Salam. Remember last time aku ada cerita masa aku buat ultrasound baby aku, doktor dapat kesan ada cyst dalam ovari aku.
Reaksi aku masa tengok benda alah tu ialah:-
"Bahaya tak doktor?"
"Camne dengan baby? Baby saya ok? Effect kat baby tak doktor?"
"kena bedah buang tak ni?"
Itu baru reaksi luaran aku.
Reaksi dalam kepala otak aku pulak:-
Aku kena KANSER!!!
Matilah aku.
Lepas aku mati, laki aku kawen lain.
Lepas tu anak-anak aku dapat mak tiri.
Lepas tu laki aku dengan bini baru dia dapat anak lain.
Bini baru laki aku sayang anak dia aje, tak sayang anak aku.
TIDAKKK!!!
Kalau lepas ni doktor cakap kat aku dengan B "kami tak ada pilihan, awak cuma boleh pilih satu antara dua. Ibu atau anak." "Please doctor, save my baby. It's always my baby. Biarlah saya mati takpe. Saya pun belum puas hidup lagi, tapi kesian anak saya dia belum sempat tengok dunia pun lagi."
Sampai camtu sekali otak aku bagi respon. Scumbag brain! Telenovela sungguh ko ye.
SCUMBAG BRAINS! Pic source |
Doktor Rabiah cakap, kecil aje cyst tu. 2 cm. Kalau lebih 5 cm baru kita operate buang. So, kena monitor selalu la takut cyst ni membesar tiba-tiba. Ada satu kes ni, baby dia dah 6 months++, doktor kena operate dan buang cyst tu sebab cyst tu membesar tiba-tiba. Bila aku tengok doktor macam rilex je aku pun macam tenang sikit, tapi ada jugak rasa macam berdebar-debar tu.
As expected, lepas aku post gambar ultrasound baby dekat whatsapp family dan inform diorang pasal cyst tu my whole family got panic attack. Ni whatsapp abah dan mama aku malam selepas aku bagitau diorang pasal hal ni.
Aku faham perasaan diorang. Diorang takut, aku lagi takut.
Esoknya, along kol aku. Dia siap consult dengan kawan-kawan doktor dia dan diorang cakap benda ni tak bahaya. Mama pulak cakap, abah tak tidur sepanjang malam buatkan 'air tawar' untuk penawar aku.
Untuk korang-korang yang tak tahu, air tawar tu adalah air kosong biasa yang jadi luar biasa sebab kita bacakan jampi-jampi kat air tu. Dan jampi-jampi tu pulak bukan mentera ye, semuanya doa dan ayat-ayat suci Al-Quran. Abah suruh aku minum berturut-turut selama 7 hari.
Bawak sebotol untuk minum kat office. |
Siap tanda hari minum kat kalender lagi kau. Takut lupa. |
Aku memang ada zero knowledge pasal cyst ni. So untuk tahu lebih lanjut, aku google blog-blog para doktor yang ada info pasal ni. Salah satunya blog Dr. Zubaidi ni:-
Barulah aku tau, cyst ni ada bahaya dan ada jugak yang tak bahaya. Ada yang perlu buang, ada yang pecah sendiri. Bergantung pada jenis dan saiz dia jugak.
Ngeri pulak tengok cyst yang jenis ada lemak, tulang, cartilage, gigi tu kan. Haih, mintak dijauhkan dari semua ni. Mudah-mudahan pregnancy yang kedua ni dipermudahkan dan selamat semuanya sama macam Adam dulu. Amin.
No comments:
Post a Comment