Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tukar Terminal

Aku ni orang yang beralih bidang.
Apa yang aku buat sekarang memang 360 darjah twisted dari apa yang aku belajar dulu.
Tapi aku tak pernah menyesal.
Siapa kata dalam dunia ni kita cuma kena belajar satu perkara aje?
Sebab semua ilmu ini milik Dia, dan kita semua boleh kutip apa yang kita suka, banyak mana kita suka,
sampai liang lahad.

Kalau 2009 dulu aku decide lain dari apa aku buat masa tu,
Kalau aku tak tinggal Shah Alam,
Kalau aku tak quit kerja aku,
Kalau aku further Ijazah Sarjana macam yang lain,
Kalau aku terus jadi pensyarah,
Kalau aku tak blah dari life aku masa tu,
Kalau aku tak keluar dari keselesaan,
Kalau aku hanyut dengan hiruk pikuk kota selepas 12 malam,
Kalau aku leka & lagha.

Aku takkan ada apa aku ada sekarang.
Aku tak duduk di sini,
Menghadap pc ini,
Bermata sembab dek kurangnya tidur,
Dimarahi boss,
Ditikam kiri kanan,
Terjatuh tersembam,
Bertatih berjalan,
Menulis di whiteboard itu,
Menatap wajah-wajah itu,
Mengubat luka,
Berjumpa dia,
Mencium si tembam,
Meleteri si nakal,
Main dengan kucing,
Ulit anak kerbau,
Siang jadi kuli,
Malam jadi tauke,
Berkongsi ilmu,
Menuntut ilmu,
Sekejap jadi guru,
Sesaat jadi murid.

Bukan semua yang aku ada masa dulu itu buruk,
Bukan semua yang aku ada sekarang baik,
Yang baik di masa lalu itu sudah jadi pedoman,
Yang buruk di masa kini akan jadi sempadan,

Aku cuma damba untuk belajar, lagi dan lagi.
Hidup kalau untuk belajar baru bermakna.
Nafas yang dihela ada nilainya.
Tiap-tiap hari belajar benda baru,
Baru boleh maju.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol