Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

No More Monday Blues


Pic source: thelifestudio

Salam Isnin sahabat. Dah cium anak bini pagi ni? (my case, cium anak dan laki la ye) Dah masuk kerja? Dah having good healthy breakfast/sahur? No?

Kenapa ni u ollz? Muram jek. Owh, Monday Blues ye. Sebagai entri berilmiah pertama pada Ramadhan yang mulia ni, jo sembang-sembang apa makna Monday blues yang kita asyik sebut-sebut ni ek?


MONDAY MORNING FEELING

Monday blues a.k.a Blue-Monday ni sebenarnya sejenis penyakit korang tau tak. Tapi jangan bimbang. Ada penawarnya dan tak bahaya pun penyakit ni, cuma bahayanya adalah kalau tak dibendung. Nanti melarat pulak. Penyakit ni adalah sejenis perasaan tak best pada pagi Isnin (bangun pun malas, nak kerja pun takde mood) setelah berehat panjang on weekend. Lagi satu pasal kita dah ada mind set yang we have a longggg week (padahal 4, 5 hari je pun) untuk berkerja all out, before we get some time off. The 'blues' itself cumalah idiom sahaja dan takde kena-mengena dengan kaler biru tu pun. Mihmihmih.

Ada sesetengah orang kata, 'blues' stand for muzik blues yang biasanya bertema sedih. Jadi lepas dengar, pendengar pun rasa sedih, dan mood terus bertukar sedih. Boleh cenggitu??


ISNIN DALAM ISLAM

Kalau boleh (mintak sangat-sangat) korang semua (dan aku jugak) janganlah terpengaruh dengan dakyah Monday blues bagai yang merepek ni. Hati aku kuat mengatakan ni semua propa si 'ehem ehem' je supaya kita orang Islam yang terpengaruh, jadi malas serupa tenuk, secara langsung mengurangkan produktiviti kita pada Hari Isnin yang ceria ni.

Bak kata abah, dalam Islam tak ada hari sial atau hari yang tak baik. Semua hari pun baik. Malah Rasulullah s.a.w sendiri sangat suka pada hari Isnin. 
Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".(HR Muslim) 
Dah kalau Rasulullah s.a.w suka, kita pulak sape nak benci-benci ye dak? Tahukah korang yang pada hari Isnin :-

- Nabi Idris a.s diangkat ke langit
- Nabi Musa a.s menerima wahyu di Bukit Thursina
-Turunnya dalil tentang keesaan Allah (Surah Al-Ikhlas)
-Pertama kali Jibril turun bertemu Rasulullah di Gua Hira'
-Semua amal perbuatan umat diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w
-Rasulullah s.a.w tiba di Quba' dan mendirikan Masjid Quba', masjid pertama dalam sejarah Islam
-Saidina Abu Bakar r.a dibaiah menjadi Khalifah Islam pertama (hari Rasulullah s.a.w wafat) 
-Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan
-Baginda Rasulullah s.a.w wafat

Dalam banyak-banyak hari, Hari Isnin jugak yang Allah S.W.T pilih untuk kekasihNya lahir ke dunia dan kembali padaNya. Maka, tentulah sangat istimewa hari Isnin ini bagi Allah S.W.T. Malah para sahabat pernah bertanya Rasulullah perihal hari-hari yang tujuh dan sabda Rasul :- 
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk bermusafir dan berniaga kerana pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapat keuntungan dari perniagaannya.


ZIKIR HARI ISNIN

لَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِمِ

"La Haula Wala Quwwata Illa Billah", maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Fadhilat Zikir ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)
Dah, lepas ni tak payah nak Monday, Monday Blues lagi. Kalau rasa suram dan muram jugak, baik korang baca zikir ni 100 kali, lagi banyak pekdahnye. Hihi.


HILANGKAN MONDAY BLUES

Ini aku copipes dari blog thelifestudio. Aku rasa bagus jugak tips-tips yang dikongsikan ni untuk menceriakan hari, tak salah mencuba kan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

1. Think of five things in your life you’re grateful for  Do this before you even get out of bed! This will switch your thinking from ‘I don’t want to get up and go to the office’ onto all the good things you have in your life. Everyone has a least five. Everyone. (For me, Adam, my family, my health, my career n of course my breath. Thanks allah, sehari lagi aku bernyawa untuk sujud padaMu)
2. Swap the news for music It seems to be the goal of the media to keep highlighting everything that is going wrong in the world. I mean, when was the last time you heard a good news story? You don’t need that extra stress on Monday morning. Instead of turning on the radio or TV, put on some music you love – something that gets you pumped up for the week ahead. (In our case, pasang surah atau zikir yang kita suka, ok gak)
3. Have a cold shower Or a least, at the end of your shower give yourself a quick blast of cold water. This boosts your circulation and alertness without the use of caffeine (which gives you a ‘false high’ that crashes later). Plus, you’ll be glad to get out of the shower and get on with your day! (Kalau mandi air panas, seyes rasa macam tak mandi kan)
4. Eat a healthy breakfast  That means no sugary cereals that fill you up for about an hour, then leave you irritable as your blood-sugar levels crash back down. Fresh fruit juices are a great source of natural energy. Healthy protein (ie not fried bacon and sausages) such as natural yogurt or eggs will give you a sustained boost of energy throughout the morning, as will complex carbohydrates such as oatmeal or wholemeal bread. You would be amazed how much food can affect your mood, so make Monday mornings easier on yourself and chose a healthy breakfast. (Jangan lupa bangun sahur untuk tenaga sepanjang hari)
5. Wear something nice  Putting on smart clothes gives us an instant boost – clothes are a big part of how we present ourselves to the world. If we put on smart clothes it tells the world we are feeling positive and focussed – and after a few minutes we start to believe it ourselves. Colour is also very important. The drab colours favoured by the business world can depress our mood. In colour theory, red is considered to be the colour of drive and sucess, orange the colour of healthy and vitality and yellow the colour of warmth and friendliness. Try adding a little colour to your outfit (a tie or scarf perhaps) to help lift your mood. (Tapi mesti tutup aurat ye)
6. Smile and say hello to everyone you meet I don’t quite know the pschology of this, but I do know from personal experience that taking the time to be nice and friendly to people leaves me feeling good about myself. If only more people had figured that out, Monday mornings might be a happier experience for everyone! (Always make sure we are the first one to greet others with Salam)
7. Find an excuse to laugh Laughter has all kinds of positive effects on our bodies and our minds. If none of your colleagues can help, find a funny joke or video clip on the internet. 2 minutes spent on laughter will have benefits for your productivity and focus throughout the day. (Funny husband is a great excuse for me (^_^)
8. Do something kind Similar to number 6, being kind to others gives our mood a boost. It can lift up out of all our grumpiness. If you don’t feel like helping out a colleague, you could send a quick e-mail to someone you care about with a few kind words. Try it and see, it will boost your mood. (Cara paling mudah yang abah ajar, tiap-tiap hari make sure baca Al-Fatihah 3x, sedekahkan pada Rasulullah S.A.W, keluarga baginda, para sahabat, wali-wali Allah, para anbiya, para syuhada, guru-guru agama, kedua ibu bapa, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat al-ahya'ee minhum wal amwat. Amalan beliau sejak umur 10 tahun =) 
9. Bring a little piece of your weekend with you So you had a great weekend but now its Monday and you feel like you have to forget all about fun and happiness and get SERIOUS. That’s a surefire way to give yourself the Monday blues. Of course you can’t sit at your desk all day dreaming about the past weekend (well, I don’t recomend it anyway!), but you could have a little momento of your weekend to ease the transtion to Monday. Maybe a photo from the weekend’s fun on your desk, or send a quick message to the friend you met up with, or pin up a ticket from the concert you went to. Your workspace is your space – you don’t have to erase your whole personality from it. Plus, its a reminder that the next weekend is only five days away! (Aku tiap-tiap Isnin tukar desktop background dengan gambar-gambar latest B dan Adam, sebagai motivation)
10. If all that doesn’t work …. maybe you need to think about changing your life We can all feel a bit down on Monday mornings as we leave behind the fun of the weekend but if you find Mondays fill you with dread and you hate every minute you spend at work – well, maybe you need to make some changes. Think about a career change, or just introducing a new element to your life (a challenging new hobby, start a healthy regime, book a trip to somewhere you’ve never been). (career change? Heheh)
So, after this mulakan minggu korang dengan positif keyh. Aku pun janji akan buat yang sama. Sama macam tiga hari punya rule, hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Kita set dalam kepala di permulaan minggu ni, minggu ini haruslah lebih baik dari minggu lepas, minggu depan pulak lebih baik dari minggu ini. Selamat berkerja dan Selamat Hari Isnin ^_^

Sign Report Card Mak Su Izzah


Kenangan semasa masih bergelar tunangan orang.
Kenalkan, ni Mak Su Izzah. Adik aku yang paling bongsu. Masa ni baru darjah 1.

Semalam mama aku kena pergi skool. Sign report card Mak Su Izzah. Sekarang Mak Su Izzah dah darjah 3 tau. Aku kerja, so terpaksalah diorang angkut Adam sama. Masa mama jumpa cikgu Mak Su Izzah, Adam duk dalam kereta dengan umie dia. Apalagi, selfie la diorang. Pastu ateh (umie Adam) hantar whatsapp kat aku. Terkezut mak tengok anak teruna dia dah pandai ber'selfie' bagai.


"Gelak terkekeh-kekeh dia tengok muka ateh, ngah. Huduh gamoknye."
Camtulah lebih kurang ayat ateh dekat whtspp


Tengok, angkat kening pulak.






Jujurnya, aku sangat jeles bukan aku yang dalam gambar tu bersama Adam. Sejak berkerja ni, tersangatlah limited masa yang aku dapat spend dengan Adam. Malam aje. Adam pun dah nampak rapat dengan nenek lagi dari aku. 

Dulu masa kecik doplohpat jam dengan aku jek T_T Me so sad.

Back to Mak Su Izzah, dia dapat no. 3. Kurang satu markah di belakang budak yang dapat no 2 dan beberapa markah dari yang dapat no 1. Sebab dia dapat B subjek Math. Kalau aku dan along dulu, jangan kata dapat B, kitorang tak dapat no 1 dalam kelas je, bisinglah mama aku dan berguni-guni la bebelan yang bakal kami terima. Ni, Mak Su Izzah rilek je tak kena marah langsung. 
Untonglar ko dik.

Cepatlah Sembuh Sayang


Aku ada bagitau minggu ni Adam demam kan. Adam still belum fully recover. Masih ada bunyi kahak bila dia bernafas. Panas badan pun masih ada sikit-sikit. Tapi semalam tidurnya lena. 

Tidurlah sayang. Mama sayang Adam.

Kurang sihat, tapi tetap ceria di pagi hari.

Tak pernah gagal menceriakan hati ibu.

Kena tinggal kat rumah aki & nenek pagi ni.
Aku nak 'tampal' puisi dari Zahiril Adzim ni. Sangat terharu baca puisi ni. Aku ubah sikit bait-bait ayatnya supaya sesuai dengan Adam.


Datanglah lena, semoga demammu reda

Matanya terpalit rapat,
dibuai mimpi mungkinnya.
Menghilangkan lelah,
menerima dugaan kecil dariNya,

Dia demam siang hari,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung,
dalam tidurnya.
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya.
Melihatmu,
aku tenang, Putera hatiku.

Tidurlah anakku,
demam ini dari Tuhan,
baik buruk, ia tetap pemberian Tuhan.

Tidurlah, ibumu disebelah ini.
Biar ibu tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena.
Semoga esok, demammu reda.

Tubuh di ofis, hati di rumah.

Marhaban Ya Ramadhan 1435H


Pic source: ramadhantimetable2014
Salam penghulu segala hari. Sangat suka gambar ini. Cahaya dari lampu, simbolik kepada munajat di sepertiga malam. MasyaAllah. Rezeki sempena Ramadhan yang bakal tiba, terjumpa pula satu blog yang banyak bagi tips-tips berguna untuk Muslim menjadi produktif sepanjang Ramadhan ni. Banyak sangat artikel berguna.

PRODUCTIVE MUSLIM

Aku tamao entri ni jadi entri kosong, kena ada satu manfaat yang dapat diambil dari entri kali ni. Bukan sekadar untuk ucapkan selamat datang pada Ramadhan, tapi sehingga Ramadhan pulang kita masih lagi di sini, masih orang yang sama, tak ada sebarang perubahan.

Kita Muslim selalu menjadikan Ramadhan yang mulia ni sebagai alasan untuk menjadi kurang produktif. Tahun lepas, aku pernah terbaca komen seorang pemain bolasepak kebangsaan, nama tak nak sebut, bila ditanya kenapa kalah? Jawabnya "kami letih berpuasa." Mak aih, tak malu ke jawab camtu? Pada masa yang sama, di FB post pasal pemain-pemain Muslim di Eropah yang tetap berpuasa walaupun match di siang hari menjadi viral. Mereka berjaya buktikan, walaupun sedang beribadah, mereka tetap perform. Tip top.

Nah, inilah contoh yang kita harapkan. Umat Islam kena fit, sihat dan selalu produktif. Kita tamao orang kata kita lembik sebab puasa. Walaupun lapar, kita tetap kuat. Walaupun lemah, kita tetap menang.
Allahu Ghalibun.

Tahukah korang yang umat Islam terdahulu tetap berperang walaupun dalam keadaan berpuasa? Mereka tak menjadikan letih itu alasan sebaliknya mereka gembira jika dapat syahid ketika sedang puasa. Antara peperangan yang famous dalam sejarah Islam yang berlaku masa bulan puasa adalah (ni yang aku tau je, yang lain ada banyak lagi kot):-

Ramadhan 2H- Perang Badar Al-Kubra
313 orang Islam menentang 1000 orang musyrikin Mekah. Pihak tentera muslimin dibantu oleh tentera Allah iaitu para malaikat dan mereka memenangi peperangan pertama dalam sejarah Islam.

Ramadhan 5H- Persiapan Perang Khandaq
Perang ini bermula pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah. Tetapi persiapan iaitu penggalian parit di sekeliling Kota Madinah berlaku pada bulan Ramadhan. Tabah kan mereka. Berpenat-lelah menggali parit besar semasa sedang puasa. Kemenangan di pihak tentera Islam.
Satu lagi perkara istimewa tentang perang Khandaq ialah semasa sedang menggali parit, Rasulullah pernah bersabda
... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ...
Perkara ini menjadi kenyataan apabila 800 tahun kemudian Sultan Muhammad Al-Fatih (Khalifah Turki Uthmaniyyah) berjaya menakluk Konstantinopel dan menjatuhkan Empayar Byzantine.

Ramadhan 92H- Perang di Andalusia (Tariq bin Ziyad)
Tariq B. Ziyad menakluk Andalusia selepas membakar semua kapal perang di pinggir Pantai Karang.
Kita tidak datang ke sini untuk kembali. Sesungguhnya syurga Allah telah terbentang luas di hadapan kita dan di belakang kita adalah lautan. Sama ada kita menakluk tanah ini dan tinggal di sini, atau kita semua syahid
12, 000 tentera Islam mengalahkan 100,000 tentera Visigoth pimpinan Raja Roderick. Nama Sepanyol ditukar kepada Andalusia.

Ramadhan 584H- Perang Salib (Salahuddin Al-Ayubi)
Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H- Perang Ain Jalut (Muzaffar Saifudin Qutuz) 
Semasa kemasukan tentera tartar (Mongol) di Baghdad, (pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut), mereka telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Azan dilarang daripada dilaungkan, masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera-tentera Tartar yang biadap ini dan Khalifah Islam telah dibunuh. Sultan Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Tentera Mamluk Mesir meraih kemenangan di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut.

Jadi, apa alasan kita? Aku sendiri akan berjihad kecil menyusukan Adam dalam bulan puasa ni. Excited to go through a new experience by myself. Selamat menyambut Ramdhan dan selamat beribadah ^_^

Pic source: Link

Poem For Me?


Haih, entahlah apa kena dengan dahku. But right now, romantic mood is on.
Seronoknya kalau ada orang caring kat kita camni kan. Datanglah lena, semoga demammu reda.
B, cepat cipta puisi untuk ayang. I want it, and I want it now!

Arjuna Beta


Takkan ku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna Beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna Beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Nanti tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Adakah? Adakah?


