Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Bismillah 5

Assalamualaikum.
Macam yang aku cerita semalam, baru ni abah kena heart attack lagi. Jadi hari ni nak share amalan yang simple tapi harapnya berguna di kala kita memerlukan. Bukan apa, selalunya di saat kita kesempitan atau kesakitan selalunya kita tak mampu lagi nak ingat amalan-amalan dan zikir-zikir yang panjang. Jadi baik amalkan yang mudah dan ringkas. Senang nak tolong bila orang lain sakit, senang nak baca bila diri sendiri yang sakit.

Ayat yang paling last dalam Bismillah 5 ni memang amalan aku sejak kecil lagi. Abah yang ajar. Dulu pergi sekolah kayuh basikal. Abah suruh baca 3x setiap kali keluar rumah. InsyaAllah selamat. Tapi aku sebab dah jadi habit, bila pegang je handle basikal, terus baca. Dah terbiasa hari-hari camtu. Sekarang, bila pegang stereng kereta, baca doa naik kenderaan dan terus baca Bismillah 5 ni. Rasa konfiden. Rasa dilindungi.

Abah cakap, abah tak dapat protect anak-anak abah bila korang takde depan mata. Maka ayat-ayat suci ni kan melindungi anak-anak abah. 

Dah alang-alang baca ayat yang last, baik baca kelima-lima Bismillah ni terus. Sebab tak panjang pun. Abah pernah jugak cakap, kalau nak minum air, baca Bismillah yang akhir ni andaikata orang santau makanan atau minuman kita gelas/bekas makanan tu akan pecah. Macam tulah hebatnya Bismillah 5 ni. Ada banyak lagi fadhilatnya, korang tanya ustaz lah ye. Lagipun abah cakap korang ni kalau belajar ilmu baru sibuk je nak tau manfaat dia. Beramalnye malas. Adoiii. Tak ke terkena batang hidung tu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ye.
Bacaan Rumi: “Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim.

P/s: Ya Allah, sembuhkanlah penyakit abah, lanjutkanlah usia ibu dan bapaku dalam keimanan. Rahmatilah mereka Ya Allah, kasihanilah mereka. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Dugaan Yang Berat

Malam kelmarin kami diduga lagi. Untuk kali yang entah ke berapa kali, abah kena serangan jantung lagi. Kali ni yang paling teruk pernah kami hadapi.

Terus terang waktu itu, saat itu, aku sangat takut. Terlintas di hati, Ya Allah, inikah pengakhirannya? Agak terkesima melihat ketenangan dia di kala diuji dugaan yang maha hebat.

Sekarang semua masih fobia lagi. Takut nak tinggalkan dia seorang. Bimbang serangan kedua dalam masa terdekat. Dia sudah mampu berjalan, tapi harus dibantu. Alhamdulillah, masih mampu bercakap seperti biasa dan ketawa dengan gurauan kami.

Allah, ringankanlah ujianMu pada kami hamba yang lemah.
Berilah ketabahan untuk kami hadapi takdirMu.
Amin.
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013 - Part 2

Wah, wah. Sudah seperti artis lagaknya sebab siap ada entri raya Part 1 & 2. Haha, poyo aje. Biarpun hakikatnya, penat nak dilambakkan semua dalam satu entri pasal raya nih. So, Part 1 adalah cerita raya di Kemaman, dan entri ini khusus untuk raya di kampung sebelah abah, di Pekan, Pahang. Alkisahnya, tahun ni tak berpeluang raya dengan keluarga mertua sebab B bekerja malam raya pertama dan kedua. Sob, sob. Takpe sebab kami ada planning besar untuk raya tahun depan, kalau dipanjangkan umur. InsyaAllah...

Kisahnya masa kami raya di Pekan, raya ke-3 orang tengah sibuk-sibuk dengan match Malaysia VS Barcelona. Jadi, hubby I yang hantu bola tu resah gelisahlah sebab tv kat rumah Ku (atok aku) tak berapa clear sangat. Rumah kampung kan. Pastu tak sure diorang ada channel Astro Sport ke tak. Jadi, kami pun pergilah merayap ke rumah Cek De dengan Ayah De.

Tahun lepas B create storyline, aku nak tumpang mandi umah Cek De. Hape kejadahnye. Dah konfem-konfem umah nenek aku berlambak air, boleh mandi.

This year aku cakap kat B, takpelah B kita pergi beraya umah Cek De. Kita pun belum raya sana lagi. Boleh lah B tengok bola. Aku makan kuih raya.

Last-last, aku yang tengok bola, B main bunga api dengan bebudak.....

Raya ke-4, ni lah aktiviti kami =)


All my men are smokers =(


<B> Mana lembu yang nak dikorbankan tu? Mana? Mana? Mana?

<Abah> Bebudak! Jangan sampai orang tua masuk campur....

<Pok Di> Caranya, ini macam. Ada reti?

<B> Owh, macam tu ke?

<Pok Di> Hah, keje, keje!! Aku ni mandur, tak payah buat keje-keje cenggini.

<Abah> Kalau takde kapak, gergaji pomm bolleh.


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol