Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

First Heart Beat

Assalamualaikum.

Wah, lama betul aku biarkan blog ni bersawang. Pada masa entri ni ditulis, kandungan aku dah masuk 21 minggu. Maknanya, dah 5 bulan lebih aku bawak baby ni ke sana ke mari.


My baby lebih kurang dah macam ni sifatnya.

Sebelum ni aku sibuk sangat dengan kerja di office, tuisyen, kesihatan yang kurang memberansangkan (aku alahan agak kronik jugak masa 1st trimester), sampai aku tengok aku punya last entri pun dated 21 Ogos. Pehh. Lama sangat dah aku tak update perkembangan aku. Rasa macam ironi pulak cakap camtu sebab secara harfiahnya, memang badan aku tengah agak mengembang ala-ala donut frozen yang korang campak dalam kuali panas. Hmm, lapar pulak rasa.

Yelah, last time pun aku ada bagitau, abah kurang sihat, nak menghapdate blog pun takde mood. Asyik bimbangkan dia.

As for now, keadaan makin mengizinkan. Aku dah siapkan several price list untuk customer yang penting-penting, abah pun dah semakin sihat, kandungan pun dah masuk 2nd trimester which means kesihatan aku bertambah baik. Tuisyen pun dah tak serabut sangat. Bebudak PMR dah abes, tinggal lagi abang-abang dan kakak-kakaknya yang tengah sibuk nak SPM bulan 11 ni.

Ok, enough membebel. Back to tajuk entri ni. Dua hari lepas (28 Oktober 2013) lebih kurang pukul 11 lebih, aku tengah baring siap-siap nak tidur tiba-tiba aku rasa ada satu feel macam ada kicking halus dari dalam womb aku. Tapi tak kuat pun. Aku macam terfikir pulak dah start kicking ke sayang aku ni? Kan baru 20 minggu lebih. Sebelum ni tak pernah-pernah pun. I've put my palm gently at that spot and guess what, I felt its heart beat. My baby's heart beat!! For the very first time.

Macam mana nak cakap ye. Dia punya rhythm teratur, perlahan dan cukup menenangkan. Walaupun perlahan, tapi cukup untuk meyakinkan aku yang baby sihat, dalam keadaan baik.

Aku pun cepat-cepat bagitau B kat sebelah. Ambil tangan dia letak kat perut aku. That moment punya feeling, sampai mengalir air mata dibuatnya. As if, it's just three of us in this world. Tapi B maintain macho. Walaupun muka sikit punya excited. Cepat-cepat dia kesat air mata aku, cakap "ayang kena jaga baby kita baik-baik tau." ^_^

Walaupun tak terluah masa tu, tapi dalam hati aku tetap cakap, I love you both so much sayang!!

P/s: Mood nak update blog meluap-luap. So, get ready with next next incoming entry. Semangat!! Semangat!! Jangan hangat2 taik ayam sudaa....

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol