Assalamualaikum readers.
Kalau perasan sebelum ni, ada lebih kurang 2 bulan aku hilang dari dunia maya ni, tak update blog langsung. Lepas tu, bila aku dah start balik, jadi addicted pulak. Hari-hari nak update. Sampaikan pernah dalam 1 hari 2 entri pun ada. Huhu. Rindu tau. Cekidaut latest post.
Sepanjang 2 bulan tak berblogging tu, life aku ada macam haywire sikit (banyak sebenarnya), sampai buku pink baby pun dah minggu ke-16 baru buat.
Me so sad, kena marah dengan doktor hari tu =(
Terlalu banyak struggle aku sepanjang September & Oktober tu. Masa tu aku tengah 1st trimester, so my health level drop drastically. Siang muntah-muntah, malam demam. Adam pun aku tak jaga. Luckily nenek dia ada. Sebelum tu, aku dapat tau aku ada cyst dalam ovari. Walaupun nampak rileks, tapi aku stress sebenarnya. Siang malam aku duk fikir.
Worse come to worst, on 18th Oct B and I involved in car accident. Kejadian berlaku dekat LPT lebih kurang 5 minint sebelum tol Kuantan. Kami dari Shah Alam sebab sehari sebelumnya setelkan saman B dengan JPJ Selangor. Malam sebelum tu, tidur rumah along dekat Puncak Alam.
Nasib baik bukan dengan kereta siapa-siapa. Kami sendiri-sendiri je. Aku pun tak tau macam mana boleh terbabas. Tengah-tengah sembang tiba-tiba kereta dah hentam divider. Maybe jalan licin sebab masa tu baru lepas hujan.
Kereta aku agak teruk jugak.
Ni gambar waktu siang esoknya. Tow truck dah hantar ke rumah. |
Alhamdulillah, aku dan B tak apa-apa. Aku patah hidung, so sekarang hidung aku macam bengkok sikit, huhu. B, ada lelas sikit-sikit dekat leher kesan seat belt. Aku tak ingat banyak sangat. Mamai-mamai sebab darah banyak keluar dari hidung dengan mulut. Pening-pening lalat camtu. Yang aku ingat jelas, B dukung aku keluar dari kereta, letak aku tepi jalan pastu aku nangis sebab sakit jari terseliuh pastu aku teringatkan Adam. ADAM.
Mujurlah kami tak bawak Adam. 3 hari sebelum tu, Adam demam campak. Bila aku tanya abah, abah cakap tak payahlah bawak Adam pergi Shah Alam sebab dia baru baik demam. Tinggal aje dengan nenek dengan aki. Entah kenapa aku boleh pasrah je time tu. Padahal, anak aku sukati akula. B pun tak berkeras nak bawak Adam. Padahal plan awal kami, lepas selesai semua urusan kami nak bawak Adam pergi I-City. Tengok lampu warna-warni. Adam suka tengok lampu.
Syukurlah, kami tak bawa Adam. Tak terbayang aku, apa akan jadi kalau kami bawa Adam sekali masa tu.
Dekat 20 minit jugak aku terlantar tepi jalan tu sebelum ambulan HTAA sampai. Cuaca sejuk. Hari dah petang plus baru lepas hujan. Ada orang yang lalu-lalang baik hati tolong call my family sebab B dah panik. Masa B cakap dengan abah (ni abah cerita balik kat aku) dia cuma sebut "angah tak sedar bah. Angah tak sedar." Orang yang kol abah tu pun bagitau "menantu encik ok, cuma orang rumah dia berdarah banyak. Tak sedar."
Bayangkan betapa paniknya oarang tua tu. Sebenarnya aku tak luka teruk pun. Cuma pening sebab bleeding banyak dan macam yang kita sedia maklum, kalau bleeding hidung ni memang akan keluar darah sangat banyak. Tambah pulak aku baring tepi jalan, darah penuh pada muka, baju pun lencun dengan darah. No wonder la orang ingat aku badly injured. Aku ada mintak air nak cuci darah kat muka, tapi orang ingat aku nak minum air tu, so diorang tak bagi. Diorang cakap orang accident tak leh minum air. Nape ntah. Bila sampai hospital darah pun dah kering. Sakit giler nurse sental-sental darah yang dah kering especially bila kena tang hidung yang patah tu.
Part paling best bila nurse nak cabut cincin dari jari aku yang bengkak tu. Sempat jugaklah meraung seround dua. Dia cakap kena cabut jugak-jugak sebelum jari tu semakin membengkak nanti lagi susah cabut. Lepas tu doktor scan baby dalam perut. Alhamdulillah, baby kuat macam abahnya.
Dia ok.
Malam tu jugak aku discharge dari hospital sebab aku tak de injured yang teruk-teruk. B pun ok jugak result X-ray dia. Takde patah-patah. My whole family dari Kemaman (belah mama) dan dari Pekan (belah abah) dah berkampung dekat HTAA. Diorang dapat info cakap aku accident teruk, masih tak sedarkan diri. Mostly diorang datang tengok sebab nak tau keadaan Adam. Diorang ingat Adam ada sekali masa accident tu.
Masuk dalm kereta, mintak Adam dengan mama. Peluk dia. Cium pipi dia. "Adam, dapat lagi mama jumpa Adam, peluk cium anak mama ni." Air mata mengalir laju.
Opps, hidung aku bleeding lagi.........
*

2 hari lepas tu mertua aku datang dari Kelantan. Nak lawat aku dengan B. Orang sakit dah sihat pun. Orang sakit siap bawak orang sihat pergi berkelah lagi.
Bakar ketam kat pantai. |
Tengok Adam, sempat lagi seksi-seksi tepi pantai. |
Tetiba masam. Bab-bab mood swing nih, dia ada macam mama dia sikit-sikit. Hihi. |
Itulah kisahnya. B demam teruk jugak hari lepas excident tu. Doktor cakap itu normal bagi orang lelaki. Walaupun tak luka, orang lelaki ni dia akan contract semua muscle dia masa kereta tengah pusing-pusing tu. Sebab tu lepas excident diorang akan sakit-sakit badan dan demam. Doktor tu siap cerita, every single man yang dia kenal, ayah, abang, pak cik dia semua akan demam lepas excident. Sebab aku pun dalam kereta tu jugak. Takde sakit-sakit badan pun. Tu lah korang, nak jugak-jugak menentang inersia tuh (sound semua orang lelaki).
Hari-hari yang seterusnya, aku mc dan duk sibuk ulang alik ke hospital untuk check up hidung yang patah ni. End up, doktor tak boleh buat pape pun.
Di sebalik musibah yang berlaku, aku terlalu banyak belajar. Tiap kali terpandang kereta yang remuk, tak pernah secalit ada rasa sedih, rasa kesal. Cuma ada rasa syukur. Syukur keluarga kecil kami masih ada. B masih ada, Adam masih ada. Tak ada cacat cela, tak ada luka teruk, masih ada untuk aku.
Dua hari selepas excident, aku dengan abah duk belek-belek kereta yang remuk kat luar rumah.
Aku bebel sorang,
"Pelik jugak abah ek. Macam mana boleh terbabas ni? Angah tanya abang ngah, abang baca doa tak masa nak naik kereta ritu? Dia cakap abang baca."
Abah cakap, "Cuba tengok plat kereta angah ni ***1118".
"Kenapa bah?"
"Dia tak ambil pun harta angah, Dia beli. Allah dah kata angah, Aku beli jiwa dan harta mereka. Aku bayar dengan syurga. Dengan syarat, kenalah redha dengan ujian Dia. Setiap ujian itu, ada tarbiyah angah."
"Hah?" (me, blur blur)
"Nanti angah tengok ayat 111 Surah At-Taubah."
"Ok, tak hafal. Nanti angah belek Quran, tengok."
At-Taubah
Pengampunan
(111). Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalm Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
No comments:
Post a Comment