Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Genetik

Assalamualaikum mommies.
Pagi ni kami breakfast mee goreng basah. Dan hantu mee goreng, tak lain tak bukan........


ADAM!!!!

Dia sangat suka mee goreng. Tapi style dia makan pun lebih kurang mama dia masa kecik-kecik dulu jugak. Ambil mee tu selai-selai masuk mulut. Sejam baru siap makan. Dulu, aku hisap dulu mee tu bagi tak pedas, baru suapkan Adam. Tapi bimbang pulak Adam nanti tak tahan pedas langsung payah nak bagi makan. Nenek dia cakap, ajarlah makan pedas sikit-sikit kasi berselera. Nanti budak tu tengok makanan warna merah pun takut. So, pagi tadi aku rasa mee tu tak pedas sangat jadi for the first time bagi Adam makan mee sendiri. Aku tak suapkan. Guess what, ralit dia mengutip mee tu. Satu, satu masuk mulut. Geram nengok.

Sedaplah mee ni mama.
 Nak bagi anak makan sendiri ni kenalah tabah tengok mulut comot, lantai bersepah, makanan tumpah. Tak apa, yang penting dia nak mamam. Lantai kotor boleh bersihkan. Makanan tumpah boleh kemaskan. Tapi nikmat tengok satu, satu makanan masuk dalam mulut anak tu, pehhhh. Allah saja yang tau.
Tengah Adam ralit makan tu, aku tinggalkan dia sebab nak bersiap pergi kerja. Tetiba ateh panggil. "Angah!!! Angah!!!" 
Hah, pe dia?
"Tengoklah anak awak ni. Ni confirm anak mama dia."
Aku ingatkan kenapa, rupanya sambil makan Adam asingkan semua taugeh letak dalam pinggan keropok lekor. Kalau dah termasuk mulut pun dia keluarkan balik, asingkan.


Nak gelak pun ada tengok. Aku sendiri dari kecik anti-sayur. Dan sayur yang aku paling benci dalam segala jenis sayur ialah, TAUGEH!! Tapi sekarang aku dah makan. Start dari masuk u, kerana pengaruh kengkawan dan jugak kesedaran diri sendiri, I slowly trained myself to eat vegetables. Sebab sayur banyak vitamin kan. Rugilah aku tak dapat vitamin yang bagus-bagus untuk kulit just sebab cerewet makan. I realized this is surely not good for him. Then, aku pun start bebel kat Adam. 
"Adam kena makan sayur. Sayur bagus. Sayur sedap. Kalau tak makan sayur nanti kulit tak cantik." 
As if budak tu faham you lah kan, dan macamlah dia kisah kulit cantik ke tak. Nenek cakap, tak payah susah-susah nak tanya anak siapa ni? Konfem anak mama dia. Ceh!!
Seronok tengok bila anak-anak naturally terikut-ikut perangai kita. Benda yang kita tak ajar tapi dah memang nak sama jugak dengan kita. Nak buat canner, dah memang darah kita yang mengalir dalam urat saraf dia. Tapi kalau boleh biarlah ikut yang baik-baik. Yang tak elok macam tak suka makan sayur kalau boleh tak nak lah. Aduyai, genetik!

P/S: Ingat pesan abah sehari sebelum arwah meninggal. Dia pesan kat mama "kena selalu bagi Adam makan. Adam nak makan ni. Dia lapar."

#Al-fatihah Abah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol