Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Throwback Imunisasi Keempat Adam - 5 & 6 Bulan



Date: 1 September 2014
Assalamualaikum mommies.
Sama macam imunisasi sebelum ni, aku dan B bawak Adam cucuk vaksin kali ke-4 dekat Klinik Nabilah. Doktor cakap cucuk ni untuk 5 & 6 bulan sekaligus. Sebab injection tu dah combine DTP, Polio, HIB 3rd dose dengan Hepatitis B 3rd dose sekaligus. Lepas ni cucuk masa umur setahun pulak. Jangan tanya aku kenapa ye. Dah memang jadual dia camtu. Ni gambar hero aku masa kena cucuk ritu.
Amacam Adam, sakit tak? Tidak seperti abahnya, Adam nangis sekejap je lepas kena cucuk tu, hihi. Mama dia yang gerun lebih-lebih. You are my truly hero, my dear ^_^


Habis dah vaccination masa fasa baby. Pasni dah masuk kategori children dah. Huhu.

nak nenen! nak nenen!
My hero, 7.3kg. Membesar bagai juara.
Muhammad Adam Falahuddin Mohd Hafizuddin : 5 1/2 months, 7.3kgs

Senarai Barang Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

Pic source
Assalamualaikum mommies.
Comel tak gamba ni? Cilok kat dreamstime. Hehe. Banyak-banyak entri dalam blog ni, entri ni yang paling paling 'ter'paling excited nak tulis. Dulu masa pregnankan Adam lagi memang teringin sangat nak tulis satu entri pasal barang baby ni. Tapi rasanya masa sekarang lebih sesuai sebab dengan experience waktu first time dulu, aku lebih clear apa yang patut dibeli  dan apa yang tidak rather than grab all the things in the list sebab ko terover excited. Hah, engkau!
List ni adalah compilation daripada beberapa blog ibu-ibu yang lain cthnya, IRENE NADIA, RABIA SENSEI, FIZALOVALOVA so boleh dikatakan list ni 97.8628% complete. Kihkihkih. Kepada first timer, bolehlah refer list ni. Yang dah experienced mungkin cuma perlu sebahagian daripada ni sahaja sebab ada barang yang dah pernah beli before this.
Aku ubahsuai sikit list ni dengan bahagikan ikut kegunaan seperti:
1. CLOTHINGS
2. CHANGNG & DIAPERING
3. BATHING & GROOMING
4. NURSERING & BEDDING
5. FEEDING & BREASTFEEDING
6. TRAVELLING
7. KEPERLUAN BERPANTANG
8. EXTRA 
PLANNING: Bila buat camni, lebih senang nak plan masa bila nak beli dan atur budget. Mana yang dulu, didahulukan. Contoh, awal-awal ni kita boleh beli barang-barang changing & diapering / bathing & grooming dulu dan later on bila dah confirm jantina baby baru start beli baju (senang pilih warna dan design). Barang keperluan berpantang pulak boleh beli bila dah hampir waktu due nanti. Tapi surveylah dulu awal-awal yang mana bagus + affordable.
BUDGET: Pastu, bila ada budget lebih, contoh bulan 12 dapat bonus, boleh beli lebih sikit barang dan fokus pada barang yang lebih mahal. Cth; breastpump & stroller.
Jangan lupa state our budget dan compare dengan actual price bila da beli. Barulah tak lari budget.
Reminder: Mahal tak semestinya berkualiti. Rajin-rajin survey & bertanya!
CHECKLIST: Bila dah selesai, tandakan DONE pada checklist ni. Aku dah banyak tanda √ sebab mostly dah beli untuk Adam dulu dan masih boleh pakai. Tapi ada jugak barang yang still kena beli baru walaupun Adam dah ada sebab tak boleh share for hygienic reason. Cth: Nasal aspirator.
REMARKS: Remarks memudahkan untuk kita jot down brand apa yang kita nak, detailskuantiti yang nak dibeli, nak beli di mana samaada butik bayi/ beli online.
Pengalaman sangat membantu. Cth: Sarung tangan cuma akan pakai sampai umur baby 40 hari je, tapi socks akan pakai sampai umur baby 6-8 months. So, tak perlu banyak pasang set mittens & booties. Tapi kena beli banyak-banyak stokin baby.

Aku buat list ni guna Excel Sheet. Pic kat bawah ni adalah checklist & budget aku. So sesiapa yang nak blank Excel list macam yang aku punya ni boleh tinggalkan email address ye. Nanti aku emailkan =)
Sharing is sexy yaw!

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.

Double click for larger pic.
Kalau ikut listing camni, nanti takdelah kelam-kabut buat preparation untuk sambut kelahiran orang baru. Budget pun terancang rapi. Takdelah jadi macam masa aku dengan Adam dulu, semua benda shopping sekaligus. Dush, dush!! Ok, mommies. Happy planning & happy shopping ^_^

Suavinex Teether For My Adam


Assalamualaikum mommies=)

CAUTION: Entri ni ada banyak gambar!!

Pernah dengar brand Suavinex? Kalau korang seorang ibu, tipulah tak pernah dengar. Jalan-jalan kat kedai jual barangan baby tu, mesti pernah melintas dekat barangan Suavinex ni kan. Aku geram betul tengok barang-barang baby Suavinex ni. Dah la kaler tu nak cute-cute aje, pink, baby blue, purple. Dahtu design nak bulat-bulat, montel-montel, comel-comel semuanya.
Kalau korang tak dapat tangkap apa aku merepek neh, pergi kat Google Image. Type SUAVINEX. Cer tengok apa yang kua. Tak betul aku cakap? Semua kiut miut dan warna warni aje. Semua gambar di bawah adalah ihsan Google ye.

Yang ni adalah musical teether rasanya.

Set botol & soother Suavinex for babygirl opkos.

Botol susu je pun. Perlukah korang jadi secomel ni?

Sikat & berus rambut.

Pink soother for babygirl & blue for babyboy. 

Even personalised soother. Cute meh. Nak buat untuk Adam, tapi Adam tak hisap puting pulak.

Yang ini soother chain and clip kalau tak salah.

Bottle with handle untuk baby yang dah pandai hold barang.

Vintage set for babygirl. Ada bottle, saiz besar, saiz kecil + soother with chain and clips.

Aku rasa kalau compare tahap kecomelan produk suavinex ni, Tommee Tippee ke, Avent ke, MAM, NUK, semua tak bleh lawan. Tapi dia punya harga pun boleh tahan gak la. Ingat lagi entri aku Adam dah tumbuh gigi masa dia umur 6 bulan setengah. Masa tu bila aku pergi beli shopping barang-barang Adam (diapers, susu, baju, toys, etc) dekat Manjaku, aku sambar sebijik TEETHER @ TEETHING RING macam gambar kat bawah ni. Tapi Adam punya warna biru. 


Itulah yang menariknya pasal brand Suavinex ni. Mommies kat luar sana senang nak pilih produk sebab most of the items memang dah dibagi-bagikan warna yang sesuai untuk baby gugurl or boboy. Kalau babygirl, pink. Babyboy, blue. Kalau nak yang both gender boleh pakai, boleh pilih orange atau purple. Contoh macam gambar-gambar kat bawah ni. Comel kan?




Ha, itu dari segi warna. Memang colorful la dunia Suavinex ni. Selain tu, diorang jugak specializekan setiap produk dengan peringkat umur. Step by step. Aku ambil contoh teether ni la, pasal entri ni pasal teether kan.


Rubber teether ni sesuai untuk newborn sampai 4 bulan. Sebab tekstur dia lembut, getah tu untuk massage lembut gum baby.


Yang ini untuk Adam. Baby yang dah pandai pegang barang. Dekat pemegang tu ada getah lembut. Baby umur macam ni biasanya akan gatal-gatal dan radang gusi. Jadi, chilled water tu tujuan dia untuk legakan keradangan tu supaya baby rasa selesa sikit.


Yang ini pulak siap ada mainan sekali. 3 in 1. Nama pun educational teething ring. Warna yang striking tu pun boleh merangsang learning progress anak-anak anda. Kataku dengan lagak seorang pakar. Hahahampeh. 

Sebelum gue mengundur diri dari entri yang penuh warna-warni ni, nak tunjuk my Adam dengan teether birunya.


Last sekali, nak belanja gambar Adam main dengan aku dan babahnya petang tadi. Banyak pulak gambar dia smiling nampak gigi 2 batang tu. Setakat ni (umur 8 bulan) 2 batang tu jelah yang tumbuh ^_^
Omey. omey.

"Mama, Adam nak makan ariel kete ni."

"Mama, mama!!"

Terliur sampai meleleh-leleh air liur dia.

Adam sayang, tolonglah jangan cepat sangat besar.

"Adam, mana gigi?" Buwekkk!!!

Yang ni tak nampak gigi. Saje letak sebab comel.

Aiyarkk. Zoom in, nampak sebatang je pulak.

Nampak dua2 batang, tapi blur pulak. Hish hish.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol