Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Accident - Patah Hidung


Entri ni adalah sambungan pada entri accident hari tu. Tapi kali ni tak mau cerita pasal kereta dah, nak cerita pasal tiang seri aku yang patah ni. Sebenarnya, masa accident tu banyak sangat darah keluar dari mulut dengan hidung aku. Sebelum B angkat aku keluar dari kereta tu, sempat aku raba-raba gigi aku ni sebab aku ingat gigi aku patah.
Bila dah terbaring kat tepi jalan tu, aku pulak gatal tangan pergi goyang-goyangkan batang hidung aku ni. Sekali, krakkk! Tulang hidung aku macam teralih ke sebelah kiri. Pastu, aku tak berani usik-usik dah.

Kronologi Peristiwa
18/10/14 - Accident. Unit emergency HTAA cuma scan baby, check kalau ada major fracture, patah ke, tapi gud news tak ada pape. Referred to ENT.
21/10/14 - Bawa surat pergi Klinik ENT dekat Jabatan Otorinolaringologi HTAA. Dr. Richard and another doctor yang lagi senior check hidung aku. Diorang cakap belum boleh buat pape sebab hidung aku still bengkak lagi.
28/10/14 - Sekali lagi datang Klinik ENT ni. Kali ni Dr. Iffah pulak check. Dia masukkan kamera dalam hidung. Doktor explain yang operation membetulkan tulang hidung ni cuma dibuat atas 2 faktor:-
a) Mengganggu pernafasan - tulang tu patah teruk, sampai nak bernafas pun blocking. Aku, alhamdulillah tak ada masalah ni.
b) Kosmetik - mencacatkan rupa paras. Doktor siap mintak nak tengok gambar lesen aku sebab nak tengok rupa aku sebelum dan selepas accident. Resultnya, doktor kata "nampak nau bengkoknya hidung awak nih". Me, so sad T_T

Apsal la berbeli-belit nau nama jabatan nih? Kesian orang yang kerja kat sini. Kalau orang tanya,
"Awak kerja jabatan mana?" Kena jawab pelan-pelan, "OTORINOLARINGOLOGI."

Akhirnya, doktor decide operation perlu dilakukan atas sebab kosmetik. Sianlah kat aku, bengkok dah hidung yang pernah menawan hati B suatu masa dulu. Huahahah.
Tapi, masalah belum berakhir kat situ. As you all know, masa tu my pregnancy is at week 14th. Doktor cakap, tinggi risiko untuk bius penuh kalau kandungan bawah 16 minggu. Aku boleh keguguran =(

Bila dengar je word keguguran, ok, this is totally a no no for me. Dah kira mujur sangat-sangat baby aku ni cukup kuat dan tak apa-apa masa aku accident tempoh hari. Tak mungkin aku risikokan nyawa baby aku semata-mata nak betulkan hidung aku ni. Terus tanya doktor, "any other option?" Doktor cakap, diorang boleh buat bius setempat dan aku akan sedar sepanjang prosedur tu. Tapi diorang tak pernah suggest method ni untuk patient perempuan, Sebab kadang-kadang patient lelaki pun meraung-raung tak tahan sakit.

I was hesitated. "Err, sakit sangat ke procedure dia doktor?"
"Well, literaly kita patahkan tulang hidung u sekali lagi dan tolak tulang tu ke posisi asal. Sebabnya tulang rawan ni cepat bercantum. By now, mesti tulang rawan tu dah cantum balik, tapi dia bercantum di posisi yang salah."

Another thing is, procedure ni kena buat dalam masa dua minggu lepas accident. Lepas tu, tulang yang patah tu akan jadi keras. Doktor kena ambil tulang hidung yang tengah masukkan bawah kulit hidung sebelah kanan. Diorang tak betulkan dah tulang yang patah tu. Just nak samakan bentuk hidung tu, sebelah kanan dengan sebelah kiri yang bengkok.

So, it's a race against time. Aku kena tunggu kandungan aku cukup 16 minggu, baru boleh buat prosedure dengan full bius. By that time, tulang hidung aku pulak dah mengeras. Unless, aku cekalkan hati nak buat minor operation dengan bius setempat, tapi terpaksa menahan sakit yang amat sangat.

Ngeri kan? Aku tanya B, "camne ni abang?"
"Kalau hidung abang, abang biar je. Hidung ayang, suka hati ayanglah."
"Kalau hidung ayang bengkok, ayang tak cantik, abang kisah tak?"
"Tak."
"Abang cari bini baru tak?"
"Tak."

Balik rumah, tanya abah pulak.
"camne ye abah?"
"tak payah ubah papelah angah. Tak nampak senget pun hidung tu. Pandanglah sempurna. Kalau angah pandang senget, sengetlah. Kalau angah pandang sempurna, sempurnalah."

Ok, fine. Muktamad. Tak payah buat.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol