Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Anemia dan Aku - 3rd Check Up


Haih, tiap-tiap kali mengandung masalah sama je aku ni. 
Lepas check up td, nampaknya tak ada perubahan langsung selepas 2 minggu berhempas-pulas naikkan hb. Makan iron tablet 2 biji pagi, 2 biji petang.
Berat, maintain 44kg,
Hb, maintain 10.5. T_T
Cuma tinggi rahim, ada naik sikit. Dari 16cm ke 18cm which indicate, baby makin membesar dengan jayanya. Hope baby sihat macam abang Adam ye sayang.



Tengok tu, tak abih-abih dengan anemia during pregnancy. Rasa macam nak try Iberet pulak. Masa Adam dulu aku makan obimin. Mana tau kot-kot serasi.

2014 - Persiapan Hadapi Banjir


Orang tua-tua pernah berkata. Sediakan payung sebelum hujan. Sekarang, dah masuk musim hujan pun. Bukan takat payung, lilin, generator, makanan, ubat-ubatan, semua kena sediakan awal-awal.
Belajar dari pengalaman lepas, ni antara preparation kami tahun ni. Wah, wah, siap preparation bagai, macam nak raya ko ye.

Ø  To Do List:-
1) Packing baju (B, aku, baby) - nanti senang, agak-agak nak lari tu sambar je bag galas besar nih. Dah siap-siap ada baju B, aku & baby.
2) Angkat barang ke tempat tinggi - setinggi yang mampu je la.
3) Alih kereta tempat selamat - kereta abah, abang teh dengan B je. Kereta aku dah arwah dah =(

Ø  Checklist barang-barang yang nak dibeli:-
1) Stok barang dapur (tepung, gula, roti, sardin) - barang kering + canned food.
2) Lilin - Tak perlu banyak sebab ada generator. Just in case minyak genset abis.
3) Baby (diapers, susu) - Super duper important.
4) Ubat-ubatan (pregnancy vitamin, Panadol, Loratadine, ubat demam & batuk Adam).
5) Air mineral
6) Minyak generator


Bagi pakai pants pulak, senang ciket.


Mineral water ni nak kena beli lagi 1 kotak kot.

Barang-barang kering & susu anak, canned food yang boleh tahan lama.

Ubat nyamuk penting woo.... Musim-musim hujan ni, nyamuk pun sibuk nak share rumah dengan orang.
Ø  Evacuation plan:-
1) Stay rumah abah - rumah abah yang akan mula-mula naik air
   2) Pindah rumah ateh - Rumah ateh, kalau banjir sikit-sikit tak naik air. Tapi kalau banjir besar macam 2013, kena larik ah.
   3) Pindah rumah ude - Paling selamat. Tak pernah dinaiki air. Tapi tak best nyusahkan orang. Tahun lepas pun tumpang rumah ude.
     4) Rumah aku - ??? Maybe not an option kot. Sebab bulan 12 baru dapat kunci. Ni pun dah start hujan non-stop.


   Walaupun kami siap ber'evacuation' plan bagai, tapi macam biasalah. Kita merancang, Allah menentukan. So, far tak pernah lagi kena banjir kilat yang sampai tak sempat nak lari tu (tahun lepas, nyaris-nyaris gak).

   Kita tak boleh nak halang bencana dari berlaku. Tapi selain doa dan tawakal, ikhtiar perlu ada. Kami buat persiapan based on pengalaman kami hadapi banjir tahun-tahun sudah. Kalau dah kita dah ada experience, tapi still nak duduk terlongo tunggu banjir, bodoh la tu namanya. =)

P/s: masih lagi berharap banjir ni takkan berlaku langsung. Mungkinkah?

Tahniah Mak Su Izzah


Ni Mak su Izzah. Feveret person Ammar & Adam. Kalau je nampak maksu, terkekeh-kekeh budak dua orang tu. Ummar je, kecik lagi. Dia suka semua orang. Hari ni mak su amik hadiah kecemerlangan. Sori mak su, angah tak dapat attend. Kerja. Next time okeh.
Papepun, tahniah mak su. Mak su pandai sangat. Mmuah.
Nanti kita pergi cari hadiah ye.


Alhamdulillah, tahun depan kelas 4 Arif. Along, angah, ateh pun duduk kelas ni dulu. Tapi nasib budak perempuan yang nama mula dengan huruf 'T' ni camni la. Mesti duk line last tak pun second last. Nak kena nasib baik, adalah orang nama mula huruf Y ke Z ke. Heheh, akak ko ni sangat-sangat memahami tau dak?

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol