingley terus jatuh cinta pandang pertama pada Jane (anak sulong) yang cantik dan lemah lembut. Sesuatu berlaku antara Elizabeth dan Darcy di majlis itu yang menyebabkan Elizabeth bencikan pemuda tersebut yang dianggap sombong.
Pada masa yang sama, Elizabeth berkenalan dengan Leftenan Wickham yang menceritakan bagaimana Darcy menipu harta yang diwarisinya daripada ayah Darcy. ‘Plot twist’ yang sangat menarik oleh Jane Austen apabila akhirnya Elizabeth memilih Darcy yang pada awalnya sangat dibenci berbanding Wickham yang kacak dan peramah. Bagi menjawab persoalan, kenapa akhirnya Elizabeth memilih Darcy; apa kesudahan hubungan Jane dan Bingley; siapa sebenarnya Wickham; berjayakah Mrs. Bennet mengahwinkan kelima-lima anak gadisnya; yang ni korang kena tengok sendiri. Baru syok.
Banyak isu menarik yang diketengahkan dalam cerita ini seperti sikap prejudis yang memakan diri, menghakimi insan lain tanpa usul periksa, sikap tamak sesetengah pihak dan cuba mengambil kesempatan atas pihak yang terdesak, futnah dan tohmahan, perbezaan darjat, perkahwinan tanpa rasa cinta kerana mengelak dari menjadi buah mulut orang akibat lewat berumahtangga.
Begitu banyak isu sosial yang membelenggu para wanita pada zaman tersebut. Wanita dinafikan hak untuk mendapat pelajaran yang sewajarnya, sebaliknya perlu fokus pada mencari pasangan hidup yang mempunyai ciri-ciri yang ditentukan oleh keluarga. Korang kena tengok cerita ni. Sangat best. Aku bagi 5 bintang.

RATE: ⭐⭐⭐⭐

TV Hitam Putih



IKAN KALOI

Pernah dengar tak lagu ni? Ni lagu feveret sepanjang zaman. Kenapa sepanjang zaman? Sebab dari zaman atuk, sampai mama, sampailah aku. Semua minat lagu ni :) Sekarang, Izzah pun dah pandai nyanyi lagu ni. Nih link dia.


Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang

Mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi
timbullah bonda ooiii...
timbullah tunjukkan diri

Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku


FILEM DULU

Bagi aku, zaman bawang putih bawang merah, filem hitam putih, Studio Jalan Ampas, filem2 P.Ramlee adalah zaman kegemilangan filem melayu. Sebab banyak tengok cerita lama, kecik2 dulu selalu berangan nak kawen dengan Mustapha Maarof. Kantoi suda.




Source: majulah-the-film-music-of-zubir-said
Beliau sangat hensem. So, tak bolehlah nak salahkan beta, huhu.



Zaman tu kita buat filem ikut citarasa orang kita, budaya kita & kalau filem tu filem lawak sekalipun, banyak pengajaran boleh kita ambil jadi iktibar. Orang zaman dulu 'smart'. Lawak derang simple, tapi cukup makan dalam. Tak caye?


Source: v12gether
Jangan tamak haloba macam Kasim Baba. Harta dunia ni macam air laut, lagi minum lagi dahaga woo.


Biar muka hodoh, jangan bodoh! Kata cikgu Rose =)




Source: bombay-913
Bahasa jiwa bangsa. Ada reti??



Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini? Isu2 yang berat + sensitif disampaikan pada masyarakat dengan begitu sinikal. Gelak, gelak jugak. Sentap, sentap jugak. Pada penonton yang rajin berfikir, kita dapat hiburan + pengajaran. Pada yang malas berfikir pun tetap tak balik tangan kosong. Tetap boleh gelak pecah perut dengan family ^___^ 


SCENE 1

Masih ingat lagi satu scene dalam filem Bujang Lapok? P.Ramlee kejar satu awek ni. Nama dia Perani. Awek ni guna muka lawa dia untuk tipu pakwe2 yang nak menggatal dengan dia. P.Ramlee tunjuk dengan jelas dalam citer tu betapa daif kehidupan watak Perani tu (yang dijadikan alasan untuk menipu). Walaupun dah kejar sampai rumah, yang bestnyer hero tak confront that girl. Dia cuma nak tau cerita sebenar.

Dan bila kena tegur, awek tu dengan selamba cakap kat mak dia "mana mak lagi suka? Perani menipukah atau Perani menjual kehormatan dirikah?"
That scene ended dengan Ramli bermonolog "inilah sandiwara dunia".

Tidakkah ianya satu realiti yang manusia sering bagi alasan pada diri sendiri tiap kali nak buat sesuatu yang salah? Macam-macam alasan kita bagi pada diri untuk akhirnya meng'halal'kan perkara2 salah yang kita buat. Lama2, yang salah dah tak jadi salah lagi.

"Kalau aku tak buat, orang cakap aku buat. Baik aku buat."
"Kalau aku jahat orang keji. Kalau aku baik, jujur, tak makan duit haram, bila family aku susah bukan ada yang nak tolong pun."
"Aku buat hal sendiri je, takde kacau hidup orang pun."

Rasulullah SAW dah bagitau semua ni lebih 1400 tahun dulu. Orang2 bijak pandai dah nampak semua ni 30, 40 tahun dulu. Hari ini, dengan sebanyak2 peringatan yang ada ni, orang kita tetap jadi macam ni. Rosak.



SCENE 2

Satu lagi scene dalam Seniman Bujang Lapok. Bila Azis tegur Sudin yang nak buat majlis kahwin besar-besaran (B mesti mengutuk kalau baca ni). Tetiba jiran bilik sebelah gaduh laki-bini. Bini mintak cerai sebab laki tak pernah belikan bini barang kemas. Laki cakap, masa kahwin mak bapak bini mintak sampai RM5000. Laki takde duit, laki hutang banggali. Sampai anak tiga pun hutang tak habis bayar. Bunga bertambah. Siapa yang salah?



SCENE 3

Scene dalam cerita Tiga Abdul. Bila bapak dia meninggal (tanpa sempat sebut nama adik bongsu), Abdul Wahab + Abdul Wahib dah start kira berapa bahagian harta masing2 dapat. Mayat bapak dalam rumah lagi tu. Ish ish ish.



SCENE 4

Sudin + Ajis tengah 'belajar' skrip bila Ramli balik dating bawah pokok. Dua2 sumbat telinga sebab jiran sebelah pasang lagu joget kuat2. Lepas tu bini tua datang serang. Ayat killer dia " owh, kalau pasal berbini ikut undang2 Islam ya. Kalau sembahyang, puasa, kenapa tak ikut undang2 Islam?"

Ajis pulak tambah lauk "tu la sedara, berbini dua pandai. Undang2 bodo. Gilir2 la, satu malam sana, satu malam sini. Selamat malam."



SCENE 5

"Butang baju Melayu abang mana Pah?" Hehe. Bini siang malam main mahjong, last2 husband bukak cawangan baru. Sampai 3 pulak tu. Remember Ayah Haji mertua si Jamil? How sinical the fact that he didn't mad at Jamil walaupun dah menduakan (atau menigakan) anak dia sendiri. Bermadu itu pahit sedari, tapi tak salah di sisi agama. Bak kata Ahmad Nisfu, "musti adil. Sama rata, sama rasa." Nice. 


NEGATIF

It's not that tak ada unsur negatif langsung dalam cerita Melayu lama. Derang pun seksi. Pakaian derang lebih daring lagi. Ketat, melekat. Tu belum kira fasyen berkemban tak kira masa lagi tu. Kadang2 pun kita boleh perasan ada scene yang selamba je pegang gelas arak. Night club, pompuan joget, etc.etc. (Sekarang pun 2x5 je).

Mama cakap zaman tu ramai orang masih jahil pasal agama. Perempuan tak pakai tudung, selamba. Derang cuma letak selendang nipis atas kepala jadi aksesori. Lepas tahun 70-an bila ramai lepasan Al-Azhar, student2 kita yang study kat neagara timur tengah balik, baru lah pelan2 lifestyle makcik2 + pakcik2 ni jadi islamik semula.

Abaikan part negatif tu, maafkan kejahilan derang, kita ambil aspek positif untuk dijadikan bahan perbandingan.




FILEM SEKARANG

(I should write another entri for this.) Hoho. Susah nak kata. Bila ada filem berkualiti dihasilkan, kaya dengan nilai2 artistik, konfem-konfem filem tu akan gagal di pawagam. 

Paling2 pun dapat award (kalau dapatlah). Untung tadak.

Yang untung, Cina bukit yang buat movie yang ntah ape-ape. Rempit + lawak = Sampah.

  • Bila musim cerita hantu, semua nak buat cerita hantu. Bila musim cerita rempit, makan, tido, mandi, berak semua merempit.
  • Bila zaman Saiful Apek naik, bernanah bijik mata tengok semua cerita ada muka Apek.
  • Zaman Rosyam Nor, filem Rosyam Nor, drama Rosyam Nor, iklan Rosyam Nor.
  • Sampai tahap Rashid Sidek pun pernah diangkat jadi hero filem. Begitulah desperatenye kita nak cari unsur2 komersial untuk melakukan filem.
  • Kita pernah ada filem2 perang yang bagus. Leftenan Adnan, Embun, 1957 Hati Malaya, tapi takde dengar pun filem2 ni box office.
  • Sekarang pulak, zaman pelawak tengah in. Semua nak buat cerita lawak pulak. Kadang2 kelakar nye tuh sampai tahap nak gelak pun kesian. Slapstik.
  • Cerita islamik pulak? Hampeh!! So called islamic movie like Aku Masih Dara, Syurga Cinta, 7 Petala Cinta, macam2 cinta lagi lah...Haiyoo, tahap sampah. Kalau dah namanya nak cari keuntungan, tak payahlah buat cerita islamik bila sendiri tak faham apa itu Islam sebenarnya. Cerita pun dah tak laku. Nak buat orang tersentuh jauh sekali. Script writer, please, please, please, do some readings, do some homework!
Aku sokong filem Melayu woo. Baru bulan lepas tengok Aku Terima Nikahnya. Tapi hasilnya sangat3x hampeh. 

Next2 time kalau ada filem2 best @ tak best yang aku tengok ke, tertengok secara tak sengaja ke, aku bagi review kat korang ea (mama + adik2 aku rajin betul purchase movie kat Astro First tu. Hujung bulan, tengok bil, @_@ pensang) . Best jugak kalau ada entri2 khas untuk movie kan. Hurm, we'll see. Tapi kalau ada cerita yang korang rasa best tapi aku cakap tak best tak payahlah mengamuk pulak. Lain orang lain citarasanya ye dak?

P/s: Contoh cerita lama asyik bagi filem2 P.Ramlee je. Sorry, aku memang obses citer P.Ramlee. 

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol