Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Perpisahan Abadi


21 NOVEMBER 2012 (7 Muharram 1434)


Perjalanan terakhir seorang insan kerdil menghadap Penciptanya. Pulang ke asal dari mana dia diciptakan. Cek dah pergi, buat selamanya. Meninggalkan suami, anak + menantu, cucu cicit serta sahabat handai yang akan selalui merindui ketiadaannya.

Pasti kosong rumah di kampung. Sunyi. Kebelakangan ini cek tak berupaya lagi berjalan sendiri tanpa bantuan anak cucu, Jadi, sampai sahaja di kampung mesti masuk bilik cari cek. Cium tangannya, cium pipinya. Bertanya khabar, walaupun kadang-kadang cek lupa siapa yang sedang bercakap dengan dia.

Sungguh, bila menatap wajah Ku, hati aku kosong. Tiba-tiba datang sayu, tapi tiada air mata. Wanita itu yang dinikahi 62 tahun lalu. Terlalu banyak suka duka bersama. Paling sayu saat Ku menatap jenazah cek, sempat dia menutur "Arah, aku ampun semua dosa-dosa mu. Aku halal segala makan minum mu. Aku redha semua atasmu".

Tuhanku, sedang suaminya redha atas insan ini, ampunkan segala dosanya Ya Allah, kasihani dia, tempatkan dia di kalangan hambaMu yang Kau kasihi Ya Allah.

Sempat kami hadiahkan ayat-ayat suci, bekalan untuk cek di sana. Sempat menatap wajahnya kali akhir, mengucup dahi. Cukuplah sebagai pengubat rindu, kerana kita takkan berjumpa lagi buat selamanya.

Alhamdulillah, urusan pengkebumian cek tidak rumit. Bermula saat dibawa ambulans pulang ke rumah, anak cucu mengaji bersilih ganti, saat dimandikan, dikafan, diusung ke pusara, ada ramai anak cucu membantu. Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Pengalaman yang sangat menginsafkan bila kehilangan orang yang rapat dengan kita.

Familiku, saat kalian kenangkan arwah, matanya yang tidak tertutup rapat saat tubuh berbalut rapat kain putih dari hujung kepala hingga hujung kaki, ingatlah kalian. Mungkin dia teringin melihat anak-anaknya bersatu. Hidup berkasih sayang. Yang muda hormat pada yang lebih tua, yang tua kasihkan yang muda. Redhakan pemergiannya kerana akhirnya, kita juga akan kembali ke sana, cuma tak tahu saatnya bila.








Al-Fatihah buat Tengku Zaharah Bt Tengku Muda.
Semoga Cek dikurniakan Jannah, Amin.



2 comments:

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol