Assalamualaikum.
Hari ke-3 dan topik hari ini: BERSEDEKAH.
Di bulan Ramadhan al-mubarak ni semua perbuatan dan amal baik digandakan pahalanya. Dan salah satu amalan yang amat besar pahalanya adalah bersedekah. Bersedekah tidak sahaja dalam bentuk wang ringgit. Wang ringgit ni oklah untuk mereka-mereka yang mampu. Yang kurang berkemampuan? Sedekahlah sebanyak yang mampu aje, seringgit dua yang terlebih sana ni. Yang langsung tak mampu? Jangan ingat golongan ini tak dapat langsung merebut pahala bersedekah ye. Banyak lagi cara kalau nak bersedekah tanpa melibatkan duit. Antaranya:-
1. BERI SALAM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tak sempat keluar peluh pun kan. Inilah semudah-mudah sedekah. Mendoakan kesejahteraan orang lain. Dengan bagi salam tu secara tak langsung kita mendoakan orang tu. Free-free kita doakan dia, kira sedekahlah tu kan. Ex-boss selalu cakap dengan loghat Kedah dia, "ish, kalau tak suka sangat dengan oghang tu pun, tak nak cakap dengan dia, tak boleh nak pandang muka dia, sekughang-kughangnye bagilah salam." Perkara sama yang selalu abah terapkan pada kami, anak-anak dia. "Bagilah salam, bagilah salam. Mulakan setiap bicara dengan salam." Salam ni pengukuh ukhuwah sebenarnya. Kalau orang sedang bersengketa contohnya, bila sebelah pihak bagi salam dan sebelah pihak lagi jawab (jawab salam tu wajib ye) dah terlerai persengketaan tu. Nampak? Mudah je kalau ikut cara Islam.
2. SENYUM
Senyum itu sedekah. Eh, jangan pandang rendah dengan kuasa senyum tau. Dengan senyum, jiwa yang gundah-gulana jadi bahagia. Dengan senyum, hati yang sedang marah boleh jadi reda. Senyum membawa aura posistif yang sangat besar. Bayangkan kita bangun pagi-pagi, nampak suami senyum kat kita. Sampai office, colleagues kita senyum kat kita. Mesti mood jadi ceria dan bersemangat nak memulakan hari tu kan. Ni bila malam tu kita bertengkar dengan suami, pagi esok muka monyok. Muka masam, orang senyum tak balas. Muncung 2 inci. Orang sekeliling yang tengah elok-elok ceria pun jadi mendung. Jangan nak menyebar negative vibes sangat ye! Senyumlah.
3. BUAT KUIH BAGI JIRAN
Kalau nak senang, yang rajin ronda-ronda baazar tu bolehlah beli lebih sikit kuih-muih hantar ke rumah sebelah. Murah jek, RM2 dapat 5 ketul kuih. Cukuplah sepiring. Tapi mesti ramai jugak yang jenis boikot baazar Ramadhan pastu dia jenis yang buat kuih sendiri kat rumah kan. Jimat, pastu boleh makan banyak-banyak. Puas hati. Kot-kot anggaran masa buat tu nampak macam berlebih je ni (yelah, serumah ada 4 orang tapi buat kuih satu talam) bolehlah sedekahkan kat rumah jiran-jiran sebelah tu. Mengeratkan silaturrahim kata orang.
4. BERSEDEKAH DENGAN TENAGA
Yang ini tak perlukan modal duit langsung. Cuma perlu kudrat, masa dan kerajinan sahaja. Orang-orang lelaki yang rajin pergi berjemaah kat surau @ masjid tu kan, macam-macam boleh disumbangkan dengan tenaga korang kat sana. Tolong cuci tandas ke, cuci kolah ke, cabut-cabut rumput ke, sapu karpet ke. Yang perempuan pulak, boleh buat projek cuci kain telekung/sejadah kat surau yang dekat rumah korang tu. Kain telekung kat surau @ masjid kadang-kadang hapak dan warna kuning dan kadang-kadang siap berjeragat lagi. Dia punya bau toksah cerita la. Hah, apa kata korang kutip bawak balik, campak dalam washing machine, jemur, lipat pastu pulangkan balik. Jangan masuk dalam gerobok sendiri pulak ye. Itu harta awam, bukan harta korang ye. Ini sekadar contohlah. Banyak manfaat yang ahli surau akan dapat dek kerana kerajinan korang nih. Saham akhirat ni tau.
5. SEDEKAHKAN BACAAN AYAT SUCI
Akhir sekali mesti ramai yang berlumba-lumba ank khatamkan Quran sepanjang bulan Ramadhan ni kan. [LINK] Berlumba-lumba nak nak cari pahala. tapi janganlah kedekut sangat. Alang-alang dah mengaji, berzikir semua tu niat untuk sedekahkan pahalanya terus. Lagi besar manfaatnya. InsyaAllah, tak berkurang sedikit pun pahala kita bila bersedekah. Amalah yang abah ajar pada kami sejak kecil,

Ya Allah Ya Tuhanku. Setiap huruf yang kami lafazkan, andai ada padanya kebajikan walaupun sebesar zarah maka kami hadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, keluarga nabi, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, para syuhada, wali-waliMU, guru-guru agama, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat al ahya himin hum wal amwat. Dan juga buat kedua ibu bapa kami. Amin.Ini sebahagian yang sempat aku fikirkan. Ada banyak cara lagi sebenarnya. Tak kiralah apa cara sekalipun, kecil atau besar, pastikan kita bersedekah dengan ikhlas. Menunjuk-nunjuk nanti tak dikira pahala pulak. Nak lagi best, elok-elok cari pahala dapat dosa. Sebab riak!
Pic Source |
No comments:
Post a Comment