Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Last Day Before Long Holiday


Last day kerja. Lepas ni nak cuti 3 bulan.
Selain gomol-gomol baby setiap hari, aku belum fikir lagi apa nak buat 3 bulan ni. Lama tu 3 bulan. Yang pasti, rutin harian aku sebelum ni HUBBY, WORK, TUITION akan mengalami rombakan besar.

P/s: B, don't worry, u r still my top priority <3 <3 <3

Nak tolong ateh kat Tuition?
Tengah-tengah busy berpantang nanti boleh pulak nak pegi lepak tuition ek? Abis tu, baby sape nak jaga?

Nak pegi holiday?
Lambat dah. Tunggulah baby besar sket, baru pegi jenjalan.

Maldives, wait 4 me. Ngeh3x.

Nak pegi jalan-jalan cari makan?
Takde maknanya. Tengah pantang kot.

Sekarang bantai semua. Yang goreng, yang pedas, yang lemak. Nanti beranak tak boley dah.
Yang pastinya cuti ni kena dimanfaatkan untuk:-
  • Setelkan urusan beli rumah - nak sediakan tempat tinggal selesa untuk my baby ^_^
  • Completekan kelengkapan baby - my top priority now.
  • Tamatkan proses berpantang dengan jayanya - will be my precious 1st exp.
  • Blogging - cerita pregnancy dah hampir tamat nih. Kenalah start cerita baru pulak. Cerita pasal My Little Babyboy =)
  • Business Online?? - Why not? Boring-boring nanti boleh jugak jana income. Duit boleh beli barang baby. Tapi aku nak jual apa weh? 
Tudung?
Cadar Oli?

Jamu Susuk Dara? Aww, malu Iolls.
 
Tupperware? Best jugak product Tupperware kan.  Tapi nanti tengah pantang, siapa nak pos barang?
Ahh, nantilah aku fikirkan. 3 bulan lama kan, >_~ wink wink.

Air Selusuh


Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat ^_^

               Entri ni memang sinonim dengan orang mengandung kan? Tambah-tambah lagi si buyung di minggu ke-38 neh. Menghitung hari gitu noks. Aku pening jugak pasal air selusuh ni pada mulanya. Kalau tanya orang-orang tua macam-macam versi air selusuh la yang kita dapat dengar. Yang pelik-pelik, ekstrem,  dan 'tak tercapai akalmu' pun banyak.

                Yelah, mana tak pelik. Ada orang tu, Kak La (bukan nama sebenar) siap suggest aku minum air yang dah dijilat kucing. Maknanya, lepas kucing minum, aku pulak minum air tu. What the........ Memanglah rumah aku ada bela banyak kucing. Tapi buatnye kucing tu baru telan tikus ke, cicak ke, katak ke, tak ke kena jangkitan kuman aku nanti. Haish...

RM10 / bottle

                Nak mudah, aku beli je air Musoffa yang dah siap-siap dibaca ayat-ayat suci Al-Quran dekat pasaraya. Pastu mintak tolong abah buatkan. Tapi abah cakap,

lagi afdhal kalau abang ngah yang buat angah. Nanti abah pun tolong-tolong la jugak. Lagi ramai buat lagi bagus, sama-sama doakan.

 Hurm. Untunglah ramai orang nak buatkan. Lagi ramai orang doakan lagi bagus ye dok? Untuk aku, abah suruh banyak-banyak baca Doa Nabi Yunus ni. Tiap-tiap lepas solat Maghrib, bacalah 400x kemudian berhajat mintak diberi keringanan dari sakit bersalin tu. Mintak diberi ketabahan nak menghadapi sakit tu. Sakit no. 2 lepas Sakaratul Maut. Insaf aku. Berdebar tak yah cakaplah.

         
~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari golongan orang-orang yang menganiayai diriku sendiri ~

               Nak bagus, si bakal ibu sendiri, jadikanlah wirid ayat ni ye. Bila ingat je, terus baca. Bila dah sakit nanti, baca lagi sampai 400X kalau boleh. Selain daripada tu, ni ada lagi cara-cara suami nak buat air selusuh untuk isteri :-
Sebenarnya ada bersepah dalam internet. Ni salah satu dari link nya yang aku rasa mudah & jelas. Masuk 7 bulan sebenarnya dah boleh start minum air selusuh 2 kali sehari (sebab tak tau bila akan bersalin) dan nanti masa sakit pun nak minum lagi. So, belilah banyak-banyak sikit.
Jangan lupa selawat atas Rasul junjungan (3x @ 7x @ 11x) sebelum minum. Mohon syafaat Baginda =)

Wokeh, lepas ni nak ajak B cari air Zam Zam pulak ^_^

Minum Air Gula - 6th Check Up


6th CHECK UP (31st Dec 2013)


                Last day of 2013. Hari ni aku ada agenda penting sebelum tahun baru : MINUM AIR GULA. Dulu-dulu yang aku dengar, kalau mak bapak kita tak ada any Diabetic history tak payah minum air gula ni melainkan kalau umur dah 35 above. Tapi sekarang tak kira mak bapak tok nenek sekalipun tak pernah ada diabetis, bila si ibu dah berusia 25 tahun ke atas, automatik kena check mana tau kot-kot kita ni diabetic during pregnancy. Dan macam aku yang dah kertu ni (nak wat camne, kawen lambat T_T ) terpaksalah minum air gula.

Pic source: kaskus

                Start pukul 10 malam semalam aku dah kena puasa. Memang seksa la. Sekarang aku faham kenapa ramai yang muntah masa sesi minum air gula ni. Bayangkan, perut dah kosong almost 10 jam, pastu benda yang mula-mula masuk tekak air manis yang likat pekat tu. Pagi ni, mula-mula sekali:-
ü  Kena amek darah dulu.
ü  Lepas tu minum air gula. Segelas pulak tu. Air kosong sikit je dia bagi.
ü  Pergi lab. Bagi urine sample dan tunggu result.
ü  Consult nurse. Check perut, timbang berat, check Hb (prick hujung jari).
ü  Pergi lab sekali lagi. Result Hb aku tadi rendah sket (dia dah turun lagi), kena check sekali lagi. Kali ni amek darah kat lengan pulak. Adoi.
ü  Consult doktor. Doktor cakap takde problem pun. Maybe Hb aku rendah sebab skip makan vitamin masa banjir ritu. Hb ni macam tulah, senang turun payah nak naik, kata doktor tu.
ü  Cucuk kancing gigi, 2nd dos.
Sudahnya macam tulah. Ke sana ke sini, patutnya nak masuk office lambat sikit, last-last terpaksa amek cuti half day jugak.

Air gula punya pasal.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol