Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Selamat Hari Lahir Abang


Dalam excited dengan orang baru, macam ada sesuatu yang dilupakan.
8 Mei 2014 hari lahir B ke-27.
Tak ada kek, tak ada celebration.
Cuma ada ucapan hari lahir, itupun dah lewat petang.

Duhai imamku, suamiku, kekasihku,
yang dengan ijab & kabul aku jadi miliknya,
yang di bawah telapak kakinya terletak syurga didamba,
yang aku tercipta dari rusuk kirinya,
yang kukandung dan kulahirkan zuriatnya,
yang matang bicaranya, tinggi sabarnya,
sungguh kekasih, aku ingin bersamamu di syurga Allah yang abadi.

MOHD HAFIZUDDIN B. HAZIZ
Itu kamu. Cinta mati.

Love you forever.

Love you even more when he's here with us.

Hari Ini Punya Cerita


DIARI HARI INI.

SUAMI : Hari ni kerja pagi. Pukul 5.45 pagi dah keluar, tinggalkan tilam yang empuk, tinggalkan pelukan hangat sang isteri, cari rezeki untuk anak bini. Sempat kucup pipi si anak buat ubat rindu sepanjang hari. Motivasi sang ayah agar rajin berkerja.

Gambar sekadar hiasan. Hihi.

IBU DAN ADIK : Ikut rombongan cik kiah ke Kelantan sejak malam semalam. Katanya, nak ke Pangkalan Kubu, Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Wahh, shopping sakan korang ye. Have a safe journey y'll.

Selfie sgt korang kan. Bibik2ku, cepatlah balik.. T__T

ANAK: Main seharian. Sikit pun tak mau tidur. Meraikan esok cukup 2 bulan umurnya barangkali.

Cerita kat tv sikit punya sedih, dia boleh bantai gelak. Oh my Adam.

AKU: tak jadi satu kerja pun duk melayan si anak. Tak mandi, tak makan. Selalunya ada orang boleh tengokkan Adam while si ibu enjoy her precious personal time. Masa itulah nak mandi, nak makan, nak berak. Haih.

ABANG TEH DAN AKU: Hari ni abang teh je ada di rumah. Abang teh yang masak. Can you believe me? Abang teh masak for me, siap hidangkan nasi, lauk dan masa tengah makan tu tolong hayun rocking chair Adam. Segan sangat abang teh yang masak. Supposed to be me yang masak. By the way, his cooking was not bad. Boleh makan, sedap jugak. Kenyanglah jugak. Siap bagi pesanan lagi,

Angah kena makan banyak. Adam tu menyusu tak berenti.

SUAMI DAN ANAK: Bila si ayah balik petangnya, barulah si anak tidur lena. In fact, tak pernah tidur sampai selama ni. Lepas mandi petang, sampai pukul 1.42 pagi ni. Terpaksa kejut minum susu. Penat main mungkin. Atau tak mau tambahkan penat si ayah.

Almost 8 hours. It's a record. Tidurlah sayang.
Esok main dengan mama lagi.

AKU: Si ibu kena mengemas sekarang. Yes, it's 1.50am. But our room is so messy dengan barang2 yang belum unpack since balik dari Kelantan semalam. Ni je masa yang ada sebelum si anak mula merengek nak susu.
Bila dah mula merengek, aktiviti si ibu tergendala lagi.
Apa nak buat, si anak dan si ayahlah dunia si ibu sekarang.

First Tear

Salam..

Sori, lama mama Adam ni tak publish entri. There's a lot of things happen during last week. Bizi sket. Kalau sempat nnt aku stori mori ye.

For now, aku, B and our Adam ada kat kampung di Kuala Krai. B ambil cuti for a week so this is the first time in his life Adam travel sejauh ni dan first time jugak Adam balik kampung. Adam dah temokk sangat-sangat. Dah rasa lenguh-lenguh bahu dukung dia, especially for me la sebab breastfeed Adam.

Today, Adam dah berusia 55 hari. Seronok la dia, kat kampung ramai bapak dengan mak saudara dia boleh dukung, main, dodoi tidur.

Petang tadi, aku perasan something. Adam menangis (well, obviously this is not his first time) tapi kali ni Adam nangis dah kuar air mata. Waa, biasa dia kuar suara je. Tapi this time, boleh nampak air mata dah. Takdelah sampai mengalir, just bergenang dalam mata dia tapi nak jugak-jugak rasa teruja sebab sebelum ni memang duk tunggu-tunggu bilalah Adam nak nangis keluar air mata. Heheh. Looking forward for more exciting moments with my Adam.

On the way balik kampung. Mujurlah nak duduk diam dalam kereta.
Just, Adam takut bila jalan bumping. Bila riba, dia cuddle erat2.

Latest pic petang tadi. Bila menangis, dah bergenang air mata.

Sleep tight my sweetie pie. Mama loves Adam.

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol