Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Team Aku

Hi mommies.
Do you love what you're doing right now? 
I do. 
I love being a mother more than anything else but I also love my job. Especially within this great organisation with a great team. I believe that I can be a good mother and still chasing my dream. Be successful. This is my team. Procurement Team of Finance Dept. Lead by Haji Azni Raes Mohd Lazim, a true leader who leads by example.
We're having a photoshoot today for our Department Group Photo. Missing in pictures, Kak Mariam who went to China for vendor's meeting.
#kamiwargakuantan #lynasissafe    





Alah Bisa Tegal Biasa

Cuti sudah habis bro!
Perasaan bercampur baur pagi ni. Sayu pandang muka baby kena tinggal pagi-pagi hari. Excited first time pergi kerja berdua dengan B. Hari bermula tenang. Gerak keluar awal pagi, ada orang tolong drive, jalan clear tak banyak kereta. Hati bunga-bunga tengok suami kat sebelah. Tak pernah naik kereta dengan dia pakai coverall semua. Selalu laki I selekeh dengan T-shirt + jeans je ^_^
Tiba-tiba teringat baby Elyas. Haih, layu lagi.
Ni bukan kali pertama aku kena lalui perasaan sedih nak tinggalkan baby macam ni. Dah 4 kali. Bila tiba-tiba datang rasa rindu dan teringat nak cium dia, nak bau wangi mulut dia, nak pandang mata jernih tu, datang rasa sebak macam nak pecah dada. Pendek kata sebab dah banyak kali aku dah kebal dengan perasaan macam ni.
Aku nekad for this time aku akan move on dari segala kekurangan yang lalu dan buat yang terbaik. My last pregnancy with Elyas terlalu menduga. I'm physically unfit (sebab pregnancy gap terlalu rapat) dan performance kerja pun menurun especially during my last trimester. Tapi Elyas terlalu 'worth it' untuk dibandingkan dengan semua kesakitan yang aku rasa. So, that's it. This is the last time I'm gonna talk about it. This is my paradigm shift dan aku harap perjuangan aku membantu suami, mencari rezeki untuk bagi kehidupan selesa untuk anak-anak aku ada nilainya di sisi Allah S.W.T
Bismillah.
P/s: Aku kena buat 'Return To Work' procedure hari ni. Elyas punya pasal, during lunch hour aku drive 35km balik rumah, susukan dia, drive balik office semula. Dahlah aku sesat tak jumpa cari Klinik Syed Badaruddin tadi. Anjakan Paradigma la sangat =P

Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua

Assalamualaikum mommy semua.
Hari ni nak share resepi paling mudah tapi makan bertambah-tambah. Hahah. Macam pantun kau.
Daging Masak Kicap Ala Mak Mertua.
Kenapa ala mak mertua? Sebab ni resepi mak mertua aku. Aku suka sangat tapi daging masak kicap versi aku rasa lain so aku tanya macam mana ma masak. Lagipun B selalu request nak daging masak macam ni. Kerana sayang, ikutkan sajelah.

Bahan-Bahan

·        300g daging
·        3 biji bawang merah – mayang halus
·        1 ulas bawang putih - hiris nipis
·         3biji cili padi – belah dua
·        Garam
·        Kunyit serbuk
·         Kicap manis

Cara Penyediaan

1. Rebus daging sampai empuk. Aku nak senang rebus je dalam kuali yang nak guna untuk menggoreng nanti. Korang yang ada pressure cooker tu cepatlah sikit empuknya. 
2. Masa tengah rebus tu tabur kunyit dan garam dalam air rebusan tu, biar dia meresap dalam daging.
3. Bila daging dah empuk, buang lebihan air rebusan sampai tinggal sedikit (dalam 2 sudu makan). Masukkan minyak masak dan biarkan panas.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan balik-balikkan sehingga naik bau.
5. Akhir sekali masukkan kicap banyak-banyak sampai hitam.
P/s: Resepi ni tak perlu masukkan garam lagi sebab dah masukkan mula-mula dalam air rebusan tadi dan tak perlu tambah gula sebab kicap dah manis.


Haa. Perasaan yang sangat best bila tengok suami happy makan kan. B cakap bolehlah, 90% rasa macam ma dia punya daging kicap. 10% lagi tu beza air tangan la kot. 2 pinggan kau, tak boleh blah laki aku ni.
P/s: Esok dah kerja. Haih.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol