Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Aunty Yang Sporting


Kelmarin masa En. Nabil inform kami loan rumah dah lulus, aku dan B terus pergi Bank Islam hantar beberapa latest dokumen yang belum cukup. Sambil-sambil dah sampai bandar tu, kami pergi beli barang dapur dekat Pasaraya Nirwana. Sebab ateh ikut sekali, bolehlah aku angkut anak teruna aku yang sorang ni.

Kalau nak jenjalan, jangan lupa bawak bibik. Hehe.

Entah macam mana ada satu aunty ni,  tiba-tiba datang, dia sapu muka Adam. Aunty cakap, budak-budak jangan biar selalu pandang atas. Pastu dia mintak nak dukung Adam. Dia usap-usap kepala Adam, peluk cium pipi Adam. Dalam masa dua minit setengah tu, macam-macam dia pesan pasal cara-cara jaga baby.

Aunty ni Chinese, tapi bahasa Melayu slanga Terengganu dia pehh. Tak bunyi Cina da.

Agaknya dia geram tengok Adam bambam sangat.

Dia usap-usap muka Adam.

Yang syoknye mestilah Adam. Tak pasal-pasal kena cium dengan kakak-kakak cun pekerja pasaraya tu. Hihi. Bila besar nanti jangan jadi playboy ye sayang. Takmao, takmao, takmao!!

Loan Rumah Dah Lulus


Semalam En. Nabil dari Bank Islam kol. Loan rumah kami dah lulus. Petang semalam aku dan B pergi sign offer letter. Perjuangan nak dapatkan rumah ni sangat dahsyat. Kami dah usahakan sejak tahun lepas lagi. Aku siap berencana nak sambut Adam dan berpantang di rumah baru. Tapi tulah, perancangan Allah S.W.T mengatasi segalanya.

Allah dah tetapkan, dalam pertembungan abah yang nak renovate rumah, ateh menyewa rumah baru, aku dan along yang tak ada tempat nak berpantang (bagi yang tak tau, along sedang berpantang lepas melahirkan anak kedua, dan aku baru selesai berpantang anak sulung, Adam) siapa sangka kami akan tinggal sebumbung, duduk serumah adik-beradik macam dulu-dulu masa kami masih kecil. Padahal sekarang, masing-masing dah bersuami, dah jadi ibu orang pun. Meriah jadinya. Abah dan mama pulak hari-hari datang melawat kami. Jadi terbalik.

Berbalik pada cerita rumah baru kami, aku nak terima kasih banyak-banyak pada B yang bertungkus-lumus sampai pinjaman kami diluluskan bank. Aku selalu fikir, apalah hikmah disebalik struggle kami nak dapatkan rumah ni. Naik gila fikir dekat setengah tahun baru loan kami lulus. Tengok-tengok, Allah nak bagi peluang aku merasa tinggal serumah dengan along dan ateh (mungkin buat kali terakhir, siapa tahu). Dah la macam tu, settle je beli semua barang kelengkapan Adam, hari yang sama En. Nabil kol B cakap loan kami dah lulus. Maha Suci Allah!!! Bayangkanlah kalau tengah-tengah banyak nak pakai cash nak prepare untuk bersalin, nak beli kelengkapan baby, tiba-tiba dah start kena bayar rumah.

Sekarang ni sangat terkesan dengan kata-kata: dan apabila Allah tidak memakbulkan permintaanmu, bukanlah bererti Dia tidak mendengar kamu. Tetapi Allah hanya akan memberikan sesuatu sesuai dengan kemampuan kita dan pada masa yang sesuai juga. Ketahuilah bahawa redah Allah S.W.T itu mendahului kemurkaanNya. Sesungguhnya Allah lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Inilah bakal rumah baru kani =)

Memang jadi impian aku dan B selama ni untuk sediakan tempat berlindung yang selesa untuk anak-anak kami. Tak sabar nak tengok Adam berlari-lari, kayuh basikal, kacau B basuh kereta kat halaman rumah nanti. Verangan much?

Kami memang cari rumah yang ada halaman rumah, supaya kami ada tanah, ada ruang untuk pokok-pokok bunga B, ada ruang untuk pokok limau kasturi, cili padi, serai, halia aku. Ecece. Abah pun dah chup awal-awal "kalau angah dan abang ngah dapat kunci rumah nanti, ajak abah pergi ye. Abah nak tanam pokok ceri depan rumah kamu". Ya Allah, abahlah orang pertama yang kami akan bawak tengok rumah bila kami dah dapat kunci nanti. Sangat excited nak masuk rumah baru ni.

Semua impian ini untukmu anak.

Rocker Dan Car Seat Adam


Assalamualaikum.

Tahukah korang, tiap-tiap hari yang berlalu aku akan asyik terfikir
Haish, hari ni tak update blog pun
Pastu rasa rugi sebab tiap-tiap hari ada banyak benda nak cerita tapi tak dapat nak cerita dek kerana kekangan masa. Tahukah korang benda yang aku rasa menarik nak share dengan korang (tapi belum ada masa nak taip) aku akan simpan dalam kepala aku macam temporary memory dan keluarkan bila aku dah publish cerita tu kat sini. So, boleh tak korang bayangkan betapa semaknye kepala aku dengan  cerita yang aku belum tulis? Dan betapa lega kepala otak aku bila cerita tu dah keluar dari fikiran aku ni. Sebab tu aku kalau boleh hari-hari nak publish entri. Kurang sket semak kepala aku ni.

Oklah, tinggalkan aku punya merepek merapu pukul 3pg ni. Ni pun aku bangun sebab susukan Adam. This time aku nak cerita pasal latest punya barang aku beli untuk Adam. Barang ni crucial sebab masa beli tu tinggal seminggu lagi nak start keje.

Tadaaa!!! Ni rocker dan carseat Adam. Nanti on weekdays tiap-tiap pagi kena hantar Adam rumah aki dan nekma dia. Wajiblah kena ada carseat kan. Aku beli yang bajet je, RM109 carseat untuk baby. Nanti Adam dah pandai duduk, kena beli lain ar. Brand Sweet Cherry.

Car seat untuk baby. 0-8kg.


Lagi satu rocker. Kesian Ummar Rifqi, Adam asyik tido atas rocking chair dia jadi aku belikan yang lain untuk Adam.

Sangat comfy dan besar. Harga RM399, tapi lepas less dapat RM190. Ske, ske ske!!!

Ada vibrator function,dengan muzik skali.

Alhamdulillah, Adam suka dan mau duduk dalam rocker ni. Sampai tertidur dalam tu. Yelah, buatnye nangis takmau duduk atas ni, nak cakap ape? Redha jela, hihi.


Selesa tau duk dalam ni.

Yes, any problem?

Yang bestnye, Ammar Faris pulak excited lebih-lebih dengan rocker Adam ni. Dia duk bukak tutup top cover, main mainan yang tergantung tu, pastu duk tekan-tekan button muzik. Comel sangat, haih. Nak larang pun tak sampai hati tau. Aku sangat-sangat puas hati dengan rocker ni. Dahlah aku dapat harga murah, ada vibrator dengan 2 different speed. Ada 3 jenis lagu. Ada penutup dan ada mainan tergantung jugak.





At the end of the day, both Adam dengan Ummar boleh tito sama-sama. So, it's a worth buy and everybody's happy.



Aktiviti Pagi Kami


Adam tak biasa bangun awal. Biasa bangun kol 9. Pastu sengih-sengih mintak dukung. Pagi ni hamekaw, pukul 5.45 dia bangun. Ok la, at least dia kejut mama dia Subuh. Semalam, B start cuti seminggu sampai Ahad ni. Cuti ganti sebab hari cuti ritu dia kena pergi training.

Walaupun tak dapat kemas kain baju seperti yang aku planning pagi ni, tapi pagi-pagi dapat jalan-jalan sedut udara pagi dengan B dan Adam, aku suka.

B punya teori, pagi-pagi kalau pernafasan anak macam sangkut-sangkut, hidung tersumbat, kita bawak dia keluar sedut udara segar pagi. InsyaAllah dia macam lega sikit. Macam aku yang ada resdung ni pun, duk hasyum, hasyum tiap pagi, keluar rumah tengah pagi yang membeku tu, terus ok.

Sedut udara pagi yang segar katanya.

Sunrise depan rumah kami.

Lepas tu, jalan kaki tiga beranak pergi rumah aki minum pagi. Mabeless!!

Dear Adam: Kenapa Tak Mau Botol Sayang?


Oh Adam, kenapalah buat mama susah hati sayang? Mama tinggal kurang 2 minggu nak kerja, and guess what? Masuk hari ni dah seminggu Adam refuse botol. Memang tragis sangat bila tiap-tiap hari mama terpaksa jugak-jugak ajar Adam minum dengan botol walaupun Adam meraung kuat-kuat sebab mama takut Adam lapar bila nenek jaga nanti.


Muka budak takmao nenen botol.

Mama tau Adam prefer direct feed sebab itulah masanya boleh cuddle dengan mama, rasa warm badan mama, pandang mata mama, bila tak selesa boleh bebel-bebel kat mama macam Adam biasa buat kan sayang. How I wish I have other options.

Mama start cari info kat internet kenapa baby tiba-tiba refuse botol walaupun dah ajar sejak lahir. Jumpalah beberapa possibilities:-
  1. Nipple confusion
  2. Tak suka bau dan rasa EBM
  3. Kulat susu di permukaan lidah
Mama rasa, Adam punya case adalah gabungan ketiga-tiga ni. Nenek dari dulu lagi pesan suruh mama gilir-gilir bagi botol dengan bagi direct dari badan. Yes, mama memang gilir-gilir, tapi sebab bagi botol pun cuma 1 - 2 kali aje sehari, bila Adam dah makin besar ni, dah makin cerdik, Adam dah tak mau botol lagi. Mama pun lagi prefer direct sebab seronok boleh peluk Adam erat-erat. Kiranya salah mama jugaklah Adam taknak minum botol.

Adam memang jenis yang suka cuddle lama-lama time breastfeed. Awal-awal dulu bila Adam minum botol,mama bagi FM bukan susu yang diperah so maybe Adam tak suka rasa susu yang tak fresh.

Worse come to worst, sejak dua hari lepas lidah Adam dah mula ada tompok-tompok putih. Rasanya Adam dah start kena oral thrush. Suka sangat menyusu sampai tertidur. Haih, camne mama nak trace problem dan try satu-satu solution dalam masa kurang 2 minggu ni. Kalau fail, jawabnya gundah gulana la hati mama nak masuk kerja nanti T_T

Demam Seorang Ibu


Hari ni hari lahir aku. Alhamdulillah. 27 tahun aku mengecap nikmat hidup ni. Sungguhpun aku bukan hamba yang baik, Allah s.w.t tetap tak putus-putus melimpahkan rahmatNya pada aku. Aku ada B, aku ada famili, dan sekarang aku ada Adam.

22 Mei 14, petang tadi. Lelakiku. Abah, B, Adam.

Hari ni (semalam), aku DEMAM. Sejak punya Adam, ini kali pertama aku demam. Demam selsema. Tahukah korang, B ada 11 orang adik beradik. Yang besar-besar semua lelaki, yang perempuan masih kecil. Jadi tak ada orang tolong ma kat dapur. Aku pernah tanya ma, "ma, kalau ma demam siapa masak?" Ma jawab selamba "ma lah masak. Siapa lagi?" Hari ni bila aku demam (dan aku baru ada sorang baby) haru-biru jadinya hidup aku. Hari ni Adam mandi pukul 10.30 pagi sebab aku tak boleh bangun.

Hari ni di hari lahir aku, sambil letak kepala dengan B kat sebelah kanan, Adam kat sebelah kiri, aku renungkan balik hidup aku selama 27 tahun ni. Wah, buat kali pertama aku berhenti bersimpati pada jasad aku bila dia sedang sakit. Aku utamakan orang lain dari jasad aku yang sedang sakit ni. Wow, aku dah jadi orang lain.

Kepala aku berat, tapi aku tetap bangun mandikan Adam.
Badan aku sakit, tapi aku tetap susukan Adam.
Kepala aku pening, tapi aku tetap layan abah main dengan Adam.
Aku suka cium Adam, tapi hari ni aku tak cium takut selsema berjangkit kat Adam.
Hidung berair, kena selalu cuci tangan sebab nak pegang Adam.
Bila bersin, cepat-cepat tekupkan hidung dengan kain, takut kejutkan Adam.
Aku yang sakit, tapi aku bimbangkan Adam.
Sekarang, aku cuma fikir nak cepat-cepat sembuh untuk Adam.

UPDATE

Ibu dan umi pakat-pakat jugak sambut birthday mama. Just beli kek dan KFC je, tapi terima kasih sangat buat surprise ye. Appreciate sangat.

Kek pelangi ^_^ Mummy je ada, Daddy kerja malam. 

Hamekaw, aku pakai kain batik aje. Ammar tak sabar nak potong kek.

Koleksi Pureen Adam



Baby korang pakai barangan baby brand ape? Kalau clothing Adam pakai macam-macam. Disney aku paling suka. Murah dan cantik. Tapi kalau bathing dan detergent Adam pakai Pureen.

Adam pakai detergent ni.

Dulu masa buat preparation before Adam lahir aku beli brand Anakku. Tapi ramai orang cakap Pureen la best. Pureen wangi semerbak. Ala, bukan dulu korang ke yang cakap baby memang dah semulajadi wangi ke? Bau syurga.

Ex rumet aku kat UiTM dulu pakai bedak ni la pegi kelas hari-hari.

Lucky for mama Adam, lepas bersalin ramai pulak orang bagi hamper barangan baby brand Pureen ni. Termasuklah hospital tempat aku bersalin tu pun bagi barang Pureen jugak. Jadinya, Adam ada berlambak barang Pureen yang takkan habis pakai punyalah sampai umur 6 bulan.

Tada!!!! Sangat banyak sampai tak tau bila habis guna.
Mostly, actually all of them are gifts.
Travel packs untuk toiletries. Very useful for travellers.
Bag Pureen yang diguna bila ke klinik. Size yang just nice untuk sekeping diapers, cloth napkin,
buku pink Adam, dan paling penting muat untuk tumpang purse dan henfon mama. No more handbag.

Toiletries saiz mini. For travel purpose.

Kena tunggu umur Adam 6 bulan baru boleh pakai ni.

Lagi bagus kalau semua ni cukup sampai Adam umur 2 tahun. Takyah beli lagi, yay!!!

Tommee Tippee


Aku suka Tommee Tippee. Sangat-sangat suka. For both, quality and unique design. Sangat comel. Botol dia cam montel-montel gitu. Sebelum ni Adam dah ada satu set botol yang 5oz punya. Sebab ada satu aje, nak handle pun senang. Dah siap feed him, basuh bersih-bersih dan rendam botol dalam air panas.

As simple as that.

Tapi tak lama lagi dah nak mula kerja. Kena simpan stok susu yang mencukupi (I wish to breastfeed him until 2 years solid) plus kena educate mama camne nak handle EBM tu supaya tak contaminated. Nanti mana nak sterilise botol, nak panaskan susu, bagi Adam minum lagi, peninglah orang tua tu. 

Nak mudahkan dia, aku beli TOMMEE TIPPEE CLOSURE TO NATURE COMPLETE STARTER KIT. Dia ada 2 jenis tau. Satu lagi Essential Starter Kit (korang google ar sendiri) tapi aku rasa complete starter ni lebih sesuai dengan keperluan aku. Aku beli online je kat FB Tommee Tippee FSO. Admin dia sangat friendly and helpful. Dua hari lepas, botol Adam dah sampai, Alhamdulillah.

Kalau beli asing-asing setiap satu ni akan jadi mahal giler kau.

Macam yang korang nampak, set ni consists of:-
  • 1x electric bottle steriliser (tak payah rendam botol dalam air panas lagi)
  • 1x electric bottle warmer
  • 1x travel single bottle steriliser
  • 2x insulated bottle bag (yang warna hitam tu)
  • 5x 9oz bottles (cukup untuk simpan stok yang banyak)
  • 3x 5oz bottles (plus satu yang sedia ada jadi empat)
  • 6x milk powder dispenser
  • 2x medium flow teats (for current use)
  • 2x fast flow teats (bila Adam dah besar sket boleh guna)
  • 4x milk storage lids
  • 1x pure soother (yang ni buat hiasan jela sebab tamao ajar Adam isap puting kosong)
  • 1x teat tongs
  • 1x bottle and teat brush

Amacam? Berbaloi-baloi tak? Rabak duit saving aku bulan ni. Dia sampai dalam kotak besar camni:-

Bila beli satu set jimat over 20%. Kalau tak harga steriliser saje dah RM399. Harga botol satu dah RM29.

Aku lom stadi lagi dia punya manual macam mana nak guna semua benda alah yang canggih manggih ni. Nantilah, tunggu time free sket.

P/s: Eleh, mak-mak kita dulu takde pakai segala macam beruang gajah bagai, tapi kita semua membesar bagai juara jugak. Hehe.

Gambar selingan. Adam with his bottle at clinic. Sempat jeling abah dia.

My Boo Demam


It's 4 o'clock in the morning and just finished watching The Hunger Games: Catching Fire. B yang download citer ni. Kesian my baby boo. Still demam lepas cucuk vaksin untuk baby 2 bulan pagi tadi.

Tidur sekali sebab my boo demam =(

Siannye anak mama, demam ye.

What a good boy Adam, langsung tak merengek walaupun demam. Far from my expectation. Cuma dia kurang menyusu, so kena slalu kejutkan dia menyusu. Asyik tidur.

Plus I couldn't get enough sleep tonight because I put him between B and me. Kenalah jaga jangan sampai B tertindih my baby boolat.

p/s: B, jaga Adam jauh lagi senang dari jaga awak masa demam. Huhu. Jangan marah ye syg.

Dear Adam: Sometimes Mama Can Be Creative Too

Hi Adam...

Whenever you read mama's blog and read those entries yang mama cakap mama stay up malam-malam sebab nak bangun susukan Adam, sambil kemas-kemas dalam bilik kan. To tell you the truth, kadang-kadang mama tak mengemas pun. Mama buat projek lain. 
Contohnya, projek susun barang-barang Adam yang kecil-kecil ni.

Kotak gift mama Nora dah transform jadi kotak simpanan.
Well, mama bukan orang yang well organised so selalu mixup Adam punya mittens, booties, bonett, saputangan. Susun-susun, pastu Dua tiga hari sepah balik. Bila dapat gift kotak yang ada partition camni, terus dapat ilham nak susun barang Adam dalam ni.

Baru-baru ni, masa kita balik kampung mama pergi kedai bundle barang baby. Mama beli kotak Ikea nih. Dapat RM30 je. Suke sangat =》


Mama letak barang-barang Adam yang belum guna dan jarang guna dalam tu. Semua sumbat sekali setempat je.


Haa, camne Adam? Kira bolehlah ye untuk mama yang tak pandai mengemas ni. Asal kat luar tak nampak sepah, asal abah tak marah dekat mama sebab sepah sudaa..

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol