Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Miracle Does Happen - 2nd Check Up


Assalamualaikum readers!
Soalan kita untuk awak, awak dan awak hari ni........
Does miracle ever happen to you?
Because it happens to me. How? What? When? Where?
Baru je pagi tadi. Lepas jumpa Dr. Shamizi dekat KK Kuala Kemaman yang hazabedah tu kan (aku dah cerita kat SINI) untuk buat regular check up.

Mula ceritanya, aku amek half day leave sebab aku ada appointment dengan Dr. dekat klinik hazabedah hari ni. Dari semalam lagi aku dah puasa. Sebenarnya aku banyak benda kena settle hari ni jugak (padanlah muka aku kan sebab lambat buat buku pink) contohnya, kena ambil darah awal-awal pagi, pastu minum air gula, pergi lab hantar sample darah tadi untuk check HB, tunggu 2 jam, then cucuk ambil darah sekali lagi untuk check diabetes dan HIV test. 
Aku pun dah biasa sebab prosedur dia sama je macam masa aku kena minum air gula masa 1st pregnancy dulu. Cuma dulu, nak masuk 7 bulan baru kena minum. This time, baby baru 4 bulan dah kena minum.Dah alang-alang datang sini, akak misi suruh aku jumpa Dr. terus untuk monitor Cyst aku tuh. Manalah tau dia makin besar ke, hape ke kan.

Memang layaklah klinik ni digelar hazabedah. Datang awal pun dapat no. 3033. 
Berguni jugaklah kena bebel dengan doktor sebab lambat buat buku pink. T_T
Lepas tu doktor buat ultrasound. Saiz baby ok, aktif, jantung pun ok. Cuma ajaibnya, cyst aku dah hilang. Yes, CYST AKU DAH HILANG.
Aku tanya doktor, betul ke dah tak ada? Doktor cakap either dah pecah @ dia mengecut jadi terlalu kecil sebab bila scan langsung tak nampak lagi cyst tu.
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
Baru je dua hari lepas aku cerita pasal cyst ni kat SINI dan betapa paniknya famili aku sebab hal ni. Air tawar yang abah bagi tu, aku selalu minum, pagi, petang, tapi belum pun cukup syarat lagi untuk minum berturut-turut selama 7 hari. Ada je halangan. Hari ke-6 lupalah, kena ulang balik. Hari ke-7 excident la, kena ulang balik. Hah! Excident? Bila aku excident? Yang ni aku cerita next entri ye. Tapi tu lah nak cakap, air tawar minum belum cukup 7 hari, cyst dah hilang.
Abah ada cakap, "angah, ayat-ayat suci yang abah baca pada air tu, gunung-ganang pun boleh berkecai inikan pulak cyst yang seco'et tu, apalah sangat dibandingkan kuasa Allah".
Jadi, kalau orang tanya "does miracle exist?"
Yes, dude.
Hujan panas. Itu miracle.
Air laut yang tidak bercampur. Itu miracle.
Siang dan malam. Itu miracle.
Bumi berputar pada paksinya. Itu miracle.
Siap keliling matahari pada orbitnya. Itu miracle.
Bintang-bintang yang tak gugur dari langit. Itu miracle.
Laut masin. Itu miracle.
Hanya bagi mereka yang mahu berfikir.

P/s: HB aku masih rendah lagi =(

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol