Bye Saliau
Sebelas
Melihat pada postingan terakhir sebelum ini, terbukti betapa lelahnya diri ini dengan rutin kehidupan. Andai kata obsesi yang satu ini tak tersempatkan, malah bertahun ditinggalkan, apatah lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijadikan liburan.
Sungguh diri ini terlalu malu untuk merungut. Terlalu banyak kurniaan Yang Esa untukku. Indahnya terlalu mendamaikan. Tenangnya lantas membahagiakan. Banyaknya sehingga terlalu sering menjadi asyik dan 'lupa'. Dan entah mimpi apa malam ini, aku moncoret lagi. Aku rindu, rindu menulis, rindu meluah rasa. Rindu mengadu tanpa dihakimi sedunia.
Di tahun ke sebelas ini aku mencoret begini. Warna kehidupan tika ini. Adakah mungkin sebelas tahun lagi, aku di sini, masih mencoret keluh resah kehidupan. Tapi saat itu aku menggumam sendiri. Ah, aku rindu. Rindu suara kecil yang kental mengganggu. Rindu kesibukan sebelas tahun yang lalu.
Santai Sabtu
- Pertemuan antara keluarga sebelah Terengganu dan pihak lelaki dari Kedah. Haru jadinya. Macam ayam dengan itik nak communicate. Mujurlah pihak kami ada yang berkahwin dengan orang Kedah. Siap guna 'translator' lagi you.
- Cousin kami ni is the only daughter of the family dan ibunya dah meninggal. Jadi dalam ceria tu terasa sangat sayunya.
- Bapa pihak perempuan tak berhenti2 menangis. Sayu mengenangkan anak dara satu-satunya disunting orang. Sayu teringatkan arwah isteri juga agaknya.
- Cousin aku ni bertunang di rumah kakak iparnya. So, this is my first time pergi rumah tu. Boleh pulak selang 3 buah rumah je dengan rumah boss aku. Hihi.
- Aku sempat makan jugak selepas huru-hara make sure budak 4 ketul ni makan sampai kenyang. Kredit to nenek yang gigih ulang alik amikkan nasi & air.
- Sementara family pengantin berbincang, aku duk berselfie dengan budak2 ni sebab nak distract diorang dari buat bising dalam majlis orang. Malu woo.
- Aku serik nak gi majlis tunang/kahwin dengan budak2 ni. Arghhh!!!!
Haih, bilalah abah nak bawak Adam pergi gunting rambut ni. Serabai dah. |
My ex-classmate yang akhirnya get married to one of my cousin. So, sekarang kami bersaudara. |
Selamat bertunang dik. |
Yang paling depan sahaja masih available. |
Nenek pun tak lepaskan peluang. |
Mama X Luqman |
Mama X Aisya |
Aisya X Arissa |
Capture by my Oppo Reno |
Mama X Elyas (baru bangun tidur) |