Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Throwback 17-21 Nov 2013 (Eastin Hotel, PJ)


Assalamualaikum mommies.
Hari ni nak throwback peristiwa hari ini pada tahun lepas (2013). Ecece, ala-ala rancangan hari ini dalam sejarah pulak. Pada masa ni tahun lepas, aku tengah sarat mengandungkan Adam. Tahun ni, Alhamdulillah aku mengandung adik Adam pulak. Thihihi. Murahnya rezeki kami ^_^
Alkisahnya, aku kena pergi training 2 hari, Incoterms 2010 dekat Eastin Hotel, PJ. Kali kedua dah datang sini. 1st time, tahun 2011. Masa tu training GST. Yang menemani masa tu, tak lain tak bukan.....my one and only hubby. Baru 6 bulan kahwin time tu, oh sweetnyer.

Ini driver saya. Oh, rindunye saya kat kereta ni.
Hapekah??
Sebelum bertolak, singgah rumah along dulu. Kebetulan minggu ni along ada balik, dia tidur rumah mak mertua dia. Ada barang nak bagi katanya. Rupa-rupanya......nantilah aku bagitau. Hehe
Kami breakfast dulu dekat Chendor sebelum gerak ke PJ.

B makan nasi kerabu.
Ni aku punya. Nasi lemak ayam bakar. Sedap. ambil gambar sebelum makan je, selepas makan segan nak snap sebab licin. Hihi.
Rasa-rasanya, kami sampai hotel pun dah tengahari. Girl dekat reception tu cakap Executive Deluxe dah fully book jadi dia upgrade bilik kami ke bilik Double Deluxe. Inilah yang namanya rezeki kan. Bayar murah, dapat bilik besar. Pehh, memang seyes besar giler ah untuk kami berdua je duduk 4 hari 3 malam. Mula-mula sampai, check dalam bilik tak ada sejadah. Kalau nak sejadah, kena request baru diorang hantar. 

Kena mintak baru hantar.
Tanpa membuang masa (apehal ayat aku nak kena poyo je ni) aku pun merengek macam kucing miang mintak B snap gambar aku dalam bilik tu. Last-last dia pun dah tak tahan, dia ikutkan je kerenah aku walaupun separuh rela. Mihmihmih.

Ruang santai. Kat sinilah B menghabiskan masa selama 4 hari nih. Main Ipad sambil nengok tv.
Peace yo!!
Orang suruh dia ambil gambar pegang perut, dia ambil gambar tangan dan perut je. Hish.
Me and....eh, B buat pe kat belakang tu?
B cakap "yang, amik gambar abang. Konon-konon abang tengah kira claim O.T abang."
"Ish, pening-penig. Tak dapat."
"Oh saya faham!!"
COLLAPSE!!
"Senyumlah sikit sayang."
One queen size bed.
Working desk.
Wardrobe room.
Dressing table.
Pantry. Dalam kabinet tu ada fridge.
Sinki.
Hiasan dinding.
Wooden sliding door ni memisahkan bilik tidur dengan ruang santai tadi. Luas kan.
Diari, notebook untuk training esok dan bahan bacaan.
Sahabat baik yang tak pernah tinggal.
My favourite perfume, Euphoria, perfume B + alat make up sikit-sikit.
Aku dah chup dressing table jadi B terpaksak park barang-barang dia kat sini.
Bahan bacaan B.
Dinner kami malam tu. Maaf, masa ni kami belum jadi pemboikot tegar McD.
Tadaa....ni lah barang yang along bagi sebelum aku gerak pagi tadi. Ni lah baju pertama Adam.
Sentimental value sangat =)
1st day training.
2nd day training. Sofi Jikan tu dah kenapa photobomb gamba aku??? Sengal tol lah.
Last day, kami nak balik dah.
Sebelum balik, kami snap banyak-banyak gambar dulu. Tapi tak payahlah share semua kat sini. Just sebagai kenang-kenangan. 



Sebelum balik tu aku ajak B singgah Mid Valley. Masa tu cerita Hunger Games: Catching Fire esok baru mula ditayang. So, kami tak tengok muvie, kami bantai makan kat Food Junction. Tu dia, datang MidVal semata-mata nak makan jek. Tapi nasik campur dia sedap tau. Tak rugilah datang MidVal semata-mata nak makan jek.


Dah makan sampai licin, baru buat muka toye cenggitu.
Sebelum balik Kemaman, along paksa aku singgah Puncak Alam dulu. Pergi rumah dia, main dengan Ammar Faris. Petang tu kami bawak along dengan Faris dine kat McD Puncak Alam. Hah, McD lagi. At last, along yang dating dengan B, aku bawak Faris main dekat playground dalam McD tu.

Faris 1 tahun 4 bulan masa ni. Cute meh
 Ni pulak, masa kat rumah along. Along telah berjaya memaksa kitorang tidur kat rumah dia malam tu. Dah lewatlah, nanti ngantuklah, bahayalah. Macam-macam la. Akhirnya aku decide nak balik awal pagi esok. Tak sampai hati nak tinggal Faris. Biasanya dia berdua dengan ibu dia je. tapi malam tu dia nampak seronok sangat main, mommy dengan daddy in da haus. Esok pagi aku dah start keje tau tak? 

Faris dengan tabung dah nak sama besar jek.
Mintak syiling dengan daddy.
Akhirnya pandai masukkan duit dalam tabung betul-betul.
Esok paginya (tapi tak pagi sangat pun), baru kami gerak balik Kemaman. Macam biasalah kalau jalan-jalan area KL, bila lalu kat Genting Sempah mesti nak singgah beli buah berangan.


Besar giler buah berangan dia kau.
Akhirnya, aku masuk half day jugak ritu. Semua salah along. Along yang paksa kami jangan balik malam semalam. Aku pun salah jugak. Orang hantar pergi training, kita sibuk nak meronggeng. Huhu.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol