Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Indahnya Jika Punyai Sekeping Hati Yang Bersih



Terlanjur bercerita Kisah Pusara itu hari, teringat aku dengan lagi satu kisah. Kisah aku dan along jugak. Ini kisah kami berdua (cakap macam ipin cakap). Masa tu kami sekolah tepi laut. Along tingkatan 4, aku tingkatan 2. Sama-sama pakai baju biru, sama-sama pengawas.
Satu hari, kami balik sekolah. Kami berdua ni naik bas. Bas sekolah ni, korang pun boleh bayangkan macam mana keadaannya kan. Bersesak-sesak, berhimpit-himpit dan korang janganlah harap nak dapat tempat duduk. Mesti kena berdiri punya. Masa aku naik bas tu, dah ada ramai orang berdiri so aku expect semua tempat dah penuh. Tapi tak sebenarnya. Ada 1 tempat masih kosong. Tapi aku tak tergerak langsung nak duduk dekat situ sebab secara logiknya, lagi ramai yang naik bas lebih dulu daripada aku. Tapi diorang pun tak duduk situ. Jadi macam pelik kalau tetiba aku duduk situ. Sebelah tempat yang kosong tu ada orang. Dia duduk kat tepi tingkap.
Nak jadi cerita, kak long aku naik. Dia nampak tempat kosong tu. Aku pulak kebetulan berdiri betul-betul kat tempat kosng tu, tapi aku tak duduk. Sebagai kakak, biasalah. Dia bagi isyarat mata kat aku suruh duduk. Terus aku geleng kepala. Tak sempat berfikir pun. Muka along macam blur. Dia tak cakap, tapi aku faham riak muka dia. Dia macam pandang aku hairan, dah ada tempat kosong kenapa tak nak duduk? Masa tu along buat seusatu yang tak pernah tersangka di benak fikiran aku dia akan buat. Dengan muka selamba, along lurutkan bag galas dia dan duduk di tempat kosong tu.
Tempat yang semua orang yang berdiri dalam bas tu refuse untuk duduk....
Termasuk aku.
Tempat tu tak kotor. Seat tak rosak. Tak ada masalah pun dengan tempat tu. Korang nak tau kenapa? Sebabnya budak yang duduk dekat sebelah tu. Seorang budak perempuan. Dia budak kelainan upaya. Physically, badan dia macam oversized dari budak-budak yang normal. Dia sangat tinggi dan besar. Dan dia macam terencat sikit, suka bercakap bukan-bukan (jangan tanya macam mana dia boleh sekolah kat situ, aku tak tau). Tapi that's it. Dia terencat, tapi tak membahayakan orang dan tak kacau orang. Dia buat hal dia je.
Back to our story. Bila along aku duduk dekat situ, budak-budak lelaki mula senyum sumbing. Diorang senyum sinis (orang Ganu cakap menganjing) dan ada sorang girl ni, dia classmate along. Aku ingat lagi dia cakap "Baya, kawan mu ke ni?" Sambil tunjuk kat budak tu. Along senyum je. Matanya polos. Dia tak malu. Tak rasa segan. Maka, selamatlah along aku duduk di 'tempat istimewa' tu sampai ke rumah. Tempat yang berpuluh-puluh crowds yang sedang berdiri tu refuse untuk duduk. Kerana budak terencat yang duduk disebelahnya. Termasuk aku.
Sesaat itu aku kenal siapa diri aku.
Aku malu kalau duduk di sebelah budak terencat itu. Tapi along tak. Dia tak rasa malu.

 
It's been more than 15 years since then. Sehingga hari ni aku masih belum dapat clarify dengan diri sendiri satu soalan yang selalu datang menghantui.
Kenapa aku tak duduk kat tempat tu masa along offer seat kosong tu pada aku? Malukah? Jijikkah? Malu pada manusia, tapi tak malukah pada Allah? Menghina ciptaannya. Tak malukah dengan diri sendiri? Pernahkah sejak dari kecil dididik menghina sesiapa? Terpalit hinakah kalau duduk di sebelah orang yang kurang akalnya? Paling sedih, waktu tu umur aku baru 14 tahun. Sudah sekotor itukah hati aku? Macam mana sekarang waktu umur sudah menjejak 29 tahun? Jauh di sudut hati aku berdoa semoga akal aku yang dangkal waktu tu cuma menurut apa yang dibuat oleh orang ramai kebanyakannya. Bukan kerana kalbu yang penuh noda, terdorong untuk mengeji dan menghina. Pantas teringat pesan arwah abah. Tidak sempurna iman hamba, selagi masih mengeji anjing dan babi. Inikan pulak sesama manusia. Allahurabbi. Semoga Allah lindungi hati kami.


Abang long, please please please treat her well. She deserve it and you are the luckiest person to have her by ur side.
 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol