Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

150 Juta

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua



TAK CATCHY

Alkisah semenjak dua menjak ini, terlihat di sana sini orang mengutuk mengeji Ainan Tasneem sebab dikatakan men’copet’ lagu 150 juta milik Fynn Jamal. Dia jugak dikutuk dan dicerca sebab 150 JUTA versi Ainan dikatakan tak se’catchy’, semanja & se’best’ versi asal Fynn Jamal. Macam la isu besar sangat korang nak kecoh2kan. Isu ni dah diberi pencerahan oleh Fynn Jamal.



 
Haa, pandai2 jek korang main tuduh2. Empunya lagu pun tak cakap pape. Rileks je. Hehe.


KISAH SEBALIK CERITA

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik cerita. Masa tengah hot2 kisah Ainan VS Fynn nih, aku pun meng’like’ FB dia (LINK)  dan hasil ehsan pak cik Google, terjumpa blog Fynn (LINK). Best weh, dia punya blog. Sempoi. Barulah aku tahu kisah sebenar 150 JUTA. Lagu tu Fynn cipta suka2, lagu manja2 dia dengan hubby dia, then ada kawan rekod dan upload ke YouTube. Ramai orang kata ada pihak menangguk di air keruh, beli hak eksklusif penciptaan lagu tu masa Fynn tengah perlukan duit untuk pembedahan anak dia yang kiut miut tu. Nama dia JUNA.


Comel wehh anak dia.



Fynn cakap takde pihak yang salah. Sebagai ibu dia cuma buat apa yang patut masa tu. Memang dia sedang perlukan duit, dan bila orang berminat dengan lagu tu, dah kira macam rezeki la. Datang pada masa yang tepat. Rahmat Allah. Dah kalau kita pun, apalah sangat sebuah lagu nak comparekan kasih sayang pada zuriat kita kan.

Ok, tutup cerita Fynn dan Ainan. Juna pun dah beransur sembuh dan makin comel. Makin feymes amos pulak aku tengok budak tu ^_^ Alhamdulillah.


FATIHAH AISYAH

Nak dijadikan cerita, bila dah fren dengan Fynn, updates dia kua dengan homepage FB aku. Ni post dia (FATIHAH AISYAH). Ya Allah, berat dugaan Allah bagi kat insan comel ni dan ibu bapanya. Fynn memanglah sangat2 memahami. Yelah, dia pun pernah go through benda yang sama. Since baby ni belum perlukan duit untuk operation tu (parents dia tunggu turn kat IJN), Fynn bagi pihak parents baby nih, mintak kita ramai2 doakan segalanya dipermudahkan untuk Fatihah Aisyah.

Entah macam mana aku baru perasan rupa-rupanya Fatihah tu anak kawan aku. Ya Allah, sangat terasa. Baru je congratulate diorang dapat cahaya mata baru. Pusing2, pimai2, keciknya dunia. Fynn Jamal post pasal anak kawan aku rupanya.




MISTERI   

Perkenalan aku dengan ibu Fatihah sangat misteri. Bukan darah daging, ipar duai, classmate, roommate, coursemate, malah universiti tempat dia belajar nun jauh di bawah bayu. Aku pulak di UITM. Tak pernah bersua muka, tak pernah bertentang empat mata. Tapi entah macam mana aku terhutang budi dengan insan ini. Perkenalan kami yang sekejap merubah haluan hidup aku selamanya. Perit untuk dilalui, tapi manis untuk dikenang.

Pertemuan itu indah.
Jodoh pula lebih indah.
Tetapi yang paling indah adalah ketetapanNya.

Jauh di sudut hati, aku bersyukur kenal ibunya Fatihah. Dan sekarang, dia dalam kesusahan. Di kesempatan ini, 150 Juta kali aku memohon kita sama2 mendoakan Fatihah. Ibunya insan yang sangat baik. Dugaan seberat ini cuma Allah kurnia pada hamba yang besar kesabarannya, cukup kuat menanggung dugaanNya. Dengarilah doa kami Ya Allah. Semoga Fatihah cepat sembuh. 

P/s: Latest yang aku dengar, pembedahan dah selamat dijalankan. Fatihah masih belum sedar.








Gugurnya Para Syuhada - Lahad Datu

Bismillah....

Tak tahu perkataan apa yang paling sesuai untuk gambarkan perasaan rakyat Malaysia saat ini. Semarah-marah kita pada penceroboh durjana tu, marah lagi pada saudara-saudara kita baik yang seagama, sebangsa, satu negara yang biadap mempertikaikan tanggungjawab dan tugas polis dan tentera. Senang mulut bercakap, ringan tangan menaip, mudah menghakam sebab bukan kita yang bergadai nyawa di sana.

Merpertikaikan operasi sulit tentera macam kitalah yang paling arif tentang sistem pertahanan negara. Menyebelahkan parti-parti politik masing2 macam kitalah yang paling kenal pemimpin masing2. Macam kitalah yang tidur sebantal makan sepinggan dengan pemimpin2 tu. Berdebat dalam blog dan fb macam kitalah yang paling arif situasi kejadian. Menyalak sana, menyalak sini. Orang tu main drama, orang ni ada konspirasi.

Bak kata abah, Allah benci pada orang yang bila bersuara seperti 'burung' dan 'himar' (keldai). Burung ni kalau pandai bercakap, dia cuma tiru apa yang orang lain cakap. Dia sendiri pun tak faham. Kalau keldai lagi teruk, tak tahu nak bezakan betul @ salah. Bawa beban berat pun merengek, bawa yang ringan sekalipun tetap merengek.  

Jangan lupa, setiap titis darah yang mengalir itu milik 'abang' dan 'ayah' kita. Daripada menyalak sana-sini, baik ikhlaskan sepotong Al-Fatihah untuk mereka. Cukuplah sekadar diam dan tak payah keluarkan kenyataan-kenyataan biadap tu.

Mereka yang pergi, telah gugur sebagai syuhada. Kita yang tinggal, jangan alpa dan cepat sangat diperbodohkan 'syaitan-syaitan' yang sedang menunggu masa menangguk di air keruh.

Setakat hari ini, ni update yang paling baru tentang OPS DAULAT. [LINK] 

Saya batalkan niat mengupload gambar2 berkaitan yang dah dikumpul berhari2, bagi menghormati mereka2 yang telah terkorban dan keluarga mereka.

P/s: Al-Fatihah wahai wira bangsa. Terketar-ketar tangan menaip T_T

~~Miss Pinky~~ Wajah baru, semangat baru


Salam.

         Terkejut tak tengok layout baru nih? Cantik tak? Huhu. Asal mulanya bila my Ex-Rumet masa kolej dulu add blog aku ni. Ni blog mommy hot a.k.a kawan aku nih. Aku masa mula2 bukak blog dia macam "waa, awesomenye design blog dia. Kemas, teratur, tak macam blog aku serabut2."  Logiklah kan. Orang dah bertahun-tahun blogging, aku kan baru start. Aku ni, main letak je apa2 application yang aku rasa relevan. Bagi aku isi blog tu yang lagi penting. Tapi kot iye pun tak kisah, janganlah sampai orang tengok blog kita sampai sakit mata, sakit kepala, sakit hati. Nanti mood nak baca pun ilang.Huhu~~~

Tengok punya tengok, terperasan watermark kat bawah tu, designed by Ayu Barbydol. Owhh, patutlah cantik sangat, professional tolong design rupa-rupanya. Aku pun tanpa membuang masa meng'kontek' cik Ayu di fesbuk beliau. Masa tu 28 November yang lalu.


Hah, siap print screen sbg bahan bukti. Tunggu punya tunggu, 18 Feb Tahun Ular, silap tahun 2013, baru dia reply PM ku. Wah, wah, sampai sibuk camtu sekali jadi designer ni rupa2nya =) Barulah aku tahu takdelah mahal sangat nak upah orang buat full design untuk blog ni. Mati2 aku ingat sampai puluh-puluh hengget nak ada blog yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb nih, rupa2nya tak pun ^_^

Simple je pun dia punya instruction.


Lepas aku bagi detail-detail yang berkenaan, Ayu pun bagi contoh design 'header' dengan 'footer' guna gambar yang aku bagi. Dia propose dulu, means kita tak perlu terus setuju. Kalau tak minat, dia akan design lain. In my case, first time tengok, terus berkenan. Actually aku jenis yang tak cerewet sangat pun. Aku tak kisah sangat tema, warna, benda2 camtuh. Tapi yang 'bling2' tu memang aku yang request sebab tengok comel sangat kat blog mommy hot. Aku punya preferences cuma warna2 lembut + design yang kemas, tak serabut mata memandang (ceh3, banyak pulak ko punya permintaan ye, buat sendiri tak reti). Selalu geram tengok blog2 yang comel macam blog Fatin Liyana & Irine Nadia. Sweet dan comel je blog diorang kan =)
Dalam keterujaan aku nak ada new theme untuk blog ni, blog comel yg professional designkan, aku rasa sayang jugak nak berpisah dengan layout lama. Yelah, layout tu, aku yang pilih, aku yang decide colournye, aku yang download gambarnya, aku yang pilih temanya, edit2, godek2, berjam2 aku yang buta IT nih duk depan laptop belajar cara set up background blog ni tau tak.

Walaupun hodoh, aku sayang =(

So, untuk kenangan background aku yang lama, aku save gambar2 nih T____T


Hehe, gaya seorang blogger amatur.

 Cari satu2 ye, button, clock & application tu sumer =)

Daisypath yg bakal kena delete lepas ni, sebab ada perubahan date kawen. Ayoyo

By the way, sorry Ayu, semalam baru saya bayar untuk design tu. Erkk!!


 

Copyright 2013 © Bazilah Azhar Designed by Ayu Barbydol