Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Group Whatsapp Paling Aktif

Assalamualaikum mommies.
Siapa yang macam aku? Ada banyak group Whatsapp. Bukan admin pun. Tapi bila dah join tu mesti payah nak left. Biarlah sekadar jadi silent reader je pun. Seronok jugak baca. Tapi dalam banyak-banyak group, group ni yang aku palig excited kalau nampak ada notification new message.

SISTA

Ada 3 orang je dalam ni (group la sangat kan). Aku, along dan ateh. Along a.k.a bawang besar (perlu banyak dalam masakan), aku a.k.a bawang putih (sikit pun dah menyengat, ngehngeh), Ateh a.k.a bawang kecik (kalau takde masakan tak jadi). Izzah belum boleh join the league lagi. Bawah umur, kami pun tak mau la upgrade dia menjadi bawang lagi hihihi. Mungkin kalau dah besar sikit nanti adik boleh join sebagai bawang Holland ke, bawang goreng pun ok jugak. Tak pun daun bawang. >_<
Topik dalam ni biasanya our daily routine aje. Cerita mak-mak orang. Cerita suka duka menjadi bini orang aside from tanggungjawab kami yang lainnya. Aku akan update baju apa pakai pergi office, apa aku makan masa kua lunch, along perihal labwork PHD dia yang tak habis-habis tu, muka pucat-pcat tak sempat pakai make up, ateh update lauk apa masak hari ni. Update cerita anak-anak, cerita pergi pasar, cerita makin hari makin gemok. Benda-benda camtulah.


Since sekarang yang paling jauh cuma along aje (sejam perjalanan) memang macam-macamlah projek kitorang. Buat makan-makan, celebrate birthday anak, kadang-kadang takde projek pape pun, saje-saje datang lepak. Biasanya on weekend kalau tak kami pergi Bukit Rangin rumah along, along yang balik Kemaman jenguk mama dan adaik-adik. Sekarang ni fasa yang paling best, dah kahwin tapi masih selalu dapat berjumpa. Izzah jelah yang jauh nun di MRSM Kuala Krai sana. Takpe, kejayaan perlukan pengorbanan.

Bila aku di office, ateh update aktiviti anak-anak kat rumah. Main apa, makan apa. Lauk apa dia masak untuk nenek (biasanya nenek menu lain, anak menu lain). Bergaduh ke tak. Ada yang kepala benjol, ada yang kena gigit.








Kitorang sebenarnya teringin sangat nak buat aktiviti famili macam dulu pergi Cameron Highlands ramai-ramai, buat Family Day ke, buat aktiviti kat pantai, pergi jalan-jalan Kuantan tengok wayang, main bowling ke. Tapi dengan anak-anak yang semua masih kecil ni macam hampir mustahil. Bayangkanlah, cucu mama ada 9 orang tapi yang paling sulung baru 6 tahun.
Muhammad Ammar Faris - 6 tahun
Muhammad Adam Falahuddin & Muhammad Ummar Rifqi - 4 tahun
Puteri Nuraisya Humaira & Nur Sufi Amani - 3 tahun
Tengku Arissa Fathiah - 2 tahun
Muhammad Luqman & Tengku Ahmad Harith Azhar - 1 tahun
Muhammad Elyas - 4 bulan 
Memang idok le teman nak bawak bebudak ni pergi jalan-jalan kalau gini gaya punya ramai. Nasib baik kami ada ramai pari-pari. Kalau sebelah abang Man ada ramai adik-adik dia yang perempuan tolong tengokkan budak. Sebelah B pun ada ramai adik-adik boleh tolong jagakan. Tapi kalau kami-kami aje, baik tak usah. Since sekarang tak ada siapa dah planning nak tambah ahli keluarga baru, next 2 years bolehla kami planning nak jalan-jalan makan angin. Tak sabar tunggu anak-anak besar sikit.
Tapi kalau lagi 2 tahun ada yang mengandung lagi, tak dapek den nak nolong eh.

Al-Kahfi (Ayat 1-10)

Salam Awal Muharam
Waktu abah meninggal dunia, antara perkara yang paling aku terkilan ialah masih belum hafal 10 ayat  dari Surah Al-Kahfi. Masa hayatnya antara soalan yang paling sering ditanya ialah:-
Angah dah hafal 10 ayat Surah Al-Kahfi?
Dan setiap kali itu juga aku jawab, BELUM. Pengajaran yang mahal buat aku. Janganlah selalu bertangguh-tangguh atas perkara kebaikan. Memang aku ada niat nak hafal, dah bila sudah hafal aku teringin nak baca depan abah, biar abah dengar. Sekarang dah terlambat untuk bagi abah dengar, tapi belum terlambat untuk hafal dan amalkan. Aku tak nak sempat aku mati dulu, itu baru betul dah ‘terlambat’ langsung. Aku degil betul dulu. Almost semua orang dalam family dah hafal kecuali aku.
Fadhilat paling besar 10 ayat ini yang sering disebut-sebut ialah untuk menghindari fitnah Dajjal. Dajjal yang sebenar itu di mana, bagaimana, dan bila keluarnya aku tak tahu. Kena bertanya pada yang lebih arif. Tapi dunia hari ini bunga-bunga fitnah dan ‘dajjal-dajjal junior’ itu memang sudah banyak bertebaran di mana-mana.
Aku gunakan peluang bercuti 3 bulan (cuti melahirkan Elyas) untuk menghafal. Sebaik sahaja suci, aku mulakan hafalan. Dan sekarang di tempat kerja, aku ulang baca sebanyak-banyaknya untuk melancarkan bacaan.
Kebelakangan ini syarikat aku berkerja Lynas Malaysia pula terkena tempias fitnah ‘dajjal-dajjal kecil’ ini. Mereka cuba menafikan periuk nasi kami demi kepentingan politik mereka. Seperti yang semua sedia maklum, satu jawatankuasa telah dilantik bagi menyiasat operasi kilang Lynas dan orang yang mengetuai jawatankuasa ini ialah orang yang sekian lama bersikap anti-lynas. Ayat ini senjata aku. Perjuangan kecil aku demi 600 pekerja yang mencari sesuap nasi di sini. Allah lebih tahu. Semoga akhirnya kemenangan berpihak pada kami. Amin.
Pic Source

Rahsia Wanita - Lactacyd Feminine Wash

Assalamualaikum mommies.
Hari ni kita nak share dengan awak semua apa yang ada dalam handbag kita. Ala-ala macam wartawan terjah handbag artis tu. Walaupun korang tak teringin nak tengok tapi aku tetap nak tunjuk gak. Hahah. Ini handbag yang bawak pergi office tau. Bukan bag serbaguna yang bawak time keluar dengan anak-anak semua. Kalau bag yang itu, dengan pampers, kain lampin, segala datuk nenek tapir dan gajah semua ada. Ok, jom tengok.
PURSE
Of course la kan. Purse ni dah 5 tahun usianya, lagi tua dari Adam. Hantaran kahwin aku dulu. Sedang berkira-kira nak tukar purse baru, tapi yang ni tak rosak apa pun lagi. Hmm, macam sayang kan.

HANDPHONE
Hp kena bawak dua-dua tau. Satu personal satu lagi company punya. Iollss kan orang penting. Kekeke.
PEN & NOTEOOK
Jenis manusia yang boleh dapat ilham pada waktu yang sangat random (eg: dalam jamban) macam aku, memang kena sentiasa ada buku nota dan pen bersama. Nanti teringat pape catat dulu sebelum lupa.
MAKE UP
Aku cuma perlu the most basic one. CC Cream (The Face Shop), Lipstik (NYX) dan celak (Maybelline). Cukuplah untuk aku touch up lepas solat di office.
LACTACYD FEMININE WASH & WIPE
Inilah topik utama yang aku nak cerita ni. Benda yang tak senang duduk kalau takde.
Lactacyd ni product global tau. Cer google, bersepah-sepah gambar dia. Aku kalau beli mesti 2 size. Satu yang besar untuk penggunaan harian di rumah dan satu size mini untuk dibawa kemana-mana.
Kita yang kategori mak-mak ni, penat macam mana sekalipun janganlah sampai kebersihan diri tu terabai. Pergi office cecantik macam Neelofa, duduk rumah macam Hantu Kak Limah. Deng! Lactacyd terdapat dalam 5 pilihan warna berbeza. Korang boleh pilih ikut preference masing-masing.





Di rumah aku pakai White Intimate (warna biru) sebab itu untuk penggunaan daily kan. Barulah cepat nampakkan kesan. Yang mini-size pulak aku prefer yang All Day Fresh (warna hijau). Yelah, bila banyak aktiviti di luar, mestilah kita nak rasa fresh dan segar selalu kan.
Lactacyd ni best sangat sebab dia lembut dan berasaskan susu. Bau pun lembut je.  As we all know, bila produk tu dijual dekat drugstore, maknanya it was dermatologically tested dan terbukti keberkesanannya.
Bercerita pasal barang harian aku, kebetulanlah pulak dua tiga hari lepas Lactacyd aku yang botol kecil dah habis. Gigihlah aku pergi mencari kat Guardian.
Itu dia. Sudah jumpa buah hati saya.
Selalunya botol besar harga dia RM28 (warna biru yang aku pakai tu mahal sikit dari yang lain) boleh tahan sebulan lebih dan yang size mini RM10. Tapi nasib aku terlalu baik pulak hari tu ada sales. Oh Tuhan, kebahagiaan apakah ini?
Ini dia. RM38 dapat 2 botol besar, 1 botol kecik dan dapat Wipes sekali. Memang dapat jimat banyak sangat. Tak apalah tak dapat warna hijau pun. Thank you Lactacyd!
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol