Aku tak pandai. Tak pernah pandai sejak dari dulu dan jenis yang cepat give up bila tak jugak pandai-pandai selepas beberapa percubaan.
In fact lepas kahwin, aku ada berapa helai sangat pun kain batik. Tu pun ehsan dari atuk aku, mama dan hadiah orang bagi masa kahwin. Aku sendiri pun tak pernah bother nak beli. Dah memang aku tak pakai. Dari zaman sekolah, sampai masuk U, sampai kerja, sampailah dah kawen ni aku lebih selesa pakai seluar dari pakai kain. Lebih praktikal dan senang nak bergerak bebas. Huhu. Adik aku yang umur jauh lagi muda pun lagi pandai pakai kain batik. B lagilah, malam-malam pakai kain pelekat. Nak gi Jumaat pakai kain pelekat. In 5 second, kilas-kilas, tadaaaa....Da siap. Kagum aku. Laki aku lagi expert pakai kain dari aku ni.
Aku? Siang pakai seluar, malam pakai baju kelawar. Krik krik (bunyik cengkerik).
Bukan aku tak pernah belajar pakai. Masa buat degree sem 3, roommate aku semua pandai pakai kain batik. Diorang pun gigihlah nak ajar aku. Masalahnya masa tu aku underweight (sekarang ni pun), jadi ukur lilit pinggang aku kecik sangat-sangat. Bapaknye payah nak suruh kain tu lekat kat pinggang. Sikit-sikit dia makin longgar pastu melorot. Mulalah tak selesa. Asyik-asyik nak kena betulkan. Last-last, bukak kain, sarung seluar balik semula. Selesai masalah.
Pernah sekali tu, aku pergi rumah bakal mak mertua. Hehe, rumah ma aku la tu. Sampai je, ma terus hulur kain batik suruh salin. Orang kampung ni, bagi diorang pakaian yang macam biasa-biasa kita sarung tu adalah pakaian pergi berjalan. Duduk rumah biasanya pakai kain batik aje. Mama dan adik aku pun macam tu jugak. Sampai rumah, terus salin kain batik. Aku dengan along je terpengaruh dek arus metropolitan. Ceit.
Mujurlah aku dah ada trick aku yang aku dah pikir siap-siap dari rumah. Aku ada sepasang baju kurung (the one I wore during my Convocation Day). Baju kurung ni, baju dia kain chiffon plain kaler maroon, kain dia pulak kain batik. Hah, aku pun bawak kain batik yang dah siap berjahit ni, bawak balik rumah B. Ma nampak macam aku pandai jek pakai kain, terletak elok je kain tu siap dengan susun tepi lagi. Padahal kain tu elok je dengan getah pinggang, dengan zip nye sekali. Ha, nampak tak tahap hipokrasi di hadapan bakal ibu mertua. Imej kena jaga beb.
Itu cerita 3 tahun lepas. Sekarang dah selamat jadi isteri orang pun. Ma bukan setakat tau menantu dia ni tak pandai pakai kain, terkial-kial kat dapur pun ma tahu jugak. Tapi ma sayang jugak. Huhu, perasan mesti lebih.
Minggu lepas ada Tok Seh datang rumah. Aku ni tak minat hutang-hutang ni jadi tak layan la. Dia ada bawak kain batik. Mama dengan ateh sebulat suara je paksa aku suruh beli. Manalah aku nak. Aku bukan pandai pakai pun. Nasib baik mama tak smack down aku depan orang Pakistan tu sebab melawan cakap. Tapi dia sembur jugaklah sejibik,
Hah? Pakai ape yek? Pakai seluar tak boleh ke? Mana aku tau, bukan pernah beranak pun. Adik aku cakap, bersalin nanti mana boleh pakai seluar. Kan bawah tu luka, sakitlah nanti. Wah, wah, advance sangat kau ye. Tapi kan ke betul cakap adik aku tu. Pastu bagi menguatkan lagi hujah dia, mama cakap nanti duduk rumah sendiri kenalah spare kain batik. Kot-kot sedara-mara datang rumah. Nak salin, tuan rumah haram selai kain pun takde.Habih tu berpantang nanti angah nak pakai ape?
Nak tak nak, aku pun sambarlah 5 helai. 5 helai RM110. Cukup tak? Tak cukup pun lantaklah. Dah pakai nanti basuhlah balik. Dah bayar aku pun menonong gi letak dalam lemari. Selamatlah kau dalam tu.
Dua tiga hari kemudian mama tanya aku, "angah dah hantar jahit belum kain batik hari tu?" Lah, jahit apa pulak dah ni. "kain batik tu kan batik lepas, kenalah jahit tepi, baru jadi kain sarung."
"Kalau batik lepas orang tak pakai, orang buat tutup orang mati!"
Astaghfirullah, sampai camtu sekali tahap kenaifan aku tentang kain batik.
Jadinya malam tu aku pun bawak kain-kain aku tu kat tempat tuisyen, pastu dengan muka tak malunya mintak tolong ustazah jahitkan tepi. Ustazah pulak buat hal tak mau amek upah. Takpelah, nanti siap mama suruh kasi je duit upah tu kat anak-anak dia yang kecik-kecik tu.
Aku pun tak tau nape Tiga Serangkai ni feymes amos sangat kat Terengganu ni. |