Dah 2 hari rasa macam ni. Letih. Lesu. Padahal semalam tidur cukup jek. Bangun-bangun tengah malam tu biasalah, Adam nak susu. Tapi kepenatan ni macam tak tidur semalaman tau. Datang kerja pun tak buat kerja. Haih. Aku pernah rasa macam ni dulu.

Adakah......... Adakah......... Tak kot. Perasaan je kot. Tapi macam mana kalau ye? Kalau ye, kira rezeki la ye dok? Alhamdulillah. Rezeki la tu.

10 Things I Hate About You



I <3 U

Ilmu Baru Untuk Aku


Masa tengah check news feed kat FB, aku terjumpa dua entri ni dan rasa ianya sangat berguna. Ada antara fakta yang diberitahu, aku tak pernah tahu langsung. Contohnya pasal saiz perut baby tu. Ya Allah, terharu sangat baca. Patutlah dulu aku masa dalam pantang sampai pernah menangis kenapalah baby ni menyusu sepanjang masa. Sangat penat.




Aku sangat suka pengisian dan cara Ummi ni menulis. Semua yang dia cakap, memang aku alami sendiri. Baby menyusu sepanjang masa macam tak kenyang-kenyang, baby sentiasa nak didakap, bimbang susu tak cukup pekat & tak mengenyangkan, bimbang susu tak cukup untuk baby. Sebab tu lah pandangan pakar sanagt penting. Aku ada share benda ni kat FB, tapi takut  one day tak jumpa cari dah. So, better share kat sini. Harap bermanfaat untuk all mommies and mommy to be jugak. 

Happy Breastfeeding ^_^

1 Year, 1 Month, 1 Day


Bukak blog pagi ni, perasan pulak Daisypath ni kua camni. 


Cantik punya nombor. Kebetulan yang mengujakan. hehe.
We've been married for 1 year, 1 month, 1 day.
Our baby is 3 months, 2 weeks, 1 day old.

Macam-macam Adam Minggu Ini



Aku paling suka 23hb. Sebab 23hb hari gaji B. Hihi. 2 hari awal dari aku. Kalau dah kering-kering tu, toksah bimbang sebab 23hb dapat duit belanja yang B kasi pulak. Bila dah ada anak ni, macam biasalah, keperluan anak diutamakan lebih dari segala-galanya. Jadi hari gaji tu (Isnin) terus B ajak kua beli diapers, barang-barang keperluan Adam dan baju sikit-sikit lagi tambah.

Baju baru Adam. Nenek pesan belikan singlet untuk pakai siang. 
Malamnya, Adam start batuk-batuk dan makin teruk esoknya. Jadi, semalam (Selasa) aku terpaksa amik leave untuk bawak Adam pergi klinik. Akhirnya dengan aku-aku sekali dapat MC sebab aku pun batuk-batuk jugak. Sedih sangat tengok Adam. Doktor cakap dia ada bronchitis, mula nak jadi athma. Dia kena neb. Mula-mula ok je pakai neb, dekat nak habis start mengamuk dah.

Macam nilah rupanya. Lupa nak amik gambar Adam masa dia tengah pakai.

Doktor tanya a few question related to the factor that cause Adam's bronchitis. Doktor tanya abahnya smoke ke tak? Which is the answer is yes (sakit hati pulak rasanya). Smoke dalam rumah ke kat luar. Ada pasang ubat nyamuk asap ke tak. Tidur pakai 'air-cond' ke kipas. Rumah ada bela kucing tak, pakai karpet tak. Ada construction ke dekat-dekat rumah.

Tidur lena sementara tunggu giliran.

Kesian anak mama batuk-batuk.
Menjawab soalan-soalan doktor tu, kami sebulat suara bersetuju yang penyebabnya adalah kucing-kucing kami (haih, apalah nak buat dengan meow, meow ni semua) dan jugak kemungkinan besar Adam kena jangkitan paru-paru masa kami balik kampung weekend lepas (Sabtu). Masa tu aku tengok pokok-pokok kekabu kat rumah arwah nenek, buahnya banyak gugur. Memutih kekabu tu berterbangan kat luar rumah. Adam alergik agaknya kot.

Tidur rumah onyang malam Sabtu. Masa ni masih sihat lagi.
Kami balik kampung sebab esoknya (Ahad) ada kenduri tahlil arwah nenek aku.Last minute punya decision, sebab rushing nak mintak izin B yang belum balik kerja, pastu tak angkat fon pulak. Abah pulak takkan bagi aku dengan Adam tinggal berdua kat Kemaman sementara yang lain balik Pekan. Akhirnya aku dan Adam diangkut balik jugak tanpa kebenaran B atas alasan darurat. Eh, boleh ek camtu? Malam Ahad, balik dari Pekan Adam mula tunjuk tanda-tanda nak demam. Batuk, hidung tersumbat, badan panas. 

Al-Fatihah. Senyumlah cek. Akan aku pinta syurga terindah untukmu selagi hayat dikandung badan.
Semalam, balik dari klinik, aku bagi dia makan ubat batuk, ubat cairkan kahak dan ubat demam (ubat demam dapat masa cucu 2 bulan ritu). Lepas makan ubat, Adam muntah habis susu yang dia baru minum sampai susu tu keluar dari hidung dia. Ya Allah, sedih sangat tengok. Dengar dia batuk tu, macam terseksa aje. Terasa berdosa, macam aku tak jaga Adam baik-baik je =(

Lepas makan ubat kat rumah nenek, bawak balik rumah. Bubuh vicks kat belakang dengan dada, bedakkan satu badan jadi macam kuih bersalut tepung dah Adam, tukar diapers, salin baju (baju tadi dah masam kena muntah).

What a good boy Adam. Sangat tabah. Semalam, dia masih mampu senyum dalam keadaan kurang sihat.
Malam tadi Adam tidur meniarap atas dada aku sampai pukul 4.30 pagi (B yang suggest, sebab ma dia dengan adik-adik dulu wat camtu). Dia bangun pun sebab lapar susu. Betullah apa yang aku selalu baca kat internet, bunyi heart beat ibu dapat menenangkan baby dan buat dia rasa secure.

Pagi ni (Rabu) Adam bangun dengan ceria walaupun belum sembuh sepenuhnya. Pagi-pagi dah hadiahkan aku dengan senyuman. Tenangnya rasa hati mama. Terima kasih Adam.

Dengar suara mama, belum buka mata lagi dah senyum.
Mama, Adam dah nak sihat. Adam kuat kan mama.
Nak ikut mama pergi kerja boleh?
Baru nak hepi Adam dah makin sihat, Ummar dengan Ammar pulak nak balik Puncak Alam sampai Jumaat. Nanti Sabtu aku dengan B nak balik Kelantan pulak. Haih. 

"Adik Ummar nak tinggal mama dah. Nak ikut abah dengan ibu balik Puncak Alam."
Bye sayang. Mama nak rindu Ammar & Ummar banyak-banyak.
  

Good Morning Abah


Good morning abah. Tengah kerja ke? Adik tak tido ni abah. 
Saje dera mama.


Ni pulak aki punya kerja. 3 jam duk basuh enjin.
Pastu basuh kete luar dalam. Adik nak tolong tapi tak reti bah.


Tadi adik ngamuk nak susu, mama pun buat sebotol. Tapi adik tak minum pun. 
Padan muka mama kan bah.


Apa dia bah? Pukul 4 pg dah ni? Ok, adik tido dulu ah abah.
Mama!!!!! Meh sini peluk adik.


Tumbler Baru Adam

Ammar Faris isap susu Nan. Nan pulak ada bagi free gift. Baby's tumbler. Sebab dah tiap-tiap bulan ibu beli 5 pek susu Nan untuk Ammar, banyaklah tumbler yang Ammar dapat. Ibu pun bermurah hati sedekahkan bukan sebijik, tapi 2 bijik untuk Adam. Mama suka sangat.

Ammar Faris belajar solat ke, kacau ibu solat tu?
Adam belum boleh minum dari tumbler, tapi nanti bila dah boleh, mama mesti nak bagi Adam pakai. Terima kasih ye ibu. Ni gambar tumbler baru Adam.


Ooppss, gambar panda pulak. Haha!!


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol