Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Makan-makan Rumah Baru

                
                Masih ingat entri ni? Belum. Aku belum nak pindah rumah sendiri lagi dan masih belum memiliki rumah lagi. Cuma baru-baru ni, terpaksa cari rumah sewa untuk didiami bersama keluarga sebab abah nak renovate rumah ^_^

                Sangatlah tidak logik untuk kami mendiami rumah sedia ada sekarang kalau rumah tu nak diperbesar/dicantikkan nanti. Sudahlah kesan banjir pun belum habis kemas 100% lagi, ni tambah pulak dengan due date aku awal bulan March. Terpaksa aku dengan ateh cari rumah sementara yang selesa untuk kami tinggal (dan untuk aku berpantang) sementara rumah siap nanti.

                Alhamdulillah, rumah yang kami nak sewa tu dalam jarak 150m aje dari rumah sekarang. Nanti abah boleh selalu balik jenguk Baby sambil tengok perkembangan renovation rumah. Takdelah nanti tukang rumah tu buat kerja cincai-cincai ayam jek.

                Dah settle duit deposit sewa dan utiliti, kami pun buat makan kecil-kecil sempena masuk rumah baru. Haa, yang ni aku nak cerita sebenarnya. Alasan untuk makan-makan tu sentiasa ada hatta masuk rumah sewa je. Hehe. Planning asal memang family ustazah dan family aku nak buat makan-makan sikit (kitorang selalu buat dulu-dulu dan kali ni dah agak lama tangguh), nak buat chicken chop katanya. Dah kebetulan Jumaat (31 Jan 2014) baru ni kitorang basuh rumah sewa tu, eloklah buat makan-makan kat rumah baru tu terus.

                Rumah ni quite ok bagi aku. Rumah kampung dengan suasana kampung, dekat dengan rumah kami sekarang (jalan kaki tak sempat berpeluh pun), 3 bilik yang cukup besar (cukup selesa untuk aku berpantang nanti), rumah yang luas, sewa murah, pendek kata berbaloi-baloi.

                Pemiliknya Hj.Jaafar, jiran kami yang dah kematian isteri. Orang tua, even ada anak-anak yang nak menjaga, still selesa kat rumah sendiri =) Takpe aki, nanti biar kitorang pulak yang jaga aki. Dalam entri dulu, aku ada cerita Izzah tak pandai kayuh basikal dia masa aku baru-baru beli dulu. Dan ada sorang nenek yang selalu tegur petang-petang bila aku ajar Izzah naik basikal. Nenek yang peramah tu isteri tuan rumah ni. Bila Izzah dah pandai kayuh sendiri basikal dia, nenek pun dah tak ada. Al-Fatihah untuk nenek.


                Berbalik pada kisah makan-makan malam tu, ni ada sikit gambar yang sempat aku snap malam tu. Abah yang bacakan doa selamat. Gambar tak banyak sebab aku pun sibuk nak makan jugak. Kalau asyik amek gambar je, laparlah aku. Hehe.

Menunggu makanan sampai.


Mak bapaknya happening bergambar, anaknya duk dera aki.

Peace yo!! with Faris

Ateh, Faris & Si Labu (34 weeks). Mommy dah temokk!!

Pening kepala Faris nak buat peace macam ayah ajar.

Chicken chop 'home made' Ustazah yang world class.

Suami ustazah.

Bacaan doa selamat by abah. Orang tua di sebelah abah tu, tuan khemah, eh, tuan rumah.


Semangat makan, sampai bergambar pun taknak.

P/s: maafkanlah kualiti gambar yang kurang memuaskan. Tujuan asal penulis adalah nak berkongsi cerita. Gambar sekadar selingan dan hiburan mata saja =)

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol