Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Rahsia Wanita - Lactacyd Feminine Wash

Assalamualaikum mommies.
Hari ni kita nak share dengan awak semua apa yang ada dalam handbag kita. Ala-ala macam wartawan terjah handbag artis tu. Walaupun korang tak teringin nak tengok tapi aku tetap nak tunjuk gak. Hahah. Ini handbag yang bawak pergi office tau. Bukan bag serbaguna yang bawak time keluar dengan anak-anak semua. Kalau bag yang itu, dengan pampers, kain lampin, segala datuk nenek tapir dan gajah semua ada. Ok, jom tengok.
PURSE
Of course la kan. Purse ni dah 5 tahun usianya, lagi tua dari Adam. Hantaran kahwin aku dulu. Sedang berkira-kira nak tukar purse baru, tapi yang ni tak rosak apa pun lagi. Hmm, macam sayang kan.

HANDPHONE
Hp kena bawak dua-dua tau. Satu personal satu lagi company punya. Iollss kan orang penting. Kekeke.
PEN & NOTEOOK
Jenis manusia yang boleh dapat ilham pada waktu yang sangat random (eg: dalam jamban) macam aku, memang kena sentiasa ada buku nota dan pen bersama. Nanti teringat pape catat dulu sebelum lupa.
MAKE UP
Aku cuma perlu the most basic one. CC Cream (The Face Shop), Lipstik (NYX) dan celak (Maybelline). Cukuplah untuk aku touch up lepas solat di office.
LACTACYD FEMININE WASH & WIPE
Inilah topik utama yang aku nak cerita ni. Benda yang tak senang duduk kalau takde.
Lactacyd ni product global tau. Cer google, bersepah-sepah gambar dia. Aku kalau beli mesti 2 size. Satu yang besar untuk penggunaan harian di rumah dan satu size mini untuk dibawa kemana-mana.
Kita yang kategori mak-mak ni, penat macam mana sekalipun janganlah sampai kebersihan diri tu terabai. Pergi office cecantik macam Neelofa, duduk rumah macam Hantu Kak Limah. Deng! Lactacyd terdapat dalam 5 pilihan warna berbeza. Korang boleh pilih ikut preference masing-masing.





Di rumah aku pakai White Intimate (warna biru) sebab itu untuk penggunaan daily kan. Barulah cepat nampakkan kesan. Yang mini-size pulak aku prefer yang All Day Fresh (warna hijau). Yelah, bila banyak aktiviti di luar, mestilah kita nak rasa fresh dan segar selalu kan.
Lactacyd ni best sangat sebab dia lembut dan berasaskan susu. Bau pun lembut je.  As we all know, bila produk tu dijual dekat drugstore, maknanya it was dermatologically tested dan terbukti keberkesanannya.
Bercerita pasal barang harian aku, kebetulanlah pulak dua tiga hari lepas Lactacyd aku yang botol kecil dah habis. Gigihlah aku pergi mencari kat Guardian.
Itu dia. Sudah jumpa buah hati saya.
Selalunya botol besar harga dia RM28 (warna biru yang aku pakai tu mahal sikit dari yang lain) boleh tahan sebulan lebih dan yang size mini RM10. Tapi nasib aku terlalu baik pulak hari tu ada sales. Oh Tuhan, kebahagiaan apakah ini?
Ini dia. RM38 dapat 2 botol besar, 1 botol kecik dan dapat Wipes sekali. Memang dapat jimat banyak sangat. Tak apalah tak dapat warna hijau pun. Thank you Lactacyd!

Scarffeya Buat Sale!!

Assalamualaikum mommies.
Skrol skrol Ig siang tadi tengok-tengok melintas la sales Scarffeya. Aku memang dah lama gilakan baju-baju Scarffeya. Tapi selalu tak sempat sebab laku macam goreng pisang panas. Selalunya, mesti size S dah habis tinggal size yang besar-besar je. Contohnya blouse kat bawah ni. Berdarah mata tengok model ni pakai. Tapi sampai sekarang Scarffeya tak restock balik. Pants pun diorang tak restock. Wuwuwu (menangis di bucu katil).
Inilah sales yang dimaksudkan. Kalau tiap kali birthday, founder dia akan buat sales macam ni, aku harap dia akan celebrate birthday 5 kali setahun. Heheh.

Baju kurung punya sales memang gila-gila punya. Sebab selalunya baju kurung Scarffeya punya harga RM200++ yang membuatkan fikir berkali-kali kalau nak beli. Tapi during sales kali ni jadi RM100++ saje. Hah, gila tak gila?
Aku dah lama mengidam baju kurung Hana ni. Sejak mula-mula diorang release teaser kat IG lagi aku dah save sebab nak beli. Sekali baju yang baru release pun diorang buat sales sekali. Dan hari sales nya pulak jatuh di hari gajiku yang mulia ini yakni 27hb. Maka dengan rakusnya aku pejamkan mata transfer duit untuk beli dua pasang yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb nih. Hampeh betul Scarffeya, lari bajet la aku bulan nih. Sape suruh buat baju cantik-cantik sangat hah?

Nanti bila dah sampai kita pakai dan buat OOTD ye. Hikhik.

Update: Barang kita dah sampai pada 1 Oktober. Waah, tak sabar nak try.

My First Ariani

It's true. 
I never have an Ariani or Fareeda before. Nealofar ada sehelai. Itupun B suruh beli sebab nak ambik hati kawan dia yang baru bukak Butik Nealofar dekat Kuantan City Mall. Baru pakai sekali masa Raya Haji. Aku beli beberapa hari sebelum Elyas lahir. Sempat lagi dalam sarat-sarat tu merayau shopping barang baby dekat KCM. 
Aku memang limitkan harga tudung aku tak lebih RM30 sehelai. Huhu. Bapaknye kedekut kan. Sebab tu dalam almari aku tak ada Ariani, Fareeda, Nealofar, Radiusite, Sugarscarf dan benda alah apa lagi namanya. 
Tapi baru ni along datang rumah. Dia bagi sehelai Ariani, baru pakai sekali masa raya katanya. Dah tak nak, dia bagi aku. Cantik warna + lembut je kainnya. Aku pakai hari ni pergi kerja. 
Ok tak aku pakai Ariani?
P/s: Aku tak pakai jenama-jenama di atas bukan sebab boikot ke, sabotaj ke apa, sebab mahal je. Sebab nak jimat. Takde nak memburukkan produk siapa-siapa. Rezeki masing-masing kan.

Berpantang Hari Ke 14 - IV Mist

Assalamualaikum mommies.
Sejak umur 25 tahun aku mula menderita dek kerana resdung. Barulah faham perasaan orang yang sanggup berhabis duit demi nak merawat penyakit ni. Aku kurang menunjukkan reaksi ada makanan. Tapi kalau HABUK, ya Allah cerita pun tak guna. Mata bengkak dan berair, hidung dan lelangit gatal, keluar air, rasa mencucuk-cucuk macam ada jarum. 
Kalau cerita pasal ubat, sebut je antihistamine jenis apa yang aku tak pernah makan. 
Piriton. 
Cetrizine. 
Zyrtex. 
Aku pulak jenis kalau ubat alergik ni tak kira jenis apa pun memang akan mengantuk. Walaupun doktor cakap dia bagi yang tak mengantuk. Bahaya la kan. Aku dah la kerja jauh, nak drive tapi mengantuk. Tak makan nanti tak tahan gatal. Kalau aku pergi klinik, doktor tengok mata bengkak teruk memang senang-senang je dapat mc. Tapi kitalah pulak yang rasa tak best kalau asyik mc. Segan kat kawan sekerja. Asyik diorang je yang kena cover kerja kita. 
Lagi satu aku jenis yang tak suka makan ubat-ubatan masa sedang mengandung. Tak mau ada bahan kimia masuk dalam badan (pendapat peribadi je, bukan doktor pun). Kadang-kadang sakit pun tahan jelah. Tapi kalau tak tahan telan jugak, dengan rasa bersalah sangat kat baby. =(
Tapi sejak few months ago, sepupu aku perkenalkan satu produk ni. IV MIST nama dia. Dah lama dengar pasal produk ni, tapi tak pernah cuba.
Pic source
Harga RM28 sebotol. Aku tau harga ejen jauh lebih murah, beli 10 botol dah dapat jadi ejen. Tapi aku beli runcit-runcit. Bila habis baru beli lagi sebab sambil-sambil membeli aku support bisnes cousin aku tu jugak. Biarlah dia cari duit belanje sikit-sikit =) Aku selalunya akan beli 2 botol sebab Izzah lebih kurang aku je penyakitnya. Terlalu sensitif dengan habuk. Anytime je boleh demam bila terkena habuk (demam sebab selsema teruk, suhu badan pun naik tiba-tiba). Tambah dengan sakit kepalanya lagi.
Aku happy sangat dengan IV Mist ni sebab sekarang aku tak payah makan ubat selsema langsung. Diulangi: TAK MAKAN UBAT LANGSUNG. Bila terasa je macam nak datang simptom-simptom resdung tu, aku spray sikit IV Mist ni kat tapak tangan, pastu sedut kuat-kuat. Bagi bau dia menusuk masuk hidung. Macam magic sangat, terus rasa clear je hidung yang tersumbat tadi.
Ni aku punya. Lavender. Aku memang suka yang warna ungu je. Cousin aku cakap takde beza semua bau sama. Tapi entahlah, aku bau macam lain. Huhu. Ungu paling sedap baunya. Amboi, dulu masa resdung teruk aku rasa macam deria bau pun hampir-hampir tak fuction. Ini bukan cerita rekaan ye. Memang deria bau aku macam dah nak rosak. Orang cakap bau busuk, bau wangi aku selambe dekk je tak bau pape. Begitulah dahsyatnye penyakit aku dulu.
Sekarang Alhamdulillah. Bila dah jarang sakit, hidung tak tersumbat, jarang-jarang selsema dan demam, tak ada dah gatal mata, tekak, hidung, telinga dengan sakit kepalanya lagi. Ya Allah, memang rasa hidup makin berkualiti. Dan penawarnya tak mahal pun. Sekarang aku sedang berpantang. Dah 14 hari. Aku boleh menyusukan baby tanpa rasa bimbang pun dia affected dek ubat-ubatan yang aku makan. Sebab aku tak makan ubat. Huhu.
Benarlah, kalau tak sakit,mana nak mensyukuri nikmat sihat. Kan?

Argan Oil By Mira Filzah

 Assalamualaikum mommies.
Hari ni happy sangat. Sebab? Because Leo finally won an Oscar!! Eh, bukan bukan. Sebab hari ni cuti Pertabalan Sultan Mizan. Syok woo, cuti hari Jumaat. Bukan senang nak dapat cuti straight 3 hari camni. Kepala hotak dah mula berkira-kira syoknye lepak dengan anak-anak kat rumah. B pun ada sekali sebab dia kerja normal hours sampai habis plant turn around Mac ni.
Habis pasal cuti. Aku nak cerita pasal satu produk ni. Officemate yang jual.
MORA by Mira Filzah.
Produk ni based dari Argan Oil yang memang diketahui ramai banyak khasiatnya. Ada 2 produk:-
1) Pure Argan Oil - boleh dijadikan serum untuk melembutkan dan melembapkan kulit, anti-penuaan, minyak rambut, mekap base, merawat Eczema untuk kulit bayi, dll.
2) Cleanser - untuk mencuci muka dan sebagai mekup remover.
Haaa. Best kan. Dah ada Argan Oil Serum tu dah tak payah nak beli foundation, minyak rambut, losyen lagi. Semua dah multifunction dalam satu botol. Cleanser pulak, kita tak payah lagi susah-susah nak guna mekap remover ke, nak tonyoh muka dengan baby oil ke. Senang dia cuci muka dan tanggalkan mekap sekali. Aku beli ni pun, sebab nak support member baru nak start berniaga =)
 
 
Serum didatangkan khas dengan botol pink yang sangat comel ni.
 
 
Ada penitis sekali. Senang, picit dan titiskan. Kalau jimat-jimat satu botol boleh tahan sampai 2 bulan.
Cara penggunaan.
 
Feedback dari customer.

Ini screen shot Ig kawan saya tu. No. Whatsapp: 013-5942717

Yang ni saya punya =)

Bisnes Cadar Patchwork Kami

Bismillah.
Assalamualaikum mommies. Uollz taknak tanya ke I nak pergi mana ni? I dengan selipar kuning dan bibir merah ni nak pergi berniaga sebenarnya. Nak hantar cadar orang tempah. Yang dalam kereta tu semua dah ada orang chop. Korang nak jugak? Haa, ni design dia.
 













 
3 Pcs. 1 cadar, 2 sarung bantal.
Material : 80% cotton, 20% polyester.
Colour: Maybe lain sikit dari gambar sebab pencahayaan.
Price: RM70 (Area Kemaman kami COD, luar Kemaman boleh pos)
Kami pun dah pakai. Kain tak panas dan terletak elok. Even kain tak seberat yang fully cotton but still berbaloi dengan harga.
Whatsapp me. 019-9800178.
9/10 punca rezeki datangnya dari berniaga. Ingat tu. Mihmihmih.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol