Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Buku Pink No.2 - 1st Check Up


Good morning Adam. Hari ni mama ada hal kena pergi klinik. Adam duduk umah dengan nenek, baik-baik, jangan nakal-nakal, boleh? 

 Alright mama!
Hari ni, aku kena jugak-jugak pergi buat buku pink. Giler apa sekarang dah 15 week ++. Dah lambat giler. Patutnya 12 weeks dah kena buat. Actually, lagi awal, lagi bagus. Nanti dalam entri lain aku cerita kenapa aku delay lama sangat buat buku pink ni ok.

Selepas beberapa bulan je rehat, aku berkampung kat sini balik.
Tak banyak berubah pun Klinik Kesihatan Kg. Paya Berenjut ni, except, semua akak-akak misi kat sini dah kenal aku. Panggil pun, takde misi misi dah, panggil akak je. Kak Wani, Kak Shida, Kak Zainab. Hah, budak ni! mengandung aje kerja kau ye? Ok, nampak sangat ini dialog rekaan aku semata-mata.
Sepatutnya, aku dah tak boleh daftar mengandung kat klinik ni. Sebab rumah yang aku beli tu dah masuk kawasan lain. Aku kena check kat Klinik Kesihatan Kuala Kemaman yang hazabedah tu. Tapi aku degil tak nak. Sebab apa? Orangnya ramai ya Rabbi. Aku bagi alasan, kunci rumah belum dapat lagi, so officially aku masih penduduk kampung ni. Hehe, keji.
Lagi satu, misi kat sini baik-baik, cakap lembut, friendly. Diorang kenal nama semua patients. Misi kat KK Kuala Kemaman tu garang-garang especially sorang misi yang agak berumur, stripes atas topi dia (topi ke?) warna hijau. Entahlah, mungkin diorang selalu bad mood sebab sana ramai orang kena entertain kot (aku cuba husnuzon).
Pendek cerita, dapatlah aku daftar buku pink dan check perut kat sini. Tapi kalau kena jumpa doktor tetap kena pergi klinik hazabedah tu. Hihi, nama baru.

Tadaa...ni buku pink adik Adam.
P/s: Letak iron tablets tutup ic dengan no. phone. Kihkih. Maleh edit gambau.

Pas setel, ajak B lunch tepi sungai. Barulah ku tahu hubby ku tak pernah makan kat tempat bez ni. Kesian, kesian.

B punya menu gulai kuning ikan tenggiri. Aku punya gulai ikan masin ikan merah dengan nenas. Side dish, ulam-ulaman, budu + tempoyak, air teh o beng laici. Perghhh, kampung habis.

Pemandangan dari meja kami. 'Sungai' view. Aku pun tak pernah duk luar ni kalau makan sini.

Start rini, kenalah makan bitamin-bitamin busuk 4 sekawan neh. Vit C je haku ok sket.
Hi, long time no see old friend!!! I windu sangat kat u ollzz (Lol, tangan di bahu mata ke atas)


P/s: HB aku sangat low. 10++ aje week 15th. Salah satu sebabnya, kehamilan yang rapat (anak first and second). Kena makan iron tablet 2 biji pagi, 2 biji petang.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol