Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Siapa Pedajal Adik Ni?

Assalamualaikum donia.
Aku tinggal Elyas kat ruang tamu, masuk bilik jap. Tak lama pun, dalam 2 minit. Bila keluar........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Tudia. Dah sepelet aiskrim kat muka tu. Dia tak menangis pun, buat muka pasrah jek. Bila mama tanya sorang pun tak mengaku. Takpe, mama tau siapa suspek utama.
 Ni hah. Budak mata besar ni lah punya kerja ni. Nak suap adik la kononnya. Sharing is caring la sangat. Macam ni lah aku dengan nenek sekarang. Kalau nak ke mana-mana tu cemas je nak tinggalkan Elyas walaupun sekejap. Ramai sangat peminatnya.
 Elyas dah 2 bulan setengah. Manja kededek macam abang Adam jugak. Kepala tu, asyik sangat disagat-sagat ke bantal, rambut pun dah tobek sebelah. Aku belum ada rezeki lagi nak cukur kepala dia. Ingat nak buat makan kecil-kecil. Hurm, boleh dipertimabnagkan

Abang Adam yang Caring

Salam mommies. 
Lepak-lepak kat luar rumah petang tadi. Tengok anak-anak berlari sana-sini. Tiba2 tengok dah terduduk tepi longkang. Takut jugak anak dara cinonet kita tu, kalau jatuh nanti kan berparut pulak sana sini. Dah tak cantik. Bimbang jugak takut abangnya tolak dia. Mama ni pun pergilah tinjau keadaan.
 Alahai, anak. Rupa-rupanya abang Adam duk ralit mencabut kemuncup dekat seluar Aisya. Syiok sangat nasib tak meleleh air liur. Hehe,
 Sweetnye kamu-kamu ni anak. Sekarang dah besar sikit dah jarang sikit bergaduh. Makan pun dah boleh share, tapi bekas makanan tu kena Aisya yang pegang la. Adam kena mintak sikit-sikit. Aisya is a Conquerer. Abang Adam lembut sikit dan pandai beralah. Emotional pulak mama petang-petang ni tengok anak-anak. Teringat kat arwah aki.

#alfatihahabah

Kajian Pengambilan Penggalak Susu - Thesis PHD

Assalamualaiku mommies.
My sister perlukan sampel susu ibu dari ibu-ibu yang menyusukan baby secara eksklusif dengan susu ibu sahaja untuk projek PHD dia. Yang terlibat boleh dapat pemeriksaan alergi percuma dan ada freegift ya. Yang berminat boleh directly call my sister.
Minta tolong ya mommies. Moga kajian yang dijalankan itu dapat memberi manfaat pada ibu-ibu yang menyusukan bayi macam kita ni.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol