Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Rutin Baru Kami

Assalamualaikum mommies.
FYI, aku dah start masuk office semula 28 Ogos lepas dan sekarang dah almost 3 minggu kot. Aku baru je habis cuti bersalin 3 bulan.  Lamanya tinggal office ritu sampai rasa bimbang dah tak ingat nak buat kerja. Huhu. Sorang anak = 3 bulan cuti. 4 orang anak maknanya in total cukup-cukup setahun aku makan gaji buta. Dah rezeki, nak buat camne ye dak? Aku terima jelah seadanya.
Orang kata, anak tu rezeki. Sebenarnya, bukan sahaja anak itu rezeki, tapi anak itu sendiri datang dengan rezeki. Awal bulan 8 ritu, B dah mula kerja normal hour (9 to 5 office hour) tak lagi kerja ikut shift 12 jam sebab he got promoted. Alhamduillah.
Makanya kalau sebelum ni kami pergi kerja asing-asing, sekarang dah boleh pergi sama-sama. Bayangkanlah betapa excited aku nak pergi kerja tiap-tiap hari sekarang =)  
Ni aku payung gambar kami 1st day pergi kerja sama-sama. Pada yang tak tau, kami ni kerja kilang dekat Gebeng, Kuantan. Kilang pulak sebelah-sebelah aje. B kat BASF, aku Lynas. Since dia ada meeting pagi kol 8.30, dia prefer sampai tempat keje sebelum kol 8. Automatik aku pun kena pergi kerja awal. Bagus jugaklah untuk jaga performance. Sebelum ni office kalau hour kol 9, kol 9 jugaklah aku sampai. Aku tak suka datang awal sangat sebab biasanya datang awal pun balik lambat jugak.
Lagi satu, pagi-pagi tu aku akan cuba bereskan sebanyak mungkin kerja rumah yang aku sempat buat dari pukul 6 sampai pukul 8. Pastu baru start bersiap pergi kerja. Bukan apa, taknaklah bebankan mak aku kan. Dah lah dia baik hati sudi jagakan anak-anak aku. Kadang-kadang bila nak keluar tu, time tu jugaklah ada anak yang terjaga pastu mengamuk nak ikut. Mommy semua yang berkerja tu fahamlah kan.
Perjalanan dari Kemaman ke Gebeng lebih kurang 40 minit jugak. Pergi balik dah sejam lebih. Bayangkanlah berapa banyak tenaga aku dapat jimat. Jimat tenaga lagi, jimat duit minyak 300 lebih sebulan, siap dapat datang kerja awal lagi. Haa. Duduk di sebelah driver juga menciptakan banyak peluang untuk touch up make up dan selfie banyak-banyak dalam kereta. Huhu.
Kadang-kadang dia jemput aku. Kami lunch date berdua. Cewah, macam zaman bercinta sangat. Zaman bercinta pun tak sweet macam ni tau.
Di atas bumi ini ku berpijak.
Pada jiwa yang tenang di hariku,
Tak pernah ada duka yang terlintas,
Ku bahagia.
Di lobby office. Tunggu suami jemput pulang. Hehe.
Berdua denganmu, 
pasti lebih baik,
aku yakin itu,
bila sendiri,
hati bagai langit,
berselimut kabus.

Since sekarang aku sekadar jadi penumpang B bila on the way pergi kerja, energy yang dijimatkan waktu pagi aku convert kepada aura positif supaya lebih produktif di tempat kerja. Energy yang dijimatkan waktu petang aku guna untuk masak yang sedap-sedap untuk makan malam kami. Huhu. Tengok gambar kat atas ni. Ada nampak mommy happy?

Ikan Singgang, Kangkung Celur

Selamat Hari Malaysia!
Hari ni Public Holiday. Hari ni hujan.
Cuti + hujan = Lapar
Fikir-fikir nak masak apa cuti-cuti ni, teringat dalam peti ada Ikan Aya @ Ikan Tongkol. Singgang jelah. Singgang ni, walaupun lauknya simple dan paling mudah yang teramat dalam dunia ni nak membuatnya, tapi kalau cukup aksesori dan ulam-ulamannya tu MasyaAllah. Dua pinggan berdesup hilang macam tu jek. Hahah. 
Aku tak tau resepi singgang mommies semua macam mana tapi aku punya nanti aku share. Lain orang lain cara menyinggang tau. Ada yang letak halia, serai. Ni resepi mama & arwah abah aku. Takde halia, takde serai. Rasa tak original. Mak mertua aku pulak kalau singgang warnanya tak kuning. Orang Kelantan singgang tak letak kunyit dan lebihkan lengkuas. Rasa pun lain.
Jom layan resepi di bawah:-

Bahan-Bahan
·        5 potong ikan tongkol
·        5 biji cili padi
·        3 biji bawang putih – belah dua
·        3 biji bawang merah – hiris nipis
·        2 keping asam keping
·        2 inci kunyit hidup - hiris nipis
·        2 inci lengkuas – hiris nipis
·        Air
·        Garam

Cara Penyediaan
1. Mula-mula bubuh air dalam periuk agak-agak sampai boleh tenggelamkan ikan. Masukkan ikan dan lepas je semua bahan tadi.
2. Bila air mula mendidih, masukkan asam keping.
3. Tutup dan biarkan hingga ikan masak. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kalau nak warna lebih kuning, boleh tabur sedikit kunyit debu tapi jangan banyak nanti rasa pelik.
5. Hidangkan bersama nasi panas-panas dan ulam.

Ikan singgang ni boleh jadi lebih special bergantung pada side dish dan ulam-ulamannya. Boleh masukkan bendi dalam singgang kalau suka. Aku suka tapi masa ni tak ada bendi dalam peti so tak letak. Ulam pulak memang sesuai kalau makan dengan pucuk ubi celur atau timun yang kecik-kecik tu. Aku suka kangkung celur cicah dengan sambal belacan. B lebih prefer budu dia yang tak pernah tinggal tu. Kali ni singgang kami special sangat sebab ada petai & kerdas sekali. Wow, meriah!
P/s: Ada banyak bahan sebab semalam baru pergi pasar cari bekalan seminggu =)

Captain Philips

Assalamualaikum. 
Mommies semua buat apa cuti-cuti ni? Aku cam biasa, mereput je kat rumah. Since last week dah berpenat hantar adik balik Kelantan (siap balik hari lagi, ko mampu Jah?), maka minggu ni aku nak bersenang-senang di rumah. Layan bebudak. Tido dan tengok TV.
Semalam HBO main citer Captain Philips. Tengok je info HBO ada main citer ni, aku sangatlah teruja nak tengok. Aku tau pasal cerita ni masa tengok Anugerah Oscar yang ke berapa entah, yang Ellen jadi host tu, masa tu citer ni tercalon untuk banyak kategori. Macam best jek. Lagi satu sebab aku nak sangat tengok citer ni ialah, B dan aku memang kipas susah mati Tom Hanks dan Leonardo Dicaprio. Sebab kalau cerita yang ada diorang, memang jarang sangat tak best.
Ok, let's get back to the movie. Ehee. Cerita ni berdasarkan pengalaman sebenar 'Captain Philips' dan kru kapal kargo dia MV Maersk Alabama dalam perjalanan nak hantar bantuan makanan ke Mombasa, Kenya. Dalam perjalanan tu diorang di'hijack' oleh 4 orang lanun Somalia yang cuma naik bot kecil aje. Satu perkara tentang movie yang 'based on true event' ni, kita tak boleh la nak komplen banyak tentang plot ceritanya. Dah memang dia kena ikut kisah sebenar yang berlaku kan. Kalau tak best, takdelah pulak kisah tu nak difilemkan. Heheh. Cuma terpulang pada pengarah sendiri macam mana nak nampakkan kejadian tu macam betul-betul cemas dan mendebarkan di layar perak.
Dalam movie ni, banyak parts yang kita rasa Captain Philips buat keputusan yang bijak dan stay calm walaupun keadaan dah cemas giler. Ciri-ciri seorang true leader. Bila nampak 4 orang lanun tu dah panjat naik kapal dengan rifle semua, dia rileks je communicate guna radio dengan anak-anak kapal suruh menyorok dalam bilik enjin dan jangan keluar walau apa pun. Bila lanun tu dah naik dan tangkap Kapten, dia offer 30ribu USD dalam peti besi dan suruh diorang balik cara elok. Korang rasa diorang nak 30ribu tu? Takde nye der. Diorang nak 10juta USD dengan cara jadikan anak-anak kapal ni orang tawanan dan mintak duit tebusan dari company Insurans (gila tamak punya penyamun). Tapi 30ribu tu pun diorang amik jugak. Hampeh.
Selepas beberapa kekalutan berlaku atas kapal (hasil kelicikan Kapten mengenakan lanun-lanun tu), akhirnya lanun-lanun ni sepakat nak lari dari kapal dengan menggunakan bot penyelamat yang ada atas kapal tu. Tapi sempat lagi orang kanan lanun tu hempuk kepala Kapten dan bawak Kapten sekali sambil-sambil nak lari tu. Menyempat aje kan.
Maka terselamatlah kru kapal dan tinggallah Kapten dan 4 orang lanun dalam bot tu menuju perairan Somalia. Terharu sangat tengok Kapten sanggup bahayakan diri demi taknak merisikokan nyawa kru kapal yang lain. Ha, sampai kat sini baru cerita ni start mendebarkan. Aku tak nak spoil keseronokan cerita ni so tak mau cerita sampai habis. Korang kena tengok sendiri macam mana Kapten Philips deal dengan situasi hidup mati dalam bot tu. Paling best ialah perancangan yang smart Kapten kapal pemusnah US Navy dan US SEAL nak selamatkan Philips. Memang berdebar gila tengok, dan kalau tersilap langkah atau terlambat sesaat, terbanglah nyawa Kapten Philips ni. Terpaksa jugalah bagitau korang yang Kapten ni dapat diselamatkan akhirnya. Kalau dia mati, orang tak buatlah pulak movie ni kan. Huhu. Pada yang minat 'True Story' movie macam aku, cerita ni highly recommended. Peminat Tom Hanks pun kena tengok. Memang ada muka dia je dari awal cerita sampai habis. Dah tajuk cerita pun nama watak dia.
Captain Philips yang sebenar.

RATE: ⭐⭐⭐⭐

P/s: Those yang asyik tanya kenapa aku duk review movie-movie lama. Haiyoo, aku bukan pengkritik movie professional, asal ada movie baru keluar je kena review dan kritik. Korang bacalah Rotten Tomatoes tu. Aku cuma review movie-movie yang aku dah tonton sahaja. Yelah, kalau tak tengok nak review canner kan? Hehe. Maksud aku, bila aku dah tengok movie tu aku akan share kat sini cerita tu best ke tak best from my POV walaupun hakikatnya orang lain dah berkurun tengok cerita tu.
Sebab tu lah aku bagi review citer Captain Philips ni di saat demam MUNAFIK 2 dan HANTU KAK LIMAH sedang melanda. 40Juta kot. Ko rasa aku ada masa tengok wayang? Pfftttt.
 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol