Assalamualaikum semua. Selamat hujung minggu.
Rasanya pernah bagitau korang, aku memang teringin sangat nak minum jus delima sejak mengandung yang first dulu lagi. Sebab orang cakap, baby payah nak kena kuning kalau ibunya minum jus delima. Baru ni,ada terbaca dekat group FB Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu ni ada seorang hamba Allah ni cakap masa dia bersalin, dia terangkat punggung waktu meneran tu makanya luka koyakan tu agak besar, sampai ke belakang (ngeri weh). Plus, masa lepas bersalin tu terkena buasir pulak. Normal la ibu-ibu yang menyusu baby ni, kalau kurang air dalam badan mudah je nak jadi buasir kan. Tapi yang bestnya dia cakap, luka yang banyak tu, 6 hari je dah kering. Dengan buasir-buasir sekali baik.
Sedap kan kalau boleh dapat buah yang merah camni. Terliur. Pic source |
Ramailah ibu-ibu yang tanya si ibu ni tadi, makan apa sampai luka cepat baik camtu. Si ibu ni tadi inform kami, dia minum Jus Delima Pamoga (keluaran Vida Beauty). Dah baca testimoni yang best camtu, rasa teringin pulak nak consume jus ni. Sebab orang yang bagi testimoni pun bukannya sebarang ada kepentingan. Dia tak jual pun Pamoga ni, cuma berkongsi rahsia dengan ibu-ibu lain. Additional reason, delima ni adalah makanan sunnah so, memang diyakini elok. Nampak tak permainan minda kat situ. Kalau dah memang nak, seribu alasan kita bagi kat diri sendiri supaya beli. Eheee.
"Kotak apa ni mama?" Muka Adam macam hairan jek. |
Tapi sebelum beli kenalah confirmkan betul-betul dulu boleh tak perempuan mengandung minum jus ni. Lepas tanya orang sana-sini, bukak FB agen yang jual Pamoga, diorang cakap boleh je asalkan kandungan dah lebih dari 3 bulan.
Kotak dia besar tau, hampir sama besar dengan Adam kalau letak sebelah-sebelah. Besar dan berat. |
Dek kerana nak confirmkan boleh ke tak perempuan mengandung minum jus ni, aku delay lah dulu nak beli jus ni. Dua tiga hari jugak aku duk godek-godek FB dan baca kat internet pasal ni. Alih-alih, semalam masa balik kerja, mama cakap
angah, tadi mama pergi bandar dengan ateh. Nak beli Jus Nusantara untuk abah. Pastu mama tolong beli PAMOGA sekali untuk angah.
Alamak, terharunya. Baru bebel-bebel gitu je, cakap rasa nak minum, terus mama belikan. Kadang-kadang orang tua ni, dia concern kalau anak-anak cakap teringin/mengidam nak makan sesuatu. Nak nak lagi kalau yang tengah mengandung cam aku nih. Papepun terima kasih banyak-banyak mama. Jasamu dikenang. Sayang mama.
Inilah rupanya bila dikeluarkan dari kotak. |
By the way, aku tak boleh nak cerita lagi macam mana kesan atau apa effect pada badan aku ni lepas consume jus Pamoga ni. Yelah, hari ni baru start minum. Cara minum: 2 sudu besar pagi, 2 sudu besar malam. Diambil waktu perut kosong.
Pada yang nak tau, harga sebotol jus ni mama aku beli RM150. Tu yang beli kat kedai, aku rasa kalau kita survey-survey dengan dealer yang jual online, boleh dapat semurah RM130 je. Time promosi la. Korang google2 la pasal kebaikan Jus Pamoga ni, atau jus delima secara generalnya ya. Aku malas nak cari. Huhu.
Comparison size botol dgn Adam. Hihi. |
Klah, nanti kalau ada perubahan yang bagus, aku info korang-korang semua yeah. Jangan lupa doakan aku dengan baby aku. Semoga hari korang baik juga. Bye.