Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Tengku Nur Arissa Fathiah. Show all posts
Showing posts with label Tengku Nur Arissa Fathiah. Show all posts

Santai Sabtu

Assalamualaikum.
Hi, lama tak bersiaran. Weekend baru ni, attend cousin punya engagement. Alhamdulillah, majlisnya small, sweet & simple. 3S.
Yang penting, matlamat utama nak memperkenalkan dua keluarga bakal mempelai tu tercapai. Akak doakan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya hingga ke Jannah ye Aifa.
Sedikit tentang majlis:-
  1. Pertemuan antara keluarga sebelah Terengganu dan pihak lelaki dari Kedah. Haru jadinya. Macam ayam dengan itik nak communicate. Mujurlah pihak kami ada yang berkahwin dengan orang Kedah. Siap guna 'translator' lagi you.
  2. Cousin kami ni is the only daughter of the family dan ibunya dah meninggal. Jadi dalam ceria tu terasa sangat sayunya.
  3. Bapa pihak perempuan tak berhenti2 menangis. Sayu mengenangkan anak dara satu-satunya disunting orang. Sayu teringatkan arwah isteri juga agaknya.
  4. Cousin aku ni bertunang di rumah kakak iparnya. So, this is my first time pergi rumah tu. Boleh pulak selang 3 buah rumah je dengan rumah boss aku. Hihi.
  5. Aku sempat makan jugak selepas huru-hara make sure budak 4 ketul ni makan sampai kenyang. Kredit to nenek yang gigih ulang alik amikkan nasi & air.
  6. Sementara family pengantin berbincang, aku duk berselfie dengan budak2 ni sebab nak distract diorang dari buat bising dalam majlis orang. Malu woo.
  7. Aku serik nak gi majlis tunang/kahwin dengan budak2 ni. Arghhh!!!!
Haih, bilalah abah nak bawak Adam pergi gunting rambut ni. Serabai dah.
My ex-classmate yang akhirnya get married to one of my cousin. So, sekarang kami bersaudara.

Selamat bertunang dik.

Yang paling depan sahaja masih available.


Nenek pun tak lepaskan peluang.

Mama X Luqman
Mama X Aisya
Aisya X Arissa


Capture by my Oppo Reno
Mama X Elyas (baru bangun tidur)





Sekian dulu entri bergambar dari aku untuk kali ini. Sekali sekala post entri. Hah, hamekaw!!

Happy 6th Birthday Ammar Faris

Waaa. Cucu sulung aki & nenek dah besar. Dah masuk sekolah pun. Cakap banyak, in fact terlalu banyak  sampai pening kepala mommy dengar dan dah pandai keluar arahan kat adik-adik. Tapi kadang-kadang bila Adam dan Ummar bergabung, abang long Faris kena buli jugak. Macam nilah kami bila berkumpul. Anak-anak 9 orang semuanya. 
Riuh-rendah.
Gambar-gambar ni waktu siang tadi. Kami sambut birthday Faris kat rumah ibu (along). Along baru je pindah. Sekarang dah tak tinggal di Dengkil lagi, dah pindah ke Bukit Rangin, Kuantan. Sebab tu sekarang makin banyak events keluarga. Sebab kami dah makin dekat. Sukalah nenek, aki, tokwan boleh jumpa cucu-cucu selalu. 



 Anak-anak behave, Alhamdulillah. Arissa je nakal sikit sebab dia selalu ingat kalau ada kek hari jadi tu mesti untuk celebrate hari jadi dia. Missunderstanding. Kecoh anak-anak berebut pisau potong kek. Huhu. Nasib baik jugak ada ramai pari-pari a.k.a adik-adik abang long tolong handle keadaan dari tak terkawal.
 Mommy with princess Sufi Amani. Yang ni sorang je mommy sempat tangkap. Yang lain hyperactive betul semuanya. Dia ada stranger's anxiety sikit. Ada ramai orang je, automatik dia tukar mode 'mute'. Tak bunyi langsung suaranya. Selalu banyak sangat bebel ibu dia cakap. Cantik kan Sufi Nani. Sebijik macam ibu.
 Deko simple-simple. Ada ramai budak kecik camni takleh la nak beria hias rumah. Kecah jadinya nanti. Tu pun dah tak terkira belon diorang pecahkan.
Yang halus-halus ni team nenek. Huhu. Tiada dalam gambar di atas tadi ialah 3 baby.
Muhammad Luqman (baju Oren)
Tengku Ahmad Harith Azhar (atas riba nenek)
Muhammad Elyas (tido dlm bilik)
Overall, sangatlah seronok dapat berkumpul. Malam baru balik. Semua ada. Mak ayah dan adik-adik abg long. Ma abang teh. atuk. Ude sekeluarga. Cuma terkilan sebab tak sempat amik gambar makanan atas meja. Banyak sangat makanan tadi tapi sebab dukung Elyas tak sempat nak snap. 
Menu : Nasi minyak gulai ayam, puding buah, puding jagung, kek gula hangus, agar-agar santan, creampuff kastard, creampuff coklat, brownies, donat, popia satar, mee goreng udang.
Tu dia menu. Penuh satu meja. Sekarang korang faham kenapa aku stress sangat tak sempat amik gambar kan. Pffttt.

#alfatihahabah

Our Weekend

Last weekend memang happening sangat. Famili B datang singgah lepas balik dari kenduri kat Kedah, mak mertua ateh datang melawat cucu dia, pelawat setia rumah aku, Atuk a.k.a Onyang kesayangan Aisya memang ada datang selang sehari. Along sekeluarga pun ada balik jugak minggu ni, bawak balik stok cadar baru. Memang riuh rendah jadinya bila ramai-ramai camni. Pastu semalam bila semua dah balik rasa sunyi jek rumah.
Ni gambar petang semalam. Lepak-lepak kat halaman rumah.
Puteri Nuraisya Humaira. Saya kak long kawasan tau.


Nur Sufi Amani.
 
Tengku Nur Arissa Fathiah.
 Petang ni Ammar Faris takde. Tak nak ikut ibu dengan abahnya. Nak duduk rumah main dengan aki dengan tokwan dia. Biasanya Faris lagi rapat dengan Adam. Dia lembut sikit, ada gaya abang-abang. Ummar lone ranger sikit, sebab dia garang. Adam takut dengan Ummar, padahal diorang adik beradik sesusuan. Petang ni, bila Faris takde barulah nampak Adam dengan Ummar main sama-sama. 

Temankan abah potong rumput.





Mommy!! mengumpat rifqy ye??

Tengok, siap boleh bergambar berdua lagi.
Itu cerita Adam dengan Ummar. Aisya pulak bukan main nakal lagi. Nakal + kuat makan. Semua benda orang makan pun nak mintak. Nak!!!Nak!!!.

Biasanya tak suka ada benda atas kepala. Headband tak pernah nak lekat. Ni selamba je bila letak kopiah B atas kepala. Siap buat muka nakal lagi.

Ni duk kacau onyang dia. Duk main chak chak denga onyang.

Belum habis lagi cerita weekend kami. Nantikan part II. Hihi.

Welcome Our Little Angle

Assalamualaikum mommies.
Semalam ateh dah selamat bersalin. Babygirl, 2.8kg je. Sama macam abang Adam. Comel sangat, muka sama macam abang teh. Penyeri kehidupan ateh suami isteri. Cahaya mata sulung, seorang puteri. Cucu ke-6 aki & nenek.
You carry it 9 solid months.
Bear labour pain for 16hours.
18 stitches.
Yet, she looks like her father. Win!!
 
 

 
Welcome to world Tengku Nur Arissa Fathiah Tengku Mohd Thaqif.
Semoga menjadi anak yang cerdik dan solehah, asbab untuk kedua ibu bapamu ke syurga Allah yang abadi. Mommy sayang Arissa.
#Alfatihahaki.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol