Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Captain Philips

Assalamualaikum. 
Mommies semua buat apa cuti-cuti ni? Aku cam biasa, mereput je kat rumah. Since last week dah berpenat hantar adik balik Kelantan (siap balik hari lagi, ko mampu Jah?), maka minggu ni aku nak bersenang-senang di rumah. Layan bebudak. Tido dan tengok TV.
Semalam HBO main citer Captain Philips. Tengok je info HBO ada main citer ni, aku sangatlah teruja nak tengok. Aku tau pasal cerita ni masa tengok Anugerah Oscar yang ke berapa entah, yang Ellen jadi host tu, masa tu citer ni tercalon untuk banyak kategori. Macam best jek. Lagi satu sebab aku nak sangat tengok citer ni ialah, B dan aku memang kipas susah mati Tom Hanks dan Leonardo Dicaprio. Sebab kalau cerita yang ada diorang, memang jarang sangat tak best.
Ok, let's get back to the movie. Ehee. Cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar 'Captain Philips' dan kru kapal kargo dia MV Maersk Alabama dalam perjalanan nak hantar bantuan makanan ke Mombasa, Kenya. Dalam perjalanan tu diorang di'hijack' oleh 4 orang lanun Somalia yang cuma naik bot kecil aje. Satu perkara tentang movie yang 'based on true event' ni, kita tak boleh la nak komplen banyak tentang plot ceritanya. Dah memang dia kena ikut kisah sebenar yang berlaku kan. Kalau tak best, takdelah pulak kisah tu nak difilemkan. Heheh. Cuma terpulang pada pengarah sendiri macam mana nak nampakkan kejadian tu macam betul-betul cemas dan mendebarkan di layar perak.
Dalam movie ni, banyak parts yang kita rasa Captain Philips buat keputusan yang bijak dan stay calm walaupun keadaan dah cemas giler. Ciri-ciri seorang true leader. Bila nampak 4 orang lanun tu dah panjat naik kapal dengan rifle semua, dia rileks je communicate guna radio dengan anak-anak kapal suruh menyorok dalam bilik enjin dan jangan keluar walau apa pun. Bila lanun tu dah naik dan tangkap Kapten, dia offer 30ribu USD dalam peti besi dan suruh diorang balik cara elok. Korang rasa diorang nak 30ribu tu? Takde nye der. Diorang nak 10juta USD dengan cara jadikan anak-anak kapal ni orang tawanan dan mintak duit tebusan dari company Insurans (gila tamak punya penyamun). Tapi 30ribu tu pun diorang amik jugak. Hampeh.
Selepas beberapa kekalutan berlaku atas kapal (hasil kelicikan Kapten mengenakan lanun-lanun tu), akhirnya lanun-lanun ni sepakat nak lari dari kapal dengan menggunakan bot penyelamat yang ada atas kapal tu. Tapi sempat lagi orang kanan lanun tu hempuk kepala Kapten dan bawak Kapten sekali sambil-sambil nak lari tu. Menyempat aje kan.
Maka terselamatlah kru kapal dan tinggallah Kapten dan 4 orang lanun dalam bot tu menuju perairan Somalia. Terharu sangat tengok Kapten sanggup bahayakan diri demi taknak merisikokan nyawa kru kapal yang lain. Ha, sampai kat sini baru cerita ni start mendebarkan. Aku tak nak spoil keseronokan cerita ni so tak mau cerita sampai habis. Korang kena tengok sendiri macam mana Kapten Philips deal dengan situasi hidup mati dalam bot tu. Paling best ialah perancangan yang smart Kapten kapal pemusnah US Navy dan US SEAL nak selamatkan Philips. Memang berdebar gila tengok, dan kalau tersilap langkah atau terlambat sesaat, terbanglah nyawa Kapten Philips ni. Terpaksa jugalah bagitau korang yang Kapten ni dapat diselamatkan akhirnya. Kalau dia mati, orang tak buatlah pulak movie ni kan. Huhu. Pada yang minat 'True Story' movie macam aku, cerita ni highly recommended. Peminat Tom Hanks pun kena tengok. Memang ada muka dia je dari awal cerita sampai habis. Dah tajuk cerita pun nama watak dia.
Captain Philips yang sebenar.

RATE: ⭐⭐⭐⭐

P/s: Those yang asyik tanya kenapa aku duk review movie-movie lama. Haiyoo, aku bukan pengkritik movie professional, asal ada movie baru keluar je kena review dan kritik. Korang bacalah Rotten Tomatoes tu. Aku cuma review movie-movie yang aku dah tonton sahaja. Yelah, kalau tak tengok nak review canner kan? Hehe. Maksud aku, bila aku dah tengok movie tu aku akan share kat sini cerita tu best ke tak best from my POV walaupun hakikatnya orang lain dah berkurun tengok cerita tu.
Sebab tu lah aku bagi review citer Captain Philips ni di saat demam MUNAFIK 2 dan HANTU KAK LIMAH sedang melanda. 40Juta kot. Ko rasa aku ada masa tengok wayang? Pfftttt.

Lebih Baik Dari Semalam

Assalamualaikum mommies.

Semalam my cousin meninggal dunia selepas 12 hari koma. She's only 19 years old. I went through her Ig photos. Ada terlalu banyak peringatan tentang kematian walaupun usia masih remaja. Insaf sangat. Because of her, aku takmau post entri-entri sedih. Entri ni mesti jadi entri bermanfaat. 
 Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalamnya. Rugilah orang yang hari ini sama seperti semalamnya dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalamnya.                                                                                                                                                                                                                                                                       Saidina Ali R.A                                              
Bagaimanakah menjadi lebih baik setiap hari. Kadang-kadang mudah melafazkan tapi payah benar merealisasikan. Tambahan seorang ibu yang punyai rutin macam aku. Pagi pergi kerja, petang balik rumah settlekan urusan anak-anak, masak, buat kerja rumah setakat yang sempat, tidur. Esoknya dah pergi kerja semula.
If I try to improvise my routine, lama-lama aku akan rasa makin terbeban. Makin banyak yang perlu dibereskan, bertambah penat dan semakin keraplah anak-anak kena marah. Opps! So, I always thought positively of the term 'Improve'. It's not necessarily to add another good things in our routine. Semalam bersenam 5 minit, hari ni 15 minit, esok satu jam. Lama-lama pengsan. Tapi kalau mampu apa salahnya kan. After all, kita bukan cuba menjadi lebih baik dari orang lain, tapi cuba menjadi lebih baik dari diri kita pada hari semalam.
Bagi aku, salah satu cara mudah ialah dengan menambah ilmu. Walaupun sekadar satu ilmu baru. Walaupun sekadar satu pengetahuan yang kecil tapi kita sudah menjadi lebih bijak @ lebih berpengetahuan dari semalam. Kira improve la tu kan. Contahnya:
v  Google translate 1 new English word.
v  Belajar dengan mak mertua masak lauk favourite suami.
v  Suruh hubby ajar cara check condition kereta.
v  Cari doa lembutkan hati, jangan selalu marah anak.
v  Tengok cara senior kat office entertain supplier.
v  Search kat tenet cara legakan selsema anak.
v  Cuba hafal sebaris dua ayat Quran otw balik kerja.
v  Tengok cara boss handle end user masa meeting.
v  Baca petua-petua dan ilmu tentang parenting.
v  Tengok cara orang advertise & promote business dekat FB & Ig.
v  Tanya orang-orang tua cara menambat hati suami. Hehe.
v  Mintak pendapat along & ateh macam mana nak deco rumah cantik-cantik, cara
simpan makanan basah, handle financial well,  manage family.

Setiap satunya menjadikan aku 'lebih tahu' dari semalam. Menyedari kurangnya aku dalam serba-serbi menjadikan aku manusia yang lebih merendah diri. Dan apabila kita mampu merendahkan diri, maka terserlahlah adab dan kesantunan. Sesungguhnya adab itu lebih utama dari ilmu.
Beramal.
Beramallah dengan sekecil-kecil amal. Nak tahu bagaimana amal itu memberi kesan pada diri? Lihatlah perubahan pada akhlak. Kalau akhlak bertambah baik, bermanfaatlah ilmu tersebut untuk diamalkan. Ini yang arwah abah dan Pak ude selalu bagitau. Lagipun belajar ni takkan pernah habis. Maka sentiasa ada banyak ruang untuk jadi lebih baik dari semalam. Semoga kesudahan kita menjadi baik. Sekurang-kurangnya dapat macam adik sepupu aku. Bila tiada, orang berkata hanya yang baik-baik.

Al-fatihah buat Engku Nurhanis Ayuni Bt Engku Kori


Empat Janji

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